Ingin beriklan? Sila klik di sini


Kerja part-time untuk menambah pendapatan – janji HALAL!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: November 10, 2008 online

kursus_lintah_naza_hotel_3.gif

Masihkah engkau ingat satu catatan di blog Bob yang mengisahkan tentang usaha dan semangat seorang lelaki yang ingin menambah pendapatan untuk keluarganya?

Buat pengetahuan semua, lagu ini cukup memotivasikan aku.
Walaupun aku belum lagi berkeluarga, tetapi aku rasa ada satu panggilan semangat yang amat unik dalam lagu ini. Mungkin bagi sesetengah orang lagu ini tak ubah seperti lagu rakyat yang biasa di dengar, tapi bagi aku kebenaran dan realiti kehidupan memang wujud dalam lagu ini.

Antara bait-bait lirik dalam lagu ini yang aku suka ialah:

Kadang-kadang mari pikir dalang hati
Macang maner care nak tamboh rezeki
…………………..
…………………..
…………………..

Begitulah care kalu mau idup
Buat ape saje yg kite sanggup
…………………..
…………………..
…………………..

kursus_lintah_naza_hotel_2.gif

Sebenarnya walaupun aku full time blogger, aku juga masih membuat kerja part-time aku. Prinsip aku senang jer. Asalkan halal, aku balun. Asalkan tidak memerlukan modal yang besar, aku hayun. Dan selalunya, kerja yang aku buat sebagai pert-time memang tidak memerlukan modal dari segi wang. Lebih kepada perkhidmatan melalui aset yang Tuhan berikan.

Antara kerja part-time yang aku lakukan ialah menjadi MC, sekretariat majlis dan juga khidmat rundingan. Mula-mula tu memang cuak dan segan bila bercakap depan orang ramai. Tapi alah bisa, tegal biasa. Semua kerja ini mempunyai satu persamaan iaitu “cakap, cakap dan cakap”. Dengan hanya bercakap, boleh menjana duit. Itu yang aku lakukan pada hari Sabtu lepas di Hotel Naza Johor Bahru. Jadi sekretariat pun dah bersyukur sangat. Janji tidak membuang masa di tempat lain. Siapa nak kasi RMxxx untuk satu hari kan?

Untuk kengkawan semua, boleh aku tau apa pekerjaan part-time kamu semua?
Marilah kita berkongsi cerita masing-masing…. :)

kursus_lintah_naza_hotel_1.gif


catatan

bawah



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 38 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. fadil said:

    Keje part time nak jadikan business internet sbg side income but full time jadi banker. Penat wooohh kira duit orang. Bila mau masyukk???

  2. negaraku.net said:

    Kerja part-time untuk menambah pendapatan – janji HALAL!…

    Sebenarnya walaupun aku full time blogger, aku juga masih membuat kerja part-time aku. Prinsip aku senang jer. Asalkan halal, aku balun. Asalkan tidak memerlukan modal yang besar, aku hayun.

  3. taukey said:

    ada beberapa sebenarnya part time. Jual kereta (introducer), Jual Insurans Kereta, Jual prepaid, jual diri. wakakakaka…tak sanggup aku jual diri sendiri.

  4. am said:

    am baru saja menceburi bidang sales..
    antaranya..

    Jual pakej haji dan umrah
    Buat blog installation
    Agent bagi al rajhi bank.. sesiapa nak bukak akaun al rajhi bolehlah jumpa am.. baru rm20 dah dapat debit card visa (buka akaun bank) dan juga bantu sesiapa yang mahu ambil loan dengan al rajhi..

  5. rohaizad said:

    FADIL – Selalu kira duit orang, bila plak nak kira duit sendiri ye tak? Betul jugak tuh.

    TAUKEY – Erm… mesti masyuk nie.

    AM – Aku berminat dengan agent al Rajhi tu. Tak pernah dengar plak sebelum ini? Don’t mind to share?

  6. megat said:

    memang gempak la ko ni jat. byk cabang bikin duit! tercapai lg target ko bln ni.

    masa aku buka akaun dgn ezad, derang ada cakap psl jadi ajen derang. ajen kad, ajen loan dll. paling lumayan ajen loan rumah!

  7. |1f34|-|1r3 said:

    side income? hmmmm…xde lg stakat ni..projek blog masih tidak berbuah lg…hehe…dulu aku byk repair komputer tp lepas aku dh kije tetap ni..jarang dah repair..repair utk kawan2 jer skang ni…

  8. taukey said:

    takder la masyuk. ikut nasib gak la. hehehehe…satu cabang tu dah hilang. kena cari cabang lain. hehehehe

  9. wenkt said:

    buat teks ucapan untuk menteri.
    ihiks
    tapi selalu tertunda bayaran sebab takder invoice, then syarat government xleh bayar ke orang perseorangn, kene byr atas nama syarikat, so government tak leh nak releasekan cheque.
    tertunggak la. hahahah

    sengkek!

    wenkts entri yang terkiniCicakman 2: Planet Hitam

  10. rohaizad said:

    WENKT – Aku pernah jugak dengar pasal job buat teks ucapan untuk menteri nie. Kalau aku nak apply, macam mana ehh? susak plak nak nyebut nama ko nih … wahahaha, unik siot.

  11. am said:

    Salam, rohaizat.. am ada blog pasal al rajhi dan berminat untuk jadik ajent boleh apply melalui am, kena bayar rm50. Ianya meliputi rm20 buka bank, daftar agent rm20 dan starter kit rm10.

    sistem yang diguna adalah seperti mlm sikit2 la.. kita bukan dapat komisyen bila ada orang approve loan, tapi bila orang approve loan, bayaran tiap bulan mereka, ada sedikit untuk kita.. let say seorang akan pinjam 10k selama 5 tahun, kita akan dibayar lebih kurang rm3.15 setiap bulan sehingga 5 tahun, bila ada ramai yang ambil dengan kita, tambahan pula ada agent yang berdaftar bawah kita.. kita ada overriding komisyen lagi..

    anggaran sekitar 14k income sebulan..setelah 5 level agent yang berdaftar bawah kita.. easy money lah..

    just mail me lah pada yang berminat armfx(at)starstreet.us

  12. rohaizad said:

    Check email :)

  13. menj said:

    Aku takde kerja part-time…semuanya full time Internet Entrepreneur :p

    menjs entri yang terkiniEkonomi yang menguntungkan

  14. rohaizad said:

    Ko otai beb.

  15. zool said:

    Aku tgh carik part time..
    Sekarang ni blog adalah part time aku…

    Kalau ada masa nak gak aku layan pasar tani.. tapi tu le belum masanya lagi

  16. rohaizad said:

    Pasar tani? Bagus tu. Layan…

  17. samdaddycool said:

    Aku full time > pasar tani, pasar malam, pasar pagi (kecuali pasar borong ikan).. + kedai.

    Part time > ebay, lelong, affiliate.. , blog .. (ermmm boleh kira ke baru berapa sen dapat)

    Tapi aku nak tukar yang part time jadi full time, dan sebaliknya.

    samdaddycools entri yang terkiniPasar malam.. what so special?

  18. x-po shop said:

    syabas bro..ni yg kita mau..pelbagaikan sumber pendapatan..xksh la part time ke full time ke..

    x-po shops entri yang terkiniPANDUAN MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DI EBAY

  19. skyjuice said:

    salam tuan blog….
    naza hotel jb ea?
    dekat dgn tempat keje lame skyjuice….
    dlu skyjuice keje kt grand blue wave jb…
    skung da smbg blajar kt kl…..
    so nk cari keje part time pown xtau kt ner sebab xder kaki…
    so.. berblog la keje part time skyjuice skung walaupown xbergaji..
    huahuahuahuahua….

    skyjuices entri yang terkiniMajlis Gathering Bloggers…

  20. rohaizad said:

    Belajar?
    Bagus tu. Good luck!

  21. Kak Jun said:

    So untuk pengetahuan reader, saya adalah student Izad. Beli e-book tak pandai-pandai nak buat blog sendiri. Izad offer personal tuturial. Sekarang akak buat keja part time cari student yang nak belajar ngan Izad.. untuk JB area saja

  22. rohaizad said:

    Uiksss?
    Jauh jalan Kak? Sampai sini…?
    ekekeke….

  23. Mr Am said:

    skrg aku student lagi.. tp skrg aku keje part time, jual hosting..

    emm.. maybe lepas grad ni.. aku akan jadikan keje part time aku ni sebagai keje full time aku…

  24. nuaeman said:

    Bagus entri nih.. boleh aku survey-survey apa lagi part time job yang boleh dibuat..

    nuaemans entri yang terkini10 benda yang pernah menjadi sebahagian dari hidup nuaeman

  25. azman said:

    company aku tengah gawat,kerja 4 hari seminggu,3 hari cuti,ada sesiapa boleh bagi idea nak buat part time kat mana?tak kisah apa2 kerja janji halal.

  26. rohaizad said:

    MAN – Cuba ceburi eBay. Barang lama yang dah tak pakai pun boleh dijual.

  27. azman said:

    tq rohaizad bagi idea tu,tapi aku tak paham cara-caranya,aku ada dapat part time emailtunai.com diaorang suruh joint satu email dapat 50sen,tapi kena masuk duit kat akaun bank diorang atas nama klik solution,boleh caya ke ni,dulu duit aku dah lebur ribu-riban joint SUN SOFWARE SOLUTION,last-last tokey balik cabut india.

  28. rohaizad said:

    Kalau gitu, baik ko buat duit kat youtube. Modal RM70 tapi boleh buat beribu dollar. Aku ada ceritakan pengalaman sebenar aku kat sini:
    Menjana Pendapatan dari Youtube.

    aina Reply:

    rasa minat lah dgn partime job ni.blh share x info mcm mana nak buat?

  29. azman said:

    ok aku dah baca hyperlink kau tu,menarik dan teruja aku nak cuba,tapi aku tak tau apa-apa lagi,
    kena beli dulu video tu baru paham,tq skali lagi.

  30. rohaizad said:

    Betul tu. Beli dulu, baru faham semuanya. Semoga berjaya.

  31. AmirMohamad said:

    Banyak juga kerja en rohaizad buat ek..

  32. [...] blogging, aku masih ada lagi income dari program make money online yang lain dan juga servis (tutorial/speaker) yang aku tawarkan melalui syarikat yang aku [...]

  33. arien said:

    tlg bgtau camne nk cari duit..aku btl2 blur skrg

    rohaizad Reply:

    Tolong bagitau?
    Nak cari duit kena kerja… itu je kuncinya. :)

  34. [...] tiada yang terkecuali. … pakej knowledge profit peluang pendapatan mudah Perniagaan ramadhan …rohaizad dot com Kerja part-time untuk menambah pendapatan …Masihkah engkau ingat satu catatan di blog Bob yang mengisahkan tentang usaha dan semangat seorang [...]

  35. Blogger75 said:

    Salam penuh ceria,

    Saya buat perniagaan fulltime MLM secara offline dan partime jual domain secara online.Sekarang nie bila dah kenal dunia blog part time macam fulltime dah..haru biru dibuatnya.

    rohaizad Reply:

    Ini dah termasuk dalam masalah “Information Overload”… so cara nak mengubatinya, kena get back to basic semula :)