Ebook percuma!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Orang - Tarikh disiarkan: October 29, 2008 online

manualnewbie.gif

Ebook percuma.
Free ebook.

Dua ayat di atas adalah antara ayat-ayat yang amat digemari oleh semua pengguna internet. Walau ada yang mengatakan bahawa free ebook sudah basi ditelan zaman, tapi pada aku, ilmu tetap ilmu. Tidak kiralah siapa yang menerbitkannya.

Nak dipendekkan cerita, malam semalam, Catzer ada ber”Yahoo! Messenger” dengan aku mengenai ebook percumanya ini. Aku sudah membacanya dan memang ebook ini amat berbaloi untuk newbie. Aku sendiripun suka dengan perkataan newbie sebab lagi banyak yang kita tahu dan kita pelajari, lagi tinggi sifat newbie kita.

Ebook ini padat dan banyak kandungannya. Kalau aku nak cerita, amatlah tidak seronok sebab tidak thrill pulak untuk engkau membacanya. Yang pasti kalau engkau rasa engkau dah pandai, tak payah download. Tapi kalau engkau rasa ingin belajar sesuatu, downloadlah ebook ini. Percuma lagi!

catz adik: kali ni aku nak ko review pasal ebook aku kat blog ko boleh?
Ombak Ombak: review apa, apa yang aku boleh tolong ko malam ni catz?

catz adik: http://www.manualnewbie.com
catz adik: ebook free aku
catz adik: minta ko tolong review

Ombak Ombak: dahsyat la ko catz
Ombak Ombak: lagi satu, aku nampak ada link projekniaga.com kat bawah tu. ko punya company ker?
catz adik: erm…itu kawan aku punya tp dia bg aku handle

Ombak Ombak: wahhh… lebat la ko skang ni.. bagus tuh
catz adik: erm..tak siap lagi wei
catz adik: site tu lah yg aku dok ckp kat ko
Ombak Ombak: ooooo

catz adik: tunggu site tu proper aku akan appoach cara ko ajar tu
Ombak Ombak: orait. so earnings ko skang macam mana?

catz adik: down gile..tp takpe..
catz adik: aku akan berusaha stabilkan bulan depan

catz adik: kita perlu positive thinking kan?
Ombak Ombak: yup. aku pun nak target banyak sket bulan depan. ko nak target berapa earnings untuk bulan depan?

catz adik: erm..since 3-4 bulan ni drop
catz adik: so mcm bermula semula lah gak ni
Ombak Ombak: takper, teruskan. jangan lemah semangat. aku tak kira, bulan depan pun aku nak cuba buat RM**K. by hook or by crook

catz adik: wow..ok tu..skang ko at least average pun dah tinggi kan
Ombak Ombak: bolehlah. aku yakin untuk letak target sebab untuk bulan ni aku dah capai target pun.

catz adik: berapa target ko
catz adik: kasi aku semangat skit
Ombak Ombak: bulan ni aku target RM*K, tapi dapat RM*K lebih.
p/s:(aku rasa tidak perlulah aku letakkan nilai sebenar RM kerana ianya ada diceritakan dalam catatan sebelum ini)
catz adik: wow..lebih dr ok tu..kudos beb
Ombak Ombak: tapi bukan senang untuk capai. cuma satu mende kita kena ingat cat. kita ni bukan macam Internet Marketer lain yang power tu, semuanya main online marketing jer. kita banyak buat manual, perlukan real marketing. kalau tak buat real marketing, sangap gak.

Ombak Ombak: bayangkan, mudah.com.my tu pun selalu jadi sasaran untuk marketing. aku tak kira, semua aku belasah, janji info promotion kita tu sampai
catz adik: yup..betul tu..tp inilah bisnes yg akan tahan lama

Ombak Ombak: kalau dulu, kita bekerja untuk org
Ombak Ombak: sekarang kita bekerja untuk diri dan company sendri. take saper nak larang. kita berpeluh, kita lenguh badan, kita sakit, deman , berhujan.. itu semua cubaan jer.

catz adik: betul beb..aku down2 pun cuba gak released ebook ni
catz adik: dan plan settlekan projekniaga

Ombak Ombak: kalau org nak kata kita, biarlah. janji business kita makin membesar.
catz adik: so lps ni nak keep proceed

Ombak Ombak: yup, jgn biar sesiapa pun melemahkan semangat kita cat.
catz adik: betul tu beb…aku ko tau lah byk masalah peribadi.but aku still survive
catz adik: pejam mata jerk sume masalah tu
catz adik: tipulah hidup takde masalah

Ombak Ombak: agreed. yang penting, kita tak menyusahkan orang lain. ingat satu jer, kalau kita usaha lebih, kita akan dapat lebih. betul tak?
catz adik: betul tu

Ombak Ombak: cat.. aku nak publishkan apa yang kita bualkan ni. ko okay ker?
catz adik: takde hal, janji boleh memberikan semangat dan motivasi pada member-member yang lain.

*** Brutal jugak Catzer nie beb. Tapi aku respect dengan semangat dia. Kalau beginilah semangat yang ditunjukkan, aku rasa dia akan berjaya suatu hari nanti.

Baiklah.
Setelah engkau mendownload ebook percuma ini, guna dan pelajarilah info yang telah disediakan. Ironinya, ilmu sebegini akan menuntut engkau untuk mengeluarkan kos. Engkau sendiri pun tahu adat “perolehan” di dunia internet ini`kan? Ilmu yang bermanfaat dan berguna itulah yang akan dijadikan produk komersial.

pendrive.png Bagi mereka yang ingin membuat langkah ke-2, jangan lupa untuk MEMBELI tools Panduan Minisites. Sekalung tahniah kepada Catzer kerana telah memberi satu lagi jalan dan peluang kepada bloggers Malaysia.
Sebenarnya, pembelian Panduan Minisites ini adalah satu lagi langkah yang wajib engkau lakukan untuk melihat sejauh mana kemampuan diri sendiri untuk menjadi seorang usahawan internet seperti Catzer sendiri. Study method yang Catzer sediakan dan InsyaAllah, peluang itu boleh engkau ambil. catzer.JPG

Yang paling menarik, engkau boleh BELI ebook Panduan Minisites ini dalam bentuk DVD dan Catzer akan poskan ke rumah engkau. Barulah real`kan?
Percayalah, engkau tidak akan dapat tools sebegini mudah dalam Bahasa Melayu, itu sangat pasti!


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, make sure anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan dibawah. Terima kasih daun keladi.... jika ada masa, silalah datang lagi. .


Suka dengan catatan di atas? Jika suka, silalah vote catatan itu di sini:

Dapatkan catatan terkini:

DIJAMIN BERBALOI !!!

Sudah 11 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. izzatNo Gravatar said:

    terima kasih kongsikan info pasal ebook ni..cam menarik.. :) bukan senang orang nk kasi free..

  2. rohaizadNo Gravatar said:

    No problem :)

  3. nikillasNo Gravatar said:

    cam menarik je.. tapi aku hanya akan mendownload nya dulu.. aku perlu fokus kepada aku nye studi dulu.. exam dah dekat.. aaargh..

    nikillass entri yang terkiniCelcom.. Ooo Celcom..

  4. menjNo Gravatar said:

    Bagus aku nak try download ebook ni dan baca. Tengkiu!

  5. bobNo Gravatar said:

    hari hari mau kena belajar & membaca. Bab IM meme gua angkat tangan. baru 5% buleh..

  6. taukeyNo Gravatar said:

    aku baru nak review pasal benda nih. Apa aku boleh katakan ebook ni mmg lengkap. kalau ikutkan mmg boleh jual. tapi informasi percuma lebih byk pahala,

    :D

  7. |1f34|-|1r3No Gravatar said:

    wah hahahaha…nanti aku nak baca gak e-book ni..ntah ada masa tak nak baca ni….

  8. megatNo Gravatar said:

    percuma! semoga catz mendapat lebih hidayah dan semakin terbuka pintu rezekinya.

    aku baru dapatkannya dan cuba fahamkan langsung implementasi dalam fikiran aku.

    ps : ada certain part dlm bualan kau & catz yang manrik perhatian aku, boleh kena pada batang hidung seseorang tu huhu.

    megats entri yang terkiniTag Lagi, Memanjangkan Silaturrahim Antara Penulis Blog

  9. nuaemanNo Gravatar said:

    Memang bermanfaat ebook ni.. aku sendiri banyak perkara sebenarnya yang masih tak mahir.. sekurang-kurangnya dengan ada panduan percuma ni.. bolehlaa membantu.

    nuaemans entri yang terkiniManual Newbie-Tak semestinya untuk Newbie

  10. samdaddycoolNo Gravatar said:

    … Aku akan tolong promosi utk Catzer… Tengok dalam 3-4 hari lagi. Aku sendiri pun nak kejar ‘personal target’ untuk pendapatan bulan Nov. Nak focus lebih pada online. Maklumlah musim hujan sekarang ni. Meniaga pasar malam memang menguji kesabaran menghadapi hukum alam.Tapi aku yakin dan tawakal. Selagi kita menghambakan diri padaNya, dan melakukan segala suruhanNya. Insyaallah. Allah Maha Mendengar, dan dia Maha Pemurah.

    ..YAKIN…..

    All the best untuk Catzer.

    samdaddycools entri yang terkiniArtwork - batik painting.. 1st attempt

  11. catzerNo Gravatar said:

    Thanks kengkawan..bile ramai yg support dan bg pandangan dan cadangan yg bernas semakin berkobar aku nak buat ebook free.

    Actually idea nak buat ebook free ni masa aku tak sihat beberapa bulan kes lung infection tu. Aku terfikir:

    “Ya Allah, kalau Kau panggil aku di saat segala impian tidak dpt aku capai sesungguh nya kehidupan duniaku akan penuh sesal”

    Jadi aku terfikir alangkah bagusnya jika aku dpt kongsikan ilmu yang ada pada aku skang dengan org lain. Walaupun mungkin aku tak dpt capai impian aku dengan ilmu yg aku ada, tp aku akan gembira kalau dengan ilmu yg aku kongsikan ini boleh bantu org lain capai impian mereka.

    So, terbitlah ebook ni..Sbb tu aku ckp 95% mmg aku ikhlas berikan ebook ini. Aku tak mahu bawa impian dan ilmu ni pergi bersama aku. Jadi kengkawan thanks sbb tolong sebarkan ebook ni. Hanya Allah yg dapat membalas jasa korang sume.

    catzers entri yang terkiniManual Newbie - Tutor Pemasaran Internet