Lans Koperal Zamri Md. Soot + Lee Chong Wei - Penyemarak Hari Kebangsaan 2008.
- Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh disiarkan: August 16, 2008 online
Tiada seorang pun yang kenal dengan Lans Koperal Zamri Md. Soot, 29, anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD sebelum ini. Aku tidak kenal dia, kawan aku tidak kenal dia, member bloggers aku pun tidak kenal dia, even ayah aku pun tidak kenal dia. Bukan kerna Zamri Md Soot ini orang kebanyakan, tetapi dia memang bukan seorang selebriti yang sesiapapun patut perkatakan. Tetapi, sempena di bulan kemerdekaan yang seolah-olah tenggelam timbul ini, ada satu kisah dan cerita yang wajib diketahui oleh semua rakyat Malaysia tidak kiralah Melayu, Cina, India mahupun etnik bumiputra yang lain.
Zamri Md. Soot hanyalah seorang askar yang berpangkat Lans Koperal. Bermakna dia bukanlah Sarjan mahupun yang lebih tinggi darinya. Tetapi di dalam dirinya, telah tertanam satu sifat yang sungguh tinggi nilainya. Sifat ini juga secara langsung telahpun mengangkat martabat dan dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia, apatah lagi beliau seorang askar. Apa yang pasti, beliau telah membuka mata ramai rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri. Dengan kata lain, aku dengan rendah hatinya ingin menegaskan di sini bahawa Lans Koperal Zamri Md. Soot telah menunjukkan sati sikap patriotik yang sungguh menyentak hati aku di bulan Ogos ini.
Intermission:
Dalam kesibukan semua “orang besar” sibuk mentelaah dan meratah nasib parti politik masing-masing, aku sendiri merasakan sambutan tahun ini tidaklah “semeriah” waktu dahulu. Dahulu, jangan kata tiang-tiang elektrik… teksi di jalanraya itu pun penuh body’nya dengan logo Malaysia dan juga bunga raya. Bukan itu saja, kalau kita perhatikan siaran TV dengan radio pun masih lagi tak mainkan lagu Allahyarham Sudirman “Tanggal 31 Ogos”. Apa kes?

Tuan Lans Koperal Zamri Md. Soot,
Sebelum “SAYA” meneruskan entri ini, izinkan “SAYA” memberikan satu tabik hormat kepada Tuan. Walaupun hanya sekadar di dalam hati, anggaplah ianya satu tabik yang ikhlas dari “SAYA”.
Kejadian itu berlaku sewaktu beliau melakukan pergerakan rusuk senjata semasa mengarak panji rejimen yang baru bila secara tidak sengaja benet rakannya tertusuk ke lengan kirinya sedalam enam sentimeter. Zamri terpaksa menahan sakit selama dua jam tetapi enggan meninggalkan barisan walaupun disuruh kerana beliau mahu menghabiskan perbarisan penuh istiadat berkenaan yang turut dihadiri oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
“Sebagai seorang askar, saya juga kena bertahan dan tidak boleh cepat mengaku kalah sesuai dengan cogan kata ‘Berani Mati’ jadi saya tekad menghabiskan perbarisan”
Beliau, tidak mahu mencacatkan majlis berkenaan dengan hanya kecederaan yang dialaminya itu kerana peluang untuk melakukan perbarisan sukar diperoleh lagi. Selain itu beliau juga tidak mahu mempersiakan-siakan latihan selama dua bulan berlatih untuk perbarisan penuh istiadat berkenaan dengan hanya kecederaan tersebut.
Buat pengetahuan semua, ini adalah kejadian yang pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia. Bagi aku, hanya satu sahaja kesimpulan yang boleh aku katakan iaitu semangat juang yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Zamri Md. Soot amatlah tinggi. Malah tidak keterlaluan jika aku katakan semangat juang yang ada pada dirinya sama dengan pemain perseorangan badminton negara kita yang sedang berjuang demi maruah negara di Beijing iaitu Lee Chong Wei. Yang berbeza hanyalah medan perjuangan mereka tetapi matlamatnya adalah sama (ketepikan soal wang sebentar).

Untuk 2 wira negara ini, ingin aku ucapkan SYABAS dan diharapkan yang lain akan dapat maksud yang tersirat dari entri yang tak seberapa ini.
p/s: Terima kasih kepada Lans Koperal Zamri Md. Soot kerana telah mengingatkan aku kembali kepada zaman kadet semasa sekolah menengah dahulu. Agi idup, agi ngelaban!




bukan ramai insan seperti mereka
framestones entri yang terkiniNew Update in August
Diulas pada August 17th, 2008 at 2:15 amsungguh patriotik. aku sukakan jiwa itu. mungkin tidak terdapat pada semua orang, apatah lagi bebudak skang nie.
aku kagum dgn wira kita nie. mengharumkan nama malaysia juga satu jiwa patriotik yg x ternilai.
megats entri yang terkiniJika Aku Pemimpin Malaysia
Diulas pada August 17th, 2008 at 11:38 amyerla…salute..skit pd brother soldadu ni…semangat waja….
salute pd chong wei gak..walaupun kalah…dia ttp jd hero pd malaysia…very touching la bila dia melompat, menerpa peluk ke arah sifu misbun hari tu….betapa akrabnya mereka…..
salam menyambut ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu…
Diulas pada August 17th, 2008 at 8:17 pmtapi agak hampa jugak performance dia malam tadi laa.. tak melawan langsung.
confuse…confuse..!
Diulas pada August 17th, 2008 at 8:39 pmx melawan..?? adakah dia xmahu sejuta tu..?? jeng3…
tapi aku pun perasan sejak 1 ogos lalu..
di mana perginnya iklan2 kemerdekaan kat radio ngna tv..??
mana2 kempen kibar jalur gemilang..??
hurm..
mungkin aku lebih semangat untuk menyambut bulan ramadhan…
eh.. tahun ni ada perarakan ke..?? bukan ke 31hb tu dalam bulan puasa..?? mungkin xda sambutan ambang merdeka sebab semua org akan pergi terawih…
hurm……..
sallikin@nikillass entri yang terkiniFlash Entry Ep. 6
Diulas pada August 18th, 2008 at 6:58 amdia melawan tapi tak cukup “jantan”. kita bukannya tak pernah tengok game chong wei sebelum ni. cuma ia lebih gemar main drop ball dari smash.
aku rasa kalau dia banyakkan smash dalam game tu, mau masak tergolek dog si Lin Dan tu.
sebab apa?
Diulas pada August 18th, 2008 at 7:43 pmsebab chong wei sebenarnya dah pun mewarisi “jumping cross smash” Misbun! orang lain susah nak buat tuh!
[…] untuk Negara Malaysia.. x perlu aku nak citer panjang mengenai semangat beliau.. Mohdismail dan rohaizad dah pun menceritakan mengenai […]
Diulas pada August 18th, 2008 at 9:37 pmtahniah kepada chong wei!
Diulas pada August 19th, 2008 at 12:06 am