augusta.jpg

Aku memang minat bermotor dan aku minat semua sukan permotoran. Tetapi berita yang aku terima pagi ini tersangatlah menyedihkan aku. Nak cerita banyak pun tak guna, cuma apa yang aku ingin sekali tahu adalah bagaimana dan mengapa ini boleh terjadi.

Engkau bacalah sendiri:

Harley to buy Augusta for $109-million (recently sold by Proton for $1 Euro!)

Harley-Davidson Inc. said Friday it will buy Italian motorcycle maker MV Agusta Group for about $109 million to boost its presence in Europe, giving it entry into the popular performance bike market there.

Govt of Malaysia/Tengku Mahaleel has a lot to re-answer…. ie. RM367.6 million down the drain for the wild motorcycle ride!!

Italy-based MV Agusta history:-

1945: founded near Milan.
Dec 2004: Proton bought for $70-million Euros.
Dec 2005: Proton sold for $1 (stinking) Euro.
2006: GEVI SpA refinanced MV Agusta for 65% share capital.
Jul 2007: Agusta sold Husqvarna motorcycle brand to BMW Motorrad.
Jul 2008: Harley to buy Agusta for $70-million Euros.

Source: Topix.com

*** Aku tau ramai blogger di Malaysia expert dalam memberikan idea yang seronok untuk di baca. Sila… silakan… tambah nasi… silaa….

newbie.jpg

Salah satu dari perkara yang aku tidak berapa gemar dalam aktiviti “bloghoping” adalah apabila terserempak dengan blog yang menjadikan tema blog mereka sebagai “make money blog”. Dalam aku mengatakan kebencian terhadap blog yang sebegini, aku sebenarnya hanya tujukan entry ini kepada mereka yang baru setahun jagung dalam dunia blogging (bukannya otai macam Shoemoney, John Chow, Maki (Dosh Dosh) dan ramai lagi. Ini adalah kerana terlalu banyak sebab yang aku rasakan dah sampai masanya untuk mereka supaya tidak menggunakan lagi tema tersebut untuk blog mereka.

Berikut adalah antara 3 sebab yang aku rasakan dunia blog tidak perlu satu lagi “make money blog” yang baru:
(Baca selanjutnya :) …)

sexy_woman.jpg

Agak panjang dan sinis tajuknya tapi hari ini aku nak cerita sikit tentang satu fenomena yang sudah agak lama berlaku tapi kelihatan masyarakat kita seolah-olah merestuinya.

Aku pun tidak pasti bilakah adat gila petualang mana yang memulakannya.
Terus terang aku katakan yang aku sungguh loya melihat seorang perempuan yang belum berkahwin (aku kata perempuan sebab seorang wanita tidak akan melakukannya) tetapi sanggup mencium tangan boyfriendnya seolah-olah seperti dah berumahtangga. Semasa aku berumur 20-an dulu, budaya gila ini tidak pernah aku lihat. Tetapi lewat umur aku 26-an barulah terpapar trend sebenar yang diperkenalkan oleh anak Melayu yang sengal dan bebal sehinggalah umur aku 29 tahun sekarang.

Wahai perempuan,
Engkau belum berkahwin’kan?
Tetapi aku perhatikan setiap kali engkau dijemput dari rumah dan dihantar pulang dari tempat kerja, engkau siap hormat bagai nak rak, sayang bagai anjing menyalak, cium tangan boyfriend mengalahkan hormat kepada mak bapak. Apa kejadahnya??!

(Baca selanjutnya :) …)

Adakah engkau sudah cukup “geek”?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh disiarkan: July 3, 2008 online

geek.jpg

Jawab… jangan tak jawab!!!!!

Wah…hah….hah….hah….hah….hah….hah….hah….hah…. !!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Video - Tarikh disiarkan: July 2, 2008 online

Jikalau benarlah ketawa itu boleh menghilangkan rasa tertekan dek kerana tekanan di tempat kerja ataupun disebabkan hutang keliling pinggang, maka wajarlah untuk orang yang berada dalam situasi sebegini supaya ketawa sebentar supaya hilang rasa gundah-gulana yang ada di dalam jiwa.

Tontonlah video ini sehingga akhir dan beritahulah aku sekiranya engkau dapat menghilangkan rasa tekanan itu walaupun untuk sesaat! (selepas engkau menontonnya)

Tekan saja butang play dibawah sehingga video bermula:

Perjalanan kita masih lagi jauh.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh disiarkan: July 1, 2008 online

Nampaknya, kursus lintah yang aku dan pihak syarikat TD Business Group kendalikan selama 2 hari 1 malam di Hotel Good Hope, Skudai pada 28 dan 29hb Jun yang lepas sungguh berjaya dan apa yang boleh aku katakan sekarang ialah “success!”. Lawatan peserta ke tapak ternakan lintah juga sungguh memuaskan. Kesemua peserta kelihatan amat bersungguh-sungguh dalam menjalani praktikal seperti yang telah termaktub dalam jadual yang disediakan. Aku akan upload semua gambar dan juga laporan penuh dalam website syarikat di lama web TDBusinessGroup.com.

Buat pengetahuan semua, aku bukanlah pekerja tetap di syarikat ini. Semuanya bermula (perkenalan) apabila pihak syarikat TD Business Group menginginkan aku menyiapkan weblog (web + blog) syarikat mereka. Dari situlah, aku mula mengenal dunia lintah. Sejak dari hari itu sehinggalah sekarang, aku diminta untuk membantu mereka dalam pembangunan web, pemasaran internet sehinggalah kepada semua hal-hal yang bersangkut-paut dengan internet untuk syarikat mereka.

Dan sekarang, aku seolah-olah dah jadi sebahagian dari syarikat ini… hah…hah….hah…!
Kelakar bukan?
(Baca selanjutnya :) …)

Catatan baru →