Blogger yang membuat review berbayar dan menjual link adalah BODOH. Betul ke?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Bahasa, Internet - Tarikh disiarkan: October 23, 2008 online

** Catatan ini mempunyai 1390 patah perkataan. Jika anda berada di pejabat, pastikan bos anda tiada (untuk mengelakkan anda di tuduh mengulor). Jika anda berada di rumah, sila bawa sekali air sirap dan biskut untuk di makan. Selamat membaca!

Sedang aku sibuk melawat dan melawat dan melawat dan melawat dan melawat ke beberapa blog tadi, aku ada “tersinggah” ke satu blog blogger Malaysia. Apa yang aku boleh katakan ialah blog ini sungguh hebat kerana pemiliknya kelihatannya kuat berusaha dalam menjana pendapatannya. Sehinggakan dalam kebanyakan catatan`nya yang ada dalam blognya itu, aku boleh katakan dia telah berjaya merangsang pembacanya ke arah kejayaan.

Tapi dalam kehebatan dia berblogging, aku terperasan tentang satu catatannya yang sungguh mengguris hati. Tidak perlulah aku beritahu apalah nama blog itu kerana aku rasa dia adalah salah seorang blogger mungkin engkau kenal.

Iya… ada satu catatan dalam blognya yang telah mencerminkan keperibadian dia sendiri. Apa yang pasti, dia telah mengatakan bahawa blogger yang membuat review berbayar dan blogger yang menjual link di blog masing-masing adalah seorang blogger yang BODOH. Tapi setelah aku membaca keseluruhan catatan dan juga pendapat mahupun lontaran minda yang dia cuba sampaikan, aku rasa aku semakin menghampiri kepada kebodohan yang dia cuba sampaikan.

Fakta yang dia ingin ketengahkan sebenarnya terlalu jauh dari dunia review dan link berbayar. Terlalu cetek pendapat dan pengalaman yang dia ada dalam dunia review dan link berbayar ini. Sebagai akibatnya, dia merasakan seolah-olah dia pandai menilai orang lain dan secara langsung, berani membodohkan orang lain sedangkan dia belum tahu 100% apa yang diandaikannya.


Baiklah, biarlah aku terus terang di sini.
Dahulunya (2004-2005), aku adalah seorang blogger yang berblogging atas tujuan saja-saja dan untuk berseronok. Dalam berseronok, aku tidak pernah mengenepikan ilmu yang aku belajar (maknanya aku tidaklah BODOH`kan?).

Aku sentiasa belajar sesuatu yang baru setiap hari. Dari saat aku tidak tahu apakah itu makna login, restart, reboot dan macam-macam lagi sehinggalah aku pandai HTML, kini aku boleh berbangga dengan keyakinan yang ada pada diri aku. Dan aku sentiasa bersyukur untuk itu.

Sehinggalah tiba pada satu waktu, aku semakin bersemangat untuk bergiat aktif dalam dunia blogging. Masa aku semakin terisi dan aku tidak lagi membuang waktu dengan tidak tentu pasal, apatah lagi hendak melepak dan merempit. “Bloghoping” pula adalah antara aktiviti yang wajib dilakukan untuk mendapat ilmu, begitu juga dengan berforum. Semua itu adalah kenangan terindah bagi seorang insan yang buta IT seperti aku.

Jadi bila muncul peluang membuat duit dengan review dan link berbayar ini, aku pun mula mengorak langkah untuk lebih ke hadapan lagi. Aku tahu dan aku sedar bahawa aku harus membuat dua jenis blogging-style iaitu blogging “asli” dan blogging “berbayar”. Blogging “berbayar’ umpama perniagaan bagi aku kerana disitulah aku boleh menambah pendapatan dari sumber online. Untuk blog peribadi aku yang lain (bukan bertemakan duit), aku masih lagi teruskan.

Sebenarnya, bukan aku tidak baca mengenai fenomena blogger yang membuat review dan link berbayar. Aku baca.

Aku tidak nafikan, memang banyak artikel yang ditulis mengenai “etika seorang blogger”. Senang cerita, blogger yang dibayar untuk menulis (paid review) adalah blogger yang tidak ada “standard”, tidak mengikut piawaian, tidak asli, tidak tulen, tidak ikhlas dan macam-macam lagilah.

Kiranya, sesiapa sahaja blogger yang buat review dan link berbayar bermakna mereka sudahpun melanggar pantang larang sebenar istilah dan makna blogger itu sendiri. Semua otai blogger di dunia ini pun mengatakan hal yang sama. Aku baca semua itu, bukan aku tak baca. Tetapi takdelah pulak mereka itu semua mengatakan blogger yang buat kerja review berbayar itu BODOH!!!

Kemudian untuk tujuan perniagaan, aku mula membuat niche blog network (blog berbahasa Inggeris).
Aku set up banyak blog sebagai network aku sendiri tapi bukan blog berbahasa Melayu. Tanpa mengganggu blog peribadi aku yang lain, aku mula mempromosikan blog network aku agar khidmat review aku berkembang. Hasilnya, pendapatan dari review berbayar dan menjual link sahaja tidak lari dari RM2500 sebulan (purata). Blogger Menj.org dan Megat.net adalah antara mereka yang tahu akan hal ini.

Malah, aku semakin seronok dengan pendapatan yang aku perolehi. Bukan itu sahaja, pendapatan ini semuanya HALAL. Review dan link berbayar adalah satu daripada “internet marketing” yang bagus untuk diceburi oleh sesiapa sahaja. Aku membantu orang lain dari segi promosi (produk dan perkhidmatan orang lain) dan aku dibayar untuk itu. Saling tak tumpah kerjanya seperti promoter di shopping kompleks, promoter kad kredit dan sebagainya. Cuma ironi`nya, aku dan mereka berada dalam dunia yang berbeza. Yang sedihnya pula, ramai yang tidak perasan akan konsep pengiklanan internet ini.

Sekarang cuba letakkan posisi engkau dalam situasi yang aku sudah sediakan di bawah:

Engkau seorang yang susah hidupnya (macam aku).
Engkau inginkan sedikit kesenangan. Engkau hendak beri ibu bapa engkau duit, hendak hantar mereka ke Mekah dah macam-macam lagi (macam aku).
Sekarang, bayangkan engkau ada sebuah rumah di persimpangan yang strategik (tak macam rumah aku, rumah aku rumah setinggan -dibelakang rumah aku ada longkang besar).

Kemudian ada seorang wakil Digi, Celcom dan Maxis datang untuk menyewa sedikit ruang di hujung lot tanah engkau dengan bayaran RM5,000 sebulan untuk papan iklan mereka. Mereka sedar lokasi rumah engkau terlalu bagus nilainya (anggap nilai tanah engkau itu sebagai PAGERANK).

Hakikatnya, rumah engkau bukannya cantik sangat pun (dalam konteks ini, rumah itu ibarat blog buruk engkau). Pondok buruk jer.
So sekarang apa yang engkau akan buat? Hendak terima tawaran itu atau tidak? RM5,000 darab 3 = RM15,000!

Terima tawaran tersebut?
Jika engkau terima, itu bermakna engkau bijak dan kehidupan engkau juga mungkin akan berubah. Peluang untuk memberikan kesenangan kepada ibu dan bapa engkau juga InsyaAllah akan terbuka luas selepas ini.

Menolak tawaran?

Senang, itu engkau bodoh pertimbangan!
———————————————————————————————————-

Haaaaa… sekarang mana satu yang akan engkau pilih?
Cakap…! … cakap…!
Mestilah yang pertama bukan?

online_advertising_spend.gif

Itu cerita pengiklanan di dunia nyata. Dalam dunia internet, review berbayar dan menjual link pun mempunyai konsep yang sama cuma caranya sahaja yang berbeza. Serupa tapi tak sama. Saban tahun, nilai dagangan pengiklanan internet mencecah billion dollar. Ini adalah petanda bahawa pengiklanan adalah satu sumber perniagaan yang sungguh menguntungkan. Kalau aku nak siarkan nama blogger-blogger terkenal di dunia ini yang menjalankan review berbayar dan link berbayar ni, alamat tak larat pula nak membacanya nanti.

Dipendekkan cerita, inilah situasi yang sebenar.
Engkau ada blog yang buruk, tapi engkau berjaya develop PAGERANK`nya. Kemudian, datang pulak pengiklan dari US yang ingin menyewa space di blog engkau (mengapa? ini link building punya cerita). Blog engkau bercerita mengenai kasut, dia punya blog pun pasal kasut. Bukan ker ke ada kaitan tu? Jadi, untuk USD5.00 untuk sebulan amat berbaloi kan?

Tidak berbaloi?
Okay, sekarang cuba darabkan dengan 10 advertiser yang inginkan link blognya diletakkan di blog PR3-4 engkau itu (USD5.00 x 10 = USD50.00). Cukup tak?

Apa? masih tidak cukup?
Baiklah, sekarang darabkan lagi dengan 15 blog yang engkau ada dalam blog network engkau itu. Tidak banyak, 15 sahaja. USD50 x 15 blog = USD750.00. Itu belum dicampur dengan upah yang dibayar untuk review`kan produk dari advertiser lain, adsense, affiliate dan juga yang lainnya. Opsss.. jangan lupa untuk tukarkannya ke dalam RM Malaysia (USD750 x RM3.546 = RM2659.00).

Buat pengetahuan pemilik blog itu, aku harap dia belajarlah lagi mengenai internet advertising. Janganlah sesekali mengatakan blogger seperti aku ini terlalu BODOH untuk dibayar USD1-USD2 untuk 1 post. Walaupun itu adalah rezeki, aku tidak pernah mendapat tawaran yang sebegitu rendah.

Dan janganlah sesekali menyangka blogger seperti aku dan yang lainnya ini hanya bergantung harap kepada program seperti yang kita semua ketahui. Masih banyak lagi direct advertising yang aku buat. Cuma aku tidak boleh beritahu kerana itu semua adalah harta persendirian.

Aku sendiri membuat direct advertising yang mana aku dibayar $15.00 minimum satu post minimum 100 patah perkataan. Kerana itu adalah lebih bagus “blend”nya untuk search engine. Kenapa harus taat membabi buta dengan Google? Boleh mati ke kalau seseorang blogger itu tidak membuat adsense? Buat pengetahuan semua,aku mempunyai 4 blog yang telah di penalized oleh Google tetapi aku kembali dengan 5 blog baru selepas itu.

Google bukanlah penamat rezeki kita.
Rezeki, maut dan ajal itu di tangan Tuhan. Bertindaklah dengan bijak. Ceburilah dunia domaining supaya engkau tahu bagaimana untuk dapatkan domain yang ada PR. Develop lagi dan kembangkan lagi blog network. Apa salahnya?

Iya, mungkin bagi sesetengah orang, cara aku ini nampak leceh. Tapi bagi aku, yang leceh itulah peluang besar bagi aku. Kalau semuanya nak jual ebook, kalau semuanya nak jual affiliate link, kalau semuanya nak jual VCC card, kalau semuanya nak jadi pakar dalam itu, pakar dalam ini… maknanya pasaran akan penuh dengan link-link yang entah apa-apa entah. Aku minta maaf tapi inilah yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Masing-masing menjual benda yang sama. Siapa nak beli?

Ingat satu perkara.
Menjana pendapatan melalui blogging adalah BERBEZA dengan apa yang Internet Marketer lakukan. Kalau engkau seorang Internet Marketer, dunia “perniagaan” kita adalah berbeza. Kalau tidak percaya, cubalah tanya brader Alang kita. Dia sendiri akan mengaku yang dia bukanlah seorang full time blogger, tapi dia adalah seorang Internet Marketer.

*Kenapa aku menceburi bidang jual beli domain yang ada PR?
*Kenapa aku ada dua jenis blogging?
*Kenapa blog network aku semakin banyak?
Semuanya mesti bersebab`kan?

Jadi sekarang sila bantu aku untuk menjawab soalan ini.
Adakah aku tergolong dalam ciri-ciri seorang blogger yang BODOH itu sedangkan dalam waktu yang sama, aku masih lagi aktif dalam blog yang tidak bertemakan DUIT seperti blog rohaizad dot com ini?

p/s: Aku tak marah… cuma pendapat….


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, make sure anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan dibawah. Terima kasih daun keladi.... jika ada masa, silalah datang lagi. .


Suka dengan catatan di atas? Jika suka, silalah vote catatan itu di sini:

Dapatkan catatan terkini:

DIJAMIN BERBALOI !!!

Sudah 36 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukeyNo Gravatar said:

    Aku rasa aku kenal. kalau salah takper la. tak yah aku sebut pun. he he he

    p/s: harap bukan aku…. :D

  2. fadilNo Gravatar said:

    Langsung tak betul. Teruskan aje buat blog yang review berbayar janji halal. Orang nak kata bodoh lantak pi lah orang tu. Asal ape yang you buat tu tak langgar ajaran islam kira ok la.. Selamat berblogging.. :-)

  3. dendangNo Gravatar said:

    teringin nak blajar internet marketing..tp takde masa lagik tuk blaja sume tuh..:(

    dendangs entri yang terkiniBangkok Dangerous Film Review

  4. rohaizadNo Gravatar said:

    Taukey - Memang bukan ko. Itu sudah pasti. Aku tau engkau takkan keluarkan idea dan pendapat seperti itu.

    Fadil - Baik ustaz.

    Dendang - Sekarang tidak macam dulu. Info mengenai internet marketing berlambak. Cari sahaja :)

  5. zoolNo Gravatar said:

    Hm.. siapa agaknya blogger tu???
    Tapi pada aku apa jua yang pentingnya tidak menipu..
    Biarkanlah luncai dengan labu-labunya..

  6. megatNo Gravatar said:

    klu dari definisi yg diberikan seperti aku kenal siapa.

    bagi aku jat, abaikan apa yang mereka nak kata. dunia seperti kita makin berkembang. mungkin dia akan sedar akan kebolehan pekerjaan seperti kita.

    rezeki masing-masing kan? tapi aku suka cara kau menjelaskan tentang isu tersebut.

    aku pun dah lama tak masuk blog tu. sepertinya pentingkan diri sendiri pula mamat tu. kononnya seperti dia tahu segalanya.

    terus terang setelah menerima penjelasan lanjut dari kau jat, aku sedar akan kelebihan orang seperti kau!

    megats entri yang terkiniTidakkah Kau Nikmati Hidup Ini Sepenuhnya!?

  7. rohaizadNo Gravatar said:

    Zool - Ayat ko ni “makan dalam” laaa… ekekeke.

    Megat - Aku suka dengan orang yang opportunist macam ko nie. Sebab kita pun tau “Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba itu jika dia sendiri tidak mengubahnya”.

  8. chikaNo Gravatar said:

    saya tak pandai membisnes dengan blog.
    macam kesian lah bukan?
    hhahahaha.
    tapi saya telah membaca keseluruhan entry neh padahal saya tak terangsang untuk menjana duit dalam blog.

    mungkin penjelasan anda adalah jelas.

    :)

  9. rohaizadNo Gravatar said:

    Chika - Tidak pandai? Tidak pandai tidak mengapa. Asal ada kemahuan, di situ ada jalan.

  10. rohaizadNo Gravatar said:

    Psssst: Ada “bunga” lah kat sini :D

  11. taukeyNo Gravatar said:

    mana bunga mana bunga. hahahaha. :P

  12. rohaizadNo Gravatar said:

    Ehem… dia ada di atas tu haa… Cik Chika namanya … egegegege :D

  13. |1f34|-|1r3No Gravatar said:

    aku ingatkan ko nak citer pasal review berbayar menjatuhkan pagerank..hehe..sekali aku salah daaaa..tp mmg ada yg menjatuhkan page rank..cara selamat ialah buat no follow pd link yg diragui taraf & status link itu…aper aku mengarut ni ?

  14. shaxxNo Gravatar said:

    sapa lah yg bodoh wat citer bodoh tu yer… kalau lah aku tau sapa dia…isk isk isk…

  15. fadilNo Gravatar said:

    jangan panggil saya ustaz tapi panggil saya fadillah kamsah.. muaahahahaha.. gurau saje tapi zad kau memang best.. :-)

  16. pergh.. entah kenapa entry yg kau tulis mesti aku baca dari awal sampai akhir.. walau panjang mana sekali pun entry kau ni.. Mungkin penjelasan yg mantap, jelas dan padat.. Aku mmg buta pun dalam bidang ni.. At least aku gain somthing.. Better than nothing.. Info baru buat aku..

  17. izzatNo Gravatar said:

    pada ak, dimana ada peluang, ambik je. peluang datang sekali je. peluang depan mata xkan x nak kowt..

  18. rohaizadNo Gravatar said:

    |1f34|-|1r3No - Yup, bukan pagerank jatuh lagi, terus kena penalized. Tapi macam aku katakan tadi, aku beli lagi domain yang ada pagerank. Itulah “game” yang kita kena main dengan Google. Google jer, Yahoo tak buat macam tuh.

    Shaxx - Entahlah Shaxx, aku pun tak tau kenapa dan apa sebab yang membuatkan dia tergamak embuat catatan sebegitu rupa.

    Sallikin - Itu maknanya ko ni suka membaca. Senang jer. Kalau orang tan suka membaca, satu perenggan pun dia tak nak. Tak gitu?

    Izzat - Asalkan halal…. :)

  19. Mr AmNo Gravatar said:

    Shit.. aku baru tau, ada lagi org yang cetek ilmunya, pastu meletakkan orang lain sebagai bodoh..

    jat, sapakah manusia ni?? link sini.. kasi up sikit dia punya pagerank..

  20. rohaizadNo Gravatar said:

    Am - Ganas gak ko ni… ekekekeke (check email).

  21. JimmyNo Gravatar said:

    pergh.. RM2500 sebulan tu… fuyoo.. Tentang review tu, bagi aku asalkan tajuk review tu tak berlawanan degn pendirian aku, no hal punye…

  22. samdaddycoolNo Gravatar said:

    aku pon nak tgk ‘post’ dia pasal benda ni JAd.. (emellah akuuu…) Kenapa dia nak menjatuhkan martabat orang yang menjana duit dengan apa-apa sahaja kau dah terangkan kat atas tadi???

    Pada aku, usaha dengan cara apa sahaja sekalipun untuk mencari rezeki yang halal, asalkan jangan menyalahi hukum agama… tu lebih mulia daripada orang yang makan riba, subahah, (ambil duit kopi), dan perkara yang sama waktu dengannya.

    Buat ‘review’.. apa masalahnya? Aku menyeru si pengomen untuk melihat dari pelbagai sudut, bukan dari segi etika ‘pure bloggers’.. apakah sanggup menjaga etika tapi poket nipis? Bak kata pepatah, “biar papa asal bergaya”.. macam tu yang dia nak?

    Link berbayare? asalkan kita (Islam) tak pamerkan iklan judi / arak… salahkah? Tepuk dada tanya selera… komen agak emosional.. :P )

    samdaddycools entri yang terkiniPrizes and TAG from Mr. Nuaeman

  23. rohaizadNo Gravatar said:

    Jimmy - Samalah ngan aku.

    Sam - Betul ke ko nak tau saper orangnya? Kang kecoh plak satu Malaya ni… wahahaha

  24. HanepNo Gravatar said:

    sape tu ek…

  25. samdaddycoolNo Gravatar said:

    … emel la aku.. nak tengok!

    samdaddycools entri yang terkiniPrizes and TAG from Mr. Nuaeman

  26. samdaddycoolNo Gravatar said:

    … lari tajuk…

    aku suka yg ni..

    Psssst: Ada “bunga” lah kat sini :D

    … Naluri kemanusiaan… :P
    samdaddycools entri yang terkiniPrizes and TAG from Mr. Nuaeman

  27. rohaizadNo Gravatar said:

    Sam - Naluri kemanusiaan… sebenarnya, dah namanya jantan ..kan?

  28. applebloggerNo Gravatar said:

    em. siapa agaknya?

    applebloggers entri yang terkiniDid you use ImageShack?

  29. rohaizadNo Gravatar said:

    Takperlah, yang penting bukan namanya. Tapi tauladan yang kita boleh dapat dari perkara macam ni. Betul?

  30. BryanNo Gravatar said:

    wow look great. mr rohaizad, can you teach me for more detail abaout how to generate income from personal blog?

  31. rohaizadNo Gravatar said:

    Bryan - I’m gonna share it in my next entry titled “Menjana pendapatan melalui blog - Bahagian 2″. Just subscribe to this blog so that you won’t miss it again.

  32. BryanNo Gravatar said:

    thanx bro. hope i wont miss it.

  33. nuaemanNo Gravatar said:

    Dua komen aku kat sini apsal tak keluar eak.. mushkil-mushkil..

    nuaemans entri yang terkiniManual Newbie-Tak semestinya untuk Newbie

  34. spattNo Gravatar said:

    die jeles kot…xde org nk beli link dr die…hehe
    biarkan la bro, mulut org kite xleh tutup..yg penting, kite sng, wallet pn tebal.rezeki halal plak tu kan.. :)

  35. […] dunia “menjana” pendapatan melalui blog. Yang pastinya sekarang, telah timbul masalah kekeliruan. Jika seseorang blogger itu mempunyai masalah nombor 1, ini jawapan dari aku: - Rehatkan minda, […]

  36. Mohd NasriNo Gravatar said:

    google cm ssah je nk buat duit..
    skg ni aku try nuffnang..
    dgr cter rmai dh blogger dpt cek dr nuffnang

    Mohd Nasris entri yang terkiniBerhati-hati Dengan Friendster