Cerita yang ingin aku ceritakan.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: November 12, 2008 online

cerita.gif

Malam ini, aku tidak akan bercerita mengenai perihal membuat duit online seperti di catatan yang sudah-sudah. Malam ini aku ingin sekali BERCERITA.

Iya… bercerita. Tetapi bukanlah cerita pasal Sang Kancil ataupun Sang Buaya. Aku ingin ceritakan satu cerita dari kehidupan aku yang lepas. Aku ini dahulunya memang seorang budak yang suka sangat mendengar cerita dari sesiapa sahaja. Malah aku juga suka juga bercerita. Tapi aku bukan orang yang suka membuat cerita. Fahamkan itu.

Jika engkau adalah seorang yang suka mendengar cerita seperti aku, maka silakanlah membaca catatan ini sampai habis. Sebab macam yang aku katakan tadi, kalau engkau suka dengan cerita, maka engkau pastinya akan membacanya sampai habis. Senang`kan?

Malam ini adalah malam yang indah.
Dengan bertemankan lagu-lagu “LOVE SONGS” dari Radio Yahoo!, dengan hujan yang masih lagi renyai-renyai, dihalusi halwa telinga ini dengan lagu yang agak sentimental dari Billy Joel bertajuk Just The Way You Are… fuhh.. seronok sekali berblogging pada ketika dan saat ini.

Zaman kecil aku.

Masa aku kecil dahulu, aku ada banyak cita-cita.budak.gif
Bomba, Polis dan Askar adalah antara profesion yang standard bagi diri aku sebab itu sahaja 3 pekerjaan yang aku nampak. Maklumlah… orang kampung. Pemikiran yang cetek pada waktu kecil kadang-kadang boleh mempengaruhi bentuk dan aspirasi minda. Buktinya aku sentiasa mempunyai alasan yang tersendiri apabila ditanya oleh Cikgu Sabariah. “Mengapa kamu selalu memilih Bomba, Polis dan Askar sebagai cita-cita kamu? Kenapa tidak jadi Askar dahulu?”

Aku akan menjawab dengan selamba “Saya ingin menjadi seorang Bomba sebab kerja Bomba senang. Lepas tu, kalau tiada pilihan, saya akan bertukar menjadi Polis sebab Polis boleh tolong orang kampung. Polis ada pistol, jadi boleh lawan orang jahat. Polis ada power. Lepas tukan cikgu, barulah saya akan memilih untuk jadi Askar.” Sebab jadi Askar cepat mati, jadi itu akan jadi pilihan terakhir”.

Itulah pemikiran aku pada waktu kecil.
Tapi bukanlah aku cakap sebijik macam tu. Cuma itulah mesej yang aku selalu sampaikan. Kalau ikutkan, memang keadaan dan persekitaran pada waktu itu memang sesuai untuk aku bercakap sebegitu. Mengapa?

Ini kerana kalau jadi ahli Bomba pada waktu itu, nampak macam rilek sebab kereta memang belum banyak di jalan raya. Jadi kuranglah kemalangan`kan? Begitu juga dengan kebakaran. Perumahan pada waktu itu pun tidak banyak, jadi tidaklah banyak kebakaran. Bercerita tentang Polis pulak, pun sama. Jenayah pada waktu itu pun tidaklah sedahsyat hari ini. Jangan kata jenayah, nak jumpa kereta Polis pun sampai berjanggut baru berjumpa. Itu yang jakun gila kalau jumpa kereta Polis. Aku masih ingat lagi topi anggota Polis pada zaman aku kecil yang bulat berwarna putih tu. Kelakar.. kelakar…! Tapi bila tiba bab ingin menjadi Askar, memang agak mengujakan sebab askar memang cepat mati. Ingatkah engkau pada filem Bukit Kepong dan Darah Satria? Jadi ianya memang menghantui. Faham-faham sudah….. :D

Zaman remaja aku.

teenage.gif
Tapi itu semua cerita masa aku kecil dahulu.
Menjelang remaja, lain pulak ceritanya. Aku mula menunjukkan gaya dan pemikiran yang sebaliknya. Cerita tentang cinta cita-cita semakin matang bunyinya. Profesion ataupun pekerjaan dalam bidang pasukan beruniform semakin pudar. Jawatan pensyarah, usahawan dan penulis mula menjadi pilihan.

Pengaruh majalah Dewan Siswa amat kuat ketika itu. Aku memang suka membaca majalah Dewan Siswa dan Dewan Masyarakat. Semakin hari, ransangan untuk menjadi seorang penulis semakin kuat dan membara. Boleh dikatakan setiap bulan aku hantar puisi ke DBP. Bukan disebabkan niat untuk memang sebagai puisi pilihan di majalah itu, tapi just suka-suka.

Jiwang?
Kurang tepat jika aku dikategorikan dalam golongan sebegitu. Aku bukanlah mamat meleleh cintan cintun tapi aku suka tenung mata pelajar perempuan yang lain. Aku adalah juara pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan di sekolah. Aku juga adalah seorang atlet yang berjaya memecahkan rekod “Lempar Cakera” sekolah setelah 8 tahun tidak dipecahkan. Tapi satu yang pasti, aku memang suka menulis.

Suka menulis bukan bermakna aku ini seorang nerd.
Suka menulis bukan bermakna aku rajin belajar (walaupun aku berkaca mata). Aku agak terketepi dalam akademik ni. Aku cepat bosan pada sesuatu subjek yang aku tidak suka. Percaya atau tidak, aku pergi kelas Kimia hanya berbekalkan pen dan kertas tisu yang sepeket 20 sen tu. Aku tulis apa yang aku faham kat situ. Cikgu Lim sampai dah takleh nak marah sebab aku dah takleh nak dibentuk lagi. Itu citer kelas Kimia.

Cerita kelas Biologi pula lagi seronok.
Aku pergi kelas Biologi semata-mata untuk gelakkan cikgu Biologi aku yang pelat tu. Mintak maaflah cikgu-cikgu semua. Walaupun begitu, aku tahu yang kehidupan cikgu-cikgu semua tidakkan sempurna jika tiada pelajar macam aku dan member aku yang lain. Pelajar macam aku inilah penyeri dalam kehidupan mereka. Yang pasti, tiada satu pun subjek dalam peperiksaan SPM aku FAIL termasuklah Fizik, Kimia, Biologi dan Add math. Gila.

Zaman dewasa aku.

Tapi itu semua cerita masa zaman remaja.dewasa2.gif
Zaman mat belia lain dah gambarannya. Aku tidak lagi menghantar hasil kerja tulisan aku ke mana-mana akhbar. Sebab utamanya ialah aku dah mula sibuk dalam alam pekerjaan. Sokongan dari dalaman dan luaran langsung tiada. Aku ingin sekali mempunyai kolum tersendiri di dalam majalah-majalah mahupun akhbar-akhbar. Kalau setakat majalah seperti Remaja, Hype, Maskulin dan seumpamanya … memang pernah menjadi impian aku. Untuk semua editor majalah di Malaysia ni, ada vacancy ke untuk freelancer macam aku ni? :D

Selepas itu, kehidupan aku berlalu begitu sahaja. Sehinggalah aku terjerumus dengan dunia blogging. Sedikit.. sedikit…. aku terjah. Sedikit.. sedikit… aku mencelah. Sedikit.. sedikit… aku belajar. Akhirnya aku dapat menyambung kembali hobi menulis aku. Bezanya aku menulis pada platform yang berbeza. Papan kekunci menjadi pen aku. Monitor komputer pulak menjadi kertas kajang aku.

Sekarang zaman dah berubah.
Pemikiran dan aspirasi minda juga turut berubah. Ilmu boleh diperolehi di mana-mana sahaja. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pokok pangkalnya usaha dan terus berusaha. Kita tidakkan pandai sekiranya kita tidak gagal. Kita takkan gagal sekiranya kita sudah pandai.

dunia_internet.gif

Dunia pun dah berubah.
Kalau dahulu manusia kata dunia ini rata, tapi hakikatnya dunia ini bulat. Sama seperti aku. Kalau dahulu orang kata aku ini seperti biawak hidup yang ditanggung oleh mak bapak, tapi persepsi orang terhadap dunia internet semakin matang. Mereka tahu yang kerja aku memang memerlukan aku berpejabatkan rumah sebagai pusat operasi. Tapi itu tidak bermakna aku tidak perlukan pejabat rasmi.

Persepsi terhadap cita-cita yang pernah aku sematkan dalam minda semasa aku kecil dahulupun semakin jauh. Kerjaya dan profesion pasukan beruniform yang pernah aku ceritakan tadi telahpun termansuh dengan sendirinya. Sungguhpun begitu, aku tetap ada pakaian aku sendiri sebagai seorang full time blogger. Ianya tidak ubah seperti pakaian uniform yang engkau dan orang lain pakai. Cuma ada sedikit perbezaan dari segi kebebasan.

Iya… ada beberapa uniform yang “berangin dan cool” serta selesa untuk orang yang mempunyai profesion seperti aku. Baju “Pagoda”, seluar pendek, boxer dan kain pelekat adalah fesyen yang paling mantap untuk dipakai. Apatah lagi pada waktu sebegini, underwear pun aku tak pakai !!!!

“Berangin dan cool…..!”


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 18 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. shaxx said:

    panjang jugak citer ko ni yer…

  2. topo said:

    yeah aku berjaya habis baca karangan ini.. hohoho

    topos entri yang terkinitag cinta dengan si dia yang mengarut

  3. taukey said:

    patut pun berangin dan cool. hahaha. aku dulu cita cita nak jadi polis. Melangkah ke remaja jadi manager bank. masa belajar kat universiti nak balik jadi polis. tapi sekarang kerja berkaitan “sayur dan buah”. hahaha. tak ada perkaitan lansung

  4. rohaizad said:

    SHAXX – ini kira pendek sebenarnya… wahahahha!

    TOPO – Maknanya ko ni suka dengar orang bercerita.

    TAUKEY – Memang lari bidang ko wehhh… tapi, rezeki ada di mana-mana…. :D

  5. samdaddycool said:

    … Aku memang nampak bakat penulisan ko! …Cerita ko memang santai, dan best!

    .. tapi aku suka uniform ko yg terkini.. ‘berangin’ ..kikiki

    samdaddycools entri yang terkiniSemangat yang hilang

  6. megat said:

    aku baca sampai habis, sampai part tak pakai ‘sotong kering’ wakaka.

    aku percaya secara lahiriah aku nampak kesan dari pembawakan sedari kecil hingga kini.

    ia bergantung kepada keadaan sekitar pada sesuatu zaman. dan kau antara yang berjaya menempuh semua yang kau impikan.

    insya allah aku cuba menjadi seseorang seperti kau. cerita kau hampir sama dengan ceritaku!

  7. rohaizad said:

    SAM – wahhhh.. ada can lah aku nak jadi penulis… ekekeke.

    MEGAT – Cerita sama? Kalau gitu, aku nak dengar citer ko plak megat!

  8. fadil said:

    cantik,menarik tertarik cerita ko mmmg da bomb… hahahaha.. Tak sambung blaja ke lepas abis skolah atau ada keje terus? Anyway coool story… :-)

  9. rohaizad said:

    Aku ada sambung belajar kat Melaka. Semua yang ada di sana adalah pengalaman terhebat sepanjang hidup aku.

  10. bantingboy said:

    macam cerita nabil la plak..cite time dia waktu kecil sampai besor..

  11. [...] adalah orang yang suka bercerita. Bila bercerita, bermakna kita kenalah bercakap. Bila kita mempunyai kebolehan untuk bercakap, ada [...]

  12. Jimmy said:

    Part last tu memang mengujakan… Ha ha.

  13. rohaizad said:

    Ye ker? Wahahaha

  14. [...] dari pengalaman aku yang lepas. Seronok weh kalau bercerita mengikut pengalaman ni. Aku memang suka bercerita, dah lupa? Lagipun, tadi kata nak bersantai`kan? ekekeke… Persoalannya sekarang, apa yang [...]

  15. ubey said:

    salam singgah bro. hehe. most part of the story totally inspired me. pelikat tu mmg masyuk. berangin je. nak garu pun x kantoi. haha. tapi.. mm. perjalanan hidup. something unexpected.

  16. miya said:

    salam,cerita terbaru tak de ke sy pn nk jadi penulis mcm u jugak lh

    rohaizad Reply:

    Cerita terbaru, rasanya dah banyak giler cerita terbaru kat dalam blog ini. :)

  17. [...] dulunya hampeh dah “jadi orang”… (aku dulu hampeh juga, tapi sampai sekarang pun hampeh lagi [...]