5 sebab utama mengapa ramai newbie gagal dan terus gagal dan gagal lagi.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh disiarkan: October 30, 2008 online

newbie.gif

Hari ini, dunia blogging dikejutkan dengan kematian program Blogrush yang pada suatu ketika dahulu memang terkenal dengan impressionnya. Blogrush ini pada zaman kegemilangannya kalau nak diceritakan, kalah Paris Hilton.

Apa yang pasti, hanya ada satu sahaja perkataan yang aku bolehkaitkan dengan kematian BlogRush ini iaitu GAGAL.
Iyaa….. John Reese telah gagal dalam projeknya kali ini. Tapi benda dah terjadi, nak buat macam mana`kan? Gagal adalah satu perkara yang tidak seronok untuk didengar. Apatah lagi kalau ianya terjadi pada diri kita sendiri. Jadi untuk pagi Jumaat yang mulia ini (dah 4.00 pagi ni), ada baiknya klau aku berkongsi sedikit pandangan mengenai mengapa ramai newbie blogger yang masih lagi gagal dalam menjana trafik dan juga wang dari internet.

Sebenarnya, terlalu banyak sebab mengapa seseorang itu boleh gagal. Tapi dalam catatan kali ini, aku akan menulis 5 sebab yang aku rasa perlu untuk seorang newbie tahu. Catatan ini ukanlah di cedok dari mana-mana sumber, tetapi ianya melalui pengalaman sendiri. Sesungguhnya, bercerita dari pengalaman adalah satu etika blogging yang paling seronok untuk dijadikan sumber yang paling mantap.

Berikut adalah 5 sebab utama mengapa ramai newbie gagal dan terus gagal dan gagal lagi. Tidak kiralah sama ada mereka berblogging untuk dapatkan trafik ataupun untuk menjana wang. Yang pasti, apabila gagal… inilah antara punca dan sebabnya.

1. Tidak berani dan tidak kreatif.
- Ramai newbie suka dengan istilah “malu bertanya, sesat jalan”. Bukanlah maksud tidak boleh bertanya, tetapi mengapa tidak di cari terlebih dahulu di internet apa yang mahu dicari. Guna sajalah Google dan Yahoo!. Jika tidak jumpa, barulah tanya pada orang yang lebih tahu. Percayalah, istilah ini kalau dipakai selalu pun, memang akan membuatkan seseorang newbie itu gagal. Ini dunia internet, bukannya mencari alamat rumah saudara yang sudah lama tidak dikunjungi.

2. Disiplin.
- Ini lagi satu masalah yang kerap kali dihadapi oleh seorang newbie. Kalau nak diikutkan, masalah ini tidak sepatutnya berlaku. Kalau inginkan kejayaan, seseorang newbie itu harus mendidik dirinya untuk menjadi seorang yang lain dari yang lain. Maknanya, dia perlu rajin membaca untuk dapatkan lebih maklumat. Kalau sifat suka membaca tiada, susahlah baginya untuk menjadi seorang yang boleh dipercayai (di pandangan mata pembacanya).

3. Terikut-ikut orang lain.

- Senang cerita,tidak tetap pendirian. Perlu diingat bahawa blogging adalah cetusan rasa, idea dan pendapat. Termasuklah rasa ingin tahu (e.g: termasuklah bagaimana menjana wang dari internet). “Curiosity Kills The Cat”, tentunya engkau tahu itu. Memang benar kita dituntut untuk mencari ilmu. Lagi banyak yang kita tahu, lebih banyak yang kita tidak tahu betul? Tetapi bukan semua perkara yang kita tidak tahu, kita perlu tahu! Kalau hendak belajar mengenai adsense, belajarlah sampai khatam. Kalau hendak belajar mengenai blogging, belajarlah sampai pandai. Fokus! Ini tidak, orang buat ini, kita buat ini, orang buat itu, kita buat itu … akhirnya nanti di mana kita?

4. Tiada misi.

- Kelemahan dalam menentukan aspirasi diri adalah satu situasi yang amat melemahkan newbie baru. Bila ini berlaku, benda yang senang akan jadi susah. Benda yang susah akan jadi lebih susah. Misi yang dimaksudkan adalah gaya dan perilaku seorang blogger. Jika engkau adalah blogger newbie, setiap info yang engkau rasakan penting, perlulah diberikan keutamaan. Contohnya: Engkau baru terjumpa dengan satu blog yang sungguh berinfomatif, tetapi engkau langsung tidak bookmark blog itu ataupun menyimpan URL blog itu di dalam DRAFT folder email engkau. Akibatnya, engkau akan rasa menyesal kerana lupa apakah alamat URL blog itu keesokan harinya. Ini seringkali terjadi pada diri aku 3-4 tahun dahulu.

5. Kualiti, bukan kuantiti.
- Newbie adalah seorang yang mudah untuk percaya kepada sesuatu yang dilihatnya. Kadang-kadang, rasa kemaruk yang berlebihan dalam berbogging juga akan membuatkan dia berasa menyampah dengan dirinya sendiri kelak. Benar. Perkara ini akan berlaku apabila dia merasakan semua hasil tulisannya tidak ubah seperti sampah. Di sinilah kualiti bloggingnya akan hilang. Yang ada, hanyalah kuantiti post-nya yang entah apa-apa entah. Akhirnya, gagal dan terus gagal.

Jadi untuk semua newbie, harap catatan ini akan dapat memberikan sedikit rangsangan dan semangat untuk lebih terus berkarya. Apabila engkau sudah jatuh cinta dengan blogging, maka engkau akan tahu betapa dahsyatnya buat duit dari blogging itu sendiri.

Selamat berblogging!


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, make sure anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan dibawah. Terima kasih daun keladi.... jika ada masa, silalah datang lagi. .


Suka dengan catatan di atas? Jika suka, silalah vote catatan itu di sini:
      None Found

Dapatkan catatan terkini:

DIJAMIN BERBALOI !!!

Sudah 23 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. |1f34|-|1r3No Gravatar said:

    aku consider diri aku newbie blogging..aku akan semat 5 benda ni elok2 dalam kepala otak aku..tenkiu !

  2. bobNo Gravatar said:

    ya aku sokong 100% apa yang ko tulis. bagus artikel ni.

    bagi penutupan BlogRush aku rasa john reese bukannya gagal tapi tamat tarikh luput.. aku teruja dengan aset yang ada pd john reese ni.

  3. HuntMalayaNo Gravatar said:

    mungkin akan ada blogrush2. sequel rasanya
    lagi hebat impression nyer lepas ini … siapa tahu kan. hehe :)

  4. rohaizadNo Gravatar said:

    Zam - Satu komen yang membuatkan aku berfikir. Betul jugak, dia tutup yang ini dan dia buka dengan satu program yang lebih dahsyat.

  5. KujieNo Gravatar said:

    ye..newbie kena rajin mengoogle….apa saja search saja. Semakin lama kita mencari, semakin rasa banyak yang tidak tahu

  6. ezadNo Gravatar said:

    Tq Bro,aku akan alert dalam kepala otak aku ni, ya kualiti bukan kuantiti.

  7. megatNo Gravatar said:

    tahniah atas entri menarik dan ilmu ini amat berguna untuk newbie seperti aku (tak kena bayaran ke!? eheh).

    semua perkara kalau nak ianya mengalami impak yang baik untuk menerima perubahan ialah 5 perkara di atas!

    megats entri yang terkiniHati yang Gelap, Pemusnah Jiwa Dan Kehidupan!

  8. cyberflyNo Gravatar said:

    menarik skali tulisan ini..aku pn newbie lagi..boleh dijadikan teladan dan rujukan..
    thanks bro rohaizad :)
    cyberflys entri yang terkini3 cara download mp3,ebook,vclip menggunakan Google

  9. samdaddycoolNo Gravatar said:

    .. Saya sangat-sangat insaf pada petang Jumaat ini sifoo…. :)

    Terima kasih cikgu untuk tips-tips yang sangat-sangat ringkas, tapi padat!.. Semat dalam kepala!!!!

    samdaddycools entri yang terkiniArtwork - batik painting.. 1st attempt

  10. Mohd HafifiNo Gravatar said:

    sebagai seorang newbie, aku akan cube buat yang terbaik dan elakkan diri dari terjebak dgn 5 perkara yang disebutkan kat atas tu.. :-)

  11. rohaizadNo Gravatar said:

    Kak Kujie - betul-betul.

    Ezad - Teruskan.

    Megat - Aku pun newbie gak. Ini semua cerita pengalaman sendiri. Nak dengar jugak cerita dari pengalaman ko. Rasa macam nak tag ko jer… wahahaha.

    Cyberfly - Ko pun bagus apa… aku suka dengan ilmu jariah yang ko kasi FREE jer kat blog ko tu. Pahala tuhh. Tiba masa, buatlah ebook, jual. Tiada salahnya. Ilmu pada satu tahap, harus di”hargai”.

    Sam - Thanks otai Lelong :)

    Hafifi - Kalau terjebak pun takper, itu semua pengalaman. Cuma minimumkan jer, janji tidak membebankan diri sebagai seorang blogger. Kadang-kadang, title sebagai seorang blogger ini tanggunjawab dia lain sket, apatah lagi kalau “full time” blogger dan punyai ramai pembaca setia.

    Selamat berblogging wehh!

  12. taukeyNo Gravatar said:

    hehehehe, aku dah terjebak….

  13. rohaizadNo Gravatar said:

    Taukey - ekekeke…

  14. JimmyNo Gravatar said:

    Untuk site yg ko khaskan utk paid blogging, ko still applykan 5 benda ni ke?

  15. rohaizadNo Gravatar said:

    Jimmy - Jika berada tahap newbie, aku galakkan buatlah seperti biasa. Dan untuk menjawab soalan ko, aku dengan selamba mengatakan tidak kesemua 5 perkara itu aku applykan bagi blog paid blogging aku.

    Mengapa?
    Kerana pada tahap ini, aku sudahpun mempunyai “short cut” untuk berurusan dengan advertiser. Dan ada sebahagian dari 5 sebab itu aku sudah pun lepas pantang larangnya.

    * Bagus soalan ni :D
    ** Tapi jangan pulak semuanya nak blogging ikut jalan shortcut.
    *** Di peringkat permulaan, tiada jalan mudah untuk berjaya!

  16. catzerNo Gravatar said:

    erm apapun dlm 10 projek kita buat mesti ada yg akan sangap..tipulah kalau buat 10 jadi 10..kalau ada sesiapa ngaku berjaya dlm setiap projek yg mereka buat..jgn percaya bulat2..mesti ada kegagalan untuk memantapkan projek tersebut pada masa hadapan :D
    catzers entri yang terkiniManual Newbie - Tutor Pemasaran Internet

  17. nikillasNo Gravatar said:

    Wah.. Nice info.. Walaupun aku sibuk menelaah untuk exam esok lusa.. Sempat lagi aku curik masa baca entri ni.. Hurm.. nice.. nice..

    nikillass entri yang terkiniABC..

  18. menjNo Gravatar said:

    Entah…aku tak pernah pakai BlogRush ni tapi patutnya John Reese jualkan produk dia tu kat org yang mampu develop lagi ke tahap yang lebih baik dari apa yang dia mampu lakukan. Dia ada buyer yang berminat nak beli BlogRush dari dia tapi dia tolak.

    menjs entri yang terkiniAdakah yoga dibenarkan di dalam Islam?

  19. rohaizadNo Gravatar said:

    John Reese bukan tak mahu jual, tapi dia akan buat come back, tak caya ko tunggu jelah. Hero kalah dulu.

  20. samdaddycoolNo Gravatar said:

    Aku masih kelaskan diri aku Newbie.
    Banyak benda baru aku belajar hari demi hari…
    Aku lebih suka belajar melalui otai-otai khasnya menerusi eksperimen yang telah dijalankan (dan yang dah pasti hasilnya)… Blog otai tempat aku mencari…

    ..Untuk berjaya, tiada jalan pintas.!

  21. eyemanNo Gravatar said:

    ehm. betul. yang penting, jangan mudah putus asa dan beranikan diri untuk mencuba. :)

  22. Teknik cuba jaya adalah paling penting dalam internet ni.Kalau berjaya bleh lah di kongsi satu dunia.Risiko memang tetap ada,tapi cuba minimumkan risiko dan maksimumkan keuntungan.Kalau semua tu boleh dibuat tak mustahil nak bergelar jutawan internet.

  23. […] Tiada idea dan mula kembali kepada permasalahan asal. 2. Blogger itu tidak sedar blognya sedang berubah arah. Bermakna, mungkin blognya sudah mula tidak […]