Ingin beriklan? Sila klik di sini


Bagaimana untuk menarik pembaca supaya lebih lama di blog kita.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: August 22, 2008 online

readblog.gif

Ini adalah salah satu tips ataupun skill yang ramai dari kita tahu tetapi tidak ramai yang mengamalkannya termasuklah aku. Dalam dunia blogging, memang cara ini terlalu mudah untuk dibuat dan dilaksanakan tetapi malangnya, ianya tidak dipraktikkan kerana blogger itu telahpun mengamalkan dasar ataupun sikap pilih kasih.

Pilih kasih?
Iya.
Tabiat ini memang berlaku. Aku sendiri akui kerana aku juga mengamalkan sikap ataupun dasar pilih kasih. Adapun dasar pilih kasih ini terjadi kerana blogger itu kadang-kadang “terlupa” tentang kepentingan blog-blognya sendiri dan di sinilah bermulanya ketidak-seimbangan blog. Seringkali kes pilih kasih ini dihadapi apabila seorang blogger itu mempunyai blog yang banyak (niche blog) tetapi hanya mengutamakan blog yang “hot” sahaja.

Aku akui yang blog English sebenarnya telahpun menjadi satu mesin duit untuk diri aku sendiri. Dengan skop yang lebih luas, tiada masalah bagi sesiapa pun untuk mendapat lebih banyak “opportunities” dalam menjana wang. Tidak kiralah sama ada dia seorang adalah full time blogger mahupun part time, semua blogger boleh menjana wang dalam bentuk online.

Bagi yang baru sahaja mempersiapkan diri untuk menjadi seorang blogger terutamanya pelajar menengah mahupun IPT, teruskanlah niat untuk mencari pendapatan sampingan. Jangan sesekali membuat keputusan hendak berhenti belajar ataupun bekerja hanya kerana engkau terpengaruh dengan cerita seorang full time blogger yang lain. Aku sendiri mengambil masa lebih dari 2 tahun sebelum terjun ke dunia full time blogging ini dan hasilnya, aku berjaya membuat persiapan yang agak baik sebelum terjun ke dunia internet ini.

Janganlah menjadi orang yang bodoh dengan membuat kesilapan yang salah. Jadilah orang yang pandai dalam menentukan masa depan engkau sendiri.

Bila bercakap mengenai pelajar IPT ini, sebenarnya mereka semua adalah golongan yang paling bertuah. Ini adalah kerana di zaman aku dahulu, menjadi seorang pelajar adalah satu profesion yang tegar di kalangan ibu bapa. Apa yang perlu dibuat oleh seseorang pelajar pada waktu itu adalah belajar, belajar dan belajar. Tidak ada langsung perkataan make money online dalam hidup mereka.

Berlainan dengan student zaman sekarang, semuanya sudah tersedia di depan mata. Laptop, komputer, Streamyx, even Modem 3G… cakap sahaja. Yang perlu ada adalah kebijaksaan dalam membahagikan masa.

Pelajar IPT sebenarnya mempunyai banyak masa terluang. Yang menjadi masalahnya sekarang adalah mereka ini tidak tahu untuk menggunakannya. Itu yang merempit sana, merempit sini, melacur sana, melacur sini (termasuklah pelajar lelaki -gigolo-), berganja sini, berganja sana dan macam-macam lagi gejala bodoh dan bangang yang mereka buat. Kalaulah aku ada kuasa untuk mengatur masa untuk pelajar-pelajar ini, pasti mereka sedar berapa banyak masa yang telah mereka bazirkan. Tapi buat apa aku nak aturkan masa mereka kan? Masing-masing dah besar… fikirlah sendiri.

Oh ya, sebenarnya tips mudah “Bagaimana hendak menarik pembaca supaya lebih lama di blog kita” telahpun diberikan di atas (dalam entri ini). Carilah dan kalau perasan … engkau praktikkanlah terus di blog masing-masing. Adios !!!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 13 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    aku rasa dan teka yang warna merah tu. hehehe….

  2. aku seorang pelajar ipt…
    tapi blog aku x menjana duit..
    sesaja buang masa terluang dgn blogging….
    err… salah ke..??

    sallikin@nikillass entri yang terkiniMerdekakah Kita..??

  3. megat said:

    terima kasih zad! tip berguna. baru aku perasan link color sama dgn ko huhu.

    aku rasa perlu byk belajar dr otai mcm ko. dlm keadaan skang ni sepatutnya aku ambil kesempatan utk menulis full time tp msh punyai 1 blog.

    cara mencari duit diinternet pun ada palbagai cara. yg pastinya ia merupakan pasaran tanpa sempadan!

    megats entri yang terkiniKena Tag, Kena Lah Jawab

  4. rohaizad said:

    wahahaha… megat, perasan jugak ye ko dengan tip yang dah diberi tu. agaknya, dah berapa minit ko “stay” kat blog ini hanya dari entri ini tadi?

    *cuba kira berapa minit .. :)

    happy blogging megat!

    *tips: megat, alang-alang nak serious dalam blogging nie, carilah hosting yang berbaloi. baru seronok :)

  5. rohaizad said:

    sallikin:
    kalau blog tak menjana duit takper, janji dapat belajar sesuatu yang baru setiap hari. pendek kata, lebih baik dari sesetengah pelajar ipt yang habihkan duit mak bapak ke jalan yang tak bermoral.

  6. samdaddycool said:

    Jad, apa maksud hosting yang berbaloi??
    Betul gak teknik ni.. kadang2 aku ada buat, tapi bukan link dalam blog sendiri.. link ke mana2 affiliate / page lain…

    samdaddycools entri yang terkiniGet Paid for Complete Survey

  7. samdaddycool said:

    .. betul la Jad.. aku baru je balik dari berjalan2 kat blogssss ko yang banyakkk betol!!

    p/s- sekarang aku makin faham byk benda…

    samdaddycools entri yang terkiniGet Paid for Complete Survey

  8. rohaizad said:

    Sam – hosting yang berbaloi adalah hosting yang kita akan guna sampai tak terguna dengan harga yang berpatutan. tapi tak perlulah pakai dedicated hosting, masih ada shared hosting yang harganya setahun cuma dalam USD100++ jer.

    Sam lagi – kalau boleh, buatlah link ke dalam blog sendiri tapi mestilah dilink’kan ke spesifik entri. jangan ke general entri page. Link ke site luar pun boleh jika bersesuaian dengan cerita yang hendak disampaikan. lebih-lebih lagi kalau ke site yang “baik”. Google suka.

  9. samdaddycool said:

    Thanks Jad.. really appreciate!!!

    samdaddycools entri yang terkiniGet Paid for Complete Survey

  10. nuaeman said:

    Aku belajar sesuatu yang amat berguna hari ni.. terima kasih jad..

    nuaemans entri yang terkini6 Pelaburan terbaik Nuaeman

  11. Jimmy said:

    Emm.. aku x dapat la tips tu.. Tapi aku rasa..

    1.Buat link ke artikel2 lain utk perkataan2 yg sesuai
    2.Buat tajuk yg boleh menarik minat orang dan bagitau jawapn die last2 sekali je..

  12. rohaizad said:

    Jimmy, ko tak dapat tips tu?
    Senang jer. Buat linkbait kepada catatan yang terdahulu. Maknanya link`kan cerita baru kita itu dengan catatan-catatan yang berkaitan.

    lagi sekali, semua link yang kita buat mesti berkaitan. Maknanya pembaca boleh flashback kepada catatan kita sebelum ini.

  13. boss said:

    hmmm ada kat perkataan bold tu la.. betul tak?