Tauhu kering – “lu fikirlah sendiri” !
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: September 16, 2008 onlineJangan katakan orang Islam, sesiapapun takkan makan tauhu kering nie. Aku rasa TAUKEY tauhu kering tu pun tak makan tauhu kering yang dia buat itu. Apalagi jika seorang doktor melihat semua gambar ini!
Kesimpulannya, aku dah tak tahan lagi dah.
Aku mesti paparkan gambar ni semua, biar semua orang di Malaysia ini tahu apakah jenama tauhu kering ni.
| 10 September 2008 – Sungguh menjijikkan!!! Itulah kata-kata yang paling sesuai untuk ditujukan kepada sebuah kilang yang memproses tauhu kering di kawasan Kajang apabila kilang tersebut terletak berhampiran dengan kandang anjing. Kilang tersebut telah menjadi pengedar tauhu kering selama 4 tahun dan mengedar tauhu kering tesebut di kawasan Lembah Klang.
Apa yang lebih menjijikkan lagi terdapat puluhan lalat yang menghurungi sebatian tauhu kering yang masih dalam pemprosesan dengan keadaan bau yang sangat busuk dan meloyakan. Di samping itu juga, kilang tersebut menjadi laluan keluar masuk anjing-anjing yang dipelihara bersebelahan dengan kawasan kilang terbabit. |

Inilah kebenaran.
Banyak lagi gambar yang perlu engkau lihat … uuuuweeeeeekkkkkkkk!







Apa yang ingin kau katakan mengenai perkara ini?



hmm…aku lama dah tak makan tauhu kering ni. tapi ish ish ish. sijil halal tu….sijil halal adalah satu sijil yg paling susah utk dapat. proses yang byk dan kalau tak silap aku kalau kita buat kuih kat rumah pun tak diluluskan sijil halal ni. apatah lagi kalau bersebelahan kandang anjing. Aku rasa dari segi penguatkuasaan perlu lebih ditekan lagi. Ini boleh mendatangkan bahaya serta pertumbuhan kepada penyakit baru timbul.
Taukey, aku tak kisah sangat tentang sijil HALAL tu. Bukan bermakna sijil itu tiada nilai, cuma apa yang aku nak tekankan di sini ialah aspek KEBERSIHAN.
Adehhhh… sakit jantung bila aku melihatnya, pedih ulu hati aku memikirkannya dan pening buah pinggang aku dalam mencari sebab: “apa yang membuatkan pekerja/pemilik kilang tu boleh merasa “SELESA” dengan keadaan sekeliling mereka?”
….. terkedu aku! sebab aku biasa makan masakan yang campur dengan soohoon, tahu kering, tempe… (cth nasi ambang / sambal goreng jawa)
tergeliat anak tekak aku..erk!
samdaddycools entri yang terkiniPromosi tudung bawal daripada eTudung
tauhu kering je kan, tak termasuk tauhu basah kan!?
kering air liur aku, kusut tekak aku huhu.
sepatutnya jika ada kilang seperti ini terutama yang melibatkan makanan sepatutnya diberi perhatian yang optimum!
aku rasa ada banyak lagi tempat-tempat macam ni. sepatutnya penguasaan diberi perhatian terlabih dahulu.
macam mana derang bekerja kat situ ek!?
megats entri yang terkiniSalam Nuzul Quran 1429H, Insafi Diri
Sam – sebenarnya, marah pun ada gak. memang aku marah giler nie. nasib baik la aku tak pernah nampak jenama tu kat JB nie.
Megat – Aku nak cabar semua penguasa dan pihak berkuasa tempatan untuk buat serbuan macam ni dengan lebih kerap lagi.
Secara adilnya, biar pengusaha yang betul-betul pentingkan kebersihan akan mendapat manfaatnya. Biar lepas nie, orang ramai akan beli tauhu kering dari pengusaha yang pentingkan kebersihan. Adil kan?
aku sebagai anak jawa rasa tercabar…
arggghhh.. nak makan apa raya nie?
abahfatehs entri yang terkini5 Perkara Saya Rindukan Tentang Bekerja Di Labuan.
uweeeeeek… geli geliman aku tgk eh.. tauhu kering.. iyeeek.. boleh pulak pekerja2 situ tahan dok kat situ… eeee… eee… loyer tekak aku eh..
nikillass entri yang terkiniSalam Nuzul Al-Quran..
… aku memang tak puashati dari segi penggunaan logo halal secara haram..
memang perkara utama kita pentingkan halal haram… tapi perkara pokok, kalau logo halal ada (secara sah), mesti perusahaan dipantau.
Kita sebagai pengguna (macam aku) memang akan tanpa fikir panjang terus sambar kalau ada logo halal.
Jadi isu yang timbul – pemantauan pihak berkuasa perlu lebih kerap (syabas kepada pihak berwajib yang menyiasat dan menyerbu premis tersebut). Orang ramai juga perlu lebih peka dalam membantu pihak berwajib dengan cara melaporkan sebarang aktiviti yang ‘tak terduga akal’
p/s – dah hilang akal ke pekerja kilang tu? aku rasa diaorang mesti 80% bersumpah taknak makan produk kilang tu!
samdaddycools entri yang terkiniI’m in the Top 100 most famous Malaysian Bloggers
Alahai…Aku baru je makan minggu lepas!
Pengilang2 yang tak bertanggungjawab macam ni patut dihukum berat!
Entah2 tauhu basah pun diproses kat tempat camni jugak?
Yang kat JB aku pernah tengok pasal tauhu basah.. Indon tu buat dengan peluh-peluh dia masuk dalam tauhu tu.. masih sengih lagi bila ditegur.. katanya memang selalu cam gitu dibuatnya.. erk!
nuaemans entri yang terkiniKejamnya Office Politics!
Lagi- lagi…. teruskan komen engkau semua!
Aku memang berharap sangat agar semua pengunjung blog ni dapat mengeluarkan petisen masing-masing di ruangan komen nie.
Ada saper lagi yang nak luahkan perasaan mengenai TAUHU AJAIB di atas?
sedap bunyi jad, “tauhu ajaib” kikikikiki
samdaddycools entri yang terkiniRamdhan, fasting month, Eid and business phenomena
ni sape lagi yang tak buat kerja ni…???.hehe…
aiyo kejinya… kotor gila… tak sanggup nak makan tauhu kering dah..
korang agak2 ;
- dah baper banyak korang telan tauhu kering nie?
- ader baper byk lagi kilang tauhu kering camnie kat mesia?
- makanan jenis aper lagi kat mesia nie yg kilang dier sama or lebih ‘hebat’ lagi dari yg kat atas tu…
lu pikir la sendiri…
Baiklah murid-murid semua,
Ada sesiapa yang nak jawab soalan dari Cikgu Haza ni?
tauhu sumbat terlibat x? aku suka gile makan benda tu….tapi tengok gambar ni, adeh….makan ulam je cukup….
dulu ada perusahaan belacan, kena serbu jugak, kat penang, siap masuk tv3 lagi, front page, kotor nak mampus, dah berulat pun proses lagi jadi belacan….terus takut nak makan belacan utara…
aku ingat nak makan angin je lah lepas nie.
mangkoknye….
tobat tak mao mkn agi…
*secrets entri yang terkininame registered??name manje?nama haprak?ape2 aje!~
salah org melayu kita gak…belajar buat tahu…beli tahu buatan melayu…sokong orang islam….sebersih2 org kafir adalah sekotor2 orang islam…..hah aku ni pun dlm proses nak bukak bisnis buat tahu…insyalah kalau diizin tuhan….
alamak kembang la tekak tengok…