Luahan hati rakyat Johor yang ingin diluahkan telahpun terluah!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Spesifik - Tarikh disiarkan: June 13, 2008 online

rusuhan.jpg

Aku adalah seorang rakyat yang suka berfikir.
Bila apa yang aku fikirkan itu logik dan inginkan sesuatu solution, maka selalunya aku akan berdiskusi dengan bapak aku. Tidak kiralah sama ada usulan dan idea itu datang daripada parti kerajaan mahupun parti pembangkang, aku tetap akan berdiskusi mengenainya. Selalunya waktu yang dipilih adalah ketika dan selepas makan tengah hari (emak aku selalunya akan jadi PEMERHATI.. cehhh!) .

Aku dan bapak aku selalunya berfikir dan bertindak secara rasional. Bukan semua yang datang dari kerajaan dan pembangkang itu betul dan begitulah sebaliknya. Cuma apa yang tidak seronok selepas sesuatu diskusi adalah tindakan yang akan kami lakukan. Most of the time, aku dan bapak aku hanya menyimpan dalam hati sambil berdoa yang salah dapat dibetulkan. Tetapi, apabila hasrat dan juga niat untuk memperbetulkan semua yang salah berada di luar bidang kuasa, maka itu yang akan menjadi satu tekanan. Iya… TEKANAN. Tekanan adalah stress!

Halooo… ingat menteri dan orang besar jer yang dapat stress ker?
Rakyat jugak kadang-kadang cukup stress, serik dan pressure melihat keletah “mangkuk-hayun” orang besar yang tak betul ni. Jangan ingat rakyat senang lenang melihat dan mendengar. Lagi banyak yang rakyat tahu, lagi tertekan hidup mereka. Apalagi bila semua janji dan sumpah yang diucapkan ketika warkah perlantikan di “buruk siku” kan oleh mereka yang sungguh “money oriented”.

Bukanlah niat aku hendak membawa tukul besi untuk mengetuk kepala ahli parlimen/kerajaan yang “mangkuk-hayun” di dalam kabinet itu, tetapi inilah perasaan dan juga hati seorang rakyat yang telah memangkah. Ingat, aku maksudkan orang yang ada di dalam kabinet… so maknanya kerajaan dan pembangkang pun aku hayun… tiada yang terkecuali.

Cuma bila ada di kalangan orang besar yang “BERJAYA” menyuarakan hati sebenar RAKYAT, aku sungguh terkesima. Aku rasakan apa yang aku dan bapak aku diskuskan telah terlaksana dan doa yang selama ini dipanjatkan telah termakbul. Bagi orang Johor ini adalah satu LUAHAN yang patut engkau simpan dan diskuskan lagi secara meluas. Hakikatnya, ini adalah satu PEKUNG yang tidak boleh disimpan lagi. SYABAS !!!!!!!!!!

Bacalah sampai habis….
(Baca selanjutnya :) …)

Pembayaran Subsidi Petrol: bodoh jika engkau tak ambil!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Spesifik, Umum - Tarikh disiarkan: June 13, 2008 online

bassekolah.jpg

Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh Pak Lah dan delegasi negara yang lain, esok adalah hari untuk semua rakyat Malaysia mengambil bonus. Walaupun bonus ini adalah duit kita sendiri, tetapi adalah BODOH jika kita tidak mahu ambil. Senang cerita, kalau engkau tak mahu, engkau boleh forwardkan duit itu kepada aku.

Apa-apa pun, aku dapati ada lagi antara kita yang BLUR tentang pembayaran “gimmick” subsidi petrol (gimmick ker?) ini. Tak kurang ada juga yang masih lagi tidak percaya tentang pembayaran subsidi petrol lesen kenderaan motor ini. Wey kawan…. ini bukan main-main ler !!!

Jadi di sini, aku lampirkan gambarajah (lama betul aku tak sebut perkataan “gambarajah” ni…) dan juga cara-cara untuk ‘claim’ duit kita sendiri:
(Baca selanjutnya :) …)

Lu apahal?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh disiarkan: June 9, 2008 online

mengantuk.jpg

Hamba Allah: “Orang tidur, lu sibuk menatap PC, apa kejadahnya lu buat nie?”
Aku: “Cari duit…”

Hari: Selasa.
Bulan: Jun 2008.
Masa: 2:28 pagi.

Rabaknya mata…..

Harga minyak petrol naik lagi - barulah best!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Umum - Tarikh disiarkan: June 4, 2008 online

radiator.jpg

Haaa… best ker?
Kalau engkau kata best, maka baik engkau jangan keluar rumah selepas tengah malam ni sebab silap-silap engkau akan di belasah ramai-ramai. Antara sebab kenapa engkau akan dibelasah ialah kerana ramai yang sedang marah bagai nak rak, ramai yang tengah bengang, ramai yang tengah pening, ramai yang tengah sengal dan ramai yang tengah pendam dalam diam.

Harga petrol naik lagi dan kenaikan kali ini adalah sungguh meriah sekali iaitu RM0.78. Ini bermakna kenaikan dari RM1.92 satu liter kepada RM2.70. Handphone aku dari tadi tak habis-habis bergegar kerana terpaksa menampung mesej pasal kenaikan harga minyak petrol ini. Mula-mula tu ingat joke jer, tapi bila gegaran handphone dah tak terkawal, aku dah tak anggap ini satu joke. So apa yang terjadi ialah aku cool dulu sebab client pun sedang duduk depan mata. Bila aku bagitau hal ni pada client aku kat restoran sebelah Mydin BBU itu, mereka pun sungguh cool walaupun aku tahu mereka juga menyirap dalam diam. Control macho agaknya.

Apa-apa pun, berita mengenai kenaikan petrol ini tidak perlulah engkau amuk’kan sebab kalau engkau nak amuk, tahun depan pun akan naik juga (ye ker?). Kemungkinan tu memang ada sebab MINYAK PETROL MANALAH PERNAH TURUN KAN? Kalau yang turun pun hanyalah jarum meter minyak tu jer.

So kalau engkau nak bising, bisinglah… kalau engkau nak meroyan, meroyanlah… kalau engkau nak bawak parang ke Parlimen, bawaklah (tapi aku pasti engkau akan di tangkap oleh Pak Guard). Yang penting, engkau kena terima kenyataan ini. Aku tak kisah. Terus terang aku boleh terima kenyataan ini. Cuma ada satu hal yang tak boleh terima dan rasa macam nak amuk jer. Apakah ia?
(Baca selanjutnya :) …)

Catatan baru →