sexy_woman.jpg

Agak panjang dan sinis tajuknya tapi hari ini aku nak cerita sikit tentang satu fenomena yang sudah agak lama berlaku tapi kelihatan masyarakat kita seolah-olah merestuinya.

Aku pun tidak pasti bilakah adat gila petualang mana yang memulakannya.
Terus terang aku katakan yang aku sungguh loya melihat seorang perempuan yang belum berkahwin (aku kata perempuan sebab seorang wanita tidak akan melakukannya) tapi sanggup mencium tangan boyfriendnya seolah-olah seperti dah berumahtangga.

Semasa aku berumur 20-an dulu, budaya gila ini tidak pernah aku lihat. Tetapi lewat umur aku 26-an barulah terpapar trend sebenar yang diperkenalkan oleh anak Melayu yang sengal dan bebal sehinggalah umur aku 29 tahun sekarang.

Wahai perempuan, kamu belum berkahwin’kan?

Tetapi aku perhatikan setiap kali kamu dijemput dari rumah dan dihantar pulang dari tempat kerja, kamu siap hormat bagai nak rak, sayang bagai anjing menyalak, cium tangan boyfriend mengalahkan hormat kepada mak bapak. Apa kejadahnya??!


Kenapa?
Mengapa?
Apa tujuannya?

Hendak mempraktikkan sikap setia kepada bakal suami konon-kononya?
Hendak membiasakan tugas dan perilaku sebagai isteri tercinta?
Hendak menunjukkan baik kepada jiran tetangga?

Wey pigi daaaaa…..
Kamu ingat itu betul ke?
Tangan boyfriend siap dicium segala?
Wa’emah tangan mak bapak kamu pun engkau cium setahun sekali pada pagi raya!
Tak malu ker?

Siapa dia boyfriend kamu itu?
Belum terbukti sumpah setianya.
Belum sahih keupayaannya dalam rumahtangga.
Belum tercabar tanggungjawabnya sebagai seorang bapa!
Sedarlah wahai perempuan.

Untuk lelaki pula:.
Seorang lelaki yang baik tidak akan mengambil kesempatan pada perempuannya.
Lelaki yang baik akan selalu menjaga maruah perempuan yang dikasihinya.
Bukan mempermainkan maruah perempuan yang belum tentu menjadi isterinya.

Bagi aku, satu sahaja yang aku boleh katakan dan inilah yang aku lihat selepas golongan ini berkahwin.

“Aku gerenti kamu tidak akan mencium tangan lelaki itu selepas dia menjadi suami kamu nanti.

Tak percaya?

Kamu tengok’lah sendiri. Tepuk dada tanyalah akal. Dan kalau kamu dah alami keadaan seperti ini, kamu beritahulah aku sama ada apa yang aku cakap ini betul atau tidak… huhuhu!”


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 28 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    hmm…aku tau budaya tu sebab aku selalu tgk rakan sekerja aku dengan suami mereka.

    tentang perkara boyfriend dan girlfriend tu…hmm…setakat ni aku belum pernah nampak la dengan mata aku sendiri.

    apa-apa pun biarlah diikat hubungan tersebut dahulu sebelum “bersumpah taat setia” pada pasangan anda.

  2. rohaizad said:

    betul tu taukey.
    belum confirm lagi, dah macam suami isteri’kan?

    aku rasa diaorang balik kampung salam tangan mak bapak diaorang lagi baik.

  3. Nasrun said:

    Hehe.. Dah lumrah perempuan..

    Benda ni kena nilai pada diri sendiri la..

    Awek aku dulu pon cium tangan aku.. Nape erk?

    Aku pon tak tau..

  4. rohaizad said:

    Haaa… awek ko cium tangan ko ker?
    Itu yang aku nak tau sangat tuh.

  5. abahfateh said:

    nasrun, saya pun nak tahu!

    sape2 tak kahwin lagi tue, kumpul duit kawin cepat2. Jgn pikir nak kenduri besar2. Yang penting salam tok kadi tue dule.

    abahfatehs entri yang terkiniRumah Untuk Disewa

  6. nikillas said:

    itula masyarakat sekarang.. tapi kalau orang pegang b@bi.. semua nak kecoh.. haram la.. itu la.. ini la.. tapi pegang2 tangan bukan muhrim xmo kecoh2 plak.. kalau aku.. baik aku pegang babi.. sebab kita boleh samak.. tapi kalau pegang bukan muhrim.. boleh samak ke..??

    nikillass entri yang terkiniBermulanya Tahun Ke-3 di USM..

  7. megat said:

    begitulah dunia kini. perkara remeh mcm nilah yang menjadi punca gejala sosial yang semakin parah.

    megats entri yang terkiniCinta : Nilai Sebuah Perhubungan

  8. mohdhafifi said:

    aku tak penah tgk lagi dpn mata aku..mungkin nnti aku akan jumpe orang yg buat mcm tu..

  9. rohaizad said:

    nikillas – ko punya perumpamaan memang spesifik giler. aku suka dengan soun direct ko nih. moga mesej engkau ni sampai.

    megat – aku setuju dengan engkau megat. mula-mula cium tangan, pastu cium apa… aku pun tak tau.

    mohdhafifi – kebanyakannya student dengan perempuan yang duduk rumah sewa. itu adalah pemerhatian yang aku dapati.

  10. samdaddycool said:

    … good entry….

    bernas dan pedas!!!

    samdaddycools entri yang terkiniHow I started on eBay?

  11. rohaizad said:

    thanks geng.
    sekadar menegur apa yang nampak. itu jer :)

  12. catzer said:

    erm..sedikit cili ada terkena gak kat aku..tp kekeke..tak sume tau..takpe..no hal..mmg post yg menyengat.

    catzers entri yang terkiniMacam Mana “Merojak” Produk

  13. KNizam said:

    hehe terhibur aku membaca post ko. hehe :)

  14. rohaizad said:

    terhibur?
    warghhh..hah…hah…hah…

    “aku penghibur” – teringat lagu nyanyian Jamal Abdillah :)
    thanks bro !

  15. LiyanaNaznim said:

    pernah terfikir jugak. kenape perlu cium tangan padahal belum kawin. kalo lps kawin tu ye jugak. emm ntah. sendiri pikirr la kan..

    good post.

    LiyanaNaznims entri yang terkiniAktiviti hari Sabtu.

  16. Ahmad Amir said:

    errrmm..saya pun terkena tempias..errm..memang lepas tu tak jadi jodoh..hehehe..post yang menarik

  17. rohaizad said:

    liyana – “setia tak bertempat” kan?
    amir – barang yang lepas hai janganlah dikenang … yang penting, kita fikirlah sendiri apa yang bagus untuk kita.

  18. puakakejam said:

    cium tngn tu…jrg2 la gua nampak…tp ada sekali tu….gua balik keje..tgh syok jalan tu…kat depan gua ada budak motor..berenti..hantar awek dia balik rumah..dgn tak toleh kiri kanan..sudah cium mulut awek dia…aku lalu sebelah dia..diorg buat muka selamba sambil sengih2 …hihss…cover2 la skit pun kalo nak menyetan pun….kalo adik gua..dah lama gua terajang

  19. rohaizad said:

    betul tuh.. lu terajang mamat lu, biar gua selamatkan adik lu… gua kan ker hero?

  20. affuan said:

    cium jangan tak cium. mula2 ni cium tangan. pastu? bodoh tahap dodol. samdol btol la. hahaha.

    affuans entri yang terkinidebat bodoh..

  21. rohaizad said:

    ko nih macam pantun plak… wakakaka :)

  22. sarah said:

    tanda kasih syg tu, hehehe.. tak leh nak kate bodoh sbb tak tau tah ape yg dieorg pikir. aku tak penah buat tp slalu nampak.

  23. rose said:

    aku penah gak nmpk member cium tgn n pp bf d..uwekk..nk mntah ku nengok..huhuhu

  24. mijie said:

    memang ramai yg buat skrg ni, siap dah ada yg cium pipi lagi

    apa kejadahnya….

    aku pun percaya, kalau time belum kahwin dah mcm tu, pastu kahwin confirm tak buat semua tu…

    cium tangan lepas kahwin la baru syok

    rohaizad Reply:

    Didikan dari mak bapak itu penting. Alahai… zaman sekarang. Cium pipi pun ada.

  25. lipan bara said:

    memang trend dah lama berlaku dah biasa akan merebak bila yg x biasa buat nmpk benda tu so akan sedikit sebyk x puas ati bila awek dia tak wat benda yg sama…
    lagi satu aku rasa bukan setakat bila dah jadi awek je wat cam tu…ngan kawan atau kategori teman tp mesra pun akan wat cam tu gak…aku cte ni sebab ianya berlaku atas pengalaman aku sendiri

    klu skrg ni ngan kawan pun dah leh cium tangan apatah lagi ngan pakwe…biasanya akan lebih lagi dari tu, tak caya leh tgk sendiri tajuk2 yg sedang hangat dkt suratkhabar, klu takat cium tangan tak berlaku nyer kes2 buang bayi tu…

    renung2 kan…

  26. boss said:

    ni kes salah ajaran lagi.. aku pun geli.. ngada2.. sepak kang… baru tau..

  27. lazaac said:

    sokong 100%, org kita… tak tau nak kata apa dah…