Ingin beriklan? Sila klik di sini


BuluhMas diarah tidak ambil ahli baru – mengapa?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: October 14, 2008 online

kenapa.jpg

Abu Bakar berkata, langkah itu bertujuan mengemaskinikan akaun syarikat bagi memudahkan BNM menyiasat syarikat itu yang didakwa melanggar Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang melarang individu menerima dan mengambil deposit tanpa lesen.

“Dalam tempoh tiga bulan ini, kita menghentikan operasi membayar upah dan pengambilan ahli baru sehingga siasatan selesai manakala operasi lain berjalan seperti biasa.

“Kita berharap siasatan dapat diselesaikan lebih awal kerana banyak pemilik syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) bergantung kepada BuluhMas,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat BuluhMas di Taman Raden Jaya di sini hari ini.

Ermmm… cuba baca balik artikel penuh mengenai berita terbaru BuluhMas ni sebab aku rasa ada sesuatu yang menarik perhatian.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, pihak Bank Negara Malaysia tidak akan menghentikan perniagaan BuluhMas Mart dan apa yang akan dibuat sekarang oleh Bank Negara Malaysia sekarang ini hanyalah untuk menyiasat aktiviti kemaskini akaun syarikat.

Satu perkembangan yang agak mengejut sebab aku mati-mati ingat yang BuluhMas akan terus di”banned” dan lebur. Dan banyak-banyak cerita yang terkeluar di suratkhabar Utusan hari ini, takde plak diceritakan mengenai 3 lagi syarikat lain iaitu Jazmeen, Noradz dan Eastana. Apalah agaknya yang terjadi pada mereka-mereka itu semua?

Apa-apapun, kita tunggulah cerita selanjutnya. Dan aku ada satu simpulan bahasa yang aku jumpa di internet tadi:

Apabila si manja “gigit jari”, “gigit telunjuk” dan “hisap jari”, dia tidak memasukkan apa-apa ke dalam mulutnya kerana dia sebenarnya kecewa tidak mendapat gula-gula.

*** Aku semacam merasakan bahawa akan ada perkara sebaliknya yang akan terjadi. Jeng…jeng…jeng… :D


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 40 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Kujie said:

    abg ipar saya baru saja bercerita produk iks dia akan diluar di Bulus Mas Mark.

    Tak tau pula apa cerita sekarang

  2. rohaizad said:

    InsyaAllah semuanya akan kembali seperti biasa. Saya ada instinct yang mengatakan Buluhmas akan meletup dan jadi fenomena selepas nih.

    Silap-silap, saya akan mendaftar sebagai promoter`nya. Ada sesiapa yang ada form kosong ? ekekeke

    ** konsep perniagaan dia marvellous. menarik tertarik memang tembam :D

  3. samdaddycool said:

    … wah… Macam gimmick la plak???

    samdaddycools entri yang terkiniMari kita lihat.. siapa yang kenaaa…..

  4. taukey said:

    hmm….berita ni aku ada baca pagi tadi. hmm aku dah konpius dah. hehehe. semoga takder apa apa la ni. diharap tiada “pertumpahan darah”

  5. samdaddycool said:

    … wah sampai tumpah darah??? Dahsyat kalau sampai tahap macam tu.. so far, Malaysia belum sampai tahap hardcore lagi..

    samdaddycools entri yang terkiniCrazy sale, massive clearance – Batik lukis asli LELONG!!!

  6. megat said:

    balik ke kampung beraya. belum panas punggung lagi dah sibuk ipar duai bercerita pasal projek pelaburan masing-masing dan mengajak join.

    tup tup dengar ada masalah. huhu, hari ni aku terima berita yang masing-masing kepala kat bawah, kaki kat atas. apa agaknya yang bakal berlaku!?

    tunggu dan lihat!

  7. yang sebenarnye.. aku x tahu pun ape buluh mas ni sebenarnya.. huhu.. eh.. btw.. semalaman lagu ungu-andai ku tahu terngiang2 dalam kepala ku.. andai ku tahu~~~

    sallikin@nikillass entri yang terkiniAdat..

  8. Mohd Ismail said:

    jiran aku kereta kancil dia ade pelekat BuluhMas ni =) tp tak pernah sembang apa2 pun ngan aku..

  9. rohaizad said:

    Sallikin – takper.. selepas ini, ko akan tahu… :D

    Ismail – Ko tak cuba ushar dia plak ke Mail? Ker dia memang dah tahu yang ko memang tak akan masuk BuluhMas nie? ekekeke

  10. abdfatah said:

    spekkulasi yang cukup menarik nih… jeng jeng jeng… tengooooooooook….

  11. Darth Muar said:

    Aku rasa buluhMas ni bakal meletup pasni…meletup coz buluh diorg akn dijadikan meriam buluh….

    paling pengor pun jd buloh betong….wakakakaa…

  12. Darth Muar said:

    company Noradz…aku tgok byk cabang bisnes diorg…yg terbaru buat film…dan komik juga…

    benda ni dlm siasatan lagi…..selagi takder kepastian…mana munkin kata benda tu salah..ye tak…

  13. rohaizad said:

    Wahhh.. ada pilih kasih di sini. Ko ni mesti dah join Noradz dan tidak berapa suka dengan Buluhmas. Takper, aku akan sentiasa memberikan perkembanga terbaru mengenai Buluhmas sebab aku tak pernah dengar pasal Noradz ni.

  14. ezad said:

    Ke ada tangan halus yg cuba menutup periuk nasi pengusaha kecil (IKS), memandangkan ramai melayu yang akan bertukar arah seperti pegi ke Mydin Mart kerana lebih murah, X mungkin satu hari nnti akan ada Buluh Mas Hypermarket..wah hebat.

  15. Darth Muar said:

    aku tak join pun….aku beli komik diorg jer….sbb pelukis2 diorg membe2 aku..kenalan2 aku..tu jer….

    takder pilih kasih….

    sbb aku tak masuk pun mana2 bisnes camni….

    mana yg ok…ok la….yg benar itu pahit….sepahit2 kopi…ada gak yg minum….hehehe

  16. rohaizad said:

    Ezad – Aku optimistik dengan apa yang kau cakapkan :D

    Darth Muar – memang betul tu tapi ko lupa satu perkara. Yang PAHIT itu juga UBAT! :)

  17. amin said:

    Kepada semua pembaca…
    Nak tau apa Buluhmas?

    Baca majalah potensi Edisi 7 2008

    Segalanya jelas.

  18. rohaizad said:

    Amin – mana nak dapatkan majalah nie?

  19. puakakejam said:

    heh..baru hari tu jumpa ijad…bincang2 pasal buluhmas..tup tup..kena serbu dgn BNM…huh

    harap2 takder masalah la….

  20. rohaizad said:

    BuluhMas akan beroperasi seperti biasa selepas waktu bertenang 3 bulan :)

  21. taukey said:

    dngr cerita org kata Noradz ada byr pelabur dia…hehehe.. akaun tak kena beku

  22. azam said:

    semua nih risiko dalam melabur tapi satu nak katakan semua ini kejab je yang berniaga cara betul diaorang akan beroperasi seperti biasa

  23. Azman said:

    buluhmas ok dia bkn nak tipu org dan paksa org tak ada paksaan sapa nak join blh join ,aku rasa lepas siasatan pasti meletup bines ni.

  24. rohaizad said:

    Mintak-mintaklah`kan sebab biarlah semuanya maju.

  25. ihateher said:

    ehm. harap2 begitulah. :)

    ihatehers entri yang terkini2 Tips How to make Girls Happy?

  26. nick said:

    Bukan senang nak senang, bukan susah untuk susah. Jika ia meragukan hindari skim yg menjanjikan pulangan wang segera.

    nicks entri yang terkiniIklan Percuma – BIOS (Basic Input Output System)

  27. zack_c said:

    Hmm..sebenarnya malas gak nak komen banyak pasal buluhmas nie bro..Tapi concept dia nak menulung org melayu dalam industri IKS ni sgt bagus..tapi disalah erti kan oleh sesetengah pihak..so nak buat mcm mana kan?? Tgu dan lihat aja lah…

  28. ADUHAI said:

    MEMANG AKU SOKONG BULUHMAS SOKONG INDUSTRI IKS. TAPI SAYANG SALAH PROSEDUR PLAK DGN BNM. AKU PUN TERTANYA-TANYA SIASATAN BNM NANTI. NALURI AKU MENGATAKAN MUSTAHIL AKAN LEPAS DARI BNM. ADA MEMBER BM MENGATAKAN SIASATAN DAH HAMPIR 90% SELESAI DAN BERPIHAK KEPADA BM, WAULAHULLAM SETAKAT MANA KEBENARANNYA.
    TAPI KALU SEKIRANYA BM LEPAS SIASATAN BNM. PASTI BM AKAN GEMPAK. PAK LAH MENTERI KITA PUN AKAN MASUK SEBAB TAK LAMA LAGI DIA NAK PENCEN, HEHEHEHE.
    ITU BARU PAK LAH…PAK CIK MAK CIK KAT KG YG SELAMA NIE DOK MASUK ASB KOR ASN, PASNI PAKAT2 KELUAR SIMPANAN MASUK BM. WOW MALAYSIA AKAN GEMPAK….SILAP GAYA PELABUR-PELABUR ASING PUN PUN AKAN TURUT INVEST SKIM BM.
    PEH, AKU BERMIMPI DI SIANG HARI RUPANYA……

  29. rohaizad said:

    Apa salahnya bermimpi disiang hari`kan?

  30. [...] ke Mountain View, California? 5. Berapa ramaikah penduduk Mountain View yang telah melabur di BuluhMas dan inginkan berita terkini mengenai status mereka? (memandangkan keyword BuluhMas telah membuatkan [...]

  31. mat kilau said:

    ada betulnya cakap aduhai tu mungkin duit dari ASNB akan berkurangnya dan mungkin akan merugikan BNM.Tetapi…mengikut dari sudut lain duit yang kita laburkan akan masuk ke akaun BM dari BSN iaitu milik BNM itu sendiri.sama saje kan? jd BNM xrugi pn…BNM pun untung diorang bleh buat tu untuk melabur untuk menjana ekonomi negara.Kita pun untung jgk kerana tiap2 bulan dpt duit dan yang lagi untung adalah BM kerana bila BM untung diorang boleh bayar upah kita selamanya…
    secara logiknya semua dpt untung dan tiada yg rugi.ini cuma pendapat aku jer..xtau ada pendapat yg lain.

  32. yan26 said:

    x de ke cerita terbaru pasal buluhmas ni? dah masuk tahun baru dah

  33. rohaizad said:

    Terpaksa tunggu keputusan dari BNM. BuluhMAs dan ahlinya sekadar menunggu jer.

  34. mat tiarap said:

    salam… aku baru saje balik dari hq buluhmas PTG di tanjung karang tukar voucher…
    ada jugak aku bertanya kepada staff2 buluhmas tentang perkembangan terkini mcmane..
    dari ape yg aku di beritahu keputusan tidak dikeluarkan lagi dari BNM..
    akan tetapi naluri aku menyatakan akan berpihak pada buluhmas… bukan ape bumiputra lagipun.. kalu kate nak kandang kenapa pihak buluhmas tidak memberhentikan para pekerjanya.. hehe yg paling pelik siap naikkan gaji lagi…pengurusan pulak makin sebuk skrg ke BNM… MART MENCACAK PULAK agak2 korang mcmane 2….. berdoa ajela

  35. ita said:

    moga2 apa yang naluri mat tiarap tu betul..harap2 sumenya lepas ni ok2 belaka…doa la ye ramai2..rohaizad jgn lupa antar berita yang latest tentang buluhmas ye..tq

  36. rohaizad said:

    Insya Allah. Semua berita terkini akan di siarkan di blog ini. :)

  37. L22L said:

    salam sumer…hermm…aku nieh ahli promoter buluhmas dr ceras…ape yg aku dgar skang..insyallah bulan nieh (bln 6)..buluhmas akan kembali beroperasi…arap2 begitu la….insyaallah….kiter berdoa jela byak2….snang kiter jugak….utk papew citer…kontek aku..0172900240..name diberi AMY….

  38. L22L said:

    hermmm…assalammualaikum sumer….nyway aku amy promoter dr ceras…hermm….aku dgr kabar angin mengatekan….kiter sumer da xdew arapan ag..hermm…pendek kater..kene tipu lorhh…hehehe…da staun da kekwn….ader yg ckap kol hq dier pn xmo angkat da…harap tabah ngan berite niehh…wasalamm..

  39. [...] ingat lagi pada kes BuluhMas yang pernah di serbu oleh Bank Negara Malaysia sedikit masa dulu? Haaaa… hari ni satu lagi syarikat diserbu oleh Bank Negara Malaysia iaitu [...]

  40. nurul said:

    salam, saya nak tanya fasal Jazmeen lah.. ade sesiape dengar cite x? Suami saya melabur kat Jazmeen sbb tgk ade masuk surat khabar dan it looks more on muslim’s business.. tu yang ingat mmg da established. Macamana ek? sampai skang xde dengar cite ni.. Risau gak ngan duit kami tu..