Hello, boleh tolong saya?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: August 17, 2008 online
(p/s: ini bukan harta aku- gambar hiasan saje)
Rasa-rasanya fikiran aku dah tak karuan dengan Portable USB Modem.
Bila difikirkan, memang aku perlukan gadget sebegini sebab bila nak demo package atau services kat client, aku cuma boleh tunjukkan statik page yang aku “hibernate” kan dari rumah. Agak kurang professional’kan?
Bukan itu sahaja, aku juga dah mula berangan tentang betapa senangnya kerja “online” aku jika aku boleh blogging dimana-mana pun yang aku suka. Tidak kiralah pada bila-bila masa pun yang aku mahu, gadget ini sememangnya akan dapat menambah dan merubah keseronokan serta stail aku bekerja. Kalau rasa boring di rumah, aku boleh start enjin kereta dan lepak di tepi Danga Bay. Kira berblogging di tepi laut’lah nie kiranyer…
Nak buat demo online pun mudah.
Jadi sebagai orang tidak pandai dalam mencari sesuatu yang “agak” baru, aku ingin sekali mendengar pendapat kengkawan dan semua pengunjung blog ini berkenaan perkara di atas. Aku tahu ramai yang bijak pandai dalam memberikan idea yang bernas dan juga recommendation tentang portable modem ini sebab instinct aku kuat mengatakan ramai yang dah pakai gadget bebas berinternet tersebut’kan?
Sebelum aku memberikan 3 brand gadget USD modem ini, ingin aku berikan sedikit sebanyak spesifikasi, penggunaan dan system yang aku guna untuk laptop Compaq aku:
1. Mozilla Firefox.
2. I.E.
3. Windows Vista.
4. Tidak pakai LiNux.
5. Kegunaan internet hanya untuk blogging, download file yang tidak besar saiznya dan perkara yang setaraf dengannya (tidak mendownload lagu mahupun filem).
Ini pula antara 3 brand USB Modem yang aku rasa agak famous kot:
1) Blue Cube USD Modem.
- Pernah mencubanya beberapa kali (member punya) dan agak memuaskan.
- Harga beli?
- Harga bulanan?

p/s: ada sesaper yang menjualnya pada harga murah di sini (set baru)?
2. Huawei Modem (Huawei E220 model)
- Vodafone?
- Harga beli?
- Harga bulanan?
3. Sierra Wireless Modem (Sierra Wireless AirCard 875U model).
- Harga beli?
- Harga bulanan?

Ermm… mungkin ada banyak lagi jenis yang aku tak tahu dan kalau ada apa-apa recommendation, ianya amatlah dialu-alukan. Terima kasih semua







hurm…
aku guna handphone je sebagai modem..
tu pun register broadband untuk 24 jam je..
tapi puas hati la..
nak donlod muvi 300mb amik masa 3 jam je..
kalau nak surfing n blogging n setaraf dengannya ok gak kot..
kat rumah lak guna huawei modem…
boleh tahan la speed…
brape eh harganya..?? bapak aku beli.. sebab guna kat umah.. hahaha.. guna 2.5G (EDGE) pun boleh gak aku post komen ni.. tapi nak tunggu web loading tunggu 5 minit.. kalau 3G x tahu la plak..
sallikin@nikillass entri yang terkiniFlash Entry Ep. 6
wah semakin menarik kerja kau bro! boleh la pas kat aku skit hoho.
modem usb blue cube adalah yang terbaru, aku tengok cam menarik! aku cuma awal skit. klu x aku pun pkai blue cube.
skang ni aku guna huawei E220, setakat ini bagi aku berjalan lancar. aku pakai kat umah sebagai network utama! dan menggunakan pakej dari celcom broadband 68.
klu stakat nak mobil network. aku rasa kau patut amik usb modem yg terbaru tu nampak pun menarik.
megats entri yang terkiniE-Kamus, Efektif Dan Berkesan
ada sesaper lagi yang bagi review? price?
pakai aje mana-mana. ok jugak rasanya.
macam encik megat. tak der masalah. cuma kadang2 dia down, slow tapi tengok tempat lah.. setakat JB tak der masalah.
aku bayar dalam 499, kontrak 2 tahun, bulan2 bayar RM68.00
abahfatehs entri yang terkiniDodol, Dodol! Manisan Hari Raya
Nadzal – ye ker?
abahfateh, RM68 tu pakai yang mana satu? Blue Cube?
kawan aku ada guna yang cam huawei tu. best gak. tapi slow la kekadang. kawan aku kata kekadang putus. tapi tgk tempat. dan mgkn abahfateh tu yang RM68 tu cakap tentang celcom broadband kot. bayar bil bulanan celcom broadband
celcom broadband… ermm.. aku nak ushar lah nanti. thanks taukey
benar katamu taukey…
abahfatehs entri yang terkiniDodol, Dodol! Manisan Hari Raya
haha.. aku baru dapatkan yang Vodafone tu..Isnin lepas Jad.. malam semalam baru leh online sepenuhnya.. ada promotion kat Pesta Konvo UTM RM 399 terus aku rembat.. kene tambah RM 68.. untuk Celcom Broadband punya monthly fee.. so far ok laa.. speed 7.2 MB.. dah kira baik untuk aku.. yang penting boleh online memana.. hehe cuma kalau takde signal 3G agak teruk sikit laa.. GPRS.. taujelaa.. standard dial up..
nuaemans entri yang terkiniCelcom Broadband.. Alangkah Bahagianya..
[...] dengan student zaman sekarang, semuanya sudah ada di hadapan mata. Laptop, komputer, Streamyx, even Modem 3G… cakap sahaja. Yang perlu ada adalah kebijaksaan dalam membahagikan [...]
Diulas pada August 22nd, 2008 at 1:50 amsalam sejahtera..
Modem broadband boleh di beli dengan saya, harga BERPATUTAN, sila bandingkan dengan harga sahabat2 kita diforum ini cadang,
beza memang berbeza:
Ini harga yang ana tawarkan dan bandingkan juga dgn yg lain:
(1)Vodafone celcom USB(mcm iklan celcom di TV) : RM299
(2)BLUE CUBE USB yang 3.5G memang boleh support 7.2mbps + Internal Memory card 2GB + mini internal cooler: RM399
JAMINAN ASLI(ORIGINAL) saya DAPATI DARI DEALER CELCOM dgn harga yang BERPATUTAN.
Dijamin 100 peratus.
Diberikan bersama kad jaminan broadband & kotak asal bungkusan produk.
Penghantaran pos adalah PERCUMA.
Dijamin sampai ke alamat anda dalam masa minimum 2 hari bekerja, InsyaAllah.
untuk pertanyaan & pembelian SMS saya di :
017-9337784 maxis
019-4471869 celcom
s110069@student.uum.edu.my
aquatic_7784@yahoo.co.uk (ym)