Projek RM6 ribu - bahagian 2.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh disiarkan: October 13, 2008 online

8 Oktober lalu, aku telah membuat satu misi untuk pendapatan aku bulan ini. Sama ada berhasil atau tidak, itu terpulang kepada rezeki yang diberi oleh Allah tetapi sebagai seorang manusia, kita di galakkan untuk sentiasa berusaha.

Walaupun rezeki itu datangnya dari Tuhan, tetapi misi dan sasaran itu sendiri boleh merubah nasib dan juga pendapatan. Bukankah kita dituntut agar “beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada keesokan hari dan bekerjalah mencari rezeki seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi?”

Kesimpulannya:
Bahagian 1: Jumlah wang yang telah dijana : RM1,439.77 + RM669.66 = RM2109.43 (telah habis digunakan)
Bahagian 2: Jumlah wang yang telah dan akan dijana : RM 2109.43 + **RM1,362.54 + *RM1000.00 + *RM250.00 = RM4721.97
Bahagian 3: Masih lagi dalam proses (dengan baki RM1278.00 [RM6000.00 - RM 4721.97])

**Pengeluaran dari Paypal.
*Pendapatan dari perkhidmatan yang telah diberikan di www.all4offer.com serta www.AuraLestari.com (akan dibayar dalam minggu ini),

Perancangan:

Aku masih lagi kekurangan dana sebanyak RM1278.00 untuk membuat grill besi rumah kakak aku, jadi inilah perancangan yang aku perlu lakukan:

1. Aku akan membuat promosi besar-besaran secara bersendirian (kedai ke kedai) untuk khidmat laman web yang aku tawarkan (berplatformkan Wordpress).
2. Menambahkan sumber pendapatan OFFLINE aku.

Doakan aku yea… :)


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, make sure anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan dibawah. Terima kasih daun keladi.... jika ada masa, silalah datang lagi. .


Suka dengan catatan di atas? Jika suka, silalah vote catatan itu di sini:

Dapatkan catatan terkini:

DIJAMIN BERBALOI !!!

Sudah 21 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. samdaddycoolNo Gravatar said:

    … semoga berjaya…

    All the best!! (doakan aku sekali)

    samdaddycools entri yang terkiniNescafe Kick Start are back!

  2. Wah.. bro.. u must be seorang yang berperancangan mantap kan.. sekarang kos barang mentah naik.. pergh.. tu baru grill je.. bukan sebijik rumah lagi.. hohoho..

    sallikin@nikillass entri yang terkiniFlash Entry Ep. 8

  3. Darth MuarNo Gravatar said:

    takder kena mengena dgn entry di atas….

    “cari rezeki..kena hati2″….pesan atuk aku

    byk diluar sana..sekali pandang nampak menarik…

    tak kurang yg menjaja agama, menjual bangsa semata2 nak kaut untung dgn cepat….ada yg konon2nya menjana perniagaan menolong bangsa….tapi rupanya menipu bangsa sendiri….dah byk kes mcm ni….

    anyway….susah skit takpe..asal rezeki yg dtg itu berkat, suci, halal……..

  4. rohaizadNo Gravatar said:

    Darth Muar - Wahahaha.. .memang takde kena mengena pun dengan catatan di atas.

  5. titanNo Gravatar said:

    hoho..marketing kedai-kedai tu tak tahan. Dulu aku rajin wat. Sekarang. Ehm..kene wat semula nih. Hehe :)

  6. rohaizadNo Gravatar said:

    Takper, janji rezeki halal. Orang lain tu boleh jual buku dari kaki lima ke kedai, kita pun boleh …. takdak hal…. jalan terus… :D

  7. abdfatahNo Gravatar said:

    takder yang akan komplen ke pendapatan dengan skala pr yang ada nanti… hohohooo…

    apa hal nak buat bandingan dengan pr pulak????

    rezeki ada di mana2 yang penting adalah usaha. kalo takder usaha mana nak dapat rezeki berkepul2…

  8. rohaizadNo Gravatar said:

    Abdfatah - “takder yang akan komplen ke pendapatan dengan skala pr yang ada nanti… hohohooo…
    apa hal nak buat bandingan dengan pr pulak????”

    Ermm… aku rasa macma kurang jelas jer dengan ayat tuh, bandingan pr?

  9. taukeyNo Gravatar said:

    caya la. sikit jer lagi tu. hehehe. USD300 lepas dah tu. hehe

  10. megatNo Gravatar said:

    uih x sabo lak nak capai tahap tu. perlu sentiasa bermusyawwarah supaya keyakinan tidak hilang camtu jer.

    megats entri yang terkiniAkhirnya Selamat Tinggal Kepada Semua, Maafkan Aku!

  11. rohaizadNo Gravatar said:

    yup. betul tuh.

  12. samdaddycoolNo Gravatar said:

    ..tanya sket (out topik), ada sorang mamat acount paypal personal (verified vcc), beli usd 100 dgn aku, pastu dia kena potong usd5 ++ Apsal jad? Aku acc premier..

    samdaddycools entri yang terkiniNescafe Kick Start are back!

  13. rohaizadNo Gravatar said:

    Kalau tak silap aku, kes ini ada kena mengena dengan account business dia.

  14. samdaddycoolNo Gravatar said:

    ok.. thanks.. aku nak usya blog bob, ada benda dia bagitau aritu..

    samdaddycools entri yang terkiniMari kita lihat.. siapa yang kenaaa…..

  15. zoolNo Gravatar said:

    Wah ko pun nak pasang grill ek..
    Boleh layan ek website guna platform wordpress ??
    aku pun nak promo la camni..

  16. rohaizadNo Gravatar said:

    Nak promo?
    Promo apa zul?
    Kasi tau sket…

  17. taukeyNo Gravatar said:

    hehehe….zool nak ikut langkah ko utk promo buat web utk kedai kedai ke guna platform wordpress. hehehe

  18. nuaemanNo Gravatar said:

    Nak pasang grill tingkap berapa yek.. umah jiran aku kene rompak semalam.. rasa palang besi kat umah tu dah makin tak selamat jee..

    nuaemans entri yang terkiniJangan Shopping di Kemayan City kalau ke JB tau..!

  19. rohaizadNo Gravatar said:

    Aku belum survey lagi .. berapa pun tak tau ler.. JB ni memang mahal belaka. Kalau taik tu boleh dijual, mesti orang meniaga.

  20. […] Maknanya engkau bijak dan kehidupan engkau juga mungkin akan berubah. Peluang untuk memberikan kesenangan kepada ibu dan bapa engkau juga InsyaAllah akan terbuka luas selepas […]

  21. […] telahpun melebihi daripada sasaran yang aku inginkan. Maknanya, janji aku untuk menolong membuat gerigi rumah akak aku telahpun dapat ditunaikan. Yang pasti, masih ada baki 5 hari lagi untuk aku menjana […]