Perjalanan kita masih lagi jauh.
Nampaknya, kursus lintah yang aku dan pihak syarikat TD Business Group kendalikan selama 2 hari 1 malam di Hotel Good Hope, Skudai pada 28 dan 29hb Jun yang lepas sungguh berjaya dan apa yang boleh aku katakan sekarang ialah “success!”. Lawatan peserta ke tapak ternakan lintah juga sungguh memuaskan. Kesemua peserta kelihatan amat bersungguh-sungguh dalam menjalani praktikal seperti yang telah termaktub dalam jadual yang disediakan. Aku akan upload semua gambar dan juga laporan penuh dalam website syarikat di lama web TDBusinessGroup.com.
Buat pengetahuan semua, aku bukanlah pekerja tetap di syarikat ini. Semuanya bermula (perkenalan) apabila pihak syarikat TD Business Group menginginkan aku menyiapkan weblog (web + blog) syarikat mereka. Dari situlah, aku mula mengenal dunia lintah. Sejak dari hari itu sehinggalah sekarang, aku diminta untuk membantu mereka dalam pembangunan web, pemasaran internet sehinggalah kepada semua hal-hal yang bersangkut-paut dengan internet untuk syarikat mereka.
Dan sekarang, aku seolah-olah dah jadi sebahagian dari syarikat ini… hah…hah….hah…!
Kelakar bukan?
Tapi itu bukan bermaksud yang aku telah meninggalkan dunia blogging & web aku. Aku masih lagi seorang usahawan internet seperti adanya. Pagi ini sahaja ada 8 order blogpost untuk aku siapkan. Jadi sebelum aku pergi ke CIMB Bank untuk cash-out kan duit adsense aku, aku just ingin berkongsi satu hadith yang amat seronok sekali untuk dibaca bersama:
Mari kita rujuk kepada Manusia Agung, iaitu Rasulullah SAW.
Apa Rasulullah ‘makna’kan kepada kejayaan.
Lihat maksud hadis ini;
Seseorang yang hari ini Lebih Baik dari hari semalam, ia orang BERJAYA;
Seseorang yang hari ini SAMA dengan hari semalam, ia orang yang SIA-SIA;
Seseorang yang hari ini LEBIH BURUK dari hari semalam, ia orang yang CELAKA!
Adios amigos!
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
July 1st, 2008 at 7:01 pm
wahhh makin sibuk la sekarang ni. hehehe. Best jugak buat kerja freelance ni sebab bebas sikit jer la. hehehe. Jadual jer penting kan. Pembahagian masa tu kena betul
July 1st, 2008 at 8:33 pm
tahniah bro! maju setapak lagi…. wah…. kalau ko kawen jad, mesi powerrrrrrr…
pasal hadith tu, mmg kena pegang sanagt2. tanamkan dalam diri nak buat lebih baik setiap hari, tak kira dalam ibadat, mencari rezeki, adab dgn parents, masyarakat….
p/s - muhasabah seminit setiap hari lebih baik daripada bercakap kosong 1jam..
July 1st, 2008 at 9:54 pm
Taukey - yup, pembahagian masa memang penting. kalau tak … kita jugak yang pening!
Sam - yup, 1 minit itu memang penting kalau kita tahu untuk meng”kualiti”kannya.
July 2nd, 2008 at 6:27 am
wah.. makin maju nampaknya..
aku doakan agar maju dan terus maju…
bila dah maju, jangan lupa kawen..
ngehehehe..
sallikin@nikillass entri yang terkiniHari-hari Gembira dan Bermakna..
July 2nd, 2008 at 7:10 am
Salikin - mekasih geng.
July 3rd, 2008 at 7:50 pm
doakan semoga ko akan bertambah rezeki & berjaya. serta durahmati.
minta dijauhkan dari menjadi seperti maksud hadis tersebut.
megats entri yang terkiniPolitik Negara : Fitnah!?
July 12th, 2008 at 9:45 pm
….bro, nak bagi advice… aku dah terbaca pro n cons ttg hukum ternak lintah.. harap ko bole search….n cnfrm…
samdaddycools entri yang terkiniBusby SEO Challenge - Malaysian Participant
July 13th, 2008 at 3:00 am
sam, bagilah aku link tu, bior aku baca.
July 13th, 2008 at 3:13 am
oh ada hukum jugak erkk. tu mmg aku tak pernah tengok. nak gak aku join sekaki baca, boleh bagi link arr
July 14th, 2008 at 5:20 am
tak salah aku dlm salah satu group yahoo yg aku join.. tak ingat mana satu…
samdaddycools entri yang terkiniPay Per Lead Program - How to become Pro Affiliate without Mailing List (Bagaimana menjadi Pro Affiliate Tanpa Mailing List)
July 14th, 2008 at 5:25 am
erm… kalau boleh dapatkan link tu boleh sam? sebab aku pacar yang hina ini tak rasa yang hukum menternak lintah memudaratkan. mintak tolong pada saper yang tahu yea? ada sesaper yang tahu kat sini?
July 14th, 2008 at 9:33 am
Insyaallah.. akan aku usahakan…
July 14th, 2008 at 8:56 pm
Bro, aku jumpa ni utk rujukan anda. hehehe.
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3110
July 14th, 2008 at 9:21 pm
“Lintah Dan Cacing Harus Untuk Perubatan Dan Kosmetik
Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-81 pada 31 Mac 2007 telah memutuskan bahawa hukum menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan kosmetik adalah diharuskan. Berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah diharuskan oleh Islam.”
Wahhh… makin bersemangat’lah anak-anak muda kita yang ingin menjadi usahawan lintah komersial. Thanks Sam!
July 14th, 2008 at 10:14 pm
heppp….salah orang la bro. ekekeke. bukan sam. wakakakakaka
taukeys entri yang terkiniLawak lah …
July 14th, 2008 at 10:28 pm
wakah..kah..kah…kah…kah… sampai aku pun naik pening… anyway, thanks taukey
July 31st, 2008 at 12:39 pm
diharuskan?
aku pun sedang meneroka ke arah ternakan cacing & lintah. tanaman serai pun menarik perhatian aku juga.