rohaizad.gif


Screensaver unik.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh disiarkan: September 24, 2008 online

Aku mencari-cari dan akhirnya aku temui. Boleh dikatakan inilah antara screensaver yang sepatutnya kita cuba. Mungkin agak kekok tetapi yang pasti, kita tidak perlu lagi pakai screensaver ataupun gambar ikan yang bergerak-gerak tu.

Jadi inilah antara 3 screensaver yang telah berjaya menarik perhatian aku.

1. Screensaver perempuan Jepun berjoget.
screensaver1.gif

Screensaver ni memang pelik tetapi unik. Aku sendiri tak pernah melihat screensaver sebegini. Sebenarnya ini adalah screensaver yang berbentuk JAM. Sekejap ia memaparkan waktu sebenar, sekejap ia menunjukkan 4 orang wanita comel Jepun berjoget. Mungkin inilah caranya untuk membuatkan pengguna screensaver supaya tidak lagi boring melihat gambar ikan-ikan bergerak tu. Takpun, bagi sesaper yang memang tidak tahu ataupun tidak ada kerja, aku syorkan supaya bersenam dan berjoget bersama wanita-wanita ini. Mereka sentiasa ada dan setia untuk bersama-sama kita 24 jam sehari. Sesuai untuk Windows dan juga Mac. Lihat demonya di SINI.

2. Screensaver STAR TREK.

Bagi mereka yang tergila-gilakan suasana seperti di dalam kapal Star Trek, maka ini adalah satu peluang keemasan untuk berbuat sedemikian. Screensaver ini akan menunjukkan carta dan juga imej sama seperti yang ada dalam “library system” mereka. Sesuai untuk Windows dan juga Mac. Yang seronoknya, kita boleh kawal bunyi dan paparan di bahagian “settings”. maklumat selanjutnya di SINI.

3. Screensaver buatan tangan.
screensaver2.gif

Ini juga screensaver yang berbentuk JAM. Cuma bezanya gaya serta teknik yang digunakan agak melampau. Ia dicipta oleh Yugo Nakamura. Lihat sahaja laman webnya pun dah tahu bagaimana kreatifnya mamat Jepun ni. Kalau tidak percaya, cuba klik pada butang “semi-automatic” di laman webnya, pasti engkau akan faham. Oh ya, berkenaan dengan screensaver yang dihasilkan mamat ni… ianya memang cukup sungguh sadis sebab aku sendiri rasa sungguh kesian pada tuan punya jari yang tidak berhenti menulis itu. Opss… untuk pengguna MAC, minta maaf sebab screensaver ini hanya boleh digunakan untuk Windows sahaja. Lihat demonya di SINI.

Jika diberi pilihan, screensaver yang mana satukah menjadi pilihan hati?
Screensaver 1, 2 atau 3?


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, pastikan anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan. Sebarang catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda. .


« « Catatan rawak untuk pembaca blog ini.*** 5 klik = USD5.69!!! » »

Kuasakan Enjin Anda !! Iklan anda Iklan anda Iklan anda

Sudah 9 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. muhafisNo Gravatar said:

    wah , ak suke sungguh org gune word sadis.. chare siak.. screensaver yg baru ak gune dr website upin ipin.. besh giler.. tapi yg ini akan ku cube lepas pose.. (konon2 mau jaga mata).. hehe

    muhafiss entri yang terkiniDari Jauh Ku Mohon Ampun

  2. rohaizadNo Gravatar said:

    Muhafis - cuba…cuba.. jangan tak cuba :D

  3. taukeyNo Gravatar said:

    aku tekan semi automatic. fuyooo byk bola. saiz apa yang nak buat cakap jer. ahaha hehehe.

    kalau aku nak pilih mungkin starwars tu kot. menarik jer aku tgk.

  4. rohaizadNo Gravatar said:

    Aku pun rasa star trek tu macam menarik. Barulah nampak geek sket.

  5. haha.. aku pernah membuat review mengenai screensaver satu masa dulu.. nak tgk..?? ni linknye http://nikillas.wordpress.com/2008/04/09/clock-screensaver-pilihanku/

    sallikin@nikillass entri yang terkiniBerjalan² Di Waktu Malam..

  6. rohaizadNo Gravatar said:

    Aku tau dan aku ingat lagi sebab akulah PENGOMEN yang pertama untuk entri itu… ekekeke.. !

    p/s: kira aku ni penyambung la dari entri ko tuh… :)

  7. megatNo Gravatar said:

    wah menarik juga! erm… aku pun sedang mencari screen saver menarik utk dijadikan peneman setia si megpy aku eheh.

    megats entri yang terkiniPunyai Nilai Sentimental, Kad Raya Mengeratkan Silaturrahim

  8. samdaddycoolNo Gravatar said:

    aku suka yang amoy-amoy jepun tu… syok je layan…. sebab aku suka tarian diaorang + camera shot yang cantik + diaorang cute!

    samdaddycools entri yang terkiniMore Paypal fund for sale

  9. tivituneNo Gravatar said:

    kene gi tengok ni rasanya. kalau tak rasa rugi plak..

    tivitunes entri yang terkiniUpin dan Ipin - Episode 11: Lailatul Qadar