DEBAT KHAS: Dato Ahmad Shabery Chik mengarut! Apa sudah jadi? Tak relevan langsung !!!

Masih ingatkah lagi entri aku yang lepas mengenai betapa keterbukaan kerajaan untuk blogger yang telah ditunjukkan oleh Menteri Penerangan Dato Ahmad Shabery Cheek? Dalam entri tersebut, aku ada menyebut yang aku respek pada beliau sebab telah berjaya menaikkan martabat seorang blogger. Iya, barulah sekarang rakyat malaysia tahu yang kerjaya sebagai seorang full time blogger sebenarnya boleh menyamai gaji seorang pensyarah di universiti-universiti tempatan.
Walau apa-apa pun, rancangan DEBAT KHAS sebentar tadi sebenarnya amat mengecewakan aku. Aku sebenarnya memang menunggu info mengenai kenapa kenaikan harga minyak naik mendadak dan cara untuk mengatasinya. Apa yang pasti aku sebagai seorang RAKYAT berasa sungguh sedih dan amat dukacita apabila Dato Shabery Cheek sebagai Menteri Penerangan memberikan hujah-hujah yang entah apa-apa entah. Tak RELEVAN langsung!
Sebelum aku teruskan dengan pendapat aku yang seterusnya, aku ingin tegaskan di sini yang entri pada malam ini datangnya dari seorang blogger yang juga RAKYAT biasa. Jangan ditanya di mana aku berpihak kerana aku masih lagi belum mendapat kepuasan sebenar dalam berkompromi mengenai berparti dalam negara ini. Sentiasa ada sahaja perkara yang berlegar-legar dalam fikiran aku mengenai PENGURUSAN negara (kerajaan). Aku juga sebahagian dari kerajaan remember? (engkau juga!)
Jadi sebagaimana yang telah kita ketahui, tajuk DEBAT KHAS pada malam ini adalah mengenai kenaikan harga minyak.
Jadi apa yang berlaku sebentar tadi adalah satu situasi yang sama ketika semua umat Islam menunggu pengumuman bila hendak raya. Semua rakyat bertungku di hadapan TV kerana ingin mendengar cerita sebenar atau dalam bahasa omputih… what the hell is going on. The fact is, rakyat yang kerdil suaranya selalu mendapat input yang minimum. Malagnya malam ini, rakyat telah confuse kerana Menteri Penerangan Dato Shabery Cheek telah menerangkan fakta yang sudah terang dan tidak perlu lagi didengar. Rakyat tidak mahu mendengarnya. Rakyat ingin “claim” hak mereka (akulah tuh…). Ini tidak, Dato Shabery Cheek dengan wadah gilanya asyik menyerang keperibadian Dato Anwar Ibrahim. What the hell?
Aku yang sebenarnya mula merasa “apa kejadah”nya Dato Shabery Cheek menyerang keperibadian Dato Anwar Ibrahim pada pusingan pertama dah mula tergelak sakan kerana semakin lama, aku semakin confuse dengan point-point yang beliau berikan. Ini adalah kerana Dato Anwar Ibrahim dengan cool’nya masih lagi “berpaksi” pada tajuk yang diberikan.
Dato Ahmad Shabery Cheek sebenarnya telah lari dari topik yang diberikan. Kalau hendak “berkempen”, tunggulah pilihanraya. Ini bukan medan untuk menghentam orang, ini berkenaan kenaikan harga minyak dan DEBAT KHAS malam ini masih lagi berkisar mengenai cara untuk berdiskusi tentang kesannya kepada rakyat dan alternatifnya (telahpun diberikan dengan baik oleh Dato Anwar Ibrahim).
Untuk Dato Shabery Cheek,
Kalau hendak menyerang tentang keperibadian, aku sendiri pun boleh cakap. Tak payahlah aku tunggu rancangan seperti DEBAT KHAS ini. Lagi satu, dahlah nak tunggu rancangan macam ni sekali dalam 100 tahun… sekali buat di TV, merapu pulak jawapan yang diberikan. Muhasabahlah dan buatlah homework banyak-banyak. Aku bukan nak dengar tentang zaman perang arab, aku bukan nak dengar pasal minyak di Venezuela, aku bukan nak dengar pasal kekayaan PETRONAS dan aku bukan hendak dengar pasal harga minyak dunia.
Aku tahu yang keuntungan kerajaan MELALUI Petronas akan disimpan sebagai bekalan di masa hadapan tetapi aku juga hendak tahu apakah yang boleh diberi oleh kerajaan untuk rakyat MELALUI PENGURUSAN yang sempurna.

Hanya Dato Anwar Ibrahim sahaja yang rasanya dapat memuaskan hati aku. Tak sia-sia aku cancel’kan appointment aku dengan team Treffer Resources malam ini. Dan sekarang aku nak lihat sejauh manakah EGO “orang dalam” dalam menjadikan hujah-hujah Dato Anwar Ibrahim sebagai satu lagi “jalan keluar” bagi masalah ini meskipun Dato Anwar Ibrahim hanyalah “orang luar” buat masa ini.
Video untuk di tonton ada di blog Menj.
Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?
July 15th, 2008 at 6:56 am
[…] 1) Rohaizad […]
July 15th, 2008 at 6:58 am
You said it well: What the hell? Our info minister simply don’t understand the meaning of “debate”.
AMs entri yang terkiniYou call this a debate?
July 15th, 2008 at 7:00 am
alahhh, dari pembangkang bersikap kebudak budakan keluar dewan tunjuk teladan yg buruk kepada rakyat? APE KEJADAH NYA TU? haa berpiket kat jalanan, JOBLESS, TAKDE KEJE NAK BUAT, dah jatuh tahap hippies dah pengikut2 pembangkang ni, org makin maju nye sebuah negara tu semakin maju la thinking minded seorang rakyat tu ini DAH JATUH TAHAP PEMIKIRAN SEEKOR LEMBU IKUT KATA je kata pengkhianat2 negara tu, tahap pemikiran pembangkang yg takde duit pun nak beli channel siaran astro news utk bukak al jazeera utk bukak channel news cnn,
TAK TAU BERAPA HARGA SETONG MINYAK SEKARANG NI? ingat minyak tu keluar dari belakang ANWAR IBRAHIM KE? yg dia sibuk2 nak kasi murah2 kan minyak tu? patut nya anwar ibrahim ni kita tangkap dia kerat2 dia campak kat lombong supaya takde la pengkhianat gila ni menghasut2 jobless2 yg ada kat malaysia ni memberontak buat piket jalanan menjatuhkan negara!!!
email: adfunk@gmail.com
July 15th, 2008 at 7:04 am
wahhh.. lagi.. lagi.. lagi… mari komen .. mari komen…. tunjukkan semua idea dan rasa kat blog aku nih… komen lagi.. komen lagi.
lepas tu, aku akan komen ke atas komen yang engkau berikan. mari komen lah wey.. mari.. mari….komen!!
walau apa pun, aku hanya akan RESPEK komen yang datangnya dari mereka yang berakal. bukan berdajjal. letak link blog engkau ke dalam komen. jika takde link blog, letak email engkau supaya biar orang lain tahu yang komen engkau itu bersifat intelektual, bukan sekadar tong kosong.
July 15th, 2008 at 7:35 am
kali ini entry berunsur politik nampaknya.. aku hanya dapat membaca dan merenung.. x dapat nak memberi komen.. sebabnye.. aku x tengok pun debat itu.. sekian.. terima kasih…
~~jika ia mengenai isu politik.. aku akan menjadi silent blogger buat seketika
sallikin@nikillass entri yang terkiniBerbelit-belit lidah ku…
July 15th, 2008 at 7:41 am
sallikin, warghh.. harr…harrr…harrr.. aku tau ko mesti terperanjat sebab ni first time aku buat citer bab politik. tapi sebenarnya ianya lebih dari itu.
apa yang pasti, entri ni aku buat sebab aku dah “tertengok” debat tu. itu yang perasaan best dan tak best menusuk ke jiwa dan akal aku sebab aku pernah buat satu entri mengenai Menteri Penerangan dalam blog ini satu masa dulu.
flashback la sket kiranya nih..
July 15th, 2008 at 7:53 am
setuju bro, shabery chik memang entah apa apa!! dah lah berbuih-buih mulut dia bercakap.. aku takut dia pengsan sebab kena bamboo dsai!
July 15th, 2008 at 12:00 pm
[…] rohaizat dot com - debat khas : apa sudah jadi tak relevan langsung! […]
July 15th, 2008 at 12:00 pm
[…] rohaizat dot com - debat khas : apa sudah jadi tak relevan langsung! […]
July 15th, 2008 at 4:15 pm
hahahaha…aku tgk juga la debat tu semalam. Aku masih tak faham ttg isu minyak dan rancangan pihak kerajaan menanganinya selain pemberian subsidi melalui Pos.
Aku hanya nampak “ahli politik” yang emosional sahaja. Cuba jawab dengan “nasi yang penuh dengan lauk”. Ini bagi nasi kosong dan ikan masin daaaaa…..
p/s: aku tak berpihak mana-mana ahli politik. Aku cuma rakyat biasa yang hanya ingin mengetahui haknya sahaja.
July 15th, 2008 at 4:27 pm
pd ak…ade pros & cons debat mlm ni…
PROS: permulaan yg baek utk mmbudayakan sesi debate - bkn stakat nk mnang,but utk kasi rkyt kite berpikir dgn otak bkn dgn idung (mcm lmbu yg kene cucuk kt idung tu!)atau menerime je tnpe pk.sbb byk lg rkyt kt msia yg hanye mengikut tp xmahu berpikir n bersuare…(ho2…kl bab bersore tu,mn xnye..nnt kene pggl pak polis ma…)
CONS : dlm debate td,ak tgok dsai byk kasi pndangn and usul (kire idea la)….misal katela kbykan pakar menerime idea tu..adekah krajaan nk lksanekan?tmbah2 idea tu dtg dr dsai…ho2!so..antare mtlmt pnting debat tu xtercapaila kan?
kl nk ckp psl debaters tu..ho2…korg pun blh pk sndirila kan?da terbentang dpn mate…ho2!
p/s..sian ak..xtgok live..br tgok td kt utube…mak!!nk blk msia!!!ho2!
July 15th, 2008 at 5:34 pm
smlm sempat tgk separuh je..sbb susah sgt nak tgk online dari sini (tokyo)…aku betul2 kecewa dgn DASC..sbb ada ke patut personal attack…ni debat nak bincang masalah rakyat…takde ke orang lain yg lebih pandai cakap kat umno or even bn dari DASC…nak harapkan Pak Lah..awal2 dah kuar topik..last2 takde conclusion…sbb tak jawab soalan…kalau jawapan untuk soalan exam dah sure kosong markah…
nashs entri yang terkinilaughter is the best medicine (11)
July 15th, 2008 at 5:47 pm
aku ahli umno yang membayar minyak dengan harga rm 2.70. pembangkang pun bayar minyak dengan harga yang sama jugak…erm…kalau macam ni apa yer kelebihan aku sebagai ahli dan pengundi umno? kalau ginilah aku rasa baik aku jadi pembangkang terus dari join umno. sama jer nasibnyer….aduh…sungguh malangnya la nasib ahli umno biasa cam aku nih….rakyat yang takder parti pun sama….huhuhuhuh
July 15th, 2008 at 7:35 pm
taukey - aku pun !!!
lolbronzer - baliklah Malaysia.. boleh kita sama-sama pening kepala melihat gelagat “orang dalam” yang ego dan tak mahu terima pakai idea org bijak pandai nih.
nash - tu lah pasal, aku sendiri pun naik pening tahap cipan bila dengor hujah Menteri Penerangan tu. walhal, dulu aku respek ngan dia.
shakkub - aku sukalah dengan penjelasan jujur ko nie. aku suka, jiran sebelah aku pun suka, tok penghulu suka, driver bas suka, pekerja kilang suka dan semua org suka. best!
July 15th, 2008 at 8:00 pm
What I was most perturbed by was the statement that came out of Shabery’s mouth (was he drunk, or just plain stupid?): Kerajaan pusat adalah Kerajaan UMNO, Kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan UMNO? What the heck!
July 15th, 2008 at 8:04 pm
Joe, no wonder why I felt confuse last night..wahahahah. I think he himself confused with his own statement. Do you think he realize it?
July 15th, 2008 at 8:04 pm
hm, aku bantai tengok siaran langsung dengan penyokong2 keadilan malam tadi kat kedai mamak. semua khusyuk. time iklan je, semua bising “debat” kutuk shabery. haha.
bagi aku, shabery bukan lah lawan yang sesuai untuk anwar. macam budak universiti (anwar) buli budak sekolah rendah (shabery) la plak. attack peribadi bukan tujuan utama debat ni diadakan. bodoh betul la. memang hampeh. alangkah elok kalo pak lah ke, najib ke, rais yatim ke atau muhyiddin yassin ke yang dihantar berdebat dengan anwar. kalau nak antar khairy pun ok. nak ok lagi, hantar rosmah bini najib tu. mesti dia nafi semua benda. miahaha.
keputusannya, aku rasa menangnya lebih berpihak kepada anwar. kalau shabery ada masa lepak kat kedai kopi, biar aku saja lah yang “tibai” dier.
affuans entri yang terkinisudah upgrade ke wordpress 2.6
July 15th, 2008 at 8:07 pm
affuan - aku rasa bukan kat kedai mamak jer, semua kedai kat Malaysia ni akan bercakap mengenai hal yang sama. macam yang aku katakan kat atas, kalau setakat nak hentam keperibadian orang, aku pun boleh buat.
dahlah dapat dosa, jauh pulak menyimpang dari tujuan sebenar debat itu diadakan. ciiiit!
July 15th, 2008 at 9:52 pm
Agak mengecewakan tempoh masa dan media penyiar siaran langsung debat ini ditukar di saat-saat akhir. Rasanya objektif debat ini belum sempat dicapai.
July 15th, 2008 at 9:55 pm
Haha.. That’s right. Padan muka Shabery tu. Mcm tak paham tajuk debat saja dia tu. Yang dia tau ungkit pasal peribadi DSAI and putar belit fakta …
Barrys entri yang terkiniDisclosure Policy
July 15th, 2008 at 10:02 pm
sayang aku tak dapat tgk.. (meniaga)…. tapi berdasarkan laporan2 yg aku baca… sedih dengar debat berat sebelah… kesimpulan yang menyimpul diri sendiri…
samdaddycools entri yang terkiniWhen it’s raining
July 15th, 2008 at 10:06 pm
sam - nak kata berat sebelah tu tak lah sangat, tapi yang jelasnya, Dato Shabery tak menjawab soalan. asyik nak salahkan kepimpinan Dato Anwar Ibrahim masa dia jadi menteri. apa hal pulak tuh?
July 15th, 2008 at 10:08 pm
hafez - memang debat tu tergantung. sekarang yang perlu kita tunggu ialah keputusan kerajaan. bermakna adakah pengurusan mengenai minyak ini bertambah baik ataupun buruk. adakah org bijak pandai dalam kerajaan berani untuk mengimplimentasikan idea dan gagasan Dato Anwar Ibrahim.
July 15th, 2008 at 11:07 pm
Syabas kepada kedua dua pendebat yang aku lihat bersemangat untuk menegakkan pendapat masing-masing. Sdr Anwar aku lihat amat cool dan telah berjaya mencuri tumpuan audien pada malam itu. Tabek kepada Sdr Anwar kerana inilah antara pendebat anak Melayu yang hebat di era ini.
Bagi Sdr Shabery Chik pula, aku ingin buat komen/teguran. Sepatutnya beliau tidak menimbulkan isu serangan peribadi terhadap Sdr Anwar kerana rakyat mahu melihat debat ini secara intelektual, secara lebih ilmiah dan bukan sekadar debat kedai kopi.Sepatutnya Sdr Shabery lebih tumpukan hal berkaitan dengan tajuk perdebatan. Mungkin kerana kelekaan beliau menyerang peribadi Sdr Anwar, beliau telah gagal menjawab beberapa soalan yang telah dikemukakan kepadanya.
Nasihat aku kepada semua, kalau mahu berdebat atau membicarakan apa-apa sahaja perkara di khalayak ramai, silalah bersedia dengan fakta-fakta dan bersikap jujur. Buatlah assignment/homework supaya masa yang singkat untuk perdebatan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak terbuang begitu sahaja.
Saudara Pengerusi debat juga sepatutnya berpeeranan membuat teguran kepada Sdr Shabery apabila beliau melalut melakukan serangan peribadi terhadap Sdr Anwar dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Nasib baik Sdr Anwar hanya menjawab spontan serangan peribadi terhadapnya, tetapi jawapan itu amat sinis dan berkesan sekali.
Anyway, syabas kepada semua pihak yang terbabit dalam debat malam tadi. Semoga debat malam tadi akan membuka era baru dalam ketelusan kerajaan melayani pendapat umum yang semakin mencabar, dan seterusnya mengiakan apa yang di katakan oleh Sdr Shabery bahawa debat ini membuktikan bahawa kerajaan sekarang semakin bertoleransi dan lebih terbuka berbanding dengan era yang lepas.
July 15th, 2008 at 11:18 pm
Fuhhh.. panjang lebar betul. Tapi semuanya ada point yang menarik untuk dikongsi bersama. Terima kasih kerana memberikan satu lagi point mengenai Pengerusi Majlis.
Kalau ikutkan, memang dia kena tegur Dato Shabery sebab hujahnya semua ke laut. Berbanding dengan DSAI yang tidak pernah lari dari tujuan debat yang sebenar.
Semakin jelas kesamaran yang rakyat ingin tahu.
July 15th, 2008 at 11:23 pm
[…] ada mengulas mengenai butir-butiran lanjut di dalam debat ini yang saya bersetuju 100%, jadi saya tidak perlu […]
July 16th, 2008 at 4:03 am
Aku rasa Menteri tu bukanlah lawan Anwar untuk berdebat. Mgkn kemaruk sgt dpt jadi Menteri, beliau menyebut2 bahawa perlantikan beliau sbg menteri adalah mengikut undang2 yang sah (perlu ke cakap camtu?).
Cara Menteri tu jawab dan bagi point seolah-olah tiada fakta kukuh dan lari dr tajuk asal. Bila aku tengok, aku rasa lagi menyampah pada orang2 BN ni yang menggunakan kedudukan mereka untuk menghentam org lain. Debat yang sepatutnya lebih berbentuk intelektual menjadi medan Menteri utk menghentam peribadi pembangkang. Aku sungguh menyampah melihat muka Menteri tersebut yang nampak terlalu riak ketika membentangkan ‘hujah’.
Kenyataan Anwar banyak diputarbelitkan dan seolah-olah Menteri tu tak faham tajuk yang dibincangnya dan point yg dinyatakan oleh Anwar. Takkan Menteri tak paham antara IPP dan Petronas dan isu yg diutarakan!
Seperti yang dimaklumkan oleh Dato’ Sri Wan Azizah pada persidangan dewan hari ni, KERAjaan BN telah membayar pampasan lebih RM6 bilion utk memberi ’subsidi’ pada pengguna kenderaan bagi ‘meringankan’ beban kenaikan harga minyak. Hanya diperlukan RM5 bilion saja lagi utk membolehkan harga minyak diturunkan sebanyak RM0.50 bagi setiap liter utk menampung kos subsidi RM11 bilion jika harga minyak diturunkan sbyk RM0.50. Takkan RM5 bilion tu tak boleh dpt kot utk turunkan harga minyak. Takkan negara kita akan bankrap hanya kerana RM5 bilion diberikan subsidi kpd rakyat.
Dan betul kata Anwar, ekonomi negara akan merundum dgn kenaikan harga minyak yg drastik ini. Dan aku sebagai peniaga kini menghadapi saat2 sukar kerana tiada pelanggan seperti dulu lagi..
July 16th, 2008 at 4:13 am
aku suka dengan corak komen dan penyusunan ayat yang sebegini kerana ianya melambangkan satu pengakuan yang jujur dari seorang peniaga.
bapak aku juga seorang peniaga ikan, sayur dan runcit yang berjualan melalui van buruknya. aku faham dan tersangatlah faham. ada lagi komentar yang berinformasi sebegini?
*** terima kasih wahai peniaga kecil. aku sangat menghargainya.
July 16th, 2008 at 4:47 am
Aku bersetuju dgn most opinion kat sini. Nampak cam DASC cari fakta 5 minit sebelum mula program; banyak ulang2 fakta, serangan peribadi, atau saja kasi point lari tajuk. Lagi satu, aku nganga bila Dr. Nordin Kardi punya turn kasi soalan kpd DSAI –>(berkata dlm hati: aih? nih soalan ker pernyataan nih? WTF~~~)
July 16th, 2008 at 6:38 am
Strawberry tu lari dari tajuk perdebatan sebenar.
- MENJ
July 16th, 2008 at 7:49 am
ehm..aku tak tengok. NI pun baru habis tengok kat youtube. So far. Ok. Cuma tak nampak jalan penyelesaian..
July 16th, 2008 at 8:04 am
menj - strawberry ? ini dah kira “serangan peribadi”.. tak gitu? wakakakaka…
titan - lama tak nampak kat sini geng? anyway, memang betul, tak dak penyelesaian. aku mintak sangat orang lain akan debat ngan anwar, tak mau lah Shabery Cheek lagi.
July 16th, 2008 at 10:01 am
Quote daripada salah seorang ahli parlimen yang aku dengar selepas debat…lebih kurang macam ni bunyinya “tahniah saya ucapkan kepada DSAC kerana berjaya menjatuhkan martabat DSAI.”
cerita lari tajuk pun boleh dapat ucapan tahniah!
July 16th, 2008 at 10:03 am
ehhh… iya ker?
laaa… makin harubiru rupanya… syok sendiri namanya tu.
July 16th, 2008 at 7:00 pm
… ni payah kalo jadi pemimpin yang suka menghentam orang lain, mengaibkan orang lain. ketelusan, ikhlas,peribadi dan sahsiah dah tolak ketepi..
tu yang wujud ucapan tahniah bangang!
samdaddycools entri yang terkiniThe Stonehenge- series VII
July 16th, 2008 at 7:04 pm
wahhh.. marah nampak?
July 16th, 2008 at 7:11 pm
tapi aku perasan jugak pasal satu isu kat sinie mengenai subsidi minyak pada minyak keluaran syarikat yang bukan milik malaysia seperti shell etc..klu pe jd kat malaysia nie bukan bg effeck kat dorg pun…
harta kazanah negara..?? jangan la merapu kalau kuasa asing masih lagi mengali minayk di negara kita…habis minyak dorg blah la…kite pe yg ade…petronas leh la kawal keluaran minyak dorg…tapi sampai bila…
kenapa pasl 5 billion tue setahun plk dibising2kan untuk menurunkan hrga minyak untuk tempoh 1 tahaun..xberbaloi betul la…pe kata guna duit tu invest dlm R&D cari cara terbaik untuk menjimatkan minyak atau mencari teknologi yang sebenarnya mampu menguntungkan dua2 belah pihak.. sekurangnya ia boleh digunakan untuk tempoh jangka panjang berbanding tempoh 5billion untuk satu tahun…
negara luar berlumba2 mencari teknologi..kita pulak mencari masalah untuk dipertikaikan… susah jugak klu ade pemimpin yang xluas pemikiran seperti Dr M..pe2 pun pandang jauh ke depan..bukan hanya mengamalkan dasar pandang ke timur
framestones entri yang terkiniAset terpenting bg Lelaki ( Jawapan BeliBuy)
July 16th, 2008 at 7:14 pm
framestone - aku harap akan ada debat episod ke 2. barulah thrill !!!
July 16th, 2008 at 7:55 pm
zad… marah2 sayang.. muahahhahaaa.. takde lah,diorang ni jadi pemimpin, peribadi tak melambangkan sahsiah. aku tak berapa suka ‘kebanyakan’ pemimpin, hentam satu sama lain.. terutama musim pilihanraya.. (ni takde pro sesapa)..
samdaddycools entri yang terkiniThe Stonehenge- series VII
July 17th, 2008 at 12:27 am
adam muhammad…ko ni mang bodoh gak ek..otak beku bawah tempurung!! xtau hal semasa.. kalo da nk bersuara pn susah..wat akhbar pn kene sekat! dlm parlimen plak org2 umno mcm prangai ungka kene liwat dok mencarut ntah ape2..soalan ditny tp len yg dijawab…sudahla jgnla nk pertahankn krajaan yg memerintah skang nie…aku tau ko ni adam jenis org kaya yg kalo mnyk naik pn x kisahkn..kami rakyat yg susah XKN NK BERDIAM DIRI!!! HIDUP ANWAR PERJUANGKN RAKYAT!!!
July 17th, 2008 at 12:41 am
ok jugak tue…tp kne ade topik yg menarik baru thrill.. isu minyak debat atau bincang cam mne pun same jugak..
p/s- nie thread aku pasl entry ko nie
http://belibuy.blogspot.com/2008/07/rumusan-debat-isu-5-billion.html
framestones entri yang terkiniPerut Buncit Lelaki & Perempuan
July 17th, 2008 at 12:54 am
adam muhammad oohhh.. adam muhammad…
July 17th, 2008 at 2:57 am
adam muhammad kat atas tu la ijad. hehehehe.
taukeys entri yang terkiniLawak lah …
July 17th, 2008 at 8:31 pm
Point Tak de, infor pun tak de. Kawan , Aku sekadar nak beritahu yang BUdak2 pun boleh menang ke atas STRAWBERRY ni.
Jarods entri yang terkiniPolice Efficiency?