Sebutir PERMATA di KEJORA – entri untuk Universiti Putra Malaysia.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: June 26, 2008 online
Iya… adik aku telahpun mendapat tawaran kerja di Kejora (Kemajuan Johor Tenggara) sebagai Pegawai Pertanian dan kalau aku betul, Kejora baru sahaja melakar sejarahnya yang tersendiri.Sejarah?
Benar.
Adik aku adalah pegawai pertanian yang termuda pernah dimiliki oleh Kejora !!!
Dengan melantik seorang pemuda yang hensem dan berdedikasi (tengoklah adik siapa kan?), aku pasti Kejora akan mendapat satu lagi suntikan persekitaran baru dari segi idea dan tenaga kerja. Itu aku pasti. Yang nyatanya, UPM (Universiti Putra Malaysia) telahpun kehilangan satu lagi PERMATA yang digilap oleh mereka sendiri (UPM) selama bertahun lamanya. Bukan aku tidak bersyukur, tetapi ada something yang aku rasa “pelik”.Ceritanya begini:
Adik aku adalah pelajar cemerlang dengan 3.8 pointer Anugerah Dekan (Agro & Holticulture) di fakultinya. Telahpun mendapat tajaan salah sebuah firm besar di Malaysia ni untuk sambung Master tetapi ditipu dan akhirnya, 3 bulan gaji adik aku tidak dibayar (kalau aku tulis nama firm tu, mau aku mem’BABI’kan mereka). Kemudian, adik aku terus bekerja di Golf Sungai Long sebagai Assistant Course Superintendant.
Sejak dia incharge green yang ada di golf club tu, tidak pernah satu komen yang terkeluar dari golfer, malah setiap hari ada sahaja pujian yang dapat. Dari baja, machine dan pekerja, semuanya di bawah telunjuk dia. Bayangkan, seorang budak berumur 24 tahun berjaya managed 30 orang pekerja yang lebih tua umurnya. Tiada masalah.Tidak lama selepas itu, adik aku mendapat tawaran dari seorang Professor di UPM untuk menjadi assistantnya.
Dari apa yang aku tahu, Professor dia ini bukan jenis yang “kroni”. Dia menilai prestasi pekerjanya dengan akal, bukan dengan hati. Dengan kontrak selama setahun, adik aku diberi kebebasan oleh Professor itu untuk mencari kerja yang lain dan lebih bagus. Bukan itu sahaja, adik aku juga boleh berhenti on the spot sekiranya dia ingin bekerja di tempat yang baru. Aku respek Professor dia yang satu ini. Very gentleman.Ada lagi.
Dalam masa setahun itu jugalah, adik aku mencari kerja untuk masa hadapan dia. Dari KL hinggalah hometown JB, semua jawatan Pegawai Penyelidik dah diterjahnya. Termasuklah Pegawai Penyelidik untuk UPM sendiri. Yang terbaru, jawatan untuk Pegawai Penyelidik bagi Lembaga Getah Malaysia telahpun diterima (korang taukan gaji kasar Pengawai Penyelidik dekat RM3000?). Cuma adik aku terpaksa tolak tawaran tu sebab jauh giler.. nun kat Sungai Buloh… rumah sewa mahal nak mampus, jauh ke dalam, adik aku takde kereta .. dan macam-macam lagilah.
Selang beberapa hari selepasnya, aku dapat surat dari Kejora menyatakan mereka telah mengambil keputusan untuk mengambil adik aku sebagai Pegawai Pertanian mereka. Yang pasti, mereka berkenan dengan cara dan attitude adik aku semasa sesi interview 3-4 minggu lepas. Percaya atau tidak, tidak ramai dari candidate yang ada pada hari itu berjaya membuka mata mereka tentang masa hadapan agro pertanian. Mungkin engkau tidak percaya mendengar tentang cerita yang satu ini tapi tak seorang pun dari graduate pertanian yang ada ada di situ tahu harga padi tan semasa. Tiada pengetahuan… malas membaca. Akibatnya, mereka semua tanya adik aku.
Sebenarnya, adik aku adalah orang yang paling lama di interview. Aku nampak candicate sebelumnya, 10 minit dah keluar bilik, tapi adik aku aku 40 minit pun tak keluar lagi dan mengikut pengalaman aku.. itu adalah petanda baik. Dan hakikatnya, adik aku keluar dengan senyuman sebab sesi interview dah terbalik. Kalau engkau nak tahu, apa yang terjadi dalam bilik interview itu ialah sesi presentation. Iyaaa ….
, majoriti pegawai yang menemuduga adik aku berminat sungguh dengan explanation yang adik aku berikan. Mereka suka dan terus bertanya tentang apa yang adik aku tahu tentang dunia pertanian. Kelakar bukan?
Kesimpulannya, adik aku akan memulakan kerjanya sebagai Pegawai Pertanian termuda di KEJORA pada 1hb Julai ini. Sebagai seorang abang, aku bangga dengan adik aku dan aku akan tetap menyokong dia. Untuk UPM, hentikanlah sistem pemilihan yang entah apa-apa entah. Mengapa perlu ditapis sedemikian lama sedangkan yang terbaik sudah ada di hadapan mata?
UPM memang rugi kerana segala kepakaran yang ada pada adik aku akan disalurkan kepada organisasi lain. Bertahun-tahun masa telah diambil untuk mereka (UPM) melakar sebutir PERMATA, tetapi yang pasti sekarang, ada satu PERMATA yang akan berkhidmat di KEJORA, bukan di Universiti Putra Malaysia!!!




Tak kisahlah tu.. Samada di KEJORA atau UPM yang pentingnya adik kau akan berjasa kepada negara dengan kerja nya…..
Selagi bernyawa beliau akan menjadi sanjungan ramai..
3.8 dengan prestasi kerja yang memberansangkan? wah bagus tu. tgk adik siapa kan? ekekeke.
takper lah dengan UPM tu. Mgkn rezeki mmg tiada kat situ agak nyer ar. moral of the story ” nilailah orang dengan prestasi bekerja bukan sebab kroni”.
entah moral of the story apa la aku bagi tu. ahahaha
zool – sebab tu aku bangga ngan adik aku. kalau iuktkan hati aku, mau aku saman orang yang tipu adik aku tu. ada title Dato’ pun tak guna. menindas jer diaorang nie.
anyway zool, aku masih lagi hutang ko satu review dan aku akan tukar review tu kepada audio review. aku janji.
taukey – kroni “membunuh” dan kroni lebih teruk dari hisap rokok. katakan tidak pada kroni.
wahh..dahsyat jugak adik ko yea izad..apa-apapun tahniah dengan adik ko tu..walaupun tak berjasa kat UPM..tapi aku rasa bangga gak sebabnya dia datangnya dr UPM (Tempat aku blajo dulu-dulu)
woiiittt.. pakli…!
lama siot tak jumpa…. nanti kita pegi makan Nasi Lemak Senibong…!
apa citer skang?
Hutang apa ek???
wahahahaha… aku ni pun satu, rupa-rupanya ada ramai Zool kat sini.
http://tinyurl.com/64mcd3
hahahaha. aku pun baru perasan. hehehehe. ramai pulak zool. Siap sama spelling plak tu. hehehe. patut pun zool yang ni terkejut. ahahhaa
ko terkejut?
aku lagilah terkejut sebab baru tadi aku check zooltechnology dot com punya site kena suspended.
aiseymen….
Huhuhuhu.. disebabkan ada dua Zool so aku terpaksa guna nick zool ligakampung kat blog ko ni…
Aku belum lagi dapat komen Zool lagi satu tu…
zool ligakampungs entri yang terkiniPeminat
Er lagi satu.. Ramai ke Zool??
Setakat ni aku baru jumpa 1 je..
Kalau ramai boleh aku buat persatuan blogger bernama ‘Zool’…
Huargh
zool ligakampungs entri yang terkiniPeminat
buatlah “Zool Network”… baru best!
baguslah….orang mcm ni la negara kita perlukan..bukannya orang yg pandai cakap..cakap berdegar2 tapi hasilnya tiada….tunjukkanlah kebolehannya yang dia ada….sbg org muda dah tentu byk idea bernas…..berusahalah!!…..hehehe
betul tue. tapi UPM tak nampak!
tahniah pada adik kau
walaupun terlambat
ada apa2 cerita terbaru dari KEJORA?
BAGAKs entri yang terkiniRahsia Duit Adsense Sudah Terbongkar
BAGAK – Oh yaaa … adik aku telahpun diimport oleh Mardi. Sekarang dia adalah seorang Pegawai Penyelidik di sana.
* terlalu banyak “kekurangan” di Kejora.
dah lama pun entri ni, aku pun ex upm, memang la benar, saper yg rapat, mengampun dan segala mcm jenis yg berbaur kroni akan dipilih…walaupun tak cemerlang…
aku dulu smpat jadi tutor part time kat upm, nak jadi full time memang susah la kalau tak baik ngan Dekan dan sbgainya
itulah realiti sesebuah organisasi dalam kerajaan
wah tanniah ..tumpang gembira.. mmg kalau main kroni2 ni leceh.. and tak fair..