Ingin beriklan? Sila klik di sini


Untuk kaum lelaki – laptop boleh memandulkan anda!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: September 14, 2008 online

Kalau dulu aku ada bagi tips bagaimana untuk mengelakkan jari kita dari dimamah Carpal Tunnel Syndrome, kali ini aku ingin sekali tujukan catatan ini kepada blogger-blogger lelaki seperti aku.

Jaga-jaga orang lelaki!!!
Jika engkau telah merancang untuk membeli laptop, pastikan engkau engkau membaca catatan ini sebelum engkau membelinya. Jika tidak, mungkin engkau akan menyesal setelah engkau membelinya!

Kajian telah menunjukkan menggunakan laptop sebenarnya boleh menyebabkan kadar penghasilan SPERMA terganggu. Malah, is juga boleh membuatkan orang lelaki mandul. Kajian yang melibatkan 2 dozen lelaki yang berumur 13 tahun hingga 35 tahun telah menunjukkan bahawa dengan meletakkan laptop ataupun komputer riba di riba, ianya akan membuatkan SKROTUM engkau berada pada satu darjah kepanasan yang tidak sepatutnya diterima oleh SKROTUM engkau sendiri iaitu 2.1 °C (3.8 °F).

Bahang ataupun panas yang dijasilkan oleh laptop sebenarnya akan meningkatkan lagi suhu kepada 0.7 °C (1.4 °F). Bermakna, akan berlaku penambahan panas kepada 2.8 °C (5.2 °F). Bukan itu sahaja, bahang yang dihasilkan oleh laptop juga boleh memberikan sedikit kesan pada kulit yang berada di celah kelengkang engkau.

Haaa…. jadi apa yang engkau perlu buat untuk mengelakkan harta engkau dari rosak?
Senang sahaja.

Penyelesaiannya:
Satu cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan laptop engkau di atas meja atau seumpamanya. Elakkan dari meletakkannya di atas riba. Paling tidakpun, engkau boleh letakkan alas seperti bantal di atas riba (di antara keduanya). Selamat berblogging!!!

Psst : Apa yang akan terjadi kalau semua pembaca wanita berita di Malaysia ini secantik ini?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 17 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. nikillas said:

    owh.. info ini aku tahu sebelum aku mempunyai laptop lagi.. kalau x silap aku 3 tahun lepas.. bapak aku yang bagitahu selepas dia mendengar keinginan aku mengenai aku nak membeli sebiji laptop.. dia baca artikel dalam NST.. lepas tu.. aku x lagi letak atas riba.. kalau nak letak atas riba, seperti yang bro cakap, guna alas seperti bantal.. its for your own good.. ahaks..

    nikillass entri yang terkiniMust Watch TV Series..

  2. taukey said:

    hahahaha. aku tak pernah lagi wat camtu. letak atas meja sebab guna cooling pad

  3. rohaizad said:

    Yup, memang catatan ini untuk lelaki tapi kalau diperhatikan, orang perempuanlah yang rajin letak atas riba masing-masing.

    Maybe sebab diaorang kebal dan takde effect kot.. wahahaha!

  4. Canistal said:

    em.. dh lma ak dgr psl bnda ni.. wlupn ak ni bkn llki.. ;p.. tp kn klu x silap ak.. ari tu ada lecture tu bincang dlm klas ktorg.. hp ni pn akn mmbri kesan gak ngan sperma korg.. hehe tp tym tu tgh x sbar nk balik..(cari mknan utk b’sungkai)ak x ambil phatian sgt topik tu..;p.. x tau btl ke x pa yg ak dgr ari tu..

    Canistals entri yang terkiniWhat a Day….

  5. samdaddycool said:

    kikikikiiii.. sumpah aku tak nak riba komputer riba atas riba…. ahaks!

    samdaddycools entri yang terkiniSleep a.k.a Tidur….

  6. KNizam said:

    aku benci letak kat lap sebab sungguh tak selesa. hehe :)

  7. rohaizad said:

    Panas braderrr…. ekekeke

  8. mrozaidi said:

    Sebenarnya Aku Kurang Info Tentang Kesan Laptop Dengan Kesuburan Lelaki. Ini Info yang Berguna Untuk Aku dan Lelaki² Luar Sana.. Aku Juga Bercadang Hendak Membeli Laptop Tahun Depan. Itupun Bergantung Pada Harga Semasa Dan Modal Aku..

    *Terima Kasih Untuk Info Ini..
    Selamat Berbuka!!!!!!!

  9. megat said:

    aik tak pernah pulak aku nak letak laptop atas riba, janggal. sebolehnya aku akan cari tempat letak yang lebih selesa.

    ps : keluar kat RTM1 eh :p

    megats entri yang terkiniTeamviewer, Selesaikan Masalah Komputer Dalam Talian

  10. nikillas said:

    keluar kat RTM1..?? wah..!!!

    nikillass entri yang terkiniKid Rock – All Summer Long

  11. rohaizad said:

    Megat: Jakun giler aku … :)
    Nikillas – biasalah.. org tak pernah masuk TV.. orang kampung ler katakan…ekekeke

  12. puakakejam said:

    wei..masuk tv erk….glemer cam ikan gelama ler…hahah….

  13. ezad said:

    xde lintah lebih2 ker..hehe

    ezads entri yang terkiniTinggi IQ Versus Tinggi Kreativiti..anda rasa kategori anda dimana??

  14. rohaizad said:

    ekekekeke

  15. alone said:

    mak ai.. nasib baik aku guna desktop.. ahaha :razz:

  16. tivitune said:

    haha..memang aku tau benda ni. tu pasal laptop letak jauh2..

    tivitunes entri yang terkiniEpisode 4 – The Finger in the Nest

  17. boss said:

    tip yang bagus untuk masa hadapan.. he he..