Keluarga dan kehidupan.
- Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh disiarkan: September 2, 2008 online
Seronok untuk mengingat kembali perangai sendiri lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadhan. Saat berpuasalah sebenarnya antara kenangan yan tidak pernah akan kita lupa sepanjang hidup. Bagi aku, berpuasa sebenarnya mengingatkan aku kepada pengorbanan emak dan ayah aku.
Aku dibesarkan di dalam keluarga yang miskin, tetapi bukan fakir. Keluarga aku mempunyai semua keperluan, tetapi tidak kepada keinginan. Mempunyai seorang ayah yang bekerja sebagai seorang “JAGA” ataupun security guard bukanlah suatu kemegahan. Asalkan dapat hidup, itu sudah memadai. Rumah setinggan yang aku diami sekarang ini adalah bukti perubahan hidup yang aku idamkan.
Terus terang aku katakan, berkereta sebenarnya menjadi keinginan ayah aku. Tidak sanggup rasanya dia bermotor dengan anak-anaknya yang berderet itu. Nalurinya sebagai seorang ayah sentiasa memberontak akan hal itu. Bilakah waktunya dia boleh berkereta supaya dapat membawa semua anaknya berjalan-jalan sepertimana keluarga dan kawan-kawannya yang lain. Memang benar kata sesetengah isteri “kelelakian seorang lelaki hanya boleh dilihat dengan nyata setelah dia bergelar suami dan ayah”. Samaada dia berubah menjadi baik atau buruk, itu terpulang.
Tapi ayah aku bukanlah seorang yang cepat melatah. Kesabaran yang ada dalam dirinya cukup membuatkan aku tunduk setiap kali dia bercerita tentang kisah lampaunya. Aku juga terkadang terimbas kembali saat-saat masa kecil dahulu. Sehinggalah umurnya genap 50 tahun, barulah dia merasa memakai keretanya sendiri (Perodua Kancil First Edition). Nikmat yang dirasai tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Tapi semua itu bukan datang dengan sebegitu mudah. Pepatah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit sentiasa menjadi peneman hidupnya. Mana tidaknya, menjual dan menjaja kuih selepas bekerja menjadi “JAGA” adalah satu rutin yang sungguh biasa sehinggakan aku dan adik-beradik yang lain pun turut menjualnya di sekolah. Istilah penat tidak pernah dirungutkan kerana seronok melihat emak mengira duit walaupun jualan hanya berjumlah RM3.00.
4 orang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki sebenarnya adalah satu keluarga besar. Walaupun jiran aku mempunyai 11 orang ahli keluarga, tetapi rumah aku yang kecil sentiasa membuatkan 9 insan di dalamnya riuh-rendah. Bila dilihat kembali gambar rumah lama, terasa bersyukur sangat sebab sekarang air-cond pun aku dah bubuh dalam bilik emak dan ayah aku. Bukan riak tetapi kalau engkau seorang anak, sanggupkah engkau melihat emak dan ayah engkau tidur dalam kepanasan? Cuba bagitau aku.
Nyatanya, kualiti hidup dahulu dan sekarang amat berbeza. Ayah aku semakin tua dan anak-anak pula semakin membesar, malah dah ada yang berkahwin pun. 10 orang cucu yang sihat dan baik adalah anugerah yang tidak terhingga bagi emak dan ayah aku. Kalau dulu, ubi rebus cecah gula menjadi makan dan minum petang, sekarang minta sahaja, pasti aku dan adik beradik yang lain akan tunaikan. Pizza ke, goreng pisang ker, cuma pesan sahaja ….!
Emak pula sentiasa cool. Tidak pernah meminta cuma bahasa kiasan menjadi kata-kata. Sebab itulah bila bulan puasa tiba, cara emak mesti difahami. Hari pertama berbuka sebenarnya wajib dihadiri oleh semua anak-menantu. Sebab itulah semalam (puasa pertama) bagai nak pecah rumah ini sebab 22 insan berkumpul di dalamnya. Memang sempit tetapi makanan mengalahkan hotel 5 bintang. Mungkin inilah sebab utama kenapa aku akan terus menjadi seorang full time blogger/internet marketer- waktu bekerja di rumah memberikan kelebihan untuk menjaga emak dan ayah.
Pernah aku mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah resort (gaji boleh tahan juga). Semuanya disiapkan, dari makan, minum sehinggalah tempat tidur. Tetapi bila difikirkan banyak kali, aku menolak semua tawaran yang datang. Aku tak mahu perkara yang terjadi kepada sepupu aku terjadi pada aku. Aku tidak mahu kepada “gila kareer” sehingga tiada masa untuk emak dan ayah sedangkan aku tahu ADA pilihan yang lain untuk aku berada dekat dengan mereka. Peristiwa hitam yang terjadi pada emak aku suatu ketika dahulu cukup untuk membuatkan aku serik untuk bekerja jauh dari rumah. Kalaulah aku tiada pada jam 3.00 pagi itu, entah apalah yang mungkin terjadi pada emak aku…
Jadi untuk kengkawan semua, sentiasalah berfikiran bijak dalam membuat apa-apa keputusan. Bulan puasa ini sememangnya menjadi satu saat yang paling manis jika engkau dapat berbuka bersama emak dan ayah tercinta. Jika dah puas merantau dan membuat duit di tempat orang, pulanglah ke kampung dan carilah peluang baru. InsyaAllah, doa emak dan ayah selaunya dimakbulkan oleh Tuhan.
Dan lagi jika boleh, habiskanlah masa bersama ibu bapa setelah puas merantau sebab hati mereka cukup sayu, sebak, rindu dan gembira apabila melihat anak-menantu-cucu datang menjenguk. Apatah lagi jika dapat melihat wajah anak yang dikandung selama 9 bulan berada di hadapan mata. Satu yang pasti, kita semua akan menghadapi semua situasi ini apabila kita sudah tua kelak!



erkk ada ayat kat atas tu “4 orang anak lelaki dan 3 orang anak lelaki sebenarnya adalah satu keluarga besar”. salah taip ke?
Diulas pada September 2nd, 2008 at 6:27 amOpss.. sudah dibetulkan… terima kasih
Diulas pada September 2nd, 2008 at 6:56 amkeluarga dan kehidupan memang xdapat dipisahkan.
sebab itu perlunya kita menghargai kasih sayang dan pengorbanan yang mereka curahkan kepada kita.
salam Ramadhan dan selamt berpuasa.
Diulas pada September 2nd, 2008 at 8:50 amya kemeriahan menyambut ramadhan berseorangan dengan sambut bersama keluarga memang cukup berbeza.
dalam keadaan aku sakit, aku masih balik ke kampung untuk menyambutnya bersama orang tua dan adik-beradik. memang cukup meriah.
meriah lagi sambut puasa dari sambut merdeka huhu.
megats entri yang terkiniRamadhan, Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Diulas pada September 2nd, 2008 at 10:00 amsungguh menginsafkan baca entry ni. sememangnya pengalaman lalu menjadikan kita lebih ‘dewasa’ dengan kehidupan…
zuhairys entri yang terkiniKUIH RAYA DI INTERNET?!
Diulas pada September 2nd, 2008 at 10:16 amkehidupan sentiasa mengajar kita untuk mengenal diri kita yang sebenarnya bagi orang yang tahu erti kehidupan sebenar…..apapun cabaran dan dugaan itu tempuhi dengan penuh kesedaran.
Salamat menyambut bulan Ramadhan.
Diulas pada September 2nd, 2008 at 12:34 pmSeronok sebab bila tibanya bulan ramadhan jer, masing-masing mendoakan dan menucapkan selamat berpuasa. Bulan lain mana ada ye tak?
Diulas pada September 2nd, 2008 at 7:47 pmfamili sgt2 lah penting…jgn sesekali abaikan mereka,kita perlu sntiasa bersedia untuk susah bersama mereka..
Diulas pada September 2nd, 2008 at 8:09 pmmeriahnya buka puasa ramai2.. =) he he..
*org kata, sabar itu manis buahnya..*
Diulas pada September 2nd, 2008 at 8:21 pmHafifi - aku harap semua dari kita berpendapat yang sama.
Mail - ko berbuka apa nanti petang nanti? jus ambra lagi ker ?
Diulas pada September 2nd, 2008 at 8:33 pmwah!!! seronotnya!!!
..BEST DAN MERIAH….aku berbuka harini kat pasar malam dgn member aku yang puasa yang yok..
Diulas pada September 3rd, 2008 at 8:09 amsamdaddycools entri yang terkiniExchange Link…
4 perempuan 3 lelaki..? sama jee cam keluarga aku gak.. abah aku pun jaga dan tukang kebun sekolah manakala mak aku juga buat kuih.. kebetulan sama jad..
nuaemans entri yang terkiniPuasa Dulu-Dulu..
Diulas pada September 3rd, 2008 at 8:10 amSam - puasa yang yok..? wahahaha…

Diulas pada September 3rd, 2008 at 8:14 amNuaeman - Ye ker? Wahhh.. tak sabar rasanya aku nak baca kisah ko plak… jgn lupa inform aku nanti kalau ko buat entri mengenai pengalaman ko masa dodulu…
member aku puasa yang yok..aritu dia sms aku, “NIAT PUASA: sengaja aku puasa stngah hari d bln SEMBILAN krn x thn lapau…”
..aku pun sekarang cam ko Jad, duk umah dgn parents.. adik beradik lain dah ada life masing2…
best kan bole adjust waktu kerja sendiri.. ada sesuatu yang tak dapat digambarkan bila tgk org lain bersesak-sesak balik kerja
Diulas pada September 5th, 2008 at 10:12 pmsamdaddycools entri yang terkiniMoroccan scarf
Berbaktilah sementara ibu bapa kita msih hidup… ak sndri smpat kenal mak ak cume 9 tahun jee.. n actually ak rase hidup ak lagi miskin dr enko zad.. family ak ade 12 4 laki n 8 pempuan.. ak duk kg n bpk ak sara hidup kami dgn buat rumah org.. keje buruh binaan yg berat2.. ak bersyukur sbb Allah pjg kan umur nye.. semoga kite semua diberkati.. amieen..
P/s: ak suke bile org berblogging scr telus & menjadi diri sndri.. citer ttg kehidupan mcm enko nie.. bkn semata2 duniawi.. keep it up bro!
Diulas pada September 5th, 2008 at 10:21 pmSam - wahahaha… betul tu
Diulas pada September 6th, 2008 at 3:24 amMuhafis - aku respek kat bapak ko .. serious!
[…] bagi mereka yang mempunyai masalah dengan ibu ayah masing-masing, janganlah disimpan kesumat yang melanda. Benamkan segala api kemarahan yang ada dan […]
Diulas pada September 28th, 2008 at 7:38 pm