Ingin beriklan? Sila klik di sini

Tetapkan matlamat, bekerja kuat dan bersemangat tekad.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Orang - Tarikh diterbitkan: November 3, 2008 online

Semua orang ada impian.
Semua orang ada angan-angan.
Semua orang masing-masing ada pandangan.
Semua orang mempunyai hati dan juga perasaaan.
Dan semua orang asyik memperkatakan tentang permasalahan.

Begitu juga dengan aku.
Begitu juga dengan pengunjung baru blog aku.
Begitu juga dengan semua pembaca setia blog aku.
Begitu juga dengan orang yang selalu dengki dengan aku.
Begitu juga dengan orang yang bencikan gaya penulisan aku.
Dan begitu juga dengan mereka yang sentiasa mengambil positif bagi setiap permasalahan yang aku hadirkan dalam setiap catatan aku (respek!)

Aku tak kisah.
Dunia tetap berpusing pada paksinya. Jangan mati sebelum ajal, jangan menyerah sebelum kalah. Tepuk dada, tanya akal. Kalau takut melawan ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tapi jangan sesekali lupa untuk berpijak di bumi yang nyata. Kalau kita terlalu fikirkan pada apa yang orang cakap, kita memang tidak akan kemana.

Aku perlu menjana pendapatan yang lebih supaya dapat dijadikan modal untuk projek yang seterusnya. Aku perlu menyuntik semangat kepada diri aku sendiri. Iya… pendorong ataupun motivator yang paling bagus adalah diri sendiri. Cuma pandai-pandailah “bakar” semangat itu dengan melihat kejayaan orang lain.

Kalau Labanon dengan projek NiagaKit`nya…
Kalau Bob dengan kuasa TenagaBatin‘nya…
Aku pula mesti menggandakan perkhidmatan blog dan syarikat aku sendiri. Dalam cara dan kaedah yang berbeza.

Opsss.. tahukah engkau bahawa En Megat dan En Ezad juga akan termasuk dalam golongan mereka yang akan berjaya? Yaa… kolaborasi mereka berdua ini akan menerjah dunia blogging Malaysia dengan satu tawaran yang sungguh dahsyat dan istimewa. Nantikan sahajalah yea!

* Aku mensasarkan pendapatan untuk bulan November 2009 ini RM10K. Pelbagai planning dan kertas kerja sedang dibenamkan dalam kepala. Pheewww!

« « Peluang menjana pendapatan melalui blog selain dari Adsense.*** Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian 2. » »


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

468x60

Sudah 12 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. bob said:

    ya betul! kita kena bakar semangat sendiri. hari hari kalau boleh baca kejayaan org lain. serious seh dtg sendiri :)

  2. rohaizad said:

    Ermm.. betul tu.
    Ko ni kira mentor aku jugak Bob.

  3. taukey said:

    hehehehe. hampir terpecah rahsia En. Megat dan En. Ezad sahaja. hahaha.

    aku ucapkan tahniah kepada semua sebab dah bergerak setapak. aku akan menyusul kemudian. :D

  4. nikillas said:

    di mana ada kemahuan.. di situ ada jalan.. Waaa..!! 10k.. aku doakan kejayaan kau mencapai matlamat itu.. YOSH..!!

    nikillass entri yang terkiniOne Down.. Five More To Go..

  5. |1f34|-|1r3 said:

    hoho..RM10k tuh..aku menantikan result nyer di hujung november ini !

  6. megat said:

    uiks, sesikit mau pecah rahsia eheh.

    aku tak sangka dalam dunia internet ini bisa menjadikan satu tapak untuk kita terus mencari sesuap nasi malah mencari keselesaan hidup.

    jika nak dibandingkan dengan dunia peniagaan konvensional, perniagaan di internet juga lebih kurang sama perlukan usaha. tiada apa yang kita dapat jika kita tidak berusaha.

    yang penting bisnes internet dapat dilakukan dari rumah eheh.

    RM10K! aku yakin kau dapat lakukan jat.

    ps : semakin tercabar ni!

    megats entri yang terkiniInilah Kebenaran, Pertingkatkan Ilmu, Pengetahuan Dan Tetapkan Pendirian

  7. samdaddycool said:

    ..semua orang ada impian, semua orang punyai hati…
    …tetapkan matlamat, kejarlah impian.

    ….yakin….

    selagi benda ni ada, tak mustahil apa yang dikejar akan berjaya.

    samdaddycools entri yang terkiniArtwork – batik painting.. 2nd attempt

  8. ezad said:

    Ada sokongan padu pada otai2 semua, menceriakan idupku,semakin hari bertamabah semangat..thanks Bro moga matlamat RM10K tu berjaya dengan bangganya..leh la belanja KFC haha..cheers :p

  9. nuaeman said:

    AKu rasa takde masalah untuk ko capai 10 k tu jad.. nanti dah dapat hantar kat umah aku sikit eh.. heheh.. buat grill umah aku plak.. wahahah

    nuaemans entri yang terkiniBila kali terakhir korang peluk Ibu?

  10. rohaizad said:

    Tak tentu gak man. Month to date baru dapat RM2.5K,lagi RM7.5K tu … banyak siot… adeh. Takper, masih ada masa lagi.

  11. topo said:

    hohoho kolaborasi ezad dengan megat.. cam best je bunyi…

  12. hanep said:

    bro, kita di bidang yang sama ler.. kalo orang lein ley join venture, kita ley gak, kekeke….

belanja-saya