Ingin beriklan? Sila klik di sini


Ada apa dengan kesibukan?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: August 11, 2008 online

Kesibukan adalah satu alasan yang paling mudah untuk aku terjemahkan keadaan sebenar diri aku sekarang. Apabila kesibukan mengambil alih masa seseorang blogger seperti aku (dan engkau juga), selalunya apa yang terjadi adalah kerisauan. Kerisauan yang aku maksudkan ini sebenarnya satu keadaan di mana aku sendiri pun tak mampu untuk jelaskan. Cuma apa yang pasti, aku seolah-olah gelisah kerana blog ini mula menjengkelkan para pembaca/pengunjung setianya (tidak update dalam seminggu? fuhhh….)

Aku serious dan aku betul-betul memaknakannya.
Aku baru sahaja berjumpa dengan 2 business partner yang baru. Perkenalan aku dengan mereka mula “terjalin” sejak sebulan yang lalu. Partner yang aku maksudkan adalah 2 usahawan internet yang selama ini bergerak secara underground dalam perniagaan web design mereka. Disebabkan salah seorang dari mereka memang aku kenal, maka secara tak langsung teguran secara bersahaja di sebuah kedai mamak telah membuahkan satu perbincangan yang menarik perhatian antara aku dan mereka.

Hasilnya, aku telahpun mempunyai satu partnership scope yang agak bagus. Dan untuk 2 minggu kebelakangan ini, aku berjaya mendapat job bernilai RM1300.00. Yang pasti, akan muncul lagi beberapa projek usahasama antara aku dan mereka. Sememangnya blogging dan web services berkait rapat dalam dunia IT dan itulah yang ingin aku tekankan di sini.

Apa yang seronoknya apabila dua bidang ini bertemu (blogging + web design) ?
Ermmm.. rasanya tidaklah sesedap memakan aiskrim Cornetto seperti yang Dafi tunjukkan dalam iklan di TV itu, tapi perbincangan dan planning di masa akan datang semakin jelas kelihatan. Agak sukar untuk dijelaskan tetapi aku harap aku akan dapat jelaskannya setelah projek yang akan datang ini berjalan dengan lancar. Anyway, aku akan berikan satu hint yang mungkin boleh membantu:

Aku adalah seorang usahawan internet yang menyediakan sedikit khidmat rundingan dan juga penjelasan mengapa sesebuah syarikat itu PERLU untuk mempunya website (online profile). Kemudian partner aku ini tadi akan proceed dalam documentation, quotation dan juga closing. Mereka adalah pakar dalam tender mentender. Dan ada seorang lagi partner iaitu budak Master (fresh graduate) yang sememangnya bagus dalam kerja-kerja programming, configuration, coding dan etc. Akhir kata, masing masing ada job yang tersendiri. Mudah bukan?

Kalau engkau rasa blogging itu terlalu membosankan, cubalah “keluar” dari dunia maya ini dan berurusanlah dengan “manusiawi”. Business pun masih boleh dijalankan. Tidak membosankan dan lumayan!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 8 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. megat said:

    bagus lah macam tu, boleh perkembangkan bakat dalm it. dapat projek tender lak tu.

    klu keje berseorangan mcm aku mmg lambat la nak capai target. walaupun aku bekerja dlm bidang it, tak bermakna aku terer bab it khususnya dlm bidang programming.

    tahniah!

    megats entri yang terkiniSejauh Mana Aktiviti Sosial Mempengaruhi Kehidupan!?

  2. taukey said:

    patut blog tak hupdate. ada bisnes luaran rupanya. hehehehe. hmm tahniah utk usahasamaa tu bro.

    taukeys entri yang terkiniMenjana Wang Dengan Affiliate

  3. samdaddycool said:

    tahniah atas kejayaan membuka lembaran baru.. jv dan biz!

    samdaddycools entri yang terkiniKoleksi jubah Muhasabah Trading

  4. puakakejam said:

    weh….hulurla2 kalo ada projek design web baru…heheh..

  5. rohaizad said:

    ko kasi aku portfolio ngan quotation. biar aku nengok apa yang patut.

  6. thundercat said:

    Assalamualaikum en rohaizad…
    ko cam perli aku je, huhuhu…

  7. rohaizad said:

    Bukan perli daaa.. tapi dah memang betul. Kalau takde ko, aku pun tak dapatlah job tu…. ekekeke

  8. boss said:

    satu peluang usaha sama yang baik.. satu langkah yang baik..