BERANI adalah satu PINTU yang SUKAR dibuka oleh kita – susah sangat ke?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: August 12, 2008 online*** Perhatian: Jika kamu adalah seorang yang penakut, maka kamu harus berani untuk membaca entri ini (walaupun entri ini bukannya ditujukan sepenuhnya untuk sesiapa pun).
Aku tak berani jamin sama ada peringatan di atas sesuai untuk diletakkan sebagai pembuka entri tapi satu sahaja yang aku harapkan, ianya dapat mengingatkan kita pada kekuatan yang telah sedia ada pada diri kita sendiri. Ikhlas.

Hari-hari yang sebegini (hujan sepanjang hari) seringkali mengingatkan aku pada kehidupan aku yang tidak pernah akan aku lupakan. Mengimbas kembali kehidupan aku yang lepas-lepas, hidup aku kelihatannya cukup “meresahkan”. Aku hampir-hampir ingin “berputus hidup” kerana dunia ini tampaknya seperti tidak adil. Sering kali fikiran ini mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.
Angan-angan pula sudah menjadi sebahagian dari permainan, mimpi dan juga rutin hidup. Pendek kata, dengan kelulusan Diploma yang entah apa-apa entah (tidak diiktiraf oleh LAN), aku tidak nampak satu perkara pun dalam dunia ini yang boleh menjamin “kestabilan” (bukan kaya raya – aku lebih suka senang dari kekayaan) hidup aku di masa akan datang. Berbanding dengan apa yang aku nikmati sekarang, aku rasa sungguh bersyukur Alhamdulillah kerana pintu (rezeki) yang ada di depan mata ini semakin luas untuk aku terokai.
Tapi ada satu perkara yang menarik tentang ANGAN-ANGAN yang rasanya patut aku kongsikan dengan semua pembaca setia blog ini. Apa yang akan aku kongsikan ini hanyalah secebis dari pengalaman aku yang tak seberapa adanya.
Dan buat pengetahuan semua, aku benar-benar berharap mesej di sebalik entri ini dapat diterima dengan terbuka. Setidak-tidaknya, mungkin entri ini boleh dijadikan sebagai satu pemangkin untuk kita bergerak dengan lebih jauh lagi sebaik sahaja bangun dari tidur esok hari.
1. Apa kaitan entri ini dengan perkataan BERANI dan bagaimana BERANI boleh membantu dalam dunia Internet ini?
Bagi aku, “Knowledge is a KEY to success” adalah satu peribahasa yang sentiasa menjadi motivasi ketika aku kerap berangan-angan dahulu (7-8 tahun yang lepas). Tetapi apa yang pasti, semakin lama aku berpegang pada ayat ini, semakin jauh pula realiti yang terpaksa aku hadapi.
Ini adalah kerana Knowledge (pengetahuan) itu tidak akan datang sekiranya kita penakut. Untuk mendapatkan knowledge, kita mesti BERANI untuk bertanya. Penakut untuk bertanya, memang akan sesat jalan!
(NOTE: Peribahasa “malas bertanya, sesat jalan” sebenarnya dah tak relevan lagi)
| Dalam dunia internet ini, BERANI untuk bertanya adalah sesuatu yang amat relevan. Bukan bermakna kita BERANI menyoal sesiapa sahaja yang kita suka, tetapi BERANI itu biarlah bertempat.
Ini adalah kerana silap haribulan, orang akan menyampah dan muak dengan cara kita yang sungguh tidak berhemah dan tidak beretika. Maksudnya, kita mesti faham bila, di mana dan bagaimana cara yang sesuai untuk kita bertanya. Aku ada satu contoh:- Jangan suka untuk bertanya perkara basics secara direct pada “otai” dengan alasan kita adalah “newbie”. Seperti yang aku katakan di atas, BERANI biarlah bertempat. Bukan tidak boleh bertanya, tetapi kita mesti tahu “skill” untuk bertanya demi mendapat ilmu dari mereka (orang yang kita katakan “GURU” itu). Cuba bayangkan kalau kita adalah newbie yang baru berblogging dalam sebulan dua, lepas itu tetiba jer email Darren Rowse (Problogger.net) dan bertanyakan: - “May I know the easy way to make money online? Can you help me?” Tidak ker soalan sebegini menyusahkan Darren untuk menjawabnya sedangkan kalau diperhatikan betul-betul, sudah terdapat beratus-ratus entri yang yang berkaitan dengan soalan tersebut ada di dalam archive blog Darren? Fikirkan. |
2. Bagaimana untuk mencari ilmu yang kita perlukan dalam internet ini dan di manakah sifat BERANI itu harus diterjemahkan?
Ini adalah satu soalan yang agak subjektif dan aku pasti ramai pengguna internet/blogger/webmaster/newbie masih lagi keliru mengenai perkara ini.
Sebagai contoh; soalan seperti bagaimana untuk menjana pendapatan dari aktiviti blogging (e.g: make money from blogging), pay per click dan sebagainya sentiasa menjadi satu topik yang hangat bagi bloggers.
Semakin banyak bukti dan screenshot yang kita lihat di certain blog, semakin menggelabah fikiran kita untuk capai income seperti mereka. Tapi hey, pedulikan semua itu. Apa yang penting sekarang ialah keep digging dan keep learning.
Problogger pun tidak “memanjat tangga kejayaan hanya dengan memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya”.
| Jadi bagaimana untuk melakukannya?
Senang sahaja. Malas adalah satu perkara yang lain tetapi TAKUT untuk berurusan dengan orang di peringkat antarabangsa adalah satu kelemahan yang harus di atasi. Bukan bermakna aku pilih bulu di forum-forum tempatan, tetapi untuk mengejar ilmu, Nabi sendiri pun menggalakkan kita mencarinya sehingga ke negeri China. Jadi inilah konsep berforum yang aku ingin tekankan. Forum-forum antarabangsa di luar sana sebenarnya mempunyai banyak “EMAS” untuk digali. Tidak payahlah kita keep asking orang yang sama di Malaysia ini kerana di dalam forum-forum antarabangsa itu, telah tersedia solution yang kita cari selama ini kerana kebanyakan soalan yang menghantui fikiran kita telahpun ditanya dan dijawab dengan cemerlang oleh forum members yang terdahulu. Guna sahajalah function kolum SEARCH itu. Malah, BANYAK GILER ebook yang sepatutnya kita beli sebenarnya boleh di dapati dengan FREE di sana. Mudah bukan? |
3. BERANI-kan diri untuk mencuba sesuatu yang lain.
Bermakna apabila kita mengatakan perniagaan di internet itu boleh dilakukan, masih ada lagi banyak peluang yang kita akan temui. Di sinilah semuanya bermula dan aku sendiri tidak menyangka peluang itu boleh dilakukan di negara ini.
Secara total, banyak peluang yang telah diterokai di barat sana sebenarnya amat praktikal untuk diterokai pula oleh kita di sini.
Contoh yang paling jelas ialah fenomena yang di alami oleh sesetengah syarikat tempatan sekarang yang semakin hampa dengan tahap penjualan produk mereka di internet.
Apakah yang seharusnya kita lakukan untuk membantu syarikat yang sebegini dan bagaimana kita boleh menambahkan pendapatan dari fenomena tersebut?
Solution:
Katakanlah kita tahu untuk bermain dengan SEO, mengapa tidak kita BERANI’kan diri untuk menyediakan perkhidmatan yang sememangnya diperlukan ini?
| Aku akan beri satu contoh yang mudah:
Puan Katie mempunyai satu butik pakaian dan beliau sudah mempunyai satu website yang berusia hampir 3 tahun untuk tujuan itu. Apa yang pasti, website yang ada itu tidak ubah seperti online profile statik sahaja. Walaupun sudah 3 kali raya, website itu masih belum menyumbang walau satu online order pun. Sebagai seorang yang tahu untuk bermain dengan SEO, adalah mudah untuk kita membantu Puan Katie dalam mendapatkan keyword seperti “tempahan baju raya” di semua search engines kerana keyword dalam bahasa Melayu terlalu mudah untuk dibina. Proof (contoh sahaja): Cuba taip “tempahan baju raya” di Google search dan kita akan dapat lihat web ini: http://kathyhashim.sampasite.com/kathy-hashim/blog/nak-tempah-baju-raya.htm |
Begitu juga dengan syarikat yang lain. Mereka memerlukan bantuan pakar SEO tempatan!
BERANI‘kan diri untuk menawarkan perkhidmatan SEO itu.
Tunjukkan bukti sebelum menerima pembayaran kerana itu adalah lebih baik dalam membina reputation (depend juga pada situation). Aku sendiri telah mencubanya dan jelas sekali, pemilik website *********.com amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang aku sediakan.
Pemilik web tersebut sebenarnya tidak percaya pada apa yang aku ceritakan pada waktu aku berjumpanya beberapa minggu lepas. Dia tak percaya langsung yang satu hari, websitenya boleh terpapar di muka surat pertama Google dan Yahoo! results (dengan keyword yang dia sendiri inginkan).
Dan hasilnya, order telahpun masuk dalam beberapa hari ini. Sekarang, aku hanya tinggal nak clearkan check (payment dari mereka) sahaja. Juga, dia beruntung kerana harga yang aku charge sebenarnya rendah giler (di bawah “Par”) – promotionlah katakan
-.
Naaahhhh.. inilah yang aku katakan banyak peluang yang telah diterokai di barat sana sebenarnya amat praktikal untuk diterokai pula oleh kita di sini.
Satu lagi berita gembira yang aku ingin kongsikan ialah aku baru sahaja dapat satu lagi order untuk meng”SEO”kan another web yang menjual perhiasan wanita secara online.
Bukan niat aku untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar membakar semangat. Maknanya, kalau aku yang tak seberapa expert tentang SEO pun boleh buat, kamu juga boleh buat!
Baiklah, setakat ini sahajalah entri untuk kali ini. Kalau kamu rasa cebisan pengalaman aku yang tak seberapa ini dapat membuka mata kamu dalam dunia perniagaan internet ini, terimalah ia dengan hati yang terbuka.
Macam yang aku katakan tadi, entri ini hanyalah satu cara untuk aku berterima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca setia blog ini.
Happy blogging semua!



terima kasih bro! skang ni terbuka luas minda aku. ilmu yang kau kongsikan ini tiada nilainya.
baru aku faham setiap inci sumber pendapatan yang boleh dicari di internet.
megats entri yang terkiniBlog, Sejauh Mana Orang Kita Menerimanya!?
takdak hal megat
semoga engkau cepat sembuh dan aku doakan sihat sepenuhnya.
info yang bagus..
sekarang ni aku telah berhenti berforum..
mungkin akan sambung balik berforum bila dah ada ‘mood’..
bak kata megat kat atas entry ni mmg dapat membuka minda..
rezeki ada di mana² cuma kita je kena pandai mencarinya..
sallikin@nikillass entri yang terkiniEdisi Bersama Atuk Kebayan Siri 2
aku masih ingat nasihat aktif berforum tak semestinya kita perlu menulis sesuatu di dalam forum tu. he he he. Butang search ada utk digunakan utk mencari maklumat
berforum, aku lebih suke bace blog blogger berpengalaman lain huhuhu..
ramzy, inilah yang aku ingin tekankan di sini. membaca memang satu habit yang bagus. tapi dalam dunia internet ini, bila hanya membaca tanpa praktikannya.. that’s the problem. hanya membaca kejayaan blogger berpengalaman, bilakah masanya orang nak membaca kejayan kita plak kan?
ikhlas….
Salam bro,
Betul sesangat.. forum kat malaysia banyak cerita sama dan cerita basi yang baru nak masuk sini. tapi kat luar sana forum sangat2 banyak ilmunya… banyak benda baru yang masih kita tak tahu.. kat malaysia ni.. ada ebook or panduan yang ditiru bulat-bulat dan di melayukan.. bukan satu tapi banyak.. bukan newbie tapi problogger juga..
so terpulanglah pada kita, kalau banyak bergaul dengan forumer luar.. kita gelak jer orang sini baru nak buat… at least kita takkan lagi terbeli barang clone yang dah basi lagi kan…
Bercakap pasal berani, dalam ofis am tak ramai pun orangnya.. tak cukup satu pasukan netball pun.. tapi boss am pangkatnya seorang DR.. Dalam bidang IT, satu hari line internet takde, am cakap dengan seorang kawan supaya laporkan pada boss, dan am ambik masa dekat 2 jam untuk buat dia berani cakap dengan boss.. sebab dia pada am ada masalah self confident.. sedangkan boss am seorang yang lembut dan baik, tak banyak cakap dan sepanjang am kerja dengan dia, 2 tahun tak pernah lagi dengar dia marah sesiapa. Macam tu baik punya orang pun ada orang takut..
So am pujuk, cakap dia tak makan orangnye.. dan memberikan bermacam alasan supaya dia ada keyakinan diri.. last2 dia pergi jugak.. kemudian am tanya “kena makan tak, mana lukanya? member senyum jer.. tu yang am kadang2 tak faham.. sebenarnya diorang ni berani bila beramai jer.. In person ? Habis!!
Salah satu punca tak berani pada ramai orang adalah sebab tiada self confident. Macm am, 1st datang blog ni, tapi am berani untuk bagi pandangan panjang lebar sebab, bukan kena makan atau En rohaizad boleh pukul saya pun kalau saya cakap tak betul.. yang penting kita kena mantapkan skil dan terima kesilapan diri jika tersilap.. betul tak??
aku rasa ko pun dah dapat mesej yang aku nak sampaikan. syabas!
hehe. bagus ni. Mesej yang ringkas. Tapi strict to da point.
Thanks
[...] trafik ataupun untuk menjana wang. Yang pasti, apabila gagal… inilah yang terjadi. 1. Tidak berani dan tidak kreatif. – Ramai newbie suka dengan istilah “malu bertanya, sesat jalan”. [...]
Diulas pada October 30th, 2008 at 11:51 am[...] hipokrit mahupun kenyataan untuk “sedapkan hati”. Bukalah minda dan hati untuk mencuba. Beranikan diri. Rebut peluang yang ada dan rajinlah membaca. Itu saja “kata kunci” dalam dunia [...]
Diulas pada November 10th, 2008 at 5:28 pm“Nabi sendiri pun menggalakkan kita mencarinya sehingga ke negeri China”..ini hadis palsu bro