Proton MPV.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: October 27, 2008 online
Gambar ini dikirim oleh sahabat baik aku Radzi, 2 minit yang lepas.
Sebenarnya aku sendiri tidak pasti sama ada inikah rekabentuk muktamad untuk Proton MPV Malaysia atau tidak. Tapi sebaik sahaja aku menerima email dari sahabat baik aku, aku terus berpendapat bahawa adalah lebih baik jika aku berkongsi dengan semua pembaca blog ini.
“Mungkin inilah dia Proton MPV kita” bisik hati aku. Aku tersenyum dan terus melihat dengan lebih dekat lagi. Tapi tidak sampai kemudian, aku mula termenung dan hati aku berbisik sekali lagi sambil bertanya “Ehh… betul ke ni? Atau ini hanya salah satu prototaip MPV Proton sahaja?”.
Tapi walau apapun, rekabentuk MPV Proton kali ini nampaknya lebih meyakinkan. Tidak keterlaluan, tidak terlalu ranggi dan kelas kelihatan ciri-ciri MPV`nya. Yang pasti, kalau dilihat sekali imbas, memang terserlah kekuatan dalam memenuhi keinginan bakal pengguna MPV itu sendiri.

Dari kaca mata aku, aku boleh tafsirkan bahawa rekabentuk Proton MPV kali ini amat sesuai bagi mereka yang berkeluarga tetapi masih mahu kelihatan elegant. Kalau dilihat di bahagian belakang Proton MPV ini, aku boleh katakan Proton telah berjaya lari dari kepompong “klon”. Maknanya tidak ada ciri yang boleh mengaitkan Proton dengan kenyataan sepertiĀ “alaaaa, design Proton MPV ni mesti tiru design MPV keluaran tut..tut..tut.”
Engkau lihatlah sendiri bahagian lampu, bumper dan juga cermin belakangnya. Sungguh berlainan sekali dengan kereta MPV buatan Jepun (aku suka dengan lampu kecemasan yang sungguh sempoi di bahagian bawah bumper).
Kalau dilihat dari bahagian depan pula, aku tertarik dengan rekabentuk bumper dan lampu spotlightnya. Ringkas tetapi menarik. Dijana pula dengan enjin 1.8 liter, memang berkuasa jika dipecut dengan saiz tayar bersport rim besar.
Walau apa pun, ini sekadar pendapat aku sahaja. Aku sama sekali tidak dibayar untuk penerangan ringkas ini. Apalagi kalau ini bukan rekabentuk Proton MPV yang sebenar. Cuma sebagai rakyat Malaysia yang memakai kenderaan Proton, aku gembira kerana design atau rekabentuk kali ini agak cool dan tidak nampak “klon” dari mana-mana kenderaan buatan jenama lain (walaupun aku tahu ramai yang mengatakan ilham rekabentuk ini diambil dari Toyota Wish).
Kalau ada pun yang ingin mengutuk kenderaan keluaran Proton di ruangan komen di bawah sana, silalah berbuat demikian tetapi janganlah sampai menyakitkan hati para pengguna Proton yang lain. Berkomentarlah secara professional dan buka emosional. Buka ruangan kebijaksanaan anda dengan lebih luas kerana pendapat anda amatlah dihargai sebab ianya mencerminkan keperibadian anda.
Buruk-buruk pun, Proton tetapi sinonim dengan “kita”. Walaupun aku sekarang sudah memiliki MyVi, tetapi Wira 1.3 yang aku telah guna dari tahun 2000 itu masih lagi kental dan kuat sama seperti 8 tahun lepas.
Kepada Proton, aku yakin “evolusi” engkau selepas ini akan lebih menarik!!! Akan ku tunggu versi baru dari Proton MPV …
** Ini adalah kiriman gambar yang dikirim melalui email, jika mahu dikreditkan gambar ini kepada pemilik yang sebenarnya, ianya amat dialu-alukan (Aku tidak tahu siapakah Teophilus Chin. Ada sesiapa yang mengenalinya?)




wah..menarik giler mpv baru proton nih..
aku tak rase mcm klon kete2 lain pon bile tgk kete nih..
bile la nk kuar kete nih kt pasaran?
dendangs entri yang terkiniBangkok Dangerous Film Review
Dendang – Itu tak pasti. Aku pun sedang menunggu jugak info dari rakan blogger kita yang lain.
warna hitam sure lawa neh. hehe
kNizam – Ni mesti peminat black color nih..
same ngan Nizam.. aku rasa kalau kaler hitam mesti lawa.. cam ko nye MyVi.. Hehehe..
sallikin@nikillass entri yang terkiniHappy Deepavali
Cantik MPV ni tapi malang sebab tak mampu lagi nak beli ni.
menjs entri yang terkiniInilah Kebenaran berwajah baru!
Mintak2 menanglah untuk peraduan tuh..hehe
Jatt..kalo betul Proton MPV..brape agaknyanya proton letak harga untuk MPV nih ekk??
Menj – cehhh… ko boleh beli laa… ko kan ker otai directory
Ezad – Itu lagi satu hal. Aku punya sifat suka tangguh-tangguh telah membuatkan aku melepas nak bagi nama. Tau-tau, tarikh untuk submit dah habis. Nama aku dah ada iaitu “Proton MPV MANIS”
Fadli – Aku rasa memang atas 100K punya. 1.8 liter tuhh… (selamat hari raya
)
wah menarik juga! kalau lah aku menang peraduan tersebut huhu.
Teophilus Chin ni selalu buat lakaran kereta untuk PaulTan.org.. aku rasa ni salah satu hasil kerja dia yg kurang tepat ;p
terbaru dia keluar dgn lakaran Perodua MPV, check kat PaulTan.org =)
Ooo… nasib baik ko kenal Mail. Aku tak kenal saper dia tu. Thanks
bg aku…gambar dia tuh dh lebih kurang dah..kalau ko nak tgk byk lg pasal proton mpv baru ni…ko usha kat paul tan nyer blog
http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/
.. cantik, elegen dan menarik!
samdaddycools entri yang terkiniAbaya for hajj ihram – jubah haji for muslimah
|1f34|-|1r3No – Itulah pasal, sebelum aku terbitkan catatan ini, aku ada ushar, tapi gambar nie takde pulak dalam arkib dia.
Sam – Harga dia pun “menarik” jugak … ekekeke.
hai rohaizad. akak nak cilok gambo ni letak kat blog akak bleh? tapi lawo ler mpv ni. agak agaknye brape harga die yek?
ummu_haniss entri yang terkinikawan baik saya
Kak Ummu – Boleh kak, takdak hal. Pasal harga tu, rasanya mesti atas 100K kot.
.. sesuai untuk yang bekeluarga dan anak 4 orang keatas…
p/s – nanti aku cari sumber untuk capai target 4 orang tu .. erk!
samdaddycools entri yang terkiniAbaya for hajj ihram – jubah haji for muslimah
kalo theo nye… dia mmg otai photoshop. nie gmbr kete len tp cam proton punye.
hmm menarik gak nih. eheheh. warna putih, cermin kasi gelpa sket, rim bagi crom. bagi lowered sikit…wakakaka….jadi kereta mayat
Belum ada kemampuan dan keperluan nak pakai MPV
[...] atau gosip hangat selebriti, jadilah blog yang pertama menulisnya, contohnya Minyak Naik Harga atau Gambar model terbaru MPV proton, oh ya pastikan korang tak menabur fitnah dan mengadu [...]
Diulas pada October 29th, 2008 at 8:44 amak tgk mcm mniru lmpu blkng Honda CRV je..hurmm…pndngn aku ye n…proton jgn saman aku pulak..
hahahah
Samdaddycool – Cehh.. aku ingatkan nak cari sumber untuk beli MPV tu, rupa-rupanya untuk untuk cari sumber tambah anak lagi… wahahaha!
Sweet thinker – Kalau macam tu, memang bagus la si Theo ni.
Taukey – Aku pun ada imagine kaler yang macam tu.
Zool – InsyaAllah adalah tu rezeki satu hari nanti.
Zelo – Okaylah tu. Sekadar pandangan, bukan rumusan. Proton takkan saman punya. Diaorang lagi suka pandangan dari orang kebanyakan macam kita ni.
wa………
mmang cool n cntik
klw btul la ne proton mpv yg dihboh2kan 2 aku mmang brbangga la….
x kesah la wrna ape pun tp aku rase wrna yg pling standardmsti la hitam,putih,silver,merah
hu hu sebijik la.. same.. spyshot ni..