Projek RM6 ribu.
- Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh disiarkan: October 8, 2008 onlineBaiklah, ini adalah sasaran pendapatan aku untuk bulan ini.
Bunyinya mungkin tinggi tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Apa yang pasti, sesuatu mesti dilakukan dan setelah membuat beberapa anggaran yang agak melampau, maka dengan selambanya aku meletakkan carta graf di atas ke dalam catatan ini. Ianya bertujuan untuk membuatkan aku takut dengan perangai aku yang suka membuang masa di rumah. Apatah lagi dengan keadaan yang sungguh selesa (bukan bulan puasa lagi’kan? jadi bolehlah tengok TV sambil memasukkan kuih muih raya ke dalam mulut … fuhhh) sekarang ini, pastinya tidur dan baring adalah antara aktiviti yang sungguh membawa erti.
Projek RM6000 ini sebenarnya bukanlah satu projek yang istimewa. Malah di saat aku menulis catatan ini, aku sendiri pun sudah mula rasa tekanan akibat dari sasaran yang aku rancangkan ini. Lagipun, angka RM6000 ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor, bukan main suka-suka. Antaranya ialah untuk membayar hutang dan juga sebagai modal untuk memasangt grill rumah baru kakak aku. Aku tau yang aku mesti menolongnya sebab dia belum berkahwin dan banyak lagi yang dia perlu laburkan pada rumah barunya tu. Apa guna ada adik kalau takleh membantu`kan?
Sebenarnya, sedih jugak bila lihatkan keadaan rumah tu.
Cuba bayangkan, rumah tu sudah terbiar lebih dari 6 bulan tanpa grill. Jiran-jiran semua dah pasang, tapi rumah tu kosong tidak berpenghuni. Takkan nak duduk tanpa ada grill keselamatan`kan? Tak sampai hati pulak. Jadi itulah antara sebab kenapa aku perlu membuat target seperti itu.
Baiklah, sekarang balik ke persoalan asal.
Boleh ke aku capai sasaran di atas?
Apa yang aku harus buat?
Bagaimana harus aku tingkatkan usaha untuk mencapai sasaran RM6000 tu?
Macam yang aku katakan, sesuatu rancangan itu amat penting. Jika dalam sesuatu jabatan jualan (sales department) sesuatu sasaran itu ditetapkan dengan misinya yang tersendiri, perkara yang sama juga terjadi dengan aku. Segala misi dan visi telah berada di dalam minda sejak aku terbaca 2 catatan yang menarik di satu blog antarabangsa dan satu lagi di blog tempatan. Berikut adalah 2 catatan yang telah menekan perasaan dan jiwa aku:
1. John Chow laa.. saper lagi kan?
2. Gobalakrishnan via Sabahan.
Pasa asasnya, selain dari kos untuk grill rumah kakak aku, ada lagi sebab yang seiring dengan tujuan sasaran ini. Antaranya ialah untuk menggantikan semula sebahagian dari wang saku yang telah “bocor” untuk hari raya yang lepas. Bermakna, setelah dikira dan ditafsir “kerugian” yang ada, keputusannya amatlah tidak menyeronokkan…. wahahaha.
Semalam jer, aktiviti membayar bil telah menjadikan hari aku terasa kelam. Mana tidaknya, satu hari bergerak membayar bil tanpa membuat apa-apa yang lazimnya dibuat. Dari aktiviti membayar bil kereta, bil motor, bil itu, bil ini… dan bermacam-macam bil lagi, sungguh membosankan. Tetapi setelah semua bil-bil itu dibayar, semangat untuk “mencari rezeki” di bumi Tuhan ini semakin bergolak. Senang cerita, semua jalan untuk menambah pendapatan dari segi ONLINE dan OFFLINE harus diambil. Iya… pintu rezeki mesti dibuka!
Jadi, di manakah kedudukan sasaran pendapatan semasa aku dari 1 Oktober 2008 sehingga ke hari ini?
Sumber ONLINE:
Yang telah dikeluarkan (dan telahpun habis digunakan untuk membayar semua bil-bil)
Yang belum dikeluarkan ($283.57 USD):

Sumber OFFLINE:
Belum ada lagi buat masa ini ![]()
Harap adalah orang panggil aku untuk jadi MC (Pengerusi Majlis) bulan nie.. wahahaha.
Hanya semangat dan keyakinan sahaja yang akan menguatkan fokus dan konsentrasi aku. Apa-apa pun, langkah tetap diteruskan… siapa tahu, mungkin ianya akan cecah RM8000
?




apsal aku kena blok utk komen aku….???
samdaddycools entri yang terkiniHari Pos Sedunia
Diulas pada October 8th, 2008 at 3:37 amhahhh? kena blok?
Diulas pada October 8th, 2008 at 4:27 amfuyoo…6 jam ke kena tunggu apa perancangan ko utk bulan ni? hehee. Projek 6 ribu. perghhh gempak tuuu
Diulas pada October 8th, 2008 at 4:51 am..3 kali aku komen.. (kena block spam comment kot??)
samdaddycools entri yang terkiniHari Pos Sedunia
Diulas pada October 8th, 2008 at 5:08 amTaukey - itu cuma projek yang dirancangkan, belum terlaksana lagi.
Sam - ye ker Sam? aku blur giler bila ko cakap komen ko kena blok. takkan masuk SPAM kot? nama ngan link ko dah direkodkan sebagai non-spammer weyy… alahai wordpress jatuh sakit ker?
Diulas pada October 8th, 2008 at 5:26 amAlahai.. Graph.. Pening dah kepala tgk Graph.. Huhuhu.. Projek 6 ribu.. Projek apekah itu.. Hurmm.. Menarikkah..??
sallikin@nikillass entri yang terkiniTahukah Anda..??
Diulas pada October 8th, 2008 at 5:43 amProjek menambah pendapatan.. biasa-biasa jer.
Diulas pada October 8th, 2008 at 10:01 amyakin boleh baa..!!
Diulas pada October 8th, 2008 at 2:45 pmhmm byk juga tanggungan kau tu. apa pun aku rasa tak mustahil nak dapat RM6000 berdasarkan kepada pengalaman lepas kan.
hehehe. apa apa pun gud luck. ketiga tiga orang tu mmg hndal dalam online nih. hehehe.
Diulas pada October 8th, 2008 at 4:26 pm“Takkan nak duduk tanpa ada grill keselamatan`kan?”
Sungguh mendalam maksudnya bagi diri saya..
Already found a grill man with a cheap cost??
ezads entri yang terkiniHabis biskut raya dimakan semut raksaksa!?
Diulas pada October 8th, 2008 at 5:38 pmterkesan membaca entri ini. aku juga perlu lakukan sesuatu utk memperbaiki hidup aku.
tinggi juga matlamat ko zad!? tapi aku pasti berdasarkan pada fakta yang kau berikan sebelum ini, kau mampu capai projek tersebut.
apa yang perlu aku lakukan adalah memecahkan blok langkah pertama!
ps : sori zad, aku x berapa sihat. serba-serbi tak kena huhu.
megats entri yang terkiniSinar Aidilfitri, Keikhlasan Memohon Maaf Dan Menerimanya
Diulas pada October 8th, 2008 at 6:36 pmTitan - yakin..yakin.
Taukey - Biasalah, anak ke-5 tapi tetap anak lelaki pertama.
Ezad - Belum. Ko ada source grill man yang bagus ke? Kalau ada, rekomen`lah.
Megat - InsyaAllah, step by step (macam aku dulu).
Diulas pada October 8th, 2008 at 7:10 pmeheh..ada ti cite.
ezads entri yang terkiniHabis biskut raya dimakan semut raksaksa!?
Diulas pada October 8th, 2008 at 7:18 pm..aku tak puas hati kenapa komen aku masuk kategori spam…. jenuh menaip, lepas hantar, tak keluar… sakit buah pinggang aku!
Diulas pada October 9th, 2008 at 7:14 amSam - ko tak puas hati, aku lagilah makan hati sebab aku dah check kat SPAM, komen ko takde siot. Mana perginya komen itu semua? Misteri betullah… adehhh
Diulas pada October 9th, 2008 at 8:46 am6000..? aku rasa ko bukan sahaja dapat jangkau jumlah tuu.. bahkan mungkin melepasinya..
Diulas pada October 9th, 2008 at 8:44 pmnuaemans entri yang terkiniKeputusan Ramadhan Contest!!
Nuaeman - Insya Allh. Kalau dapat cecah RM8K, alangkah bersyukurnya.
Diulas pada October 9th, 2008 at 8:48 pmkalau dapat bagilaa aku sikit sebagai duit raya.. tak banyak aku mintak.. 1500 jee
nuaemans entri yang terkiniKeputusan Ramadhan Contest!!
Diulas pada October 10th, 2008 at 12:12 amOleh kerana tiada kepastian yang rasmi dari nuaemen, maka nilai 1500 akan diambil kira dalam matawang asing. SIla pilih antara 2 sama ada RUPEE ataupun RUPIAH?
Diulas pada October 13th, 2008 at 9:14 am[…] Aku masih lagi kekurangan dana sebanyak RM1278.00 grill besi rumah kakak aku, jadi inilah perancangan yang aku perlu lakukan: 1. Aku akan membuat promosi besar-besaran secara […]
Diulas pada October 13th, 2008 at 9:36 am