Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian 1.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: September 12, 2008 online
Wahhh.. setiap kali blog kita bertukar wajah (theme), mesti mood kita juga turut berubah. Malam ini, aku rasa mood aku agak ceria sebab blog ini telah dikurniakan satu theme baru yang agak sederhana penampilannya. Warnanya tidaklah menonjol sangat dan blog-mapping juga lebih senang untuk dilirik oleh mata.
Apa-apapun, blogging tetap blogging.
Ketagihan untuk berblogging memang tidak boleh dielakkan. Untuk catatan yang seterusnya, aku ingin berkongsi satu lagi pandangan yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh sesetengah blogger yang “nampak” akan peluang dan keberkesanannya. Dan sememangnya, ianya akan mendatangkan pulangan yang lumayan.
Sebenarnya, blogging memang boleh mendatangkan pendapatan sampingan/lumayan. Ini bukanlah kenyataan hipokrit mahupun kenyataan untuk “sedapkan hati”. Bukalah minda dan hati untuk mencuba. Beranikan diri. Rebut peluang yang ada dan rajinlah membaca. Itu saja “kata kunci” dalam dunia blogging ini.
Kadang-kadang aku sendiri rasa sedih melihatkan sesetengah blogger Malaysia yang “bodoh sombong”. Mereka-mereka ini enggan membuka fikiran dan masih lagi tidak mahu memberi peluang kepada diri sendiri dalam meneroka peluang yang ada dalam dunia blogging ini. Yang lebih menyedihkan lagi apabila ada yang bersifat negatif dalam menerima kesanggupan orang lain untuk berjaya. Maksudnya, mereka tidak percaya dan mengamalkan dasar “omong kosong” terhadap kejayaan orang lain (walhal mereka begitu berkehendak terhadap pencapaian orang yang sudah berjaya).
Apabila sikap sebegini mula menular dalam diri masing-masing, apa yang akan terjadi ialah kerisauan, kegelisahan dan juga kebuntuan. Hasilnya, mereka akan memaksa diri mereka sendiri untuk mendapatkan kejayaan yang tidak asli. Dengan lain perkataan, mereka sanggup berguru dengan “sifu” ataupun “otai” yang TERLAMPAU. Ini adalah kisah benar yang diceritakan kepada aku oleh salah seorang blogger Malaysia melalui YM. Apa yang pasti, dia telah membayar sejumlah wang kepada salah seorang “otai” itu, dan apa yang dia dapat adalah ilmu yang tidak asli. Dipendekkan cerita, dia telah di ajar ilmu “blackhat” dalam mendapatkan wang melalui internet. Apa kes?
Jadi bagaimana untuk seseorang blogger menjana pendapatan melalui blognya?
Jawapannya subjektif tapi aku ada cara aku sendiri. Aku akan menerangkan serba sedikit akan hal ini berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui di bahagian ke-2.
*** Ingat! Aku bukanlah seorang “otai” mahupun “IM” seperti Alang. Aku adalah seorang blogger yang selalu mengintai peluang yang ada dalam dunia blogging ini. Jika ada orang yang mengatakan cara aku tidak “standard”, aku tidak kisah. Sebab mereka pun bukannya membantu aku dalam kehidupan seharian aku.
Aku bukanlah orang yang handal dalam Ebay, Lelong, Forex, Ebook dan macam-macam lagi yang engkau dan aku biasa dengar. Seperti yang aku katakan, aku ada cara aku sendiri. Aku tidak tiru cara orang lain. Akarnya, aku akan fokus kepada satu-satu bidang sehinggakan aku mendapat hasil yang maksimum (dalam hal ini, BLOGGING-lah bidang aku). Kemudian barulah aku akan mencari pendapatan sampingan yang lain.
Yang pasti, aku lebih suka dengan cara ini sebab tidak ramai pesaing didalamnya. Iya… kurang pesaing. Itulah antara kunci kejayaan sesebuah perniagaan bukan?







tol ke kurang persaingan..
Kenapa … tak pecaya?
rohizad, blog lu memang best dan mantap ..
tahniah …
mydeuters entri yang terkiniHow To Locate And Find The Best Travel Deal
Ko ni buatkan aku menitis airmata la deuter… wahahaha… sadis betul pujian ko nie.
Apa-apa pun, nantikan sambungan bahagian ke-2 yea!
yup.. betul..
kalau nak usaha.. kalu x.. terlepas jela..
peluang ada di mana2, kan?
teruja juga baca entri nih.. thanks
terkesan aku baca entri kau ni zad. aku salah seorang yang mungkin yg kau maksudkan eheh :p
malam ni datang la umah aku.
ada sorang geng dari majidi juga datang utk bikin blog dia.
megats entri yang terkiniStickies, Catatkan Nota Supaya Tidak Lupa
haha.. perniagaan internet mungkin suatu hari nanti menjadi profession rebutan ramai.. mungkin sekarang tiada persaingan.. esok lusa banyak la tu yang timbul bak cendawan lepas hujan..
sallikin@nikillass entri yang terkiniSahurku Di McD..
Alone – Ko teruja? Nanti aku akan ceritakan info yang lagi teruja!
Megat – Kasilah alamat Megat. Aku akan datang cuma malam ni tak dapat kot sebab ada 12 lagi job kena hantar sebelum pukul 12 tengah hari (waktu U.S). Malam esok InsyaAllah.
Sallikin – Perniagaan internet tu besor. Tapi aku akan fokuskan kepada yang paling basic sekali iaitu blogging. Yang pasti, cerita sahur di McD engkau tu memang seronok untuk dibaca.
masih tunggu peluang lebih besar utk blog berbahasa Melayu.. banyak blog bahasa Melayu skang masuk berita negatif politik je.. ceh!
Betul Mail. Sebab tu aku maleh nak layan berita politik ni dalam-dalam. Duit tak dapat, silap-silap kena tangkap
bagus. Blogging adalah salah satu cara yang agak mudah untuk membuat duit.
… aku memang tak terer jad dgn blogging.. aku prefer ebay dan lelong (barang fizikal).. tapi aku nampak risiko buat duit dgn blog kurang – sebab takde melibatkan penghantaran..
p/s- aku masih mencari-cari rentak blogging..
Samalah dengan aku. Aku bukannya terror sangat pasal ebay dan lelong. Takper, stay ker dengan bahagian kedua dan seterusnya. Aku akan buat apa yang patut untuk pembaca setia blog ni
Aku masih mencuba mendalami kaedah menjana wang dari blog.. terima kasih atas kihmat nasihat ko Jad.. eh ko nak datang umah Megat je ke? Umah aku takmo datang.. heheh
nuaemans entri yang terkiniRezeki Ramadhan
Wahahhaa.. dah orang tak jemput, takkan aku nak datang menonong jer.
Thanks Jad.. aku banyak bertatih tentang blog melalui blog ko ni…
…banyak post yang aku suka sebab ‘direct to the point’, kadang-kadang pedas, sayu, blues, macam-macam ada… tapi telus dan ikhlas, takde bodek-bodek, ‘jek’ lebih-lebih.
Apa-apa pun , teruskan usaha, semoga sama-sama berkongsi ilmu dan manfaat ..
samdaddycools entri yang terkiniSleep a.k.a Tidur….
Yup, kalau ko nak tau, aku pun selalu bersemangat untuk buat macam apa yang ko buat (Lelong & Ebay). nak-nak lepas lawat blog ko.
Apa-apa pun, marilah kita mahirkan apa yang dah separuh kita buat. Jangan tinggalkannya separuh jalan. Teruskan belajar.. dan jangan dengar kata orang lain yang ingin menjahanamkan kita.
Aku harap ko akan jadi seorang usahawan internet yang berjaya. Kita boleh! Saper kata kita tak boleh?
thanks atas lawatan tuan hamba ke teratak blog hamba yang pacal hina…
…yang best pasal ebay sebab kita jimat masa / duit dari segi promosi untuk trafik.
…tapi yang kurang syok, 2008 terlalu banyak usahawan baru muncul (tak macam mula-mula buat ebay tahun 2002).. yang timbul persaingan (ada yang sihat dan tak kurang juga ada yang kurang sihat)..
..jadi untuk terus bersaing, kena ada teknik dan juga taktik yang kena dipraktikkan (tak semua kita tahu orang lain tahu, dan sebaliknya)…
..dan aku dapat banyak ilmu cara buat duit melalui internet (bukan setakat tawarkan produk fizikal).
Punca asal aku menulis blog memang untuk promosi kambing dan Google Adsense. Dan hasilnya sekarang melarat-larat (ke arah kebaikan takpe!)
..jadi kita boleh kongsi-kongsi ilmu yek! Memang kita boleh.. pegang 4 perkara ni;
1.yakin
2.usaha
3.doa
4.tawakal
samdaddycools entri yang terkiniSleep a.k.a Tidur….
aku juga dlm planning lagi..mungkin sbb ada beberapa perkara perlu aku settlekan before focus pada niche ni balik semula..aku kesedihan dlm usaha membina semula 7 blog aku yg dimana 5 disebabkan kesilapan server dan 2 lagi kena hacked.
catzers entri yang terkiniQuotes of the Month
Sam – cehhh.. merendah diri plak…
Catzer – Sabor je ler kak long weyy… cubaan semuanya tuh…
…serius.. aku memang rendah.. 165cm…
samdaddycools entri yang terkininew stock!Tudung Bawal Manjalara Asli Kelantan mata lalat
benar. dengan berblogging, kita memang boleh buat duit.
[...] Pautan, bukan PaulTan. Korang mesti nak baca entri ini juga kan? kan? kan? kan? Rewang kerja kahwin – adat atau cara hidup? [...]
Diulas pada October 17th, 2008 at 10:07 am[...] Blogging “berbayar’ umpama perniagaan bagi aku kerana disitulah aku boleh menambah pendapatan dari sumber online. Untuk blog peribadi aku yang lain (bukan bertemakan duit), aku masih [...]
Diulas pada October 23rd, 2008 at 11:40 pm[...] Kalau Bob dengan kuasa TenagaBatin‘nya… Aku pula mesti menggandakan perkhidmatan blog dan syarikat aku sendiri. Dalam cara dan kaedah yang [...]
Diulas pada November 3rd, 2008 at 9:44 am[...] ya…. Aku tahu aku dah janji nak sambung ke bahagian 2 kan? Aku akan buat lepas ni. Aku janji. Nanti aku [...]
Diulas pada November 3rd, 2008 at 9:45 pm[...] blog dan blogging pasti akan membawa keuntungan jika kena pada cara dan tempatnya. Jika di catatan bahagian-1 telah diceritakan mengenai kelemahan blog berbahasa Melayu, catatan bahagian-2 telah diberitahu [...]
Diulas pada December 15th, 2008 at 12:12 am[...] adalah bahagian terakhir topik menjana pendapatan melalui blog. Kalau sebelum ini kita ada bahagian 1, bahagian 2 dan bahagian 3, kali ini ianya lebih realistik dan bombastik. Ini adalah kerana aku [...]
Diulas pada January 24th, 2009 at 12:12 pm[...] – Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian 1 [...]
Diulas pada August 20th, 2009 at 4:27 amsalam ziarah. cube tgk2kan blog saye ni. ade care tak yg membolehkan saye menjana pendapatan darinye? atau sekurang2nye mempopularkannye?tq
otai terlampau.. ganas2.. boleh gi tuntut ilmu blackhat buat aper.. macam ko tuntut ilmu hitam juga.. sesat..!