Tukar link? Kini ada cara moden`lah…!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: October 31, 2008 online
Kini dunia blogging semakin pantas dan semuanya memerlukan kelainan untuk menarik perhatian. Begitu juga dengan aksesori yang wujud dalam aura sekeliling dunia blogging itu sendiri. Hari ini, aku rasa hati aku sudah terpaut dengan satu Plug Auto Link yang dibangunkan oleh Plugme.net. Skrip dan code HTML yang digunakan pula sungguh ringkas. Respek!
Sebenarnya untuk pengguna WordPress, tool-tool sebegini berlambak pluginnya di internet tetapi kebanyakannya hanya menggunakan tulisan sebagai link, bukannya grafik/imej. Kalau dalam bentuk tulisan, aku sudah tidah heran lagi kerana terlalu MALAR untuk mata ini melihat dan membacanya satu persatu. Malah kadang-kadang bila link itu terlalu panjang ke bawah, akan timbul pulak rasa bosan dan fenin sebab ruang yang diperlukan untuk senarai yang sebegitu panjang sangat tidal ideal dengan saiz theme itu sendiri.
Satu perkara yang aku pasti dan aku suka dengan Plugme.net ialah keupayaan skripnya yang boleh menerima link dalam bentuk grafik/imej, bukan dalam bentuk tulisan. Ramai yang telah menggunakan Plugme.net ini. Ianya memudahkan seseorang blogger itu untuk bersosial dalam bentuk yang paling mudah.
Jadi, dengan rasminya aku ingin menjemput semua pengunjung blog ini untuk meletakkan link mereka beserta gambar yang mereka ada di dalam ruangan “Kengkawan” di atas sana. Buatlah imej atau grafik yang dapat menarik perhatian pembaca yang lain. Lagi bergerak grafik/imej yang engkau guna, lagi terang dan berwarna imej yang engkau bubuh dan lagi lip-lap flash-gif yang engkau ada, maka lagi ramailah orang yang akan klik ke grafik/imej engkau itu.
Buatlah sesuka hati mengikut kreativiti asalkan tidak dimasukkan gambar yang berbaur lucah (pembaca dan pengunjung blog ini tidak pernah dan tidak akan membuat perkara bodoh seperti itu, itu aku sudah pasti .. kalau ada pun, di blog orang lain
).
Apalagi yang ditunggu-tunggu tu?
Silakan!
***Updated!!!
Topo telah berjaya menjadi orang yang pertama meletakkan grafiknya di ruangan Kengkawan! Syabas!!!







tak de image2 la pula..tapi nk cuba try test
Tak nak jadi orang yang pertama ke Kak Jie?
hohoho daku dah jadi orang yang pertama.. memang ni la plugin yang aku carik2.. makaseh…
Topo – Fuyooo… ! Ko orang yang pertama ..hik..hik..hik
hehe aku dah add..thanks 4 the info..mlm ni boleh letak dlm blog aku benda nih
Cyberfly – Letak, jangan tak letak…
alamk.. aku terlambat.. kalo aku tau sebelum subuh tengahari semalam aku letak… cis topo!
samdaddycools entri yang terkiniMisteri … Duit masuk Maybank2u
Sam – Wahahaha.. Topo ni macam Sheila On 7.. “seberapa pantas”…
hehehe aku lagi awal sket.. tapi yang tak bestnya.. nanti link aku makin ke belakang.. hohohoho
Topo – kejap aku cuba belek coding dia.
aku dah letak. orang nombor 3. dapat pingat gangsa pun jadi la. wakakaka
Taukey – Korang ni buat aku tergelak sorang-sorang laa. pingat gangsa ehhh….
lepasni jadi no 2 balik la yang aku
Cyberfly – Itu yang tengah sibuk belek coding dia.. mana tau kalau kalau boleh tukar susunan link tu.. wakakaka
aku dh wat dah…sorry terwat 2 kali pasal lg satu xkuar gambar…dia x bagi hotlinking gamak nyer..ko delete la yg aku nyer satu yg xde gambar tuh…hehe
nanti aku nak tukar gambar tu jad.. nak test tadi, gambar tak edit langsung.. kurang hensem kambing aku..
samdaddycools entri yang terkiniMerobohkan masjid, si batu api dan sekeping hati
dah add dah… heheh
aku mahu letak juga.. haha..
nikillass entri yang terkiniABC..
aku xde gambar la jat! aku bab grafik kan lemah skit (alasan eheh).
xleh set ikut saiz gravatar ke?
megats entri yang terkiniSelamat Hari Ulang Tahun Megat Dot Net!
Nampak best gak, boleh try nanti kemudian.
yes! berjaya plugkan blog aku yay!