Dulu dan sekarang - realiti dan bukti.
Amaran: Jika anda tidak mempunyai masa untuk membaca entri ini, harap simpan niat anda kerana ini adalah entri yang terpanjang sekali dalam sejarah penubuhan Rohaizad.com!!!

Pada saat aku menulis entri ini, aku baru sahaja pulang dari sembahyang Jumaat. Ayah aku sedang makan dan emak aku sedang duduk berehat. Entah macam mana terkeluar pula cerita tentang perniagaan lintah seperti yang aku ceritakan pada entri yang sebelumnya.
So sekali lagi aku sengaja minta pendapat emak dan ayah aku mengenai perniagaan lintah ini. Manalah taukan, hari Jumaat ni kan ker Sayyidul ‘ Ayyam… PENGHULU bagi segala hari. Dan feedback yang aku terima adalah seperti yang aku jangka. Respond yang aku dapat saling tak tumpah saperti restu. Jadi semangat untuk menjadi seorang usahawan lintah semakin berkobar-kobar dan yang pasti perniagaan ini tidak sekalipun menjejas kerja aku sekarang (usahawan internet).
Sebenarnya, situasi sebegini seringkali mengingatkan aku pada saat aku “jatuh dahulu”. Pada waktu itu aku berumur 26 tahun (2005) dan aku sendiri tertunggu-tunggu bilakah saat seperti sekarang ini (hari ini) begini akan muncul semula dalam hidup aku. Aku inginkan satu kejayaan dan aku ingin sangat mengecapinya sekali lagi (setelah jatuh-bangun beberapa kali). Kalau boleh, kejayaan kali ini biarlah untuk selamanya dan kejatuhan yang lepas biarlah yang terakhir.
Waktu itu, tidak dapat dinafikan yang hidup aku sungguh “tertekan” kerana aku tidak dapat menjana income yang aku inginkan. Aku makan gaji, lepas tu aku berniaga… tapi boleh dikatakan semuanya tidak menjadi. Aku berniaga pada waktu siang, potong ikan pada waktu malam dan begitulah senario kehidupan aku pada waktu itu. Kadang-kadang nak join gathering ngan member yg lain pun aku akan cuba elak. Sebab apa? Sebab akau malu.
Sehinggalah aku berkenalan dengan seorang hamba Allah (aku tak mungkin melupakan hamba Allah ini). Dialah yang membuka minda aku terhadap dunia internet. Jadi apa yang aku lakukan, aku tahan mata aku ini setiap hari dari pukul 12.00 tgh mlm (selepas potong ikan) sehinggalah jam 2-3 pagi. Aku belajar melihat internet dari semua segi termasuklah blogging. Iya… blogging!
Blogging sebenarnya banyak mengajar aku tentang dunia internet.
Sama ada percaya ataupun tidak, ada satu tabiat dalam blogging yang aku suka dan tabiat itu jugalah yang telah membuka pandangan aku tentang dunia blogging itu sendiri. Nam atabiat itu adalah “bloghoping”. Lebih banyak yang aku tahu, lebih banyak yang aku kena bertanya. Blogging juga telah meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris aku manakala berforum pula menjadi “port” aku untuk meningkatkan tahap keyakinan aku dalam menjalankan urusan dengan orang luar (mat saleh la konon).
Buat pengetahuan semua, kamus pertama yang aku guna selama ini pun sudahpun hancur dan kini, aku menggunakan kamus yang kedua. Bayangkan teruk giler kamus tu aku kerjakan (maklumlah.. aku ni memang bebal English pada waktu tu). Sebab itulah aku sangat bengang bila ada orang Melayu yang malas untuk merujuk kamus. Asyik nak disuap jer.
Tapi kini Alhamdulillah, pendapatan aku dari dunia internet ini telah membolehkan aku tersenyum kambing. Emak dan ayah sungguh selesa dengan apa yang aku buat. Walaupun mereka dahulu sungguh tidak yakin dengan apa yang aku buat, tapi kini mereka cukup memahami. Semuanya kini lengkap kerana aku telahpun mempunyai perniagaan online sendiri yang telah aku daftarkan pada tahun lepas dan itulah antara impian aku. Malah mereka sendiri puas dengan apa yang aku beri (moral dan kewangan). Pergi jahanamlah dengan jiran-jiran yang mengatakan aku menganggur, duduk rumah, besarkan perut…. ! Yang pasti , mereka tak faham apakah itu blogging dan online business.
Jadi, sebagai “batu tanda” untuk aku terus maju ke hadapan, di sini aku paparkan tulisan yang aku buat di blog MySpace aku 4 tahun lalu. Syukur… apa yang aku impikan telah pun tercapai. Cuma yang aku perlu lakukan sekarang adalah usaha yang “gigih dan luar biasa”. Tiada lagi perkataan “jatuh” dalam hidup aku.. InsyaAllah.
[10 Feb 2005 | Thursday]
5:29 AM - Arrgghhhhh…..
Sekejap jer dah 26 tahun.
Aku rasa macam baru semalam jer tinggalkan alam persekolahan.
Tak tau lah kenapa…
Sebenarnya banyak lagi yang aku nak kejar dalam hidup aku nie. Tapi kenapa banyak sangat ujian yang datang. Lepas satu, satu ujian. Mungkin dah ditakdirkan kot aku kena settlekan ujian tu dulu. Cuma kadang-kadang aku dah bosan dengan ujian dan dugaan ni.Memang sejak dari bangku sekolah lagi kita dah ada ujian kan..?
Dari ujian bulanan, periksa penggal sampailah ujian akhir tahun.
Aku masih ingat lagi masa aku kecik dahulu, aku tak sabar-sabar nak jadi besar. Tapi, bila aku dah besar nie, masa zaman kecik-kecik dulu jugaklah yang aku selalu terbayang. Kenapa erkk..?Kadang-kadang tu, aku mula terpikir apalah yang mak bapak aku sedang fikir sekarang..?
Adakah apa yang aku fikir sama dengan apa yang mereka pikir..?
Adakah mereka juga memikirkan zaman kecil diaorang macam yang aku fikirkan?
Adakah mereka sentiasa terkenangkan zaman perang Jepun dulu…?
Atau adakah mereka sedang pikirkan apakah yang bakal anak dan cucu cicit mereka hadapi pada zaman akan datang…?Lebih mendalam lagi, kadang-kadang aku mula terfikir adakah aku akan memikirkan benda yang sama macam mereka fikirkan bila aku dah tua nanti… Adakah aku akan sentiasa ceritakan apa yang aku fikirkan pada zuriat aku kelak..? Dan adakah aku akan ceritakan pada zuriat aku kelak tentang apa yang atuk-nenek diaorang fikirkan pada masa aku kecik dulu….
Walau macammana pun, adakah cucu-cicit mereka semua akan faham apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku…?Bila difikirkan balik, aku mula terfikir tentang tujuan hidup aku. Memang mana yang wajib tu, kita dahulukanlah dulu. Cuma sebagai manusia, kita tak boleh sempurna dari segala aspek. Mungkin orang lain juga takkan rasa apa yang aku rasa. Tapi, pada aku itu semua tak penting. Yang penting, apa yang aku rasa…
Dulu aku merasakan aku dah hampir sampai ke tahap yang aku boleh dapat semua yang aku inginkan. Aku bekerja siang dan malam untuk sampai ke tahap tu.. Tapi seperti yang aku katakan tadi… ujian tu sentiasa ada, di mana-mana, bila-bila masa dan ia tak pernah mengira siapa gilirannya. Aku tetap jugak kena amik ujian tu. Sebab apa, sebab ujian itu semuanya datang dari Allah… Jadi, kenalah senyum jugak sebab itu semua adalah satu momentum untuk diri aku bergerak ke hadapan.
Aku memang selalu fikir bilakah aku akan capai apa yang aku nak.
Bukan saja rezeki datang bergolek-golek.. tapi, ujian ngah cubaan juga datang bergolek-golek…!
Cuma, kuat tak kuat je lah diri aku ni nak menghadapinya. Sekarang ni pun (2005), apa yang aku usahakan dah jatuh, so kena bangun balik. Masa nilah aku teringatkan balik zaman aku kecik-kecik dulu… Selalu main lari-lari, lepas tu jatuh… berdarah lutut. Kengkadang menangis-kengkadang diketawakan… tapi, aku tetap bangun jugak, tetap kena berjalan jugak. Lepas tu aku balik rumah, bagitau kat mak ngan ayah yang aku jatuh. Ayah aku pun sapu luka tu dengan ubat kuning (Yellow lotion).Bezanya bila dha besar sekarang ni jer kalau dah jatuh, kena bangun sendiri, kena jalan sendiri… kena survive sendiri… tak payahlah nak bagitau mak dan ayah. Sebab diaorang semuanya dah mengajar aku sejak aku kecil lagi….”kalau jatuh, bangun…”. Jadi, kesianlah kat mak ngan ayah, mereka dah tua… tak payahlah mereka nak peningkan kepala pasal masalah aku dan aku pun sepatutnya tak payahlah peningkan kepala mereka. Bukannya nak membelakangkan mak dan ayah, tapi sebab aku sayangkan mak dan ayah aku.
Mungkin mak dan ayah tak pernah tau apa yang ada dalam fikiran aku nie. Sebab aku pun kalau boleh , nak tunjukkan pada mereka yang aku boleh bangun sendiri. Mak… ayah.. apa yang aku perlukan sekarang adalah kekuatan hati untuk bangun semula… Mungkin satu sebab yang aku rasa susah untuk bangun balik dari kejatuhan masa lampau adalah kerana aku malas… Aku rasa itu sahaja.. Aku tak salahkan sesaper pun dalam hal ini, biasalah… dah namanya berniaga…. ada untung dan ada rugi…
Bukan aku tak suka makan gaji macam yang mak dan ayah aku suruh.. tapi, memang naluri aku ni suka berniaga… nak buat macam mana….memang semua mak bapak risau bila perniagaan kita collapse. Tapi, mak… ayah… nak naik dalam dunia perniagaan ni bukannya boleh dikecapi dalam sehari dua… aku harap mak ngan ayah faham akan realiti nie.
Tapi, untuk sedapkan hati mak dan ayah… aku makan gaji jugak buat masa nie. Biarlah mak ngan ayah nampak dan rasa duit yang aku cucuk kat mesin ATM tu. Cuma satu je, aku tetap akan bangun semula satu hari nanti, macam masa aku kecik-kecik dulu, ye mak, ye ayah…!
Aku harap aku bolehlah aku ceritakan semula semua ini pada zuriat aku kelak. Aku juga berharap yang aku akan berfikir benda yang sama bila aku dah tua nanti, jadi tak payahlah anak dan cucu-cicit aku memerah kepala memikirkan apa yang nonsense untuk anak cucu mereka pulak nanti.
Kemudian, aku nak sangat tunjukkan pada mak ngan ayah yang aku tak makan gaji lagi. Emak dan ayah dah boleh berbangga sebab selepas nie, semua cucu cicit mak sentiasa boleh membuat keputusan sendiri, tak perlulah mereka diperintah oleh orang lain (makan gaji).
Cuma satu perkara yang emak dan ayah perlu tahu ialah selepas aku berjaya kecapi kejayaan kelak (tak tahu lagi bila), semua cucu-cicit mak ngan ayah takkan menangis bila mereka jatuh ketika bermain dan kalau lutut mereka berdarah pun, mereka dah boleh sapu sendiri ubat kuning tu!
Sayang mak dan ayah….!
Dari anakmu, Izad.
10 Februari 2005.
1:20 pm.
So itulah cerita dan apa yang berlaku 4 tahun lepas dan kini semua yang aku idam-idamkan 4 tahun lepas itu telahpun tercapai. Nahhhhh…. kawan-kawan semua, kalau aku boleh buat, takkan engkau tak boleh buat. Janganlah engkau cepat sangat melatah dan berputus asa. Bumi Allah ini terlalu luas untuk engkau terokai.. begitu juga dengan dunia internet. Gali, cari dan terus mencari… insyaAllah, engkau akan dapat apa yang engkau impikan….

Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
June 20th, 2008 at 12:22 am
luka tak lutut ko masa jatuh tu ijad? hehe
June 20th, 2008 at 1:43 am
interesting..
June 20th, 2008 at 2:27 am
This is by far the most motivational story i read from bloghopping and maybe in my entire life.
I only can say congratulation and hopefully u really succeded in your leech business.
Engkaulah potret kejayaan ku
taukeys entri yang terkiniTukar Theme Blog Lagi
June 20th, 2008 at 3:28 am
puaka kejam : mestilah berdarah. kalau tak berdarah, takkan nak sapu ngan ubat kuning plak kan?
nolita: thanks tapi kenapa tak letakkan link blog you tu?
taukey: sesuatu cerita akan menjadi motivasi yang hebat bila ianya datang dari pengalaman sendiri. anyway, thanks kerana menjadi pengunjung yang paling setia di blog ini.
June 20th, 2008 at 3:45 am
memang setia. bila aku bongkar semua dalam blog rohaizad.com ni aku jumpa ttg dapat free hosting seumur hidup.
tahniah walaupun aku lambat tahu. hehehe.
taukeys entri yang terkiniTukar Theme Blog Lagi
June 20th, 2008 at 3:47 am
erm… baca betul-betul yea… kat paragraph yang terakhir tu… ekekeke
June 20th, 2008 at 4:12 am
Salam perkenalan….(jumpa page ni tru taukey mybloglog)
best entry ni! aku suka…. dan part aku suka bila jatuh, dan bangun balik….
…aku baru je mengalami zaman kejatuhan… (2007)… sekarang tgh bangun, dah mula berjalan… cuma belum berlari….
…dan aku juga self employed…
..so byk benda aku tgh belajar dlm blogging ni….
mungkin byk yang aku bole cungkil “rahsia” kat sini..
samdaddycools entri yang terkiniTips hari ini - potong kuku kambing
June 20th, 2008 at 5:38 am
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh aku ditipu. aku mmg tak nampak. ish ish ish. kalau aku tetiba jadi rajin tadi mesti aku dah cari kat google.
tapi takder plak org jawab tu erk. ekekekeke
taukeys entri yang terkiniTukar Theme Blog Lagi
June 20th, 2008 at 7:09 am
sam: selamat datang! memang blog nie sentiasa ada entry untuk dicungkil…
taukey: ko bukan ditipu, tapi tertipu. takder orang jawab sebab mereka tak se-fokus ko… tahniah!
June 20th, 2008 at 7:30 am
hahahaha….tertipu. tak leh la tgk dengan mata kasar. wakakakaka….nasib baik aku baca kali kedua dengan teliti kalau tak mmg naya la aku tertipu dan percaya bro dapat hosting percuma seumur hidup. ekekeke
taukeys entri yang terkiniTukar Theme Blog Lagi
June 20th, 2008 at 10:27 am
tahniah bro! dapat juga aku menambah semangat aku utk meneruskan antara projek offline aku spt ko. teringin juga aku capai sesuatu bersama orang tua tersayang.
megats entri yang terkiniUjian Tahap Pembacaan Blog
June 20th, 2008 at 4:32 pm
Best ni, Izad! Bermotivasi saya membaca entry ni. Betul tu, setiap org ade impian dan ade cara masing2 utk mencapainya. Saya pun ingin mencapai impian saya sama seperti awak. Cuma setakat ni banyak bermula dgn offline, sikit2 mengorak langkah utk ke dunia online pula.
Apa yg penting doa kejayaan setiap hari, Insya-Allah… Allah itu Maha Mendengar kan?
kakerus entri yang terkiniPOSITIF yang membina KREATIF?
June 20th, 2008 at 5:45 pm
megat: yup, kalau kita ada offline dan online projek, itu memang best. focus, cool and serious adalah 3 perkara yang aku selalu gunakan untuk mencapai sesuatu. percayalah….
kakeru: yup, sikit-sikit memgorak langkah pun sebenarnya sudah cukup baik sebab kita dah membuat “langkah pertama” kan? semoga berjaya!
June 21st, 2008 at 1:07 am
Alhamdulillah..gembira bila tengok orang dapat bangun dari jatuh, lepas tu berjaya. Your blog is interesting. keep it up!
LiyanaNaznims entri yang terkiniDi Balik Awan
June 21st, 2008 at 5:38 am
Thanks Liza Hanim… ehhh, sikit lagi nak sama … welcome.. welcome…
June 21st, 2008 at 9:40 pm
tahniah rohaizad! best dengar cerita kau. Hope to see you one day.
apapun bro, masih banyak halangan dan cabaran di depan sana. Be strong and teruskan belajar!
abahfatehs entri yang terkiniKisah Datuk Bomoh Melampau
June 21st, 2008 at 9:47 pm
wahhhh… tak sangka pulak entri ni akan mendapat sambutan yea….
jumpa kita di puncak kejayaan.. insyaAllah..
June 22nd, 2008 at 1:41 am
uih mana tak dapat sambutan bro. tahun 2005 tu. silap haribulan nak jatuh air mata. banjir blog nanti. ehehehee
taukeys entri yang terkiniHujan Melanda
June 22nd, 2008 at 1:59 am
ermm… aku ingat aku nak letak jer link blog myspace aku tu… tapi seganlah plak… wahahahaha
June 22nd, 2008 at 5:56 am
letak la. dapat gak aku baca sejarah wujudnya rohaizad.com dan beberapa web dan blog bro yang aku tau. setakat ni aku tau 4 jer termasuk yang ni.
tapi aku lebih baca dua jer la. hehehehe
tu baru sikit jer yang aku tau blog dan web yang bro ada. yang lain tak yah lah sebab
taukeys entri yang terkiniBuat Duit Pendapatan Lumayan - Wangmatrix.Net - Program Penipu dan Scam
June 22nd, 2008 at 6:39 am
wahahahha.. nanti aku kasi la. malu siot… gambar lama pun ada lagi kat myspace tu..
June 22nd, 2008 at 8:30 am
dulu dan sekarang.. memang berbeza.. kita belajar dari pengalaman.. tanpa pengalaman.. kita x belajar ape²..
betul ape ko cakap pasal kamus tu.. aku memang tertarik.. aku pun ada 1 habit dari bapak aku.. kalo x tahu ape².. buka kamus.. kalau member aku tanye aku cakap.. “ko ingat aku kamus bergerak ke..?? kamus ko beli tu, nak bungkus kain kuning ke..?” haha..
erk.. bro dah nak masuk 30-an dah.. erk.. bila mau kawen..?? ke dah kawen..?? hohoho..
June 22nd, 2008 at 9:04 am
yup.. aku 29 tahun skang dan belum berkahwin lagi. sebenarnya, dulu aku pernah kawan ngan sorang budak Air Hitam , Johor.. 1 tahun! selama setahun itu jugalah, rupa-rupanya aku nie dijadikan tempat melampiaskan “rasa rindu” dia sejak dia clash ngan pakwe dia. lastly, pakwe dia datang balik ngan “poket yang berduit”, so dia tinggalkan aku gitu jer. dia siap ngaku semuanya ngan aku. tension…..
after that, aku sibukkan diri aku ngan kerja sampai ada satu hari, mak bapak kawan aku siap masuk merisik aku pada hari raya yg ke 3 untuk anak dia pompuan dia. ingatkan datang nak berhari raya, rupa-rupanya lain pula cerita. cuma that time, aku belum bersedia… cehhh… (ini adalah kes yang paling pelik sepanjang hidup mak dan ayah aku… )
dunia.. dunia….
June 22nd, 2008 at 3:51 pm
hehehehe…..ijad tu tgh kejar Maya karin tu la lambat sket. ekekekeke.
ish ish ish dunia dunia. macam2 orang, macam2 masalah.
taukeys entri yang terkiniBuat Duit Pendapatan Lumayan - Wangmatrix.Net - Program Penipu dan Scam
June 22nd, 2008 at 7:01 pm
ker maya karin tu yang asyik terkejar-kejar kat aku?
*** Wahai Maya, bolehkah adinda merungkai segala kesimpulan yang ada…? Kanda amatlah malu untuk menyatakannya… wahahahaha….
June 22nd, 2008 at 7:11 pm
sebut pasal maya karin, teringat pula kat lagu sonar - cuma dia..
aku tak mahu maya karin..
aku tak mahu fasha sanda..
aku tak mahu siti nurhaliza..
yang ku mahu cuma dia….
maya kain cun pe.. ahaks..
June 22nd, 2008 at 7:13 pm
aku rasa sonar tu takde naluri “jantan” laaa…. ekekeke
June 26th, 2008 at 10:48 pm
..wah.. aku pon berkenan maya karin… muahahahahhahahaa
samdaddycools entri yang terkiniTips hari ini - potong kuku kambing