
Hari ini aku nak share sket satu email yang aku terima dari Ernie (member internet aku - tak pernah bersua muka .. main chat jer). Ernie nie mamang rajin hantar email kat aku dan boleh dikatakan semua email dia membuatkan aku berfikir. Jadi inilah email yang aku rasa akan membuatkan korang plak terfikir:
Mengapa WANITA sangat ISTIMEWA…. ..
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..I letih la..dah lewat ni, I nak tido lah….”
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti. Dahlah tu, ade pulak rice cooker dalam sink…rendam lepas makan tadi… basuh jap.
Susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kain lap je lah…tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…
Baru teringat tak sembahyang lagi…on the way nak masuk bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check. ..baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .terlupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle.
Ternampak pulak beg untuk pergi keje…emm.. esok nak pakai beg Polo coklat lah, asyik-asyik pakai beg hitam ni. Salin jap barang-barang kat beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa-apa..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…
Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….” ..yelah nak tido la ni..nak sembahyang jap…”
Masuk toilet, buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…sembahyang. ..pakai toner…pakai treatment cream..nak lawa and maintain punya pasal lah ni…nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu. Buka almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap…check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang.
Laaaa… kenapa komputer ni tak tutup ni?
Gelas kopi pun ada lagi, dah bersemut dah.
Ishhh …pergi dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle.
Dgr suara papa lagi…”I dah ngantuk ni..”
Dalam pada nak masuk ke bilik…owh. .pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap..check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang-senang je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar. Ni mainan sepah-sepah…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi.. ..ok dah.
Ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die.
La..kenapa basah ni?
Ermm, tukar pempers pulak…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali..ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…
Aaahh…sedapnya dapat baring..mana pulak lotion sapu kurus aku nih?
Ini dia!
Sambil sapu lotion kurus…setkan alarm…setkan program kerja besok…pagi pukul 9.30 ade meeting. Aahh…boring. ..panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata.
Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini, mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”
I dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”… selang seminit …dengar suara papa berdengkur…dah agak dah.![]()
So?
Apa yang peliknya..??
Peliknya masih ramai lagi yang berkata wanita kerja tak banyak . Duduk di rumah jaga anak-anak. Tidak kiralah wanita berkerjaya atau surirumah, setiap wanita mempunyai daya istimewanya sendiri.
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka. Foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan-kawan wanita mereka dengan lebih baik lagi.




Kita sebagai lelaki ni patut bersyukur adanya wanita..lagipun, kita ni saling perlu-memerlukan..
Diulas pada July 29th, 2008 at 10:47 pmBaca je entry ni buatkan aku teringat kat arwah mak aku dulu.. Dia buat kerja x pernah berhenti.. Kawan² dia pun kenal dia dengan kerajinan dia.. Sejak dia tiada, aku ada juga buat kerja seperti yang dia lakukan.. Tapi memang x terdaya.. Aku juga terpikir di mana arwah mak aku dapat kekuatan nak buat kerja ni semua.. basuh baju, masak, kemas rumah, jaga makan pakai suami dan anak².. bila dia dah xda memang terasa sangat² kehilangan dia..
Wanita.. jgn pandang rendah pada diorang.. kekuatan diorang kengkadang lebih daripada kekuatan lelaki.. bak kata kak anita.. JANGAN PANDANG KU SEBELAH MATA.. HANYA KERANA NAMAKU WANITA.. hehehe..
sallikin@nikillass entri yang terkiniORKEET 08..
Diulas pada July 29th, 2008 at 11:17 pmHafifi - yup, tapi masih ramai lagi lelaki yang suka “tangankan” wanitanya.
Sallikin - Aku tabik spring dengan statement ko nie. Walaupun wanita itu dijadikan daripada satu tulang rusuk kaum lelaki, aku dengan humble-nya men”declare”kan bahawa aku tidak sekuat emak aku. Ada yang bersetuju dengan kenyataan ini?
Diulas pada July 30th, 2008 at 1:26 amaku setuju bro. emak aku balik kerja, masak, pastu lipat baju, baru rehat. di mana tenaga dia datang pun aku tak tahu.
aku hanya mampu tolong pegi sidai baju jer.
taukeys entri yang terkiniLonia Village Dot Com - Pasar Malaysia Di Internet
Diulas pada July 30th, 2008 at 5:22 amTersenyum bini aku bila membaca artikel ko..hehehe..dan aku??? aku pulak terasa giler dan insaf bila ko cakap cam2 wei..ahaks
Diulas pada July 30th, 2008 at 5:40 amsayu aku baca entry ni… aku faham dan cuba kurangkan beban mak aku sedaya termampu… kadang2aku sapu sampah dlm umah, pinggan adik / adik ipar aku tinggalkan.. aku yg basuh. baju aku cuba basuh sendiri (ni aku mula buat lps mak aku kena strok.. Alhamdulillah skg dah ok).. dan apa2 yg termampu, aku cuba ringankan..
aku nampak mak aku penat sgt, bru cecah 55, tapi muka dah nampak terlampau tua.
p/s - aku selalu doa jadi anak yang soleh.. amin.
samdaddycools entri yang terkiniPerkara paling asas menternak kambing
Diulas pada July 31st, 2008 at 4:18 am[…] sungguh kaum hawa ni. Masakan tidak, kau boleh renungkan artikel ini di blog saudara Rohaizad. Ditujukan khas untuk kaum adam yang terdiri daripada lelaki, suami, abang […]
Diulas pada July 31st, 2008 at 10:10 amTapi bini aku tak macam tu pun… balik keja terus siap2 tuk tido, mungkin masih lom duduk umah sendiri kot huhuhu :-c
Diulas pada July 31st, 2008 at 11:42 pmmcm penah tgk je gamba tuk header tu….
Diulas pada August 4th, 2008 at 12:57 amtapi kat mane eh….
as a woman cum wife n mother…
aku pon rase mcm tu… tapi jarang skali kaum “adam” memahami…. anyway anak-2 byk memberi kekuatan…
apa kata izad ko forward kan msg tu kat member ko 2…
Taukey - ** di mana tenaga dia datang pun aku tak tahu. ** Miracle bukan? Itulah namanya kasih dan sayang.
Pakli Jusco - Ko ni buatkan aku jeles nak kahwin la Pakli oiii
SamDaddycool - Kalau ko dah berfikir macam tu, aku rasa sejuk perut mak kau bila dia baca reply ko nie. Amin.
Aidil - Bini ko terus tidur sebenarnya ada makna tue…. ekekeke
Ain - Betul tu. Aku setuju
Diulas pada August 6th, 2008 at 9:13 pmaku mula sedar.. mungkin hikmah atassemua yg terjadi pada aku.. kalo tak mungkin masih lagi terlepas pandang…
Diulas pada August 11th, 2008 at 7:34 am[…] “Wanita dijadikan daripada rusuk lelaki, bukan dari kepalanya untuk dijunjungnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai.” […]
Diulas pada December 5th, 2008 at 10:59 am