Bagaimana untuk edit gambar jika anda berada di cyber cafe?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: November 30, 2008 online
Kalau diikutkan dengan apa yang telah dinyatakan dalam catatan yang lepas, mungkin ini juga boleh dijadikan sebagai faktor tambahan. Seperti yang kita telah ketahui, kemudahan yang disediakan di dalam cyber cafe adalah faktor terpenting mengapa seseorang itu boleh menjadi pelanggan setia cyber cafe itu sendiri. Semakin banyak kemudahan yang disediakan (seperti apa yang boleh didapati di rumah sendiri), semakin seronok bagi kita untuk lepak di cyber cafe itu.
Tetapi bukan semua yang kita inginkan ada di cyber cafe. Termasuklah perisian Adobe Photoshop. Buat pengetahuan kamu semua, aku adalah seorang yang suka dengan Adobe Photoshop dan kerja sebagai full time blogger memang menuntut aku untuk menggunakannya. Bukanlah bermakna aku ni expert dalam PS tetapi ianya merupakan salah satu keperluan dalam menyelesaikan kerja-kerja harian. Iya… kalau dahulu PS (Photoshop) hanyalah sekadar keinginan, tetapi sekarang ia adalah keperluan.
Di tempat aku ini sendiri, belum pernah aku melihat cyber cafe yang menyediakan perisian Adobe Photoshop dalam Program computer mereka. Mengapa? Aku tahu sebabnya dan aku rasa kamu semua pun tahu. Dan untuk itu, aku sentiasa mencari online tools yang boleh membantu memuaskan hati aku. Mungkin ramai yang perlukan PS untuk CROP image tapi aku inginkan lebih dari itu.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!



