Ingin beriklan? Sila klik di sini

Black Socket (soket iblis) – peragut bahaya untuk pengguna internet.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: October 31, 2008 online

Kalau sungguh bagai dikata, memang mulai hari ini dan seterusnya aku akan berhati-hati menggunakan PC kat mana-mana tempat pun di bahagian alam ini. Sebab inilah antara jalan termudah bagi penjenayah siber untuk mendapatkan semua password peribadi kita. Apatah lagi kalau password itu digunakan untuk urusan jual beli internet kita.

Fuhhh… bahaya.. bahaya…..

soket_neraka.jpg

HATI-HATI KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL…). PASTIKAN ENGKAU PERIKSA DI BELAKANG PC DAN LIHAT SAMA ADA ALAT BLACKSOCKET INI ADA DI BELAKANG PC ITU ATAU TIDAK. JIKA ADA, JGN PAKAI PC ITU.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Project Pop – Aku Bukan Superstar.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan - Tarikh diterbitkan: October 31, 2008 online

Kamu bukan super, kamu bukan star…

Wahahaha…!
Aku suka dengan kreativiti lirik dan juga muzik Project Pop dari Indonesia ini!

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tukar link? Kini ada cara moden`lah…!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: October 31, 2008 online

Kini dunia blogging semakin pantas dan semuanya memerlukan kelainan untuk menarik perhatian. Begitu juga dengan aksesori yang wujud dalam aura sekeliling dunia blogging itu sendiri. Hari ini, aku rasa hati aku sudah terpaut dengan satu Plug Auto Link yang dibangunkan oleh Plugme.net. Skrip dan code HTML yang digunakan pula sungguh ringkas. Respek!

Sebenarnya untuk pengguna Wordpress,
tool-tool sebegini berlambak pluginnya di internet tetapi kebanyakannya hanya menggunakan tulisan sebagai link, bukannya grafik/imej. Kalau dalam bentuk tulisan, aku sudah tidah heran lagi kerana terlalu MALAR untuk mata ini melihat dan membacanya satu persatu. Malah kadang-kadang bila link itu terlalu panjang ke bawah, akan timbul pulak rasa bosan dan fenin sebab ruang yang diperlukan untuk senarai yang sebegitu panjang sangat tidal ideal dengan saiz theme itu sendiri.

Satu perkara yang aku pasti dan aku suka dengan Plugme.net ialah keupayaan skripnya yang boleh menerima link dalam bentuk grafik/imej, bukan dalam bentuk tulisan. Ramai yang telah menggunakan Plugme.net ini. Ianya memudahkan seseorang blogger itu untuk bersosial dalam bentuk yang paling mudah.

Jadi, dengan rasminya aku ingin menjemput semua pengunjung blog ini untuk meletakkan link mereka beserta gambar yang mereka ada di dalam ruangan “Kengkawan” di atas sana. Buatlah imej atau grafik yang dapat menarik perhatian pembaca yang lain. Lagi bergerak grafik/imej yang engkau guna, lagi terang dan berwarna imej yang engkau bubuh dan lagi lip-lap flash-gif yang engkau ada, maka lagi ramailah orang yang akan klik ke grafik/imej engkau itu.

Buatlah sesuka hati mengikut kreativiti asalkan tidak dimasukkan gambar yang berbaur lucah (pembaca dan pengunjung blog ini tidak pernah dan tidak akan membuat perkara bodoh seperti itu, itu aku sudah pasti .. kalau ada pun, di blog orang lain :D ).

Apalagi yang ditunggu-tunggu tu?
Silakan!

***Updated!!!
Topo telah berjaya menjadi orang yang pertama meletakkan grafiknya di ruangan Kengkawan! Syabas!!!

5 sebab utama mengapa ramai newbie gagal dan terus gagal dan gagal lagi.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: October 30, 2008 online

newbie.gif

Hari ini, dunia blogging dikejutkan dengan kematian program Blogrush yang pada suatu ketika dahulu memang terkenal dengan impressionnya. Blogrush ini pada zaman kegemilangannya kalau nak diceritakan, kalah Paris Hilton.

Apa yang pasti, hanya ada satu sahaja perkataan yang aku bolehkaitkan dengan kematian BlogRush ini iaitu GAGAL.

Iyaa….. John Reese telah gagal dalam projeknya kali ini. Tapi benda dah terjadi, nak buat macam mana`kan? Gagal adalah satu perkara yang tidak seronok untuk didengar. Apatah lagi kalau ianya terjadi pada diri kita sendiri.

Jadi untuk pagi Jumaat yang mulia ini (dah 4.00 pagi ni), ada baiknya klau aku berkongsi sedikit pandangan mengenai mengapa ramai newbie blogger yang masih lagi gagal dalam menjana trafik dan juga wang dari internet.

Sebenarnya, terlalu banyak sebab mengapa seseorang itu boleh gagal. Tapi dalam catatan kali ini, aku akan menulis 5 sebab yang aku rasa perlu untuk seorang newbie tahu.

Catatan ini bukanlah di cedok dari mana-mana sumber, tetapi ianya melalui pengalaman sendiri. Sesungguhnya, bercerita dari pengalaman adalah satu etika blogging yang paling seronok untuk dijadikan sumber yang paling mantap.

Berikut adalah 5 sebab utama mengapa ramai newbie gagal dan terus gagal dan gagal lagi. Tidak kiralah sama ada mereka berblogging untuk dapatkan trafik ataupun untuk menjana wang.

Yang pasti, apabila gagal… inilah antara punca dan sebabnya.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

mountainview.gif

Pelik dan hairan.
Inilah perkataan yang keluar dari mulut aku bila aku check statistik blog ini tadi. Entah di mana dan kepada siapakah aku harus bertanya mengenai soalan ini pun, aku tak tahu. Mungkinkah telahan aku ini benar atau adakah ianya sekadar teori konspirasi sahaja? Sebagai bekas ahli penyiasat X Fools, aku telahpun membuat sedikit ujikaji. Ujikaji ini dibuat bersama dengan Agen Sekali. Di bawah adalah kemungkinan yang telah berlaku:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Proton MPV.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: October 27, 2008 online

proton-mpv_baru.gif

Gambar ini dikirim oleh sahabat baik aku Radzi, 2 minit yang lepas.
Sebenarnya aku sendiri tidak pasti sama ada inikah rekabentuk muktamad untuk Proton MPV Malaysia atau tidak. Tapi sebaik sahaja aku menerima email dari sahabat baik aku, aku terus berpendapat bahawa adalah lebih baik jika aku berkongsi dengan semua pembaca blog ini.

“Mungkin inilah dia Proton MPV kita” bisik hati aku. Aku tersenyum dan terus melihat dengan lebih dekat lagi. Tapi tidak sampai kemudian, aku mula termenung dan hati aku berbisik sekali lagi sambil bertanya “Ehh… betul ke ni? Atau ini hanya salah satu prototaip MPV Proton sahaja?”.

Tapi walau apapun, rekabentuk MPV Proton kali ini nampaknya lebih meyakinkan. Tidak keterlaluan, tidak terlalu ranggi dan kelas kelihatan ciri-ciri MPV`nya. Yang pasti, kalau dilihat sekali imbas, memang terserlah kekuatan dalam memenuhi keinginan bakal pengguna MPV itu sendiri.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

The mission has been accomplished.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: October 25, 2008 online

projek6-ribu-siri-ke-3_smallgif.gif

Alhamdulillah, sasaran untuk bulan ini telahpun tercapai. Malah ianya telahpun melebihi daripada sasaran yang aku inginkan. Maknanya, janji aku untuk menolong membuat gerigi rumah akak aku telahpun dapat ditunaikan. Yang pasti, masih ada baki 5 hari lagi untuk aku menjana pendapatan.

projek6-ribu-siri-ke-3_big.gif

Walaupun sasaran untuk bulan ini adalah RM6K, tetapi aku yakin aku boleh mencapai tahap RM8K.
Insya`Allah.

*p/s: untuk En Megat & En Ezad serta En Am kita, aku harap projek yang akan engkau laksanakan akan mencapai kejayaan. Amin.

** Catatan ini mempunyai 1390 patah perkataan. Jika anda berada di pejabat, pastikan bos anda tiada (untuk mengelakkan anda di tuduh mengulor). Jika anda berada di rumah, sila bawa sekali air sirap dan biskut untuk di makan. Selamat membaca!

Sedang aku sibuk melawat dan melawat dan melawat dan melawat dan melawat ke beberapa blog tadi, aku “tersinggah” ke satu blog blogger Malaysia. Apa yang aku boleh katakan mengenai blog ini ialah ianya sungguh hebat kerana pemiliknya kelihatan cukup kuat berusaha dalam menjana pendapatannya. Sehinggakan dalam kebanyakan catatan`nya yang ada dalam blognya itu, bolehlah aku katakan yang dia telah berjaya merangsang pembacanya ke arah kejayaan.

Tapi dalam kehebatan dia menulis, aku terperasan akan satu catatannya yang sungguh mengguris hati. Tidak perlulah aku beritahu apalah nama blog itu kerana aku rasa dia adalah salah seorang blogger mungkin kamu kenal.

Iya… ada satu catatan dalam blognya yang telah mencerminkan keperibadian dia sendiri. Apa yang pasti, dia telah mengatakan bahawa blogger yang membuat review berbayar dan blogger yang menjual link di blog masing-masing adalah blogger yang BODOH. Cuma setelah aku membaca keseluruhan catatan dan juga pendapat mahupun lontaran minda yang dia cuba sampaikan, aku rasa aku semakin menghampiri kepada kebodohan yang dia cuba sampaikan.

Fakta yang dia ingin ketengahkan sebenarnya terlalu jauh dari dunia review dan link berbayar. Terlalu cetek pendapat dan pengalaman yang dia ada dalam dunia review dan link berbayar ini.

Sebagai akibatnya, dia merasakan seolah-olah dia pandai menilai orang lain dan secara langsung, berani membodohkan orang lain sedangkan dia belum tahu 100% apa yang diandaikannya.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya