Sedikit dan sebanyak mengenai tut…tut…tut.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: August 1, 2008 onlineAgak selamba jugak tajuk yang aku pilih untuk entri kali ni. Bukannya apa… aku ada menerima 2-3 mesej melalui Contact Form yang bertanyakan sedikit sebanyak tentang diri aku. Wahahaha… jadi ini adalah serba sedikit tentang diri aku yang rasanya boleh dikongsi kot.
Mata:
Rabun (berkaca matalah, lagi mau tanya
)
Warna mata:
Dulu warna air teh, sekarang dah jadi kopi. Peliklah.
Warna rambut:
Bila pendek, nampak hitam.
Bila panjang, nampak perang.
Keturunan:
Sebelah emak aku punya atuk punya bapak memang orang Cina.
Sebelah emak aku punya nenek punya bapak memang orang India.
Tinggi:
Aku tak pernah ukur (dah dekat 10 tahun). Last sekali aku ukur dalam 180+ cm kot.
Status:
Belum berkahwin. Bujang. Bagaimana?
Wanita idaman:
Bila orang tu pun mengidamkan aku. Kalaulah ada…
Lebih detail?
- Aku suka dengan mata wanita yang “redup”.
- Mempunyai skill “mendengar”.
- Suka bersedekah (senyum).
Favorite:
Kereta favorite:
Kereta yang aku custom sendiri (ada sesiapa yang nak sponsor projek ni?)
Rumah favorite:
Aku tak suka rumah besar, tetapi aku suka dengan halaman yang besar (tepi pantai adalah contoh terbaik, tetapi pantai tu mesti dikecualikan dari sebarang Tsunami – boleh gitu).
Cerita favorite:
SEDETIK CINTA.
Lakonan: Rosyam Nor, Nasha Aziz, Jalaluddin Hassan.
Lokasi: Avillion Village Resort, Negeri Sembilan.
Arahan: Rashid Sibir.
Skrip/Tema muzik: Basri Musa.
Lagu (soundtrack cerita): Feeling by Albert Morris.
Kunta kinte:
Fastfood pilihan:
Semua yang fast la termasuk maggie.
Pet:
Seekor kucing bernama Hitam.
Beberapa ekor ikan “ganas” yang diternak dalam akuarium.. wahahaha.
Basikal:
Shimano Equipment 45Xn berharga RM480 (beli masa Tingakatan 3 pakai duit lebihan biasiswa). Warna hitam-pink lagi!
Motor:
Yamaha Lagenda.
Kereta:
MyVi SE (Special Edition) 24 Julai 2008 dengan rasminya… woooo hoooo…!
Lori:
Takde. Sori.
Bas?
Lagilah takde!
Kasut:
Timberland (bundle mari).
Nike Air (bundle mari).
Panama Rock (Yang ini original. Kasut ni aku beli pada tahun 2000, sampai sekarang sihat lagi. Aku sayang giler dengan kasut kulit ni. Ingat nak buat hantaran kahwin… ekekeke).
Merokok?
Sori brader. Aku tak merokok.
Mabuk?
Pun tidak. Aku masih ingat lagi pada tikar sejadah.
Seks bebas:
Pulak?
Hanya yang diberi mandat sebagai isteri sahaja layak untuk bertanyakan soalan ini. Yang lain, kirim salam.
Malas:
Tak dapat dinafikan.
Suka dengen kerja sekarang?
Suka sebab tak perlu maki sesiapa dan takde orang yang boleh maki kita.
Berbulan madu:
Dalam Malaysia. Itu pasti.
Main games?
2 jenis sahaja:
Fighting dan racing. Itu sahaja. Conquering? Not yet.
Alat music kegemaran:
Gitar, Piano, Saksofon, Seruling.
Tabiat yang baik:
Sentiasa memberi ruang pada pemandu di belakang untuk memandu bebas dengan cara memecut+meninggalkan mereka di belakang sebaik sahaja lampu hijau.
Tabiat yang buruk:
Tak boleh melihat orang meninggalkan aku di belakang. Siap ko!
Menipu?
Selalu. Tapi waktu peperiksaan (meniru). Anyway, cikgu tu tak marah, dia cuma jeling jer yekkk.
Menipu dalam perhubungan:
Tak pernah.
Serious!!!
Lagi ditipu oleh kaum wanita adalah.
Nasib.
Pernah menangis masa menonton filem?
Pernah, nak-nak bila tengok filem Hindustan (diam, jangan ketawa okay?)
Sedikit rahsia yang boleh dikongsi mengenai diri:
Kalau aku tenung lama sangat pada seseorang wanita itu, maknanya aku dah muka suka. Tapi setakat ini, baru berlaku 2-3 kali jer dalam hidup. Aku juga suka main remote control toys.
Paling takut:
Bila terlepas cakap.
Kesilapan terbesar:
Terlalu mempercayai orang tak sepatutnya dipercayai.
Keutamaan:
Bila orang itu dah jadi sebahagian dari hidup .
Paling suka:
Kejutan yang tak terlalu terkejut.
Paling tidak suka:
Bila orang tu membuat sesuatu yang betul-betul mengejutkan aku dalam keadaan yang aku tak boleh terima.
Pendapat tentang perniagaan online?
Tidak banyak yang boleh diceritakan. Dah namanya berniaga. Ada pasang surutnya. Mendung tak berarti hujan’kan?
Sedikit deskripsi mengenai diri sendiri:
Nampak garang, tapi cool. Nampak pendiam, tapi agak kecoh sebenarnya. Cepat mengantuk bila perbualan tak bersangkut paut dengan hidup sebenar. Paling allergic bila orang cuba nak “close deal” business dengan teknik yang aku pernah buat sebelum ini. Wahahaha








“Wanita idaman:
Bila orang tu pun mengidamkan aku. Kalaulah ada…”
cam bunyi org mengandung. he he he
“Alat music kegemaran:
Gitar, Piano, Saksofon, Seruling.”
Bro.. reti ke main menda alah tu.. kalo reti.. terer r.. ~~tabik
sallikin@nikillass entri yang terkiniMTV Asia Awards 2008 Malaysia – M is coming back to where it’s belong..
byk le ko punye 180cm tinggi…… ko ngan aku skit lbh kurang sama tinggi…. confuse gak baru 2 thn x jumpa ko leh tinggi mcm 2…..
salam kenal…dr biodata ini
Sallikin- aku cuma geti main giter jer.
Ain – ye ker? aku pun tak ingat … ekekeke!
Kujie – Sama-samalah kita Kujie..
Hahaha…lawaklah baca. Boleh buat tagging ni.
menjs entri yang terkiniAkan datang
180cm..tggi tu bro..aku dalam 163-168cm je..
Mohd Hafifis entri yang terkiniMLM-Sejauh Mana Halalnya
wa..tingginya ko..cam tingginya budak saiful bukhari tu…tinggi2 pun bleh kenal liwat….wtf…hahaha..
Tabiat yang buruk:
Tak boleh melihat orang meninggalkan aku di belakang. Siap ko!
- saye siap! sesiap siapnyer!
ahaks
Dior Adroys entri yang terkiniHello Malaysia!!!!!
Wahahaha…. ada berani?
ladies and gentleman, start your engine!!
muahahaa~~
salam bro!
agak lama menghilang!? ada sesuatu yang menarik kah?
megats entri yang terkiniWordPress Theme, Pandangan Anda!
…panjang sunggohhhhh aku baca sampai abis beb!
samdaddycools entri yang terkiniMy friend Taukey.com n the unsolved mystery
takde la sedikit.. banyak la juga.. he he..