Naik bas ke Kuala Lumpur…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Bahasa - Tarikh disiarkan: August 27, 2008 online

Satu tajuk yang agak sentimental bunyinya….

Buat yang kesekian kalinya setelah hampir 3 tahun, aku akhirnya dapat melepaskan gian menaiki bas ekspress! YESSS!
Iya, esok pada pukul 7.30 pagi aku akan menaiki bas Konsortium ke Puduraya (dari Terminal Larkin) untuk menjalankan satu tugasan. Tugasan itu tidaklah sebesar mana pun, cuma aku rasa cukup happy sebab dah lama tak “merantau” seorang diri (naik bas ekspress plak tuh).

Sebelum ini, selalunya aku akan menaiki kereta dengan member-member yang lain. Tapi oleh kerana aku menjalankan perniagaan sendiri sekarang, maknanya semuanya OMO (One Man Operation). Agak kekok jugak untuk membuat presentation seorang diri tapi seronok pun ada sebab portfolio akan semakin berkembang. Hakikatnya, kalau dulu semua presentation untuk company orang lain.. tapi environment sudah totally berlainan. yang pasti, setiap satu perkataan yang keluar dari mulut ini nyatanya mewakili syarikat sendiri. Think different!

avenue_k.gif

Percaya atau tidak, esok aku akan pakai baju jersey, berseluar jeans dan ber’beg’kan laptop. Itu sahaja yang aku perlukan untuk presentation di Avenue K (malu nak cakap, tapi aku sendiri tak pernah lagi sampai ke tempat ni). Bukan tak professional, tapi ada something yang aku sendiri nak “try”. Jumpa pun tidak, cuma berdasarkan pada perbualan aku dan mereka di telefon pagi tadi dan semalam, 90% deal sudah dalam tangan (alaa.. bukan besar pun deal tu…). Macam yang aku katakan di atas, just nak add a value on portfolio jer.

Esok aku nak gi Kolumpo wehhh!
Lamanya tak turun ke KL. Adiosss!

“Jangan masuk ke dalam rumah orang dengan pisau di tangan tapi bawalah fikiran yang bagus sebagai buah tangan”.


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, make sure anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan dibawah. Terima kasih daun keladi.... kalau ada masa, datanglah lagi.... .


Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan?

Dapatkan catatan terkini:

DIJAMIN BERBALOI !!!

Sudah 11 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. menjNo Gravatar said:

    Naik bas? Huhuhuhu….

    - MENJ

    menjs entri yang terkiniAffordable plumbing equipments

  2. rohaizadNo Gravatar said:

    Nak kutuklah aku ler tuh… ciiiit!
    :)

  3. samdaddycoolNo Gravatar said:

    orait wat?? stamate (pronouns; stay-mate)… badan pon tak penat, relax je dlm bas..sampai2 lapang kepala tak fikir jam..

    aku selalu gak gi KL amik stok barang naik bas…

    samdaddycools entri yang terkiniIklan merdeka petronas 2008

  4. megatNo Gravatar said:

    pegi KL naik bas memang seronok. yg jadi tak seronok klu xde pengangkutan di KL. terpaksa menunggu uhuhu.

    selamat sukses!

    megats entri yang terkiniBagaimana Nak Muat Turun Video Yang Diminati

  5. abahfatehNo Gravatar said:

    saya naik kapal terbang aje g KL.. :)
    abahfatehs entri yang terkiniPerubahan Dalam Hidup Untuk Kebaikan

  6. hahaha..
    merantau naik bas memang seronok..
    tapi x seronoknye..
    tadi aku pergi cari tiker bas balik kampung raya nanti..
    tiket dah habis..!!!
    hari tu aku dok tanye.. tiket dah buka ke belum.. BELUM LAGI.. tiket dah buka belum.. BELUM LAGI.. tiket balik ni ada x..?? DAH HABIS..!! Waaaargh.. camne aku nak balik kampung ni… T_T

    sallikin@nikillass entri yang terkiniThe Top 10 Summer Blockbuster

  7. rohaizadNo Gravatar said:

    Sam - biasalah. ko kan ker usahawan, sebab tu kena naik KL selalu. semoga kita sama-sama berjaya :)

    Megat - betul megat. nasik baik ada rapidKL kat belakang pudu nun. sekejap jer dah sampai Pandan Indah. p/s: ramai betul awek cantik semalam kat dalam tuh… :)

    Abahfateh: Kapal terbang? Fuyoooo ….macam jauh giler jer bunyinya tu nak ke KL. ekekekeke.

    Sallikin - Pelik betul kan? Berita dah kuar banyak kali pasal kes tiket nie. Pedih la diaorang nie. Kita gak yang jadi mangsa. :(

  8. […] sallikin@nikillas: hahaha.. merantau naik bas memang seronok.. tapi x seronoknye.. tadi aku pergi cari tiker bas… […]

  9. samdaddycoolNo Gravatar said:

    awekksssss?? takde yang sangkut ke..

    p/s- mana tau ada hok come-come… buleh wat bini.. :P
    samdaddycools entri yang terkiniOriginal Crystal Brooches @ brooch

  10. rohaizadNo Gravatar said:

    Bini?
    Fuhh.. susah gak tu sebab ramai sangat yang cantik. Aku tak tau nak pilih mana satu :)

  11. titanNo Gravatar said:

    so, the result?