rohaizad.gif


BuluhMas, Jazmeen, Noradz dan Eastana diserbu Bank Negara Malaysia.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh disiarkan: October 13, 2008 online

serbu.gif

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Baiklah, sekarang apa yang aku boleh katakan ialah keempat-empat syarikat yang diserbu oleh Bank Negara semalam semuanya syarikat Melayu. Benarkah mereka menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang?

Berikut adalah satu ulasan yang aku tahu mengenai BuluhMas (yang lagi 3, aku kurang arif kerana tidak sampai ke pengetahuan aku).

Sebenarnya, janganlah kita cepat melatah.
Walaupun aku bukannya Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat-syarikat di atas, tapi ini semua ini adalah satu mimpi yang telahpun menjadi kenyataan. Aku tidak kata BuluhMas, Jazmeen, Noradz dan Eastana penipu tetapi bagi sesetengah orang, mungkin ini adalah cara terbaik untuk mereka menyuarakan kepuasan hati masing-masing.

Bagi aku, ada pro dan kontranya di sini.
Bila kita katakan aduan, komplen dan juga ketidakpuas-hati, ini semua berkaitan dengan wang. Bila kita katakan wang, secara tidak langsung ia melibatkan dua pihak iaitu peniaga/pesaing dan pembeli/pelabur dan sebagainya. Sekarang mari kita lihat dari sudut yang berbeza.

Dari sudut peniaga/pesaing.

  • Mungkin aduan/komplen ini datang dari pesaing yang tidak berpuas hati dengan pencapaian bagus mereka?
  • Atau adakah ini permulaan cemerlang bagi semua syarikat Melayu di atas untuk berkembang tetapi “dicantas” peluangnya?
  • Atau inikah sikap rakyat Malaysia yang sentiasa cemburu dengan kejayaan syarikat lain?

Dari sudut pembeli/pelabur.

  • Buat masa ini, aku sendiri sudah melihat pembayaran yang dibuat oleh mereka, maksud aku BuluhMas. Rakan blogger kita pun sudah merasai pembayaran yang dibuat sebelum ini. Sila baca di blog Earncent di sini dan sini
  • Ramai yang tidak puas hati kerana gaji bulana ataupun pembayaran lambat dilakukan. Aku fikirkan sangat logik kerana keahlian Buluhmas telah menjadi satu fenomena (sila baca di Utusan Online dan Kosmo). Kalau beginilah dahsyatnya sambutan yang diberikan dari rakyat Malaysia, aku sendiri fikir pekerja Buluhmas tidak menang tangan untuk memasukkan data promoternya ke dalam sistem.
  • Iya, yang paling dekat dengan aku sekarang ini ialah BuluhMas kerana aku pernah lihat BuluhMas Mart di kawasan aku.
  • Malah, pelakon ENOT itu pun memasarkan produk ENOT COOKIES`nya melalui BuluhMas (sila rujuk majalah hiburan Media edisi Ramadhan).

Buat pengetahuan semua, aku baru sahaja mencari dan mendapatkan info mengenai BuluhMas ini sejak beberapa minggu lepas. Berikut adalah antara info yang agak menarik untuk dikongsi bersama.

  • BuluhMas juga baru sahaja menderma sebanyak RM100,000.00 kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan pada bulan Ogos lepas setelah diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
  • Konsep pengiklanan Buluhmas ini menarik kerana ia menjalankan sistem upah yang mana belum ada satu pun syarikat di Malaysia ini yang menjalankan konsep pengiklanan seperti ini.

Sebagai seorang yang “opportunist”, aku tidak kisah jika mereka disiasat atas sebab yang munasabah. Wae`mah Anuar Ibrahim dan Tun Mahathir pun disiasat, inikan pula syarikat seperti di atas. Tetapi dalam masa yang sama, aku juga berharap agar semua syarikat Melayu di atas tidak disabitkan dengan mana-mana tuduhan yang tidak berasas. Harap mereka maju dan terus maju. Sebab jikalau tidak, sampai bila pun orang Melayu tidak kemana, asyik bertelagah sesama sendiri sedangkan bangsa lain sibuk mentertawakan kita.

** Biasalah penyakit orang kita, bila ada sesuatu yang baru dan “too good to be true”, mulalah mereka cemburu tidak tentu pasal. Inilah yang aku katakan pro dan kontra tadi.

Cuma cubalah fikirkan satu perkara lagi:
Katakanlah selepas semua siasatan dilakukan, semua syarikat-syarikat di atas tidak mempunyai unsur-unsur penipuan seperti yang tertera di Utusan Malaysia + Kosmo, boleh engkau bayangkan apa pula yang akan terjadi? Satu fenomena?

Mari kita tunggu dan lihat hasil siasatannya nanti.


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, pastikan anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan. Sebarang catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda. .


« « Projek RM6 ribu - bahagian 2.*** BuluhMas diarah tidak ambil ahli baru - mengapa? » »

Kuasakan Enjin Anda !! Iklan anda Iklan anda Iklan anda

Sudah 72 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. titanNo Gravatar said:

    hehe. kalau takde apa tindakan yang dapat dikenakan ke atas buluhmas atau 3 syarikat tu. Buluhmas leh saman malu dan saman bab2 lain tak? 3 bulan tu bukan sekejap kan?

    Tapi biasanya, kalau kes2 cam gini. Biasanya memang tutup company la. Apapun, kita tengok apa peguam buluhmas dan company lain handle. Leh survive atau tak..

  2. rohaizadNo Gravatar said:

    Yup, mari kita lihat. “Ayam jantan sedang berlaga, belum tahu siapa juaranya”

  3. abdfatahNo Gravatar said:

    nampak menarik… akan ditunggu hasil siasatannya nanti…

  4. rohaizadNo Gravatar said:

    Yup tapi selalunya kalau dah diberitakan sebegini punya hebat dalam akhbar, orang kata mesti gulung tikar punya. Tapi rezeki itu masih lagi dalam ketentuan Tuhan.

    ** Aku bukan apa, dah letih melihat syarikat Melayu jatuh.

  5. samdaddycoolNo Gravatar said:

    … kalau benda ni disebabkan oleh spekulasi…, ‘yang menag jadi arang, yang kalah jadi abu’….

    ..aku harapkan keputusan positif dalam sisatan ni… (aku bukan ahli buluhmas dan mana-mana yang lain kat atas ni)….

    samdaddycools entri yang terkiniNescafe Kick Start are back!

  6. rohaizadNo Gravatar said:

    Betul tu Sam. Aku setuju :D

  7. yoyoNo Gravatar said:

    saudara,
    tak timbul rasanya isu dengki mendengki dalam serbuan tu. tapi kasihan mengasihan sesama bangsa. Kasihan sebab rakan sebangsa cuma mahu duit mudah sedangkan plan pengiklanan sangat meragukan. Bayar RM15 untuk dapatkan 1 sticker iklan tapi kalau mahu kaya lagi cepat bayarlah lebih. Bila bayar lebih tak ada pulak diberi lebih sticker sedangkan pulangannya sama. Yang dikehendaki bukannya sticker tu diiklankan, tapi duit yang didepositkan. Sistem check and balance untuk memastikan sticker dipamerkan pun tak ada sebab diorang tak kisah pamer ke tak, janji depositkan duit. Ahli2 pun tak berapa nak pamer sebab tahu buluhmas satu skim cepat kaya tapi ingin mencuba nasib juga. Segan dikata kawan2 lalu sticker dicampak saja.

    Sistem ini jika tak diserbu pun akan gagal dengan sendirinya selain dari melanggar undang2 dan lebih ramai rakan sebangsa menjadi mangsa. Jika dicongak, semua orang boleh masuk plan ini saja dan tak payah bekerja sebab pulangan dijanjikan melangit tingginya. Akhirnya orang kita goyang kaki dikedai kopi sebab dalam kepala sibuk mencari program2 begini.

    Tak guna si ENot jual barangan melalui kedai2 yang kononnya ditubuhkan oleh buluhmas ni sebab buat letih badan je buat kuih etc. baik guna modal tu jadi peserta je, tak payah kerja dapat pulangan lebih dari buat kuih tu hahaha..

    Komen saudara harus ambil kira kerangka perundangan, halal haram sistem perniagaan islam, dan kemunasabahan pulangan dalam perniagaan yang rasional. Selamatkan bangsa dari jadi mangsa kejahilan dan ketamakan tapi tak mahu usaha dan bekerja. TQ

  8. rohaizadNo Gravatar said:

    Author : yoyo (IP: 218.111.230.69 , 218.111.230.69)
    E-mail : yoyo@gmail.com

    Satu komen yang bernas tapi seperti yang aku katakan di atas, aku tidak kisah jika mereka disiasat atas sebab yang munasabah.

    Yang penting, ini adalah satu sistem baru yang belum dipraktikkan. Dulu pun masa Proton Saga dan Sepang Circuit hendak dibuat, habuan dan cacian juga yang dimakan setiap hari oleh mereka yang ingin merealisasikannya.

    Kalau salah, hukum sahaja tetapi kalau betul program ini, aku akan mencari form untuk mendaftar :D

    ** walhal banyak lagi sistem skim “cepat kaya” yang nampak “halal” di pandangan mata kita. tapi oleh kerana dia “syarikat lama/senior”, maka dibiarkannya sahaja.

  9. Ramai yang jual alifbata2ya@ eabisi2zek tapi tak pernah kena serbu, semua politik wang beb, masalah yang tak pernah selesai sebab macam kat lorong hj taib atau chow kit, selagi ada permintaan selagi itu pasaran tak kan ditutup… macam kisah narkotik yg sentiasa ada di pasaran, tiada narkotik maka tiadalah Jabatan Narkotik, maka tiadalah kerjaya di bidang ini, tiada kerjaya di bidang ini, maka tiadalah duit,,,, Maka kesimpulannya apa2 yg menimbulkan duit akan sentiasa ada tak kira halal ataupun haram maupun makruh macam asap rokok… Terpulanglah nak beratkan pahala atau nak beratkan dosa… Masing2 ada ganjaran nikmat atau ganjaran sakit… Pilih2, jangan tak pilih…

  10. kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja.. hurm.. menarik jugak ye..

    sallikin@nikillass entri yang terkiniFlash Entry Ep. 8

  11. emmeNo Gravatar said:

    Kesian la sape yang belum balik modal…

  12. samdaddycoolNo Gravatar said:

    aku suka dgn pandangan yoyo.. pandangan yg bernas dan berasas…
    aku dah lama perhatikan buluhmas dan nampak keghairahan bangsa melayu join. Aku masuk forum, ada perbincangan pasal ni..

    Tapi yg menyebabkan aku bantut untuk join sebab ada term, ‘pencen’… dengan sekali pembayaran (seumur hidup, kita akan dapat duit sampai mati…)

    …so hidup kita atas dunia hanya sekali, apa yang kita dapat sekarang (halal haram) akan dihitung dan ditimbang diakhirat.

    ..kenyataan aku ni bukan bermaksud untuk berlagak alim, tapi aku pernah jatuh dalam bisnes. Bila kita jatuh, itu adalah peringatan daripada Allah supaya kita bermuhasabah. Setiap darah daging kita yang terhasil dari sumber yang meragukan (apatah lagi yg teranag haramnya).. akan dibakar api neraka.

    ..persoalan ini bukan setakat timbul dalam isu ni, isu lain yg timbul adalah daripada arak, gambling dsb yg kita paparkan dlm blog masing2… aku pun baru sedar, ada kebanyakan pengiklanan internet terlibat dgn unsur2 ni…

    ..bak kata ustaz aku, tepuk dada, tanya iman.

  13. rohaizadNo Gravatar said:

    Aku sebagai opportunist memang tertarik dengan konsep pengiklanan bergerak nie. Aku suka teroka benda baru.

    Aku juga baru dapat tahu yang setiap dari gaji kita akan ditolak sebanyak 15% untuk ditukarkan menjadi voucher.

    Dan voucher inilah yang digunakan untuk menebus semua barang keperluan harian di BuluhMas Mart. Yang pasti semua barang di dalam Buluhmas Mart itu adalah produk IKS iaitu Industri Kecil dan Sederhana orang kampung.

    Aku cuma dapat rasakan yang konsep ini menarik sebab inilah antara cara yang bagus untuk menolong orang kampung dengan mengenengahkan produk mereka. Kalau nak diharapkan pasaraya besar, jangan harap.

    Cuba engkau pergi ke pasaraya-pasaraya besar dan lihat di manakah produk IKS ini diletakkan? Di bahagian atas ker ataupun di bahagian bawah (kaki korang?)

    Siapa yang nak membantu mereka-mereka ini (pengusaha-pengusaha Melayu di kampung-kampung?)

    Sekadar buah fikiran… :D

  14. shaxxNo Gravatar said:

    tunggu dan lihat….

    shaxxs entri yang terkiniDatukship for Shah Rukh Khan

  15. rohaizadNo Gravatar said:

    Shaxx - Dah macam jadi forum plak ruangan komen aku nie… wahahaha.. takper, takper.. masing-masing bebas untuk memberikan buah fikiran dan komentar kerana antara sebab blog ini dibangunkan adalah untuk kebaikan semua…

    Sila.. sila.. tambah nasi, tambah lauk.. :D

  16. kitaNo Gravatar said:

    setahu aku ramai gak yg join buluhmas termasuk member aku…aku tak join pun walaupun banyak kali di promote….yang aku tahu tidak ada cara senang nak dapatkan duit :p

  17. abdfatahNo Gravatar said:

    semakin menarik… macam titan dah komennya jadi… separa forum laa pulak…

  18. […] BuluhMas antara 4 syarikat diserbu bank negara Share and Enjoy: […]

  19. Darth MuarNo Gravatar said:

    org melayu ni cepat betul kelabu mata….pikir dulu la halal haram…

    benda2 riba’ ni jauh2 kanler….

    bukn mudah nak senang…..

  20. rohaizadNo Gravatar said:

    Aku tak pasti dari mana plak jatuhnya hukuman riba’ di Buluhmas macam yang ko kata ni. Kenyataan belum keluar, kes masih dalam siasatan dan keputusan belum diumumkan, tapi ko dah terlebih dahulu tahu dari pihak polis.

    Mintak jelaskan sket. Salah cakap, jatuh plak istilah fitnah dari hukuman yang ko kata tadi.

  21. […] sesaper yang nak membaca dan bagi komen, silalah berbuat demikian dengan perasan yang rasional. rohaizad dot com BuluhMas, Jazmeen, Noradz dan Eastana diserbu Bank Negara Malaysia. __________________ Domain Portfolio: http://www.AllSmartDomain.com Blog Melayu : […]

  22. wah.. rancak berforum.. hahaha.. betul kata ko jad.. dah macam forum dah ruangan komen ni.. hehe..

    sallikin@nikillass entri yang terkiniFlash Entry Ep. 8

  23. taukeyNo Gravatar said:

    sistem yang dia kenalkan mmg menarik. cuma aku rasa kesalahan dia buat dari segi penerimaan duit RM15 tu sahaja. yang lain aku rasa ok.

    aku rasa kalau dia buat ala-ala nuffnang, ok kot. hehehe. ni pandangan kasar. aku blm mendalami kes ni sgt

  24. rohaizadNo Gravatar said:

    Maybe esok kot keputusan keluar (cehhh.. macam keputusan SPM plak :D )

  25. megatNo Gravatar said:

    aku dulu pernah terfikir konsep ini semasa sibuk membantu IKS. tetapi hasrat tersebut terbatal apabila tak dapat sambutan atau golongan IKS yang berpandangan rendah.

    ini lah nasib orang melayu. bila nak bangun ada saja yang mencantas!

    kadang-kadang terasa seperti orang kita takkan kemana jika tidak punyai kekuatan atau tidak cukup lobi huhu.

    megats entri yang terkiniAkhirnya Selamat Tinggal Kepada Semua, Maafkan Aku!

  26. rohaizadNo Gravatar said:

    Wahhhh.. besor cita-cita Buluhmas ni, lagi besor cita-cita ko Megat.. cayalah :D

  27. […] BNM arahkan Buluhmas hentikan operasi selama tiga bulan Posted by Din Beramboi 15 October, 2008 TANJONG KARANG 14 Okt. - Syarikat Buluhmas Sdn. Bhd. (Buluhmas) yang disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) kerana didakwa mengambil deposit secara haram dan mirip kepada skim cepat kaya, diarah menghentikan sementara operasi selama tiga bulan. Setiausaha syarikat itu, Abu Bakar Abu Hassan berkata, arahan itu berkuat kuasa semalam dan dalam tempoh itu, Buluhmas tidak lagi boleh menjelaskan bayaran upah kepada promoter dan wakil negeri, selain tidak dibenarkan menerima keahlian baru sehingga siasatan selesai. - Utusan =========================================================== Aku pun tak tahu apa akan jadi dengan Buluhmas nih. Bila kerajaan dah masuk campur, banyak la prosedurnya. Ditambah pula dengan Malaysia nih yang badan kehakimannya sudah mulai pudar fungsinya. Aku baru sahaja join Buluhmas nih 3 4 hari sebelum raya yang lepas. Aku join RM15 jer, pakej baby. Tapi ada downline aku yang join lebih RM1000 pun ada. Dua orang kawan aku baru nak join RM10,000 bawah aku tak sempat la. Selamat-selamat… Apa nasib diorang yang dah bayar tu ya? Adakah aku patut dipersalahkan? No no no… Kita tunggu sajalah hasil siasatannya. Kalau hasil siasatannya memihak pada Buluhmas, aku yakin ianya akan meletuo dengan hebatnya. Sebab barulah orang ramai akan mula percaya bahawa Buluhmas itu betul… tapi kalau betul2 bersalah macam mana? Lagi artikel blogger tentang Buluhmas: Buluhmas disyaki terlibat mengambil deposit tanpa lesen Buluhmas : Korang ada join tak? Buluhmas makin hangat sure heboh? BNM arah Buluhmas hentikan operasi selama 3 bulan Betul ke perihal buluhmas? BuluhMas antara 4 syarikat diserbu bank negara […]

  28. samdaddycoolNo Gravatar said:

    perghh.. ‘fening kepala’ sapa-sapa yang baru je masuk dengan duit yang banyak…

    .. hangat nampaknya buluhmas sekarang ni, cuma harap-harap siapa yang sangkut duit tu dapat balik duit . Aku faham kadang-kadang ada yang jual tanah, bergolok bergadai untuk investment jangka panjang macam ni.. :(
    samdaddycools entri yang terkiniNescafe Kick Start are back!

  29. […] 5. BuluhMas antara 4 syarikat diserbu bank negara […]

  30. ihateherNo Gravatar said:

    tadi masuk berita kat tv cite pasal buluhmas. Apapun, kita tunggu ajela..

  31. rohaizadNo Gravatar said:

    Sam - Aku pun tak sabar-sabar nak tunggu result dia.

    Ihateher - (seram nengokkan nama blog ko nie) itulah pasal, tak tau plak kenapa tak ada follow up. kes panas nih.

  32. samdaddycoolNo Gravatar said:

    .. hari punya cerita (utusan).. ramai orang berkumpul depan pejabat buluhmas…

    samdaddycools entri yang terkiniNescafe Kick Start are back!

  33. […] Rohaizad […]

  34. abdfatahNo Gravatar said:

    lenguh bijik mata dah skrol sehingga habis… tunggu dan lihat laa hasil keputusannya selepas ini… jangan ke mana mana… tengooooooooook.

  35. […] 5. BuluhMas antara 4 syarikat diserbu bank negara […]

  36. hanepNo Gravatar said:

    slalunya sangat susah nak lepas bila BN masuk campur, macam jai network n mpsb.beku cam2 ja. padahal bayaran ahli memang dibuat.

    3 bulan masa minimum untuk siasatan. lepas 3 bulan tu belum tentu dapat apa-apa keputusan. syarikat tpaksa henti operasi, pastu, klu apply koperasi, ambil masa lama lagi. pendek kata, setaun blum tentu dapat selesai

    apa pun harap buluhmas dapat kukuh dalam hal ni. klu lepas je masalah ni, mmg meletop la buluhmas.

  37. rohaizadNo Gravatar said:

    Hanep - Betul tu Hanep. Kalau BuluhMas clean, maknanya satu fenomena yang besar akan berlaku. Aku berani bertaruh semua orang MLM yang pernah gagal akan join BuluhMas (ini berdasarkan teori konspirasi akulah…)

  38. kamarudinNo Gravatar said:

    aku kira semua orang islam tahu halal haramnya…Melayu tak lari dari PHD..kau semua paham tak tuuu…Kalau kau study baik-baik cara pelaburan ini dijalankan.. bukan senang nak dapatkan dana dari mana-mana pihak… pasal kau orang tak ada pengalaman.Selama aku hidup ni pun, tak banyak kompeni melayu yang berjaya… jgn nak marah aku….semua ada depan mata!!!Aku taklah sokong Buluhmas….tapi Buluhmas ada misi bersama pelaburnya yang lain. Banyak kebaikannya. kalau Buluhmas ada niat serong…aku doakan kubur diaorang berasap….barulah yang lain akan tauuuuu

  39. rohaizadNo Gravatar said:

    Ada benarnya komen dari brader Kamaruddin ni. Takper, kita tunggu je kebenarannya.

  40. kamarudinNo Gravatar said:

    Tapi kepada Buluhmas…..kalau tak lepas dengan BNM…macamana nak pulangkan wang pelabur….Kalau BNM freeze kan duit tu….kemana pulak nak dilambakkan. siapa akan ambil…. Dulu aku tengok pelaburan internet - swiss cash….sampai sekarang tak tau cerita… INGAT BANYAK DUIT ORANG MELAYU DAH HABIS KAT SITU…..ADA YANG NAK BAYAR HUTANG….ADA NAK BINA HIDUP BARU. KALAU ADA USTAZ YANG PANDAI…TOLONG BAGI KOMEN HALAL HARAMNYA….

  41. rohaizadNo Gravatar said:

    Ada.. pergi je ler kat web ustaz zaharuddin tu (http://zaharuddin.net/)

  42. kamarudinNo Gravatar said:

    KENAPA bnm TAU NAK CEKOP AJEEE…..TAK CERITAPUN MACAMANA NAK PULANGKAN DUIT PELABOR…. KERAJAAN PULAK BUAT APEEEE……TU SEBABLAH KURANG UNDI…MASUKKLAH SIKIT CAMPOR TANGAN MENTERI-MENTERI TU….Kawan bagi komen aje….

  43. rohaizadNo Gravatar said:

    Masih dalam siasatan. Biasalah tuhh… takkan nak pulangkan duit tetiba jer kan? Kalau katakanlah Buluhmas lepas? Takdelah timbul isu pulangkan balik duit promoter tu.

  44. kamarudinNo Gravatar said:

    nak tau apa sebabnya jadi macam ni… sebab kita MELAYU…. ME - kata imbuhan perbuatan… LAYU - Kkata kerja…..soooo sepanjang hudup kita ni layu aje..yang kita pandai….komen, pemalas, buat benda tak baik….. I,ve got feed up….

  45. rohaizadNo Gravatar said:

    Itulah yang kita kena ubah. Ubah kepada MeNyegar….

  46. kamarudinNo Gravatar said:

    Aku harap BNM buat kenyataan tentang progress siasatan… jangan dok secretkan perkara ni….Pasal aku tengok banyak kawan-kawan aku yang termenung aje…Kalau satu hari nanti…saham kerajaan jatuh……ini lah salah astu sebabnya…padan muka…kenalah pandai tackle hati rakyat….

  47. shamxoNo Gravatar said:

    Dengar2 dengarnya noradz dah lepas….ada yang dah dapat payment..menurut sumber ada campurtangan ahli politik bagi melepaskan noradz.

    wallahuallam

    shamxos entri yang terkiniLAGI KOMISYEN FORMULA LUAR BIASA - (RM13550 TERKUMPUL) DAN TAWARAN RM33 JUTA IDEA UBAH DUNIA

  48. sharkNo Gravatar said:

    Apa kata kita minta majlis agama islam m’sia kaji buluhmas ni haram halal nya & kuarkan fatwa, war2kan kat media, jd lbh ramai org islam akan yakin…mcm peraduan celcom 1 hari 1 kereta tu…kan haram asalnya org islam kita pun x yakin haram, mana tau..sekadar nak menolong org islam kt supaya tak termakan secara tak sengaja duit haram

  49. rohaizadNo Gravatar said:

    Shark (Aisyah) - Wahai Aisyah, rasanya inilah komen yang terbaik sekali dalam kes sebegini. Jadi siapa yang patut ke hadapan dalam kes-kes sebegini ye?

  50. wakil BM...No Gravatar said:

    mcm ni le…bnda dlm siasatan..kalau ikut info terkini 90% sisatan meyebelahai BM….yg 15 tu bukan deposit tp sbgai yuran…bile daftar duit 15 tu adalah untuk kos stem,surat,stiker…lg pun klau ikut logic ianya upah…kite diupah sbb tampal stiker..mknya kite kerja la…beb..korang kalau g petronas dapat stiker petronas korang tampal bukan dapat duit..tp BM…bile kite tmpal dapat upah….kata advertising…aku rasa BM lepas sbb satu stakat ni xda pun ada kesalahan aper2…sprti dikatakan mcm tadi 90% menyebelahi BM…pastu lebih 700 pegusaha IKS bergantung pasarkan produk guna BM..kalau BM xda mau tutup kilang IKS tu….lg satu info…kalau x silap…sbnarnya hari kejadian 3 je cmpany…BM kene last minit sbb ada satu cina dari cmpany MLM jeles la kebangkitan BM..lg satu byk org cmpany cine tu lompat buat BM…salah satu promoter BM yg warak ustaz rashid…dier imam besar msjid maluri….kalau imam pun join BM…apetah lg kite yg xbrapa tahu selok belok…die byk nasihat bersabar…insyallah…xda ape…bykkn berdoa…BM dianiaya oleh org yg dengki…berdoalah…ssunguhnya Allah maha adil…askum…

  51. Syazna (MBA)No Gravatar said:

    Tiada perniagaan yang dapat begitu baik pulangannya selain skim cepat kaya - lihatlah contoh jutawan dan ahli perniagaan ternama dunia

  52. Syazna (MBA)No Gravatar said:

    Kita boleh menilai sendiri, setiap perniagaan yang tak jelas, pulangan yang diterima tidak sepadan dengan produk — MENIMBULKAN SYAK WASANGKA — NI DEKAT DEKAT HARAM LE TU!!!

  53. MEriNo Gravatar said:

    Eastana janji sebulan lepas masuk terus dapat bayaran.Ini 3 bulan tak dapat..siapa tak marah.Pengguna rasa tertipu.Dah ler agreement fotostat.Kita diminta buat personal loan & dapat balik bayaran lepas sebulan.Sapa tak marah bila beban hutang bertimbun disebabkan loan???

  54. AlfonsoNo Gravatar said:

    sarikat2 ni kena siasat sebab takde lesen utk terima deposit.

    buluhmas janji pulangan… mmg nampak pelik. kalau betul la… asal donald trump tak join je. lagik le takyah dia buat lagi 10 Trump tower (kalau dia nak buat la)

    tapi takpe. kita nengok apa jadi :D

  55. gagak_rimbaNo Gravatar said:

    ahaks…takkan melayu maju di dunia..memang susah..tapi betul semenjak benda nie ada aku tengok ramai kawan2 aku jadi senang..alhamdulillah..seronok aku tengok.dah dapat holiday dengan keluarga..tak payah dah buat part time..tak payah main nombor ekor..main kuda..mungkin sebab syarikat nombor ekor ngan mesin kuda menanggung kerugian disebabkan wujudnya 4 syarikat nie…

  56. rohaizadNo Gravatar said:

    Ye ker?
    Wahhh.. tahniah.. !

  57. Sahabat perihatinNo Gravatar said:

    Dan sampai sekarang BNM masih lagi xdpt mencari kesalahan buluhmas.Ok.ada yang belum jelas tentang pengambilan deposit RM15 tu.Mengikut didlm akta BFIA setiap individu/sykt yang mengambil deposit melebihi RM28 hendaklah mendapat kelulusan dari BNM sedangkn BM hanya mengambil RM15 jer itupun tujuan pendaftaran keahlian untuk menjadi promoter BM dan bukan pelaburan.Jd BM mmg xsalah.setiap Promoter yang membawa stiker BM akan dibayar setiap bulan upah dan bukan dari duit deposit tu.jd jangan suka membuat tuduhan xberasas jika kt tak tahu perkara sebenar.DAN…apa yang aku nak maklum ckit jer… Nantikan berita BM dipertengahan bulan DEC ni..
    Wassalam…

  58. rohaizadNo Gravatar said:

    Cantik.. satu info yang bagus. Terima kasih :D

  59. Ali AhmadNo Gravatar said:

    Sebenarnya BNM terlampau mengada ngada, yang perlu disiasat adakah perniagaan dan pembayaran berjalan seperti dijanjikan, dan pembayaran adail dan semua pelabur dapat, TAPI apahal dengan Loteri, Nombor Ekor dan sebagainya, ini semua terang terang satu penipuan dan penindasan, tidak semua peserta dpt habuan, hanya 0.1% dari jumlah peserta dapat habuan yang lainnya terang2 kantoi, kenapa ini semua ok nisbah BNM, sebabnya ada lesen kononnya dan lebih penting dpt cukai dan LAGI LAGI penting ada org yang dpt DUIT POKET dari bisnes tu

  60. rohaizadNo Gravatar said:

    Ada benarnya juga kata-kata En Ali tu.

  61. kecewaNo Gravatar said:

    wei korang sume..cuba fikirkan adakah sistem perniagaan buluhmas ni betol2 dihalalkan dalam Islam. kita jangan hanya memikirkan soal siasatan BNM terhadap dakwaan perlanggaran akta oleh buluhmas, tetapi apa yg lebih penting adakah ciri2 perniagaan ini di bolehkan oleh syarak..

    semoga anda semua mendapat jawapan nya.

  62. Sahabat PerihatinNo Gravatar said:

    hello en.Kecewa…BM ni dah lama beroperasi.kalu sistem perniagaan ni salah dah tentu sudah ada fatwa dari mufti atau alim ulama yg menyatakan BM ni haram.walaupn skrg ni BM tengah hangat diperkatakan dan diketahui umum namun masih tiada fatwa yg dikeluarkan.yang BNM sedang siasat adalah bahagian pengambilan deposit bukannya hal sistem perniagaan BM.Sampai sekarang BNM belum dapat mencari kesalahan BM dan BM masih bepoperasi seperti biasa cuma pembayaran upah sahaja ditangguhkan sementara atas nasihat BNM sehingga siasat selesai mengikut procedur selama 90 hari.Dan juga pembukaan mart baru di negeri masing2 masih berjalan seperti biasa walaupn masih lg dlm siasatan.Apa komen anda pula?

  63. rohaizadNo Gravatar said:

    Komen? Sama jugak.

    Harap-harap Buluhmas dapat kembali semula.

  64. mat tiarapNo Gravatar said:

    salam buat rakan2 semua… same2la kte berdoa agar syarikat BM ini berjaya dr hasil siasatan pihak BNM.sekiranya ianya gagal maka ramailah masyarakat melayu kite menanggung hutang.terutama dari masyarakat kampung,warga tua yang menggadaikan tanah untuk mendapat duit sampingan setiap bulan.sy juga telah join dengan buluhmas ni hampir 5 bulan.sikit sebanyak sy tau pergerakan buluhmas menjana pendapatan. tetapi perkembangan mengenai siasatan 2 sy tidak berapa pasti kte tunggu 90 hari mcmane… DLM PERTENGAHAN BULAN 01 harap2 keputusan yg positif dr BNM dapat dikeluarkan….. samalah kte berdoa…

  65. Sahabat perihatinNo Gravatar said:

    Harap semua orang menunggu keputusan dengan sabar dan tenang..semoga kemenangan berpihak kepada kita.AMIN….

  66. mat tiarapNo Gravatar said:

    salam buat promoter n yg bkn promoter.. thank atas pandangan2 kalian.. sudah menjadi lumrah bila baik dipuji n bila buruk dikeji.. so begitu berlaku pd buluhmas.. keputusan tidak lama lg akan keluar… jd sekiranya berjaya tunggulah fenomena besar akan melanda malaya.. bkn org malaya saje org luar pun turut sama… 2009 TAHUN PERKEMBANGAN BULUHMAS ENTERPRISE SDN BHD… amin

  67. […] lebih awal kerana banyak pemilik syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) bergantung kepada BuluhMas,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat BuluhMas di Taman Raden Jaya di sini hari […]

  68. udaNo Gravatar said:

    hi,untuk pengetahuan semua sebelum ape2 pun kenali dahulu,cnthnya d slh satu syrkt yg disita,trdapat pengurus syariah yg memeantau setiap satu yg berkaitan dengan agama.so,tidak timbul isu halal haram,kini mereka terpaksa berhdpn dgan siasatan lagi,kalau btul2 bersalah bicarakan shj di mahkamah,sng cerita,sampai bila syrkt ini mampu brthan?semuanya syrkt melayu islam,tdk adakh syrkt milik org agama lain sprti ini?????? li pikir la sendiri

  69. zakeriNo Gravatar said:

    Tak ramai org melayu yg beragama islam merujuk kepada selok belok & hukum agama biler nak start atau join satu perniagaan.

    Bab bab lain selain pernigaan seperti nikah kahwin, sembahyang, puasa & sebagainya kiter boleh rujuk ustaz, tok kadi atau ayah ibu kita..

    Tapi bab2 pernigaan ni sukar nak rujuk pada sapa..
    Cuber kawan2 rujuk http://www.zaharuddin.net..

    Ambil masa utk pahamkan…semoga rezeki kiter diberkati Allah..

  70. husinNo Gravatar said:

    mana lah pergi duit juta -juta tu

  71. areaffNo Gravatar said:

    ape lah nasib

  72. areaffNo Gravatar said:

    kepada sesiapa yang boleh memberi pandangan atau yang mengetahui perkembangan kes noradz sila tampil untuk memberi penerangan plz