Blog Bankaholic dijual pada harga USD15 juta – bukan gurauan!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Buat duit - Tarikh diterbitkan: October 4, 2008 online
Ini bukanlah satu gurauan dan ini juga bukan satu propaganda. Ini adalah satu sejarah BESAR dalam dunia internet amnya dan blogging khususnya. Berita ini sebenarnya telah menjadi satu igauan yang tidak akan dapat dilupakan oleh semua insan yang bergelar BLOGGER mahupun “internet marketer”.
Secara jujurnya, aku tidak pernah mengambil tahu blog yang bernama Bankaholic ini. Malah aku sendiri merasakan blog ini bukanlah genre + niche yang perlu aku ikuti ataupun langgan RSS-nya. Ini adalah kerana tidak banyak yang aku boleh belajar dari kandungan blog ini. Apa yang ada dalam blog ini (Bankaholic.com) semuanya untuk rakyat Amerika yang ingin tahu mengenai perkembangan terkini ekonomi mereka.
Pendek kata, semua yang ada dalam blog ini semuanya hanyalah berkaitan dengan dengan perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh bank-bank yang ada di sana. Tiada kena mengena langsung dengan Maybank, BSN, CIMB mahupun bank-bank komersial Malaysia yang ada di Malaysia ini.
Sungguh bertuah bagi insan yang bernama John Wu ini. Baru sahaja menjadi seorang blogger selama 2 tahun, dirinya kini telahpun menjadi JUTAWAN yang tiada tolok bandingnya. Blog Bankaholic miliknya telah dibeli oleh Bankrate.com pada harga USD15 juta. Tanpa sebab-sebab yang munasabah, semuanya telah berlaku dalam sekelip mata. Huk oloh, aku sendiri pun tak percaya. Macam cerita kartun pulak. Rasa macam dalam mimpi pun ada. Kalau hendak diikutkan, pembelian ini bukan satu pembelian yang berbaloi sebab blog Bankaholic ini tidaklah bernilai setinggi itu. Kenapa aku berani cakap macam tu?
Baiklah sebagai perbandingan rata, aku akan tunjukkan alasan-alasan yang boleh membuatkan blog ini berada di dalam kategori tidak layak (untuk mendapat harga yang tinggi -USD15 juta- sebegini).
1. Blog ini hanya menggunakan WordPress (sama seperti aku, engkau dan mereka yang lainnya).
2. Blog ini bukannya dikendalikan secara professional berkumpulan, tetapi oleh seorang blogger biasa yang bernama John Wu.
3. Komen pula boleh dikira, sekitar purata 20-30 sahaja. Engkau fikirlah sendiri.
4. Engkau pernah dengar ke apa-apa cerita mengenai blog ini sebelum ini?
Ini blog barulah. Domain pun didaftarkan pada tahun 2006!
5. Dari 14 hb September, hanya ada 9 entri sahaja di blog ini!!!!!!!!!!!! Cehhhh…
Tapi, hakikat tetap hakikat.
Fakta tetap fakta.
Peluang tetap peluang.
Perniagaan tetap perniagaan.
Beli tetap beli.
Dan inilah yang berlaku.
Apa yang pasti, John Wu pandai mengambil KESEMPATAN di dalam KESEMPITAN. Dalam keadaan ekonomi negaranya yang semakin merudum dan juga pasaran saham yang tidak menentu di Wall Street, John telah berjaya membaca kehendak dan keperluan rakyat Amerika. Maksudnya, John sentiasa memberikan info-info yang terkini mengenai nilai deposit semasa, akaun simpanan dan juga pasaran wang. Malah, jika engkau menaip keyword “CD rates” di Google, Bankaholic akan berada di atas sekali.
Tapi sekarang nampaknya, semua semakin berubah. Dan sebagai bukti, inilah traffik yang diterima oleh Bankaholic:

Sila lihat juga laporan traffik dari Google Trends.
Sehinggalah di saat aku menulis catatan mengenai blog Bankaholic ini, aku masih lagi tertanya-tanya sama ada Bankrates.com telah salah dalam membuat penilaian mengenai pembelian blog ini ataupun tidak. Adakah mereka telah “terlebih bayar”? Ataupun mereka sengaja ingin menunjuk-nunjuk (sebab dulu Bankrate.com ini telah beli Savingforcollege.com dan Nationwide Card Services pada harga USD29 juta!). Yang pasti, nilai pembelian USD15 juta ini sungguh ” ~~menggerunkan~~ “ siot.
Oh yaa… John Wu dibayar sebanyak USD12.5 juta untuk pembayaran pertama dan baki USD2.5 juta akan dibayar secara ansuran selama 12 bulan. Dan yang lebih menarik lagi, John Wu akan kekal sebagai penulis blog Bankaholic walaupun selepas pembelian dilakukan … !!!
p/s: cerita ini sungguh memotivasikan aku. engkau? 








wah…hebat giler, aku rase memang tak patut pun…. kalau blog problogger.net tu logik la sikit
rohaizad: betul-betul…!
hebat ya kalau dah rezeki tu tak ke mana… yang penting mesti ada usaha!
rohaizad: tapi yang ni memang berbaloi
giler ar…15 juta dolar tue..dekat 45juta ringgit..kayo pakcik..
rohaizad: kan? banyak sangat kan?
Pergh, rezeki bergolek2 masuk. dasat 15 juta tu. MyBlogLog pon baru 10 Juta
rohaizad: nilah yang dinamakan rezeki kot
pengsan patlima kali pun belum habis nk kira berapa kosong ade kt belakang angka tu
Hiks!
rohaizad: nasib baik aku tak pengsan.. tapi memang susah nak diterima akal…
Kongres luluskan bailout 700 bilion supaya Bank boleh beli blog?
Hasbullah Pits entri yang terkiniKenaikan Dollar Sementara == Penurunan Harga Minyak Dunia Sementara
pergh.. rezeki tu kita x tahu.. tup2. je dapat offer camtu. dah tu siap boleh still jg blogger kat blog yg dh terjual tu..
25 juta tu…*pengsan..
… kan pepatah melayu ada kata tuah ayam nampak di kaki…..
yang pasti, peluang macam tu hanya ada kemungkinan dalam 1/ 1bilion orang….
samdaddycools entri yang terkiniRestart, refresh, reborn
he he he. Bnyk sgt tu. hehe. niche dia tu tak byk orang buat kot.
PR 5 dan Alexa dia bawah 50K. dapat USD15 juta. byk tu.
lagi satu dia masih lagi penulis asal, adsense tu mesti dia juga yang punya kan. Ada lagi duit masuk. nasib badan.
cuma motif sykt tu beli blog tu jer yang kita tatau. apa sebab yer
woooot. best betul. rezeki dia. rezeki kita same2 la memburu2.
cam gimikpun ada..tp erm aku mcm ko izad..lantaklah..tp dlm hati..apa ke hei site sengal mcm ni dpt jual tinggi..hahahahahha
catzers entri yang terkiniDuit di Bulan Puasa dan Raya
oleh itu aku dengan hati yang terbuka dan semangat juang yang tinggi (cewah) akan ikut langkah seperti tersebut huhu.
tak tercapai dek akal huhu.
megats entri yang terkiniSeloka Hari Raya, Tatkala Mengenang Kisah Bercinta
dengan ini, aku jual blog aku dengan reger 20juta. sape nak beli? kih kih kih…
mmg gila gila rezeki bgolek..huhu
aku tidak mengerti~~~ (aku cuba untuk mendiamkan diri seketika)
sallikin@nikillass entri yang terkiniEdisi Aidilfitri Siri 2
giiler la..
leh dok goyang kaki kat umah..
makan McD..
Sambil update blog..
hihi..
Alangkah bahagianya hidup camtu..
Nescaya semakin montel lah John Wu tu..
Hihi.. (mandai je aku..)
chentas entri yang terkiniKONVOKESYEN UPM KE-32
Hasbullah – Iya ker? kalau betul, dasat…dasat.
Izzat – Ko ni memaidai jer tambah lagi USD10 juta. USD15 jutalah, bukan USD25 juta.
Sam – memang ini pasal tuah.. bukan pasal jebat. apa aku cakap nih?
Taukey – ko jeles dengan taukey blog tu ehh taukey?
E.T – aku tak tau nak buru apa. wahahaha….
Catzer – kenapa la diaorang tak nak beli ko ni ehh Catzer? kan ker blog ko pemes?
Megat – wahhh.. bersemangat giler ko megat! ini sudah bagus
Hanep – kalau ko dapat jual blog ko, tolong jualkan blog aku sekali siot. aku kasi ko 25%!
Sallikin – yup betul tu sallikin. berdiam diri adalah perkara terbaik buat masa ini sebab kita ni saper kan? bukannya ada apa-apa kaitan pun dengan duit USD15 juta tuh
Chenta’ku – memang bahagia hidup kita berdua jikalau gitu bak dikata…. ekekeke
agaknya so that diorang boleh control the content kot…kalau tak lagi byk rugi kalau blog ni asik bagi information yg betul utk consumers hehe
zamzs entri yang terkiniHuman Memory by Che Det
mak aii..gila la..
memang hebat!!
ni yang terasa macam nak jual blog pulak dah.. :p
bapaklah… kaye siot.. adeke nilai blog aku sebanyak tu.. paling keji… 9 entri jer.. tak munasabah betul..
Zamz- Aku pun rasa macam tuh.
Titan- hah..hah…hah….
Mohdhilmi- Jual boleh, tapi setakat lepas duit rokok jer kot (kata orang tua-tua).
Am- “Paling keji”… wahahahha!
Aku bagaikan berada di kayangan kalaulah blog yg 15 juta tu blog aku.. rezeki tuhan siapa yg tahu…
Sam – aku rasa mesti ko investkan duit tu kepada ladang herba. Betul tak?
[...] jadi aku boleh paham la kenapa bankrate.com sanggup beli http://www.bankaholic.com dengan harga USD 15 juta walaupun tiada komersial [...]
Diulas pada November 7th, 2008 at 7:52 amawesome, is he’s just 22 years old, d’oh
Supermances entri yang terkiniEnaknya Cake Lord Of The Rings …
menarik sungguh hasil yang dia perolehi
itulah yg dikatakan rezeki..
he he comel animation ipin.. copy and save!