Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Wal’faidzin…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh disiarkan: September 28, 2008 online

kad-hari-raya.gif

Esok kita tengok anak bulan’kan?
Jadi hari ini dengan rasa luhur dan rendah diri, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Selamat Hari Raya Aidil Fitrikepada semua umat Islam di seluruh dunia, khususnya kepada rakan-rakan blogger yang sama-sama berpuasa sepanjang di bulan Ramadhan ini.

Untuk Taukey juga (selaku pengulas yang paling top di blog ini), aku juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya juga dan semoga hari raya tahun ini akan membawa lebih makna (terutamanya dalam dunia blogging). Rakan-rakan blogger yang lain juga diharapkan dapat menjadikan Syawal tahun ini sebagai titik permulaan bagi segala-galanya. Segala ujian dan dugaan dari Yang Maha Esa itu sebenarnya membawa seribu hikmah yang hanya dapat difikirkan oleh minda yang tahu apakah makna kesyukuran.

Bagi yang ingin pulang berjumpa keluarga ataupun sudah sampai ke kampung, sentiasalah ingat bahawa meter kelajuan kereta itu dicipta untuk menyelamatkan diri engkau, bukan untuk dicabar sehingga jarum meter itu melintang. Untuk yang menaiki motor pula, ingatlah satu perkara. Jangan sesekali engkau besar kepala di atas jalan raya kerana hakikatnya, engkau adalah kenderaan yang paling kecil di kalangan semua kenderaan yang ada dalam perjalanan hari raya ini. Untuk pemandu lori/bas pula, janganlah pula engkau leka kerana sekali engkau terleka, nyawa orang ramai akan terancam jadinya. Pendek kata, nyawa mereka seolah-olah berada di hujung kaki kanan dan pedal brek engkau itu.

Dan bagi mereka yang mempunyai masalah dengan ibu ayah masing-masing, janganlah disimpan kesumat yang melanda. Benamkan segala api kemarahan yang ada dan anggaplah Syawal ini sebagai satu permulaan yang baik untuk semua. Baliklah ke kampung, jenguklah mereka. Jangan sesekali dilupakan ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan. Begitu juga dengan hati ayah. Hati ayah harus dijaga. Peluh keringat ayah itulah yang sepatutnya difikirkan, bukannya perselisihan. Buanglah egomu itu jauh-jauh. InsyaAllah, Syawal ini akan menjadi Syawal yang tidak akan engkau lupakan.

Akhir kata, dalam keseronokan beraya… zakat fitrah jangan dilupa. Ada bahagian dalam kehidupan kita yang paut dikongsi oleh orang lain, yang lebih susah dari kita. Semoga Syawal yang bakal menjelma akan lebih membawa bahagia (mungkin ini adalah catatan terakhir sebelum hari raya). :D

p/s: Saper nak beli Paypal, hubungi aku kerana aku ada harga menarik untuk di tebus dalam Ringgit Malaysia (hanya untuk 3 orang sahaja). Untuk mendapatkan harga tukar beli yang menarik ini, minimum mesti USD50 yea!
Sms aku di 013-7884548.


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, make sure anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan dibawah. Terima kasih daun keladi.... jika ada masa, silalah datang lagi. .


Suka dengan catatan di atas? Jika suka, silalah vote catatan itu di sini:

Dapatkan catatan terkini:

DIJAMIN BERBALOI !!!

Sudah 16 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukeyNo Gravatar said:

    Selamat Hari Raya bro. hehehe. semoga rezeki serta kesihatan semakin bertambah dan tahun ni juga membawa lebih makna juga (terutamanya dalam mencari jodoh) . :D

  2. samdaddycoolNo Gravatar said:

    Selamat Hari Raya daripada aku ..dan aku juga… Semoga Raya tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya…

    samdaddycools entri yang terkiniCommuters shocked by LRT collision

  3. megatNo Gravatar said:

    selamat hari raya zad, maaf zahir batin. berhati-hati dijalan raya.

    megats entri yang terkiniLambang Nazi, Yang Tersembunyi Di Dalam Logo Volkswagen!?

  4. rohaizadNo Gravatar said:

    Selamat hari raya jugak :D
    Lepas nie kita dah boleh makan sambil berbloging.. ye tak?

  5. HanepNo Gravatar said:

    slamat hari raya!!

  6. zoolNo Gravatar said:

    Selamat Hari Raya gak dari aku yang jarang2 masuk blog ni

  7. aloneNo Gravatar said:

    selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat rohaizad and family :P

  8. rohaizadNo Gravatar said:

    Selamat Hari Raya untuk Hanep ngan Nas. tolong kem salam aku kat awek yang selalu lalu depan rumah kau tu. Nama dia Azlina dengan Munira.

    p/s: adehhh… aku dah mula nak pening sebab makan rendang banyak sangat wehhh…

  9. Mohd IsmailNo Gravatar said:

    selamat hari raye & ingatlah perut yang tersayang.. jgn terlebih makan utk esok hari.. he he

  10. wan wmaNo Gravatar said:

    selamat hari raya aidilfitri…

  11. rohaizadNo Gravatar said:

    Mail - Aku rasa lagi teruk kot. Sebab esok aku balik Melaka, Pak Long aku buat aqiqah. Lawan dia dengan lemang! Arrgghhhh…!

    Wan wma - Selamat Hari Raya jugak!

  12. tunepalNo Gravatar said:

    selamat hari raya! huhu..penat makan rendang dengan nasi impit ni..

    tunepals entri yang terkiniWhat do you know about Bronchial Asthma?

  13. rohaizadNo Gravatar said:

    Perut aku ni pun dah naik sebu dah wehhh…

  14. samdaddycoolNo Gravatar said:

    … aku dah kena cirit birit semalam.. penangan rendang.. tak pasal-pasal aku tinggalkan gerai takde orang jaga (gi masjid)… :P
    samdaddycools entri yang terkiniAward gila (crazy??) menjelangnya Syawal

  15. NasrunNo Gravatar said:

    Selamat Hari Raya…

    Bestnyer korang beraya.. tahun depan la aku raya..

  16. aku membawa motor dgn kelajuan 60 km/j.. ahaks..

    sallikin@nikillass entri yang terkiniJust.. Don’t Vote..