Ingin beriklan? Sila klik di sini


Setelah entri aku yang lepas mengenai rahsia di sebalik nama Yahoo! mendapat feedback yang agak kelakar, hari ini aku akan kongsi satu lagi tip bagaimana untuk mendengar lagu (omputih okay) PERCUMA hanya dari Yahoo! Messenger.

Seperti biasa, jika engkau adalah orang yang sudah tahu akan hal ini, silalah klik pada butang “x” di atas sebelah kanan blog ini. Aku pasti engkau tidak akan tertarik dengan tip yang akan diberikan sebentar lagi (sudah tahu bukan?).

Adapun lagu-lagu yang engkau akan dengar ini mempunyai berbagai-bagai genre dan juga zamannya. Tetapi apa yang pasti engkau tidak perlu menggunakan sebarang MP3 player untuk mendengornya dan mudah serta seronok untuk engkau cuba.

Ermmm…. memang betul terdapat banyak pilihan untuk kita mendengar lagu secara online seperti di RadioBlogClub.com, tetapi secara jujurnya aku lebih sukakan senarai lagu yang ada dalam Yahoo! Messenger berbanding RadioBlogClub.com. Ini adalah kerana aku juga merupakan salah seorang peminat tegar lagu-lagu oldies. Wahahahahahah… ! Aku tau ramai yang akan ketawakan aku sebab suka lagu orang-orang tua. Kan? Ciiit!

Jadi bagaimana untuk mendengar lagu dalam Yahoo! Messenger?

1. Login ke dalam Yahoo! Messenger.
2. Klik di plugin Yahoo! Messenger (lihat gambar di bawah).
yahooradio1.JPG

3. Nampak Yahoo! Music LAUNCHcast Radio button?
Sekarang klik di “Try it now!” link di sebelah kanannya seperti gambar di bawah:
yahooradio2.JPG

4. Selepas itu, check menu di bahagian atas tetingkap tadi. Di sebelah menu Featured Plug-ins, ada satu lagi My Plug-ins. Klik di situ dan periksa sama ada Yahoo! Music LAUNCHcast Radio berada di dalam list:
yahooradio3.JPG

5. Setelah itu, lihat kembali dalam Yahoo! Messenger dan perhatikan ruang di bawahnya. Engkau akan lihat bahawa ruang yang tadi kosong (seperti gambar pertama) kini sudahpun mempunyai menu seperti di bawah:
yahooradio4.JPG

*** Tips: Jika menu seperti gambar di atas tidak kelihatan, sila klik pada imej di sebelah kanan “Add Plug-ins”. Terdapat 2 “arrow” di situ iaitu right arrow dan up arrow. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. Jika engkau klik pada arrow yang bertanda “right arrow”, teruskan klik engkau di bahagian “Yahoo! Music LAUNCHcast” selepasnya. Jika engkau klik ke arrow yang bertanda “up arrow”, paparan akan terus ke menu seperti dalam gambar di atas.

6. Nahhhh… sekarang, engkau boleh memilih lagu mengikut selera masing-masing. Kepada yang masih lagi blur mengenai artikel kali ini, ingin aku simpulkan bahawa inilah yang dikatakan Radio Yahoo!
yahooradio5.JPG

*** Tips: Engkau hanya boleh menggunakan “button next song” sebanyak 5 kali sahaja dalam sehari. Lebih daripada itu, engkau kenalah subscribe perkhidmatan Radio Yahoo! nie.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 5 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    a’ah selalu dengar lagu kat YM kalau tgh bloghopping. kalau aku tgh wat kerja tak leh dengar. hehehe. nanti tak fokus. tapi best best lagu dalam ni sebab byk gak pilihan. Dari yang zaman dahulu ke zaman sekarang.

    taukeys entri yang terkiniLawak lah …

  2. rohaizad said:

    aku memang layan song dalam YM ni. nak-nak lagu oldies love song “Santa Esmeralda” – You’re my everything, the sun that shine above you makes the blue bird sing… ~~~~” ceehhh… layan…!

  3. topo said:

    hohoh aku baru tau pasal bnde ni.. thanks ye… tapi… memandangkan perihal streamyx yg sangat “laju” skrg ni.. hohoh aku rasa xmampu ak nk pkai plugin ni..hohoho

  4. rohaizad said:

    itu masalah streamyx. atasinya secepat mungkin dan pasti engkau akan happy dengan radio Yahoo! ni. percayalah…

  5. [...] ini adalah malam yang indah. Dengan bertemankan lagu-lagu “LOVE SONGS” dari Radio Yahoo!, dengan hujan yang masih lagi renyai-renyai, dihalusi halwa telinga ini dengan lagu yang agak [...]