mountainview.gif

Pelik dan hairan.
Inilah perkataan yang keluar dari mulut aku bila aku check statistik blog ini tadi. Entah di mana dan kepada siapakah aku harus bertanya mengenai soalan ini pun, aku tak tahu. Mungkinkah telahan aku ini benar atau adakah ianya sekadar teori konspirasi sahaja? Sebagai bekas ahli penyiasat X Fools, aku telahpun membuat sedikit ujikaji. Ujikaji ini dibuat bersama dengan Agen Sekali. Di bawah adalah kemungkinan yang telah berlaku:

rohaizad_readers.gif

1. Adakah benar ada kakitangan Google yang telah menjadi pembaca setia blog berbahasa Melayu ini?
2. Adakah benar ada di kalangan kakitangan Google yang berbangsa Malaysia atau Melayu?
3. Adakah ada penduduk Malaysia di sekitar kawasan Mountain View, California itu? (bagi sesiapa yang selalu mengeluarkan wang Google Adsense mereka di Western Union, mereka tentu sudah hafal alamat Google)
4. Adakah mungkin pembaca blog ini pernah tinggal di Malaysia dan kemudian berpindah ke Mountain View, California?
5. Berapa ramaikah penduduk Mountain View yang telah melabur di BuluhMas dan inginkan berita terkini mengenai status mereka? (memandangkan keyword BuluhMas telah membuatkan trafik ke blog ini panasss!)

Apa-apa pun, aku masih lagi musykil mengenai perkara ini dan siasatan akan terus dijalankan.
——————————————————————————————————-
Baiklah, aku tutup kes X Fools di atas dan sekarang aku ingin memberitahu satu lagi berita lumayan untuk semua pembaca blog ini. Aku difahamkan Menj memerlukan bloggers Muslim Malaysia untuk bersama-sama dalam mempromosikan blog Inilah Kebenaran miliknya. Kebetulan, laman web Inilah Kebenaran sudahpun berwajah baru.

Inilah Kebenaran adalah sebuah laman web di dalam Bahasa Melayu yang aktif menjawab salah faham serta kritikan terhadap Islam yang dikelolakan oleh Menj sendiri. Ia kini memiliki konsep yang lebih menarik dan padat dengan artikel-artikel yang dikemaskini. Tentunya engkau akan lebih tertarik lagi dengan konsep laman web ini dan ingin menghabiskan masa yang lebih lama untuk melayari laman web Bismika Allahuma dalam versi Bahasa Melayu/Indonesia.

Bagi mereka yang ingin mendalami pengetahuan tentang perbandingan agama, bolehlah bersama-saman Menj dalam promosi yang dia lakukan kerana setiap artikel yang tersiar di blog engkau itu akan dibayar RM10.00 (Maybank2u.com.my). Untuk keterangan lanjut, hubungilah Menj.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 15 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Haha.. yang pasti yang pulau pinang itu adalah aku..!! hahaha…

    sallikin@nikillass entri yang terkiniHappy Deepavali

  2. rohaizad said:

    Sallikin – Wahahahahh!!! Tergelak besar aku baca komen ko nihhh ..!!!! wahahahahhhh!

  3. megat said:

    kelapa sawit, johor!? mawikah? wahaha.

    menj memang serius dalam kekuatan dalam hujahannya. klu sempat aku akan review di blog aku juga ;)

  4. |1f34|-|1r3 said:

    aku xsure soleh.net tahu xpasal ni tp pasti dia berminat utk join menj aku rasa..

  5. samdaddycool said:

    … Google ada staff Melayu beb.. :)

    ..Tawaran dari Menj, menarik! nanti aku nak pergi tengok…

    samdaddycools entri yang terkiniAbaya for hajj ihram – jubah haji for muslimah

  6. kita said:

    maybe orang sesat dalam internet kot :)

  7. nuaeman said:

    aku berminat dengan tawaran dari menj.. akan cuba hubungi dia

    nuaemans entri yang terkini10 siri TV alihsuara yang Popular Era 80-an dan 90-an

  8. Uncle G said:

    maybe omputih nak belajar bahasa melayu kot.. :D blog nie jadi rujukan

  9. nuaeman said:

    Yang dari kelapa sawit tu akulaa.. Megat. hehe tempat keje aku memang kat kelapa sawit,Kulai. umah lak kat seri Alam.. jauh tu..phew!

  10. rohaizad said:

    Uncle G – Tak pun, nama dia Mohd Salleh :D

    Nuaeman – Mak aiii… duduk kat Seri Alam, kerja kat Kulai… jauh tuh.

  11. appleblogger said:

    hehe. mungkin hari-hari orang google tu tersesat ke sini..

    applebloggers entri yang terkiniDid you use ImageShack?

  12. taukey said:

    Sibu sarawak aku punya. aku tinggal kat kuching tapi ntah kenapa sibu sarawak jadi port.

  13. Mr Am said:

    Yang JB tu.. mungkin aku..

  14. chuckiesd said:

    wow…kalau betul laaa ader di kalangan orang di google baca blog ko ni…ini satu perkembangan yang bagus…maksudnyer ader orang di google faham bahasa melayu….wahhhh….bagus bangettt dong..

    chuckiesds entri yang terkiniAbdul Razak Baginda

  15. boss said:

    tu google spider la.. biasa la indexing in progress..