Hidup di Kuala Lumpur.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Semalam - Tarikh disiarkan: August 28, 2008 online

Semalam adalah satu kegembiraan kerana presentation yang sempoi telah berubah menjadi duit. Sungguhpun tidaklah banyak, tapi jumlah RM1100 itu bagi aku adalah satu rezeki yang terlalu “seronok” untuk dirahmati. Aku berjumpa dengan client tu, kemudian dia ajak minum di A&W Pandan Indah (sebab ada Streamyx Zone) dan di situlah dia menerima idea dan cadangan aku sebelum dia bertolak ke oversea.

Tapi, Kuala Lumpur tetap Kuala Lumpur. Tidak berubah kehidupannya (melainkan bangunan yang meninggi). Masih lagi sama seperti apa yang aku lihat sewaktu aku belajar di Melaka dulu (dulu masa student rajin merayap). Baunya, panasnya, tengik’nya, lendirnya, wanginya, songsang’nya, tegaknya dan bisingnya masih lagi hebeh.

Dan semalam, RapidKL telah membawa aku ke pelusuk Pandan Indah. Tidaklah indah seperti namanya. Walaupun aku nyaris-nyaris terlajak ke Sri Petaling, aku sempat lagi turun di perhentian Chan Sow Lin. Pastu, aku naik plak TREN yang menuju ke Ampang.

Oiiittt ! Aku bukan “Sesat di Kuala Lumpur” yea, cuma tersalah naik TREN jer.

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa sejahtera kami pohonkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui kebahagiaan
Di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Dan Mungkin kita kan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Mungkin kita lupa pada asalnya.

M Nasir Live In Dublin Version At Ambassador, 21 March 2008.


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, make sure anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan dibawah. Terima kasih daun keladi.... jika ada masa, silalah datang lagi. .


Suka dengan catatan di atas? Jika suka, silalah vote catatan itu di sini:

Dapatkan catatan terkini:

DIJAMIN BERBALOI !!!

Sudah 7 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. samdaddycoolNo Gravatar said:

    congrats on the assignment! (AND GET PAID..)

    memang bunyi tak banyak.. tapi utk one shot nyer bayaran.. berbaloi… bukan semua org boleh dapat rm1100 dlm sehari… kalau compare dgn otai / milionaire..bunyi sikit, tapi kalau banding dgn /org biasa / pekerja biasa.. memang banyak!

    samdaddycools entri yang terkiniOriginal Crystal Brooches @ brooch

  2. megatNo Gravatar said:

    tahniah… tahniah!

    wah projek makin kencang… alhamdulillah. langkah berani untuk mulakan sesuatu.

    megats entri yang terkiniBajet 2009, Apakah Dapat Lebih Membantu Rakyat!?

  3. taukeyNo Gravatar said:

    tahniah bro.

  4. rohaizadNo Gravatar said:

    Sam - betul tu. sebab tu aku katakan “Sungguhpun tidaklah banyak (sebab aku tau otai yang lain dapat lagilah banyak), tapi jumlah RM1100 itu bagi aku adalah satu rezeki yang terlalu “seronok” untuk dirahmati.”

    Megat - sejak ko pakai theme baru nie, aku tengok blog ko makin rancak. Tahniah megat!

    Taukey - Thanks Taukey! :)

  5. titanNo Gravatar said:

    so, this is the result. COngratulations!

  6. rohaizadNo Gravatar said:

    Terima kasih TITAN. :D

  7. […] aku sempat solat Zuhur di Masjid Putrajaya. Sebelum ini hanya tengok dari luar jer. Kalau pergi Kuala Lumpur pun, aku tak masuk Putrajaya sebab terus shoot balik ikut Sungai Besi. Kiranya sempat jugaklah […]