newbie.jpg

Salah satu dari perkara yang aku tidak berapa gemar dalam aktiviti “bloghoping” adalah apabila terserempak dengan blog yang menjadikan tema blog mereka sebagai “make money blog”. Dalam aku mengatakan kebencian terhadap blog yang sebegini, aku sebenarnya hanya tujukan entry ini kepada mereka yang baru setahun jagung dalam dunia blogging (bukannya otai macam Shoemoney, John Chow, Maki (Dosh Dosh) dan ramai lagi. Ini adalah kerana terlalu banyak sebab yang aku rasakan dah sampai masanya untuk mereka supaya tidak menggunakan lagi tema tersebut untuk blog mereka.

Berikut adalah antara 3 sebab yang aku rasakan dunia blog tidak perlu satu lagi “make money blog” yang baru:

1) Era kegemilangan make money blog sebenarnya “panas” sejak 3-4 tahun yang lepas, bukan sekarang.

- Dunia blogging dahulunya bukanlah pasal duit. Dahulu, blogging tidak ubah seperti menulis diary. Sebab itulah ramai yang yang suka berblogging dan mengumpul kawan di internet. Aku masih ingat lagi tentang segelintir pemilik blog yang menggunakan istilah “online diary” untuk blog mereka sendiri.

Dunia “make money from your blog” sebenarnya mula panas apabila Google mengeluarkan produk Adsense mereka. Dengan cerita Joel Comm (dah version 4.0 rupanya…) yang tidak pernah lekang di bibir semua internet marketer/blogger, adsense telahpun menjadi satu bahan ujikaji untuk semua pemilik dalam menggunakan tema “make money blog” dan “make money online”. Jadi, kalau engkau baru hendak memulakan satu lagi blog yang bertemakan “make money blog”, baik engkau lupakan sebab ianya dah basi. Kenapa?

2) Sebab cerita yang sama diulang semula!
- Ini lagi satu. Aku sebenarnya bukan hendak menjatuhkan moral mereka, tetapi janganlah engkau menggunakan tema yang terlalu power semata-mata untuk menunjukkan kehebatan engkau dalam membuat duit online. Contoh yang paling terbaik sekali apabila mereka yang baru dalam dunia “make money online” dengan bangganya menunjukkan screenshot $0.32 untuk pendapatan adsense mereka yang pertama!

Ingat, jika sekarang engkau baru sibuk menunjukkan kejayaan engkau yang tidak seberapa itu, aku nasihatkan dapatkan banyakkan lagi tips dari otai-otai. Barulah seronok untuk pembaca datang lagi ke blog engkau. Sedangkan paid post sahaja boleh menjana USD5.00 senang-senang untuk 50-60 patah perkataan, amatlah sukar orang respek “earning” yang engkau dapat.

Jangan sampai tidak ada idea kerana semua yang engkau hendak ceritakan dah diceritakan oleh orang yang terdahulu. Mengapa perlu engkau amik cerita lama mereka dan “ceritakan semula” ke dalam blog engkau? Sebab itu aku katakan jangan tambahkan satu lagi tema “make money blog”!

3) Nilai tema “make money blog/online” akan semakin berkurangan.
- Kelemahan dalam mengolah dan memberikan idea serta content yang tersendiri juga sebenarnya membuatkan tema “make money blog” semakin turun nilainya. Apabila banyak blog yang menggunakan tema ini diwujudkan dan cerita yang sama juga dipaparkan, bolehkah engkau bayangkan apa yang akan terjadi? Dalam mengolah dan menaiktaraf isi ataupun content, engkau perlulah mempunyai satu identiti yang jelas supaya blog engkau terasa “diperlukan” oleh pengguna internet yang lain. Barulah engkau dan blog engkau akan dipandang tinggi oleh blogsphere!

Jadi bagaimana untuk engkau “survive” dengan menggunakan tema yang tertera dalam tajuk di atas?

Jika engkau masih lagi baru tetapi mempunyai keinginan yang kuat dalam memaparkan cerita “make money online”, aku sarankan engkau jangan meneruskan niat engkau itu. Ini adalah kerana pada waktu engkau masih tercari-cari cara untuk menjana pendapatan yang betul dari internet, engkau sebenarnya bertindak hipokrit terhadap diri engkau sendiri dengan memberikan tips-tips yang sudah basi (dan yang lebih malangnya, engkau masih belum praktikkan apa yang engkau tulis itu!). Ciiit!

Apa yang engkau perlu buat pada tahap-tahap begini adalah mengGALI dan terus menggali semua tips percuma yang telah disediakan oleh mereka yang pakar seperti Darren Rowse dan ramai lagi (iya, aku banyak belajar dari Darren pada awal tahun aku mula srart blogging iaitu 2005). Malah, Malaysia sendiri mempunyai ramai otai. Bukankah mereka semua telah menyediakan hasil eksperimen mereka? Mengapa engkau tidak mahu mencubanya? Atau engkau tidak yakin dengan otai-otai itu?

Baiklah, jika engkau tidak yakin dengan mereka, mari sini aku terangkan satu lagi cara yang mungkin engkau boleh gunakan. Sebenarnya, tema “make money blog” dan “make money online” mempunyai skop yang terlalu luas. Dalam mengklasifikasi tema yang sebegini popular, aku dapati masih ada lagi peluang dan juga jalan untuk menarik ramai lagi pengguna ke blog engkau (of course dengan tema yang sama).

Berikut adalah cara yang aku gunakan selama ini:

1) Tidak perlulah engkau menggunakan tema yang sudah sedia ada.

- Once engkau membuat keputusan untuk menjadi blogger yang tegar dalam menggunakan tema “make money online” ini, engkau harus tahu menilaikan isi atau content. Maksudnya, mempunyai content yang power adalah segalanya. Belajarlah jurusan “Content Is KING” di universiti ciptaan engkau sendiri. Apabila engkau dapat memberikan yang terbaik, engkau akan dapat ganjarannya. KEYWORD yang penting di sini adalah “rajin membaca”. Itulah dunia blogging sebenarnya.

2) Gunakan “kategori” sebagai penyelamat keadaan.

Kajian kes:
Jika engkau sememangnya dah memilih untuk menggunakan tema “make money online”, jangan engkau harap untuk berkongsi perkara yang lain selain dari niche yang telah engkau pilih. Itu tersangatlah tidak seronok. Sekali engkau mula cerita tentang apa yang engkau makan semalam atau kereta engkau yang rosak di tengah jalan pagi tadi, habis rosak tema blog engkau.

Lihat kajian kes di atas. Disebabkan ingin sangat menggunakan tema yang sememangnya telah ramai diguna pakai, maka amat sukar untuk engkau mengubah niche yang telah sedia ada. Tajuk bagai nak rak, tetapi value tak dak!

Jadinya, tentu engkau tidak mahu ini berlaku bukan? Kalau engkau tidak mahu di”ejek” dalam diam, gunakan kategori sebagai penyelamat. Maksudnya, jika engkau masih tetap tegar ingin berkongsi keghairahan kejayaan $0.32 engkau itu, tidak perlulah engkau menggunakan tema “make money online” untuk blog engkau. Apa yang perlu engkau buat ialah dengan menambah satu lagi kategori untuk “make money online” dalam blog engkau. Dalam waktu yang sama, belajar dan terus belajar. Mudah bukan?

3) Berbaik-baiklah dengan Encik SEO (Search Engine Optimization).
- Seperti yang aku katakan, skop tema “make money online” ini terlalu luas dan jika engkau ingin berjaya dalam tema ini, pastikan engkau tahu untuk bermain dengan SEO (Search Engine Optimization). Aku tidak akan menerangkan apa itu SEO sebab kalau aku ceritakan lagi sekali, maknanya aku akan ceritakan balik apa yang telah aku ceritakan suatu ketika dulu. Gali dan terus menggali.

Okay geng, harap artikel ini dapat membuka mata dan minda mereka yang baru hendak mengenali dunia blogging. Adios .. amigos ..!!!


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, make sure anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan dibawah. Terima kasih daun keladi.... kalau ada masa, datanglah lagi.... .


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

Dapatkan catatan terkini:

DIJAMIN BERBALOI !!!

Sudah 16 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. puakakejamNo Gravatar said:

    itu namanya goblog…….hehehe

  2. rohaizadNo Gravatar said:

    lu memang kejam laaa… wahahahaha :)

  3. megatNo Gravatar said:

    itulah yang peliknya. mereka masih menggunakan tema yang sedia ada yang membawa maksud tema tersebut punyai margin yang semakin mengecil.

    sepatutnya mereka buka ruang eksperimen baru yang secara tak langsung mereka juga adalah pembuka jalan baru yang punyai margin yang besar!

    nice entri bro!

    megats entri yang terkiniBlog Juga Bermusim!?

  4. saye buat blog saje suke² nak kongsi² ilmu dan info je.. ngehehee.. x penah terfikir pun nak buat duit dari blog.. ngehehe.. kalo x buat duit.. dah lame dah blog aku semakkan dengn ads² karut marut..

    1 lagi.. byk sangat ads dalam blog, blog akan jadi lambat nak load.. jadi x user friendly.. kan.. kan.. kan…

    sallikin@nikillass entri yang terkiniFlash Entry Ep. 5

  5. rohaizadNo Gravatar said:

    megat - yup. point yang sungguh bernas !
    sallikin - sebenarnya make money online lebih dari sekadar advertisements. tapi apapun, point ko juga bagus untuk diketahui umum! :)

  6. samdaddycoolNo Gravatar said:

    wahhhhh sungguh kejam kata2 ko zad…. sedih aku… sob… sob…. :P

    bagus post ni, menyedarkan newbie (AKU NEWBIE BLOGGGING)… aku mmg start dgn tema money onlie ni utk salah satu blog aku, then aku baru je tukar money online / offline.. info + tips… beberapa minggu lepas..
    ..memang mula2 blogging dgn tema money online ni pasal tak banyak search dan lom pandai masuk blog2 otai yg lain…

    Alhamdulillah, sekarang mata aku makin buka dan thx korang semua atas kritikan yg amt pedas terbakar!!! :D
    samdaddycools entri yang terkiniPay Per Lead Program - How to become Pro Affiliate without Mailing List (Bagaimana menjadi Pro Affiliate Tanpa Mailing List)

  7. rohaizadNo Gravatar said:

    sam, aku bukan nak menyindir ke apa, tapi aku rasa cara nie lebih sesuai untuk di baca. takde corner sana, corner sini. dan aku respek ngan orang macam ko yang sentiasa amik positif untuk maju ke hadapan.

    cheers!

  8. taukeyNo Gravatar said:

    kenapa aku tak terfikirkan benda nih? hmmm. baru perasan juga. Blog BM aku niche tu. Kenapa aku tak selamatkan dengan kategori. hmm masih misteri. Aku baru terfikir nak buat blog english dengan tema tersebut. tapi bila terbaca ttg ni baru aku tahu.

    Aku rasa tema ni dalam blog english mmg dah byk dah nak kira pun susah. mungkin dalam sehari mmg byk dibina. ini termasuk utk blog BM jugak. Search kat google mmg dah berlambak. a’ah entri ini telah menyelamatkan nyawa aku dalam blogsphere.

    Thanks bro. Blog ni saja buat masa sekarang suka “sound sound” beginners dengan direct. aku suka aku suka

    taukeys entri yang terkiniLawak lah …

  9. rohaizadNo Gravatar said:

    ermmm… kalau ko amik perkara nie dengan hati yg terbuka, baguslah sebab aku percaya masih ada banyak lagi “kelebihan” yang belum kita nampak dalam diri kita. contohnya seperi “eksprimen SEO” dan pantang larang search engine yang ko buat itu patut diteruskan.

    kenapa?
    sebab ada sesuatu yang ko ceritakan mengikut pemahaman ko sendiri. bukan’kah itu lebih telus, bagus dan berkualiti? dan aku rasa mudah untuk difahami. apabila sesuatu itu mudah untuk difahami, dah tentu akan meninggalkan kesan yang mendalam pada hati pembaca. mudah kan?

  10. samdaddycoolNo Gravatar said:

    memang tak pernah terlintas, dan memang tak terfikir kenapa pertlu buat bendayang orng lain dah berlambak2 buat.. yg masing2 dah lama bertapak dan dah masuk problogging..
    aku masa mula buat blog, tujuan utk promosi kambing, lepas tu terjumpa GA.. tu yang exited buat blog… tapi ilmu masih cetek, perguruan (sifoo takde)… masa waktu tu memang terhad nak surf net lama2..

    ..so main belasah tema duit…

    apa2 pon, aku memang sentiasa amik positif dan sedia terima teguran terbuka (payah nak jumpa org nampak salah sendiri kecuali org lain yang nampak)…
    …dan ko zad berjaya nampakkan salah aku + salah newbie lain yg terlalu exited.

    thax bro!

    samdaddycools entri yang terkiniPay Per Lead Program - How to become Pro Affiliate without Mailing List (Bagaimana menjadi Pro Affiliate Tanpa Mailing List)

  11. taukeyNo Gravatar said:

    yup bro. aku faham maksud ko. aku suka cara ko sound nih. buat aku terkejut dari mimpi. hehehe. macam Sam gak la. hehehe. orait. Eksperimen akan diteruskan. Sebab rasanya aku dapat belajar cara begitu. hehehehe.

    taukeys entri yang terkiniLawak lah …

  12. ramzy0No Gravatar said:

    damn, samalah kita. benci jugak blog2 yg bertemakan make money online, pdhl baru setahun jaging. critically and brutally thought (merepek),… ^_^

  13. samdaddycoolNo Gravatar said:

    ..aku baru je tukar tema blog aku… yang ni baru best sikit aku nak merepek…..

    samdaddycools entri yang terkiniThe Stonehenge- series VII

  14. rohaizadNo Gravatar said:

    sam - fuyooo… siap tukor theme tu…!

  15. samdaddycoolNo Gravatar said:

    kikiki… aku mmg dah ada domain name tu… cuma tukar je…masukkan kat yang ni… tapi betul juga… dah aku kalo buat pon sama macam newbie / otai… berlambak sangat. dah la aku malas nak search program buat duit online ni… kalo ebay / lelong rajin la update… apa2 hal aku mmg suka dgn tema baru aku…:P

    samdaddycools entri yang terkiniThe Stonehenge- series VII

  16. rohaizadNo Gravatar said:

    cun…cun!