Ingin beriklan? Sila klik di sini


Raja Petra – bodoh? tidak pandai? atau memandai-mandai?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: September 13, 2008 online

comeltudung.gif
Gambar ihsan dari Ustaz Zaharudin.

Semakin hari semakin panas kes yang membabitkan Raja Petra. Sebagai seorang blogger, aku dapati banyak cerita mengenai kes Raja Petra dipaparkan di blog-blog yang lain. Ada yang mengatakan dia benar, ada yang mengatakan dia telah membuat satu kenyataan yang menyeleweng dari pandangan Islam dan macam-macam lagi.

Tetapi semua pertanyaan itu telah dikupas secara ilmiahnya oleh Ustaz Zaharuddin. Bagi aku, banyak yang boleh dipelajari dari kes Raja Petra ini (terima kasih Ustaz Zaharudin kerana mengupasnya dari sudut pandangan Islam dengan baik sekali.)

“anda telah tersalah-tafsir ayat di atas dan memahaminya di luar konteks sebenar, saya kira ia adalah kerana anda tidak meneliti seluruh struktur ayat tersebut.”

Raja Petra bukanlah seorang yang bodoh. Dia adalah orang yang terpelajar. Aku sendiri pernah menonton kat Youtube masa RTM jemput dia di rancangan BLOG. Tapi setelah dilihat kepada apa yang berlaku, aku dapati tabiat Raja Petra yang gemar berguru HANYA dengan buku/kitab telah membuatkan dia keliru dengan apa yang di bacanya. Perlu diingat kengkawan semua bahawa berguru HANYA dengan buku tanpa sesi perbincangan + soal jawab juga mempunyai risikonya yang tersendiri.

Hakikatnya, berguru HANYA dengan buku boleh menyebabkan kita sampai ke tahap berguru dengan syaitan (tiada yang mengesahkan dan tiada perbincangan – hanya mengikut pemahaman sendiri). Rujuklah pada mereka yang tahu mengenai intipati Islam dan juga kesahihan yang ada.

“ia akan memberikan anda jawapan kepada soalan yang anda sendiri reka dan menjawab andaian-andaian salah yang anda cipta”



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 22 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. zuhairy said:

    betul pendapat ko ni rohaizad..terutama ilmu agama.

    zuhairys entri yang terkiniRAMADHAN TERAKHIR DI BUMI SKUDAI

  2. rohaizad said:

    Yup, matlamat tak menghalalkan cara. Tapi cara yang menghalalkan matlamat.

    p/s: sampai sekarang aku masih lagi memikirkan apakah matlamat sebenar Raja Petra keluarkan kenyataan sebegitu. Dungu barangkali.

    p/s/s: Yang tersurat bolehlah kita nampak, tapi tersirat? Wallahu’alam.

  3. ok.. aku mengerti pasal raja petra dan ‘kebijaksanaan’ dia tu.. tapi motif video…??? haha..

    sallikin@nikillass entri yang terkiniMust Watch TV Series..

  4. nuaeman said:

    Raja Petra Raja yang Goblok.. Tulis ikut sedap hati.. tetapi kadang-kadang dia lebih banyak ambil sumber bible dari al-quran.. emmm.. mushkil.. mushkil..

    nuaemans entri yang terkiniRezeki Ramadhan

  5. rohaizad said:

    Nuaeman – entahlah. takkanlah polis nak tahan orang yang tak bersalah pulak kan?
    Okay, sekarang kita lihat pula 2 komen yang entah apa-apa entah. Sila baca di bawah:

  6. mofandom said:

    another hate post towards raja. insulting raja petra. Put u in isa :P

    Info : Komen ini datangnya dari: mofandom | ggfcggfc@gmail.com | IP: 218.111.28.42

  7. Budak cilaka said:

    Oik! Kamu semua pengecut, atau semuanya penyokong goblok Bodohwi and Najis Razak tu! Semua BABI NEGARA punya MP tak berotak langsung, dan RPK cuma tuliskan sesuatu yang mungkin benar, mungkin tidak. Sekuang-kuangnya dia berani cakap. Tak macam kamu semuanya pengecut! Semua takdak biji punya budak! Mampuslah kalau adanya orang2 macam kamu!

    Sebaliknya, kalau crita2 to tidak benar, bolehlah mereka ambil tindakan sepatutan keatasnya, bukan dengan ISA. Kalau tangkap dengan ISA, makna apa@ yang dicakapkan benar, dan mereka tu tak dapat menafikan pernyataan2 yang dikeuarkan!

    Jodi kalau RPK bodoh, kamu semua lagi bodoh dan kesian kau semua! Orang yang bodoh!

    Info: Budak cilaka | hornvin@yahoo.com | IP: 118.101.35.110

  8. rohaizad said:

    Mofandom – Engkau tidak faham isi catatan di atas.

    Horvin a.k.a Budak Cilaka – Engkau pun tidak faham apa yang dibincangkan di atas. Ada aku cakap aku SUKA dengan tindakan ISA yang dikenakan oleh kerajaan terhadap RPK? Kalau ada cara lain selain dari ISA pun, aku tak kisah. Dia pun blogger macam aku jugak. Hakikatnya, aku cuma cakap tentang pemahaman yang Raja Petra buat mengenai isu tudung (Islam). Engkau ni dah kenapa? Meroyan ke? Datang blog aku, pastu cakap macam orang mabuk?

    Aku rasional orangnya. Kalau katalah Raja Petra itu tidak bersalah, aku pun suka dia dibebaskan. Tapi takper, aku bukannya blogger yang suka delete komen pembacanya. Aku siarkan jugak komen engkau. Lain kali, berilah komen dengan rasional. Bukan emosional.

  9. megat said:

    setuju dengan apa yang kau katakan zad, membuat andaian atas sumber-sumber yang tak boleh dipercayai bukan satu penyelesaian.

    oleh itu jangan buat keputusan atas perkara yang tidak tahu hujung pangkal.

    budak cilaka – orang yang berkata-kata untuk menegak sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang itu sebenarnya orang yang bodoh!

    bercakap jangan atas dasar fanatik, orang macam kami bukan semestinya sokong kerajaan dan aku rasa tiada pernyataan dalam entri ini sibuk cerita pasal politik!?

    come on la, lenkali baca habis dan fahamkan. jangan dok baca separuh pastu terus nak melenting. jangan jadi kebudak-budakan.

    jadi siapa yang bodoh dan tidak matang!

    megats entri yang terkiniTeamviewer, Selesaikan Masalah Komputer Dalam Talian

  10. jika belajar tanpa guru, yang menjadi guru adalah syaitan. tu psl kalau mereka yg punya asas yg lemah akan mudah tersesat…

  11. rohaizad said:

    Itulah yang aku maksudkan. Terima kasih aeropama sebab menjelaskannya dengan lebih sempoi lagi.

  12. muhafis said:

    ak baru tau pas kes raja petra nie, blogger pun bole kena tgkap yek..

  13. rohaizad said:

    Yup, sebab tu pepatah melayu ada bercakap: “Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar…”

    Memang blog/website itu milik kita. Tapi etika blogging kena ada. Bayangkan kalau apa yang disiarkan dah sampai ke tahap boleh memesongkan akidah orang Islam yang lain, takkan nak biarkan je kan?

    Bukan maksud untuk mengatakan Raja Petra seorang yang jahat. Tapi alangkah bagus kalau Raja Petra dikenali dengan seorang blogger yang tahu apa yang dikatakannya.

    Yang pasti, tindakan perlu diambil untuk memperbetul keadaan ini.

  14. samdaddycool said:

    hmm.. serius.. aku memang tak ambil pusing tentang raja petra,tapi cerita ko sedikit sebanyak bagi akuinfo tentang dia… tapi aku takde la nak melenting memaki hamun macam Horvin a.k.a Budak Cilaka…. tak tahu apa yang diorang marah, baca post orang tak fahamkan betul-betul.. nak melatah!

    …aku bukan pro raja petra, dan aku bukan pro BN dalam konteks ni, tapi kalau memang ada tulisan dia memesongkan akidah, kenapa kita kena sokong, ?
    (Sebab dia pro PKR???)

    samdaddycools entri yang terkiniWhy I like eBay?

  15. rohaizad said:

    Sam, sebab tulah aku cakap dia ni macam orang meroyan. Semacam jer aku nengok.

  16. taukey said:

    hmm kes ni semakin hari semakin genting. Siap dengan pelbagai info yang aku tak tau kesahihan dalam internet ini. Tapi entah kenapa plak budak cilaka tu emosional pulak. ish ish ish. cian sebab emosional sgt.

    Apa motif video tu ? lawak la. aku tak berenti ketawa dah sekarang

  17. rohaizad said:

    Taukey – motif video tu cuma untuk menyedarkan kita bahawa sebarang kesilapan boleh membawa kesan kepada kita.

  18. Canistal said:

    ak sbnrny pelik ngan org mcm budak celaka ni..x psal2 emo.. ish..ish.. slalu jga jmpa org mcm budak celaka ni… ckp main lepas je.. pelik ak.. ngan kes raja petra pla.. no komen.. x suka ngan politik skrng ni…

    p/s: chedet ttp akn ku kenang smpi bila2…;)

    Canistals entri yang terkiniWhat a Day….

  19. ezad said:

    Salam Bro..selamat kenalan..

  20. rohaizad said:

    Selamat Datang! :)

  21. kujie said:

    Inialah masalahnya jika berguru pada buku dan tidak pada kepada pembimbing yang benar-benar berilmu. Dalam keghairahan menuntut ilmu, mereka mencari jalan pintas untuk mencapai kepuncaknya. Mereka berilmu tampa mempunyai asas disiplin (metodologi) ilmu itu sendiri.

    Walaupun saya tidak bersetuju dgn pandangan RPK ttg isu ini tetapi saya juga tidak sesekali bersetuju ISA digunakan.

    Kalau kita bercakap tetang Islam, biarlah segala tindakan pun mencerminkan tahap kecerdikan Islam yang sebenar..

  22. tivitune said:

    benar. kekadang aku rasa terlalu ramai yang memandai. pastu, berlagak pandai..

    tivitunes entri yang terkiniEpisode 4 – The Finger in the Nest