Kisah benar.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Semalam - Tarikh disiarkan: August 23, 2008 online

grass.jpg

Hari ini hari Sabtu dan aku dengan selambanya telah ponteng satu lagi rewang kerja kahwin di kawasan rumah aku. Bukannya apa, hari ini rasa letih semacam jer. Petang semalam, lepas mak aku pulang dari rumah pengantin pompuan, mak aku disapa oleh Jep, si tukang masak (member baik sejak dari sekolah tadika lagi sampai la nih) dengan agak cool.

So balik jer ke rumah, mak aku pun story balik kat aku apa yang Jep tanya:
Jep: “MakYah… Izad mana? Dia tak turun padang ker? Esok (hari ini) dah nak langsung kerja kahwin!”
Mak aku: “Izad ada kat rumah tu haaa… pergilah jumpa dia”.

Adehh… inilah salah satu ayat yang memang mentension’kan aku. Setiap kali orang tanya mak ngan bapak aku pasal aku… dengan senang jer diaorang cakap.. “Izad ada kat rumah”. Dah nasib seorang full time blogger, itulah jawapannya. Mana tidaknya, kerja dari rumah’kan? So dah tentulah jawapannya pun “rumah”. Bunyinya sebijik macam orang tak bekerja… tanam anggur.

Jadi seperti yang aku cakap di atas tadi, hari ini aku rasa macam tak best. Memang takde mood langsung nak kacau nasi minyak, dalca, lauk daging lembu ngan kambing tu. Apalagi dengan cuaca yang sungguh mengantuk nie. Ditambah plak dengan kerja yang tak siap-siap dari semalam. Sememangnya dunia yang aku lalui ini amat berbeza dengan dunia dahulu.

Dunia yang aku hidup ini sekarang lebih kepada “smart marketing”. Smart marketing ini telah menuntut aku untuk membahagikan masa aku dengan lebih bijak. Maknanya kalau dulu aku memang cukup seronok dengan “pure blogging” dan juga “paid blogging”, sekarang aku lebih outstanding. Aku perlu untuk menjadi “orang di dunia nyata” berbanding 2 tahun yang lepas. Pendek kata, aku dah mula menambah satu lagi cabang business method. Aku masih lagi bekerja secara online dan aku tetap membuat “kerja luar” untuk company yang aku baru set up setahun lalu.

Hakikatnya, aku dah kurang dalam membuat paid blogging tapi aku masih lagi seronok dengan “pure blogging”, seperti yang aku sedang buat di blog rohaizad dot com ini (ermm…aku akan terangkan mengenai “smart marketing” dengan lebih lanjut lagi di blog ni suatu hari nanti).

Tapi untuk hari ini, aku ingin sekali berkongsi pengalaman aku yang lepas mengenai paid blogging. Kalau engkau nak tahu, pengalaman paid blogging ini adalah satu pengalaman yang paling hebat yang pernah aku rasa sepanjang hidup aku. Selain dari pengalaman hebat jatuh cinta semasa belajar di kolej dulu, paid blogging sebenarnya telah mengubah gaya dan haluan hidup aku sehinggalah entri ini ditulis. Dahsyat atau tidak, aku sahaja yang tahu.

Baiklah, aku akan bermula dengan sedikit “total recall”.
Aku mula berblogging pada tahun 2005. Pada waktu itu, blogspot adalah satu-satunya medium ataupun platform blogging yang aku tahu. Engkau cakaplah pasal bende lain, haram aku tak tahu. Pada aku, blogspot sememangnya mudah untuk dipelajari. WYSIWYG (What You See Is What You Get) adalah medan aku dalam belajar coding. Dalam sehari, tidak kurang dari 200 kali rasanya aku tekan button “Preview” tu semata-mata untuk melihat apa perubahan kalau aku delete sesuatu code.

Kemudian, aku berkenalan dengan seorang hamba Allah yang aku tak pernah kenal siapa dia. Tak pernah jumpa, tak pernah berbual di talian. Aku kenal dia pun sewaktu aktif berforum di forum (http://www.sitinurhaliza-svoa.com). Aku dulu memang minat giler berforum kat situ sebab banyak otai grafik kat situ. Webbie dia (Palie) juga memang terror giler dalam design ini. So satu hari, aku pun mula berchatting dengan hamba Allah ni. Nama samaran dia ialah Siddharja Qhaum. Kau tengok’lah nama dia, dahsyat tak dahsyat kan?

So dialah yang mula memperkenalkan aku pada Adsense. Malangnya, aku tak dapat lagi berchatting dengan dia lagi sebab company tempat dia bekerja telahpun bankrup. Dia dah pun menjadi usahawan burger sepenuh masa. Apa pun, dia memang seorang guru yang BAGUS dan walaupun dia dah stop berblogging, blog dia memang aku akan ingat sepanjang masa… selagi aku bernyawa (http://jamloceng.blogspot.com).

Lepas aku belajar adsense, aku mula mengorak langkah dalam berforum di forum luar (Forum Digital Point). Dari situlah aku mula mengenali menatang paid blogging ni. Aku masih ingat lagi pada waktu itu, aku macam orang bodoh yang berada dalam satu bilik yang gelap serta ditutup mata dengan kain hitam di waktu tengah malam. Apa yang dibebelkan oleh orang dalam forum tu aku tak tahu. Tapi aku ada insiatif untuk ambil tahu.

Reviewme.com adalah medan pertama aku untuk melihat “duit online”. Aku masih ingat lagi job pertama yang diberi iaitu “Cerita sahaja pasal Reviewme.com dalam apa bahasa sekalipun, pasti akan dibayar”. Hasilnya, aku terperanjat dan sungguh terharu sekali bila melihat ada duit yang berlambangkan USD dalam akaun Paypal aku. Bayangkan, akaun yang tak pernah berisi itu telah menampakkan buih-buih duit. Kalau diingat kembali, memang kelakau betul sebab Adsense aku sendiri pada 2005 hingga 2006 pun masih lagi tak cecah 2 dollar. Inikan pulak dapat $25 dolar. Kaya aku… aku kaya…!!!Selepas itu, aku mula menggila dengan Payperpost dan disinilah pengalaman terhebat itu terjadi dan dirasai. Dunia aku pada waktu itu hanyalah paid blogging. Tiada apa yang lebih membahagiakan aku dari paid blogging sehinggakan aku rasa aku hilang kawan. Kawan-kawan juga mengatakan aku dah “hilang”. Aku dah tak hang out lagi macam dulu. Aku memang tengah giler “buat duit” pada waktu itu.The best part terjadi bila aku dan beberapa bloggers Malaysia yang lain sibuk berlumba-lumba dalam menempatkan gambar dimuka hadapan Payperpost sebagai “Todays Top Earners”. Aku masih ingat lagi bloggers Malaysia yang selalu aku lihat di Payperpost pada waktu itu. Mereka ialah Chanlilian, Samantha, Doris, Menj dan beberapa orang lagi termasuklah aku sendiri. Memang kami semua berlumba untuk mencari duit! Seronok tak terkata sebab kita semua berebut-rebut dalam mencari duit.Situasi merebut duit (rebut opportunity) akan mula sibuk bermula dari pukul 10.00 malam sehinggalah 4.00 pagi setiap hari. Maknanya aku akan standby depan PC setiap hari semata-mata untuk grab “opportunity” yang tinggi harganya dalam jam itu. Dengan berbekalkan 2-3 blog, aku berjaya mendapat majoriti USD60-USD70 setiap malam. Satu malam RM200, kalau 20 malam? Itu belum ditambah lagi dengan income dari Blogitive.com, Loudlaunch.com, Blogsvertise.com dan banyak lagi paid blogging program yang aku kerjakan di waktu siangnya. Malam duit lain, siang duit lain. Bestkan?

Sebab itulah macam yang aku katakan tadi, aku seolah-olah hilang kawan, hilang dunia. Setiap jam bagi aku bermakna duit. lepas aku mandi, aku online. Lepas aku makan, aku online. Lepas aku sembahyang, aku online. Lepas aku pergi pasar malam, aku online. Lepas aku buka puasa, aku online. Lepas aku sahur, aku online. Tiada masa untuk kawan-kawan. Kalau katakanlah aku keluar pergi mana-mana pun, hati dan kepala aku masih lagi teringatkan PC kat rumah tu. Memang hebat giler penangan paid blogging ni. Untuk rekod, aku masih lagi tak dapat kejar Chanlilian dan Samantha dalam membuat RM10,000 sebulan dari paid blogging. Paling tinggi pun, aku hanya berjaya membuat RM6000 sebulan dari paid blogging pada waktu itu.

Sehinggalah musim paid blogging ini sampai ke kemuncaknya, Google plak sibuk dengan penalization dia. Tapi, aku tidak cuak sedikit pun, sebab aku tak boros dengan duit blogging tersebut. Aku dah bersedia untuk segalanya. Aku belajar mengenai domain dan domain with PR. Aku semakin bersedia untuk meneroka dunia internet ini. Apatah lagi aku mempunyai banyak masa setelah aku berhenti kerja. Sejak aku menjadi full time blogger, aku tidak pernah melepaskan peluang untuk belajar macam-macam selok belok mengenai internet. Asal senang untuk aku ikut, aku akan terus belajar termasuklah domaining. Sehingga tiba pada satu saat, aku tidak pernah putus duit di dalam Paypal aku. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja duit yang masuk ke dalam Paypal dan itu adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Percaya atau tidak, semangat yang aku ada pada waktu itu cukup membuatkan aku bahagia. Aku rasa aku “boleh” dalam membuat keputusan untuk diri aku. Aku rasa aku bertambah yakin dengan segala apa yang aku buat. Aku tidak boleh lemah semangat, aku tidak boleh patah semangat. Hanya satu sahaja yang memperkuatkan iman aku iaitu paid blogging adalah satu peluang “pekerjaan” yang HALAL. Aku dibayar untuk mempromosikan produk orang lain. Sememangnya aku bekerja untuk orang tersebut dan mereka bayar aku untuk tujuan itu.

Memang aku pernah berniaga sebelum ini, tetapi menjadi seorang full time blogger ataupun internet marketer sememangnya membuatkan diri aku untuk lebih berdikari. Aku berurusan dengan orang di peringkat “antarabangsa”. Sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak, aku dah melatih diri aku sendiri supaya “think out of the box”. Aku percaya dengan diri sendiri, sebab itulah aku sentiasa mencari peluang lain yang ada di depan mata.

Ada satu peribahasa English yang aku selalu pegang; “Apabila tertutup sesuatu pintu, kita sebenarnya baru sahaja membuka diri kita kepada satu pintu baru yang lain”. Pendek kata, walaupun ada sesetengah blogger pernah mengutuk blogger yang membuat paid blogging ini, tapi aku tetap dengan pendirian aku. Benar aku membuat paid blogging, tetapi aku juga masih tetap dengan pure blogging aku. So takde hal.

Jadi apa yang aku buat dengan duit paid blogging aku tu semua?
Simple.

Aku laburkan ia pada peluang lain yang ada dalam dunia internet ini. Aku bayar orang untuk ilmu yang aku perlu. Aku beli domain yang ada value. Aku tawarkan khidmat yang aku rasa boleh dijual untuk kemajuan orang-orang lain. Aku sediakan khidmat rundingan pada mereka yang memerlukan dan aku buat kelas mengikut pengalaman.

Tidak bermakna aku tamak, tetapi bukankah mempunyai 5 “PAYUNG” itu lebih baik dari 1?
Kerana jika payung tadinya itu basah, koyak mahupun ditiup angin sekalipun, aku masih ada lagi “PAYUNG-PAYUNG” yang lain !!!?

Pautan, bukan PaulTan.


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, make sure anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan dibawah. Terima kasih daun keladi.... jika ada masa, silalah datang lagi. .


Suka dengan catatan di atas? Jika suka, silalah vote catatan itu di sini:

Dapatkan catatan terkini:

DIJAMIN BERBALOI !!!

Sudah 12 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. FadhliNo Gravatar said:

    En. Rohaizad, I feel inspired from this post. I have been blogging for a while now. But only a few sporadic posts. I didn’t think much about making money online because frankly I don’t know how. Keep on doing what you do. You are truly an eye-opener. From now on, I’ll keep you on my google reader list.

    Fadhlis entri yang terkiniThe Food Fight

  2. rohaizadNo Gravatar said:

    Well I’m glad you like it. Feel free to share your opinion in this blog.

    Opss… Welcome To Rohaizad Dot Com :)

  3. taukeyNo Gravatar said:

    masih hidup jugak blog jam loceng tu walaupun dah nak dekat dua tahun.

  4. samdaddycoolNo Gravatar said:

    wooohooooo… taukey.. ni yang aku cakap otai yang kita kena folo!
    Banyak benda sebenarnya aku masih jauh dalam blogging… (seriously I’m more into money for blogging.. tapi tak dapat lagi skill - even blog dot com tak ada lagi..)

    p/s - kita kena panggil Ijad Sifoo.. (pengerasnya apa pak?) :D
    samdaddycools entri yang terkiniGet Paid for Complete Survey

  5. megatNo Gravatar said:

    very inspiring izad!

    aku masih dalam kajian, dan nampak masih belum berhasil. rasanya pasti ada rahsia yang belum aku ketahui.

    sementara mendapat rahsia-rahsia atau teknik-teknik tersebut. aku grab the 1st opportunity yang datang kat aku spt bikin web & blog.

    megats entri yang terkiniCelcom Broadband, Apakah Yang Telah Terjadi!?

  6. taukeyNo Gravatar said:

    hahahaha. boleh saja sam. nak panggil sifoo. memang byk peluang cuma rahsia tu kita belum terokai sahaja rasanya. apa pun mmg good post bro

  7. fadilNo Gravatar said:

    Tq bro for sharing your information. Keep up the good work…

  8. rohaizadNo Gravatar said:

    Ye ke fadil?
    Tapi takleh lah nak challenge ko yang buat $20K tiap-tiap bulan!

    Bulan ni ko buat baper?
    $30 ribu?
    $40 ribu?

  9. fadilNo Gravatar said:

    adelah skit2 saje..

  10. […] bila muncul peluang membuat duit dengan review dan link berbayar ini, aku pun mula mengorak langkah untuk lebih ke hadapan lagi. Aku […]

  11. JimmyNo Gravatar said:

    @Rohaizad:
    Paid review cam reviewme dan PayPerPost ni die terima tak site yg guna domain free cam .wordpress.com / .blogspot.com.

    Apa pandangan ko? Mana yg lebih elok (since kalau kita beli domain sendiri pun, peluang nak kena banned ngan google tinggi jugak. Jadi dh x de guna la domain bayar tu nanti)

  12. rohaizadNo Gravatar said:

    Sebenarnya, 90% advertiser akan memilih blog yang pakai domain sendiri. So aku harap ko faham dengan jawapan aku ni.

    $10 untuk beli domain. Kalau kena ban, belilah lagi. Kata nak buat duit`kan? So janganlah kedekut sangat Jimmy.