Kronologi kehidupan di hujung minggu.
- Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Orang, Umum - Tarikh disiarkan: August 29, 2008 online
Nak ke mana kita hari ini sayang?
Apa planning untuk tengah hari nie?
Awak rasa kat sana ada sales tak?
Movie apa yang best untuk kita tengok hari ni?
Mandi air terjun kat Kota Tinggi pun okay jugak-kan?
Alaaa…. kita lepak-lepak, makan-makan… pastu kita main bowling lagi best aper…
Hah…hah…hah…. bullshit-lah itu semua ![]()
Ayat-ayat di atas itu semua adalah satu kata-kata yang sungguh menjeleskan aku. Bukan disebabkan kerja aku (kita) yang menuntut komitmen pada satu-satu masa yang kita tak boleh jangkakan, tetapi ini disebabkan diri aku sendiri yang masih belum punya pacar.
Jadi bila difikirkan pro dan kontra kehidupan serta kewangan di hujung minggu yang indah ini, aku rasa ada baiknya jika aku berkongsi sedikit kronologi yang berlaku di hujung minggu. Maksud aku bagi orang yang tidak mempunyai pacar, ada 5 kemungkinan kehidupan dan kewangan di hujung minggunya terjejas begitu sahaja. Begitu juga sebaliknya.
Yang pertama:
Rumahku, syurgaku.
Mereka yang tidak ada pacar selalunya akan duduk di rumah sambil menonton TV dan juga baring/tidur. Memang agak memboringkan tetapi ada satu kebaikan bagi mereka yang menghabiskan hujung minggunya dengan kegiatan tipikal sebegini iaitu mereka dapat berehat sepuas-puasnya. Tenangkanlah fikiran dan juga minda dari kesibukan di luar rumah. Dengarlah celoteh si Salleh Yaccob, Krill dan Kak Engku di Radio Sinar sambil membasuh kereta kerana ianya pasti akan membuatkan engkau ketawa seorang diri di luar rumah macam orang gila. Selepas itu, sambunglah aktiviti berehat itu.
Kewangan : Dapat juga menjimatkan duit daripada membazirkannya di tempat lain kan?
Yang ke-2:
Bersosial di luar rumah.
Jangan salah anggap yea.
Bukan maksud aku supaya berso-sial, tetapi aktiviti bersama jiran tetangga seperti rewang kenduri kahwin adalah satu aktiviti yang sihat di hujung minggu. Mungkin selepas puas berehat di rumah pada hari Sabtu, aktiviti sebegini bolehlah dibuat pada hari Ahad. Begitu juga jika dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan yang boleh meningkatkan motivasi diri.
Setidak-tidaknya, sekali keluar bersosial di luar rumah, akan ada satu feedback positif yang boleh dibawa pulang. Contohnya seperti mencari peluang perniagaan yang baru, kenalan perniagaan (contact) yang baik dan seumpamanya. Pacar tiada bukan? Jadi mengapa tidak diberi peluang kepada diri sendiri? Aku sendiri suka dan aku benar-benar suka dengan aktiviti sebegini.
Kewangan : Melibatkan kos tetapi untuk long term, memang berbaloi.
Yang ke-3:
Bercuti sambil jalan-jalan muhasabah diri.
Aktiviti ini boleh dilakukan secara perseorangan dan juga berkumpulan.
Jika engkau gemar hang out secara berhemah, pastinya menonton wayang dan bermain bowling juga boleh merelease’kan tension kan? Pacar tiada jadi tiada apa yang boleh menyenangkan fikiran dari aktiviti-aktiviti sebegini ini. Selain dari itu, bagi mereka yang smart thinker, bercuti/holiday juga selalu menjadi pilihan. Simply said, apabila minda engkau telah berada di sesuatu tempat yang engkau inginkan, maka secara tidak langsung engkau sendiri yang telah mengubah imaginasi yang terkandung di dalam minda engkau itu.
Contohnya jika engkau mempunyai perasaan dan keinginan untuk “lepak” di Pulau Pangkor, maka itulah yang engkau akan dapat sebaik sahaja engkau tiba di pulau itu. Percaya atau tidak, semua masalah seperti bil telefon yang belum di bayar, bil air yang tertunggak dan bil elektrik yang melambung akan hilang seketika.
Kewangan : Memang ada tetapi bergantung pada budget yang sudah di plan.
Yang ke-4:
Menjadi pontianak di siang hari.
Masing-masing (lelaki dan perempuan) akan cuba untuk “ber-gentayangan” di shopping-shopping kompleks dan juga di tempat awam dengan tujuan untuk mempromosikan “kecantikan” dan “kesepian” kepada orang lain. Kadang-kadang tu, boleh sampai ke tahap mengacau pacar orang lain. Aku pernah berada dalam environment seperti ini dan secara jujur aku katakan, ini adalah satu keadaan yang sedih dan pedih. Masa terbuang begitu sahaja, duit terbuang begitu sahaja dan nilai diri pun terkikis secara kita tidak sedari. Sudahlah pacar tiada, hendak mengacau pacar orang lain pula.
Kewangan : Pembaziran berlaku di sini.
Yang ke-5:
Rumahku, syurgaku, pejabatku.
Aku rasa 90% pengunjung yang sedang membaca entri ini tergolong dalam kronologi yang ke-5 ini. Seperti biasa, pacar tiada jadi laptop dan desktop itulah yang akan menjadi teman setia. Tetapi, kalau engkau rajin mencari “emas” yang ada di dalamnya, pastinya engkau akan lihat peluang yang ada. Aku sendiri kalau tiada apa-apa yang hendak dilakukan, maka rumahku, syurgaku, pejabatku akan merentas kehidupan diri ini di hujung minggu. Setidak-tidaknya masa dan duit aku tidaklah membazir di tempat lain.
Kewangan : Sememangnya menguntungkan dan membawa hasil.
Jadi bagaimana dengan kronologi kehidupan hujung minggu engkau semua?
Mind to share?




hoho sungguh menarik kronologi seorang full time internet marketer/blogger!
teringin sungguh menjadi seperti kau, tidak dibayangi maki hamun dari golongan bos yang hipokrit, menjadi seorang yang penuh dengan idea ttp selalu di cantas oleh bos-bos yang bengong dan mcm2 lagi yang boleh membuatkan tekanan hidup bertambah.
bila aku dlm keadaan macam ni baru aku sedar akan seronoknya bekerja dari rumah.
megats entri yang terkiniBajet 2009, Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat?
Diulas pada August 30th, 2008 at 1:29 amPlan hujung minggu..??
berehat dengan sepuas-puasnya..
bgn.. makan.. tido… tgk movie yg telah di download.. dengar lagu… main game…
aku tidak punya pacar.. so.. kehidupanku di hujung minggu hanya di bilik…
keluar ngan member2..?? mungkin sekali sekala..

Diulas pada August 30th, 2008 at 3:42 amtidak selalu.. kalau selalu..?? bankraplah aku..
sallikin@nikillass entri yang terkiniColdplay - Viva La Vida
…. terlalu banyak yg aku nak cakap.. tapi… perut aku kosong.. mata ku berat… (aku pose nih!)……
samdaddycools entri yang terkiniRamadhan al-Mubarak wishes
Diulas pada August 31st, 2008 at 8:09 pmhehehe…..selamat berpuasa kepada rakan blogger ku.
Diulas pada September 1st, 2008 at 3:11 am