Minyak sawit pengganti minyak hitam kereta.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh disiarkan: November 13, 2008 online

ferrari.gif

Kreativiti adalah hak milik peribadi. Sesiapapun boleh menjadi seorang yang kreatif. Jika kreativiti seseorang itu ditambah lagi dengan usaha, inilah yang terhasil.

Minyak masak sawit sebenarnya boleh dijadikan sebagai minyak hitam kereta. Agak kelakar kenyataan ini tetapi itulah yang telah dilakukan oleh segelintir daripada rakyat Malaysia. Kisah mengenai minyak masak yang dijadikan sebagai minyak kereta bukanlah satu perkara baru. Kalau tidak silap aku, Majalah 3 pernah membuat slot untuk cerita beberapa tahun lepas tetapi tu hanyalah sekadar tontonan umum sahaja.

Tetapi apabila “kisah benar” ini dipaparkan secara rasminya di akhbar Kosmo, aku rasa sudah sampai masanya bagi badan-badan yang terlibat (NGO mahupun kerajaan) membuat satu kajian yang khusus dan serious kepada kebenaran minyak masak sawit ini.

Sebenarnya aku sungguh terkesima dengan cubaan ataupun testimonial yang dibuat oleh sesetengah dari kita mengenai minyak masak sawit ini:

“Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10,” katanya.

Itu jika dipandang dari segi harga. Mari kita lihat dari segi penggunaannya pula:

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat ren dah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Dan ini pula adalah kebenaran yang tidak dapat dinafikan lagi:

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

Cuma satu yang perlu diberi penekanan bahawa hanya minyak masak SAWIT sahaja. Bukan minyak masak jagung, bunga matahari dan sebagainya. Ini adalah kerana minyak sawit bersifat sintetik (aku tak pasti tentang ini). Apapun, aku percaya minyak masak sawit boleh dikomersialkan menjadi minyak hitam kereta. Secara tidak langsung, mungkin ini juga akan memberikan peluang besar bagi peneroka FELDA untuk mendapat durian runtuh (walaupun pada hakikatnya poket kita semua akan runtuh sebab minyak masak akan naik harga!).

Sebab itulah aku katakan kajian yang mendalam perlu dilakukan. Apa kata survey?


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, make sure anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan dibawah. Terima kasih daun keladi.... jika ada masa, silalah datang lagi. .


Suka dengan catatan di atas? Jika suka, silalah vote catatan itu di sini:

Dapatkan catatan terkini:

DIJAMIN BERBALOI !!!

Sudah 30 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. MAHAGURU58No Gravatar said:

    Assalamualaikum Rohaizad.

    Saya turut sama teruja dengan laporan didalam KOSMO hari ini dan tercuit hati untuk mencuba nanti pada Wira 1.5 Auto kami.

    Hehehehe…janji tak berasap giler sudah!

    Rohaizad nak cuba ke?

    MAHAGURU58s entri yang terkini"Jangan sesiapa pertikai fatwa pengkid!" - KPN Tan Sri Musa Hassan

  2. rohaizadNo Gravatar said:

    Wa’alaikumussalam warahmatullah.
    Saya pun sebenarnya agak bersemangat ni Bang dengan laporan kat Kosmo tu. Niat memang nak cuba tapi dia tak cakap pun kereta auto boleh pakai ke tidak.

    Saya pakai auto macam keta Abang gak. So rasanya saya akan tunggu laporan dari Abang dulu.. boleh? ekekeke.

    Ya faddhol… ya faddhol… :D

  3. ezadNo Gravatar said:

    Sebenarnya pengunaan minyak kelapa sawit ni dah lama, kalu x silap masa tu 1996, minyak Carotino..dan CEO dia sendiri mengetestkan dkat kereta Mercedes menggunakan minyak berasaskan kelapa sawit ni, siap ada pam minyak tu dlm kwsan kilang..huhu

  4. shaxxNo Gravatar said:

    biar betul nih… ahahah

    shaxxs entri yang terkiniKuala Lumpur Jakarta Surabaya

  5. rohaizadNo Gravatar said:

    EZAD - Aku dah agak dah. Mesti ada yang tidak perasan antara “MINYAK ENJIN” dan “TANGKI MINYAK”. Minyak Carotino itu adalah TEST untuk menggantikan minyal petrol… ekekeke. Bukan minyak enjin.

    Kalau untuk menggantikan minyak petrol, dah berzaman siot. Klik sini.

  6. nuaemanNo Gravatar said:

    Kereta aku pun auto.. emm ko try dululaa jad.. kalau ok bagitau.. heheh.. kurang sikit kos

    nuaemans entri yang terkiniAntara Sajak Kematian dan Puaka Niyang Rapik

  7. rohaizadNo Gravatar said:

    Ko tunggu aku… aku tunggu bro Mahaguru58.. haa.. baguslah tuh… wakakaka

  8. ezadNo Gravatar said:

    Eheh, dah tulis baru perasan pasal minyak Hitam ehehe..

  9. rohaizadNo Gravatar said:

    Punyalah besar aku bold`kan minyak hitam… orang kalau dah asyik bercinta, minyak hitam pun dah tak nampak hitam lagi dahhh…. wahahaha

  10. ezadNo Gravatar said:

    Xpela tu kesilapan tuh sekurang2nya ada info gak yg dikongsi related ngan minyak kelapa sawit tuh..hehe cover malu :p

  11. rohaizadNo Gravatar said:

    cover… cover… ipin01.gif

  12. taukeyNo Gravatar said:

    minyak sawit boleh buat minyak hitam? boleh gak rasanya dengan sedikit R & D.

    Kalau betul boleh , ini merupakan berita baik kepada negara kita yang merupakan antara pengeksport sawit.

    boleh tahan naik juga ekonomi nanti. Sekarang sawit dah turun harga. Jadi dengan adanya pelbagai jenis produk berasaskan sawit, potensi untuk jana pendapatan memang besar

  13. rohaizadNo Gravatar said:

    TAUKEY - ko punya ayat sebijik macam lecturer aku dulu-dulu siot…. :D power, skema habih! ekekke

  14. |1f34|-|1r3No Gravatar said:

    cantek la…aku tunggu ko test plak…mahaguru58 test…ko test..kalau dedua cun…aku lak jadi tikus makmal…haha

  15. rohaizadNo Gravatar said:

    Ko pakai keta auto gak ker L4H? Ramai bloggers yang pakai keta auto agaknya.

  16. megatNo Gravatar said:

    apalagi berilah sokongan padu supaya memudahkan proses R&D tersebut.

    biasanya makin ramai yang pertikaikannya maka makin tertekan kerajaan. barulah proses tersebut berjalan.

    korang semua test dulu, yang paling akhir aku la ekeke.

    megats entri yang terkiniSemakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah

  17. rohaizadNo Gravatar said:

    Betul-betul.. aku pun tunggu Mahaguru kita ler. Guru dulu, baru muridnya…. lalalalalala.. isabella …

  18. taukeyNo Gravatar said:

    hahahaha…aku tau tulis camtu…tak perasan plak skema. ekekekeke

  19. ImamKhalidNo Gravatar said:

    Saper2 dah try, silalah kongsi pengalaman. Aku pun teringin jugak nak try nih.

    P/s: Agak2 air filter nak tukar dengan aper ek? Pakai penapis teh jer kot lepas nih.

    P/p/s: Orang Melayu kita memang kreatif bab2 nih… :twisted:

  20. rohaizadNo Gravatar said:

    Kreatif?
    Maunya tak kreatif… kalau tak, takkanlah tong gas memasak kat dapur tu pun dibalun jadi tong NGV… !

    p/s: risau gak…

  21. titanNo Gravatar said:

    ehm. nak gak try nih. Hehe..

  22. zamzNo Gravatar said:

    takut plak nak try kat keta aku…karang kong terus mati aku nak keluar duit plak..hehe

    kan best kalau ada org sah kan betul2..

    zamzs entri yang terkiniCheck Bill EleCtric Korang Online Through TNB EServices

  23. samdaddycoolNo Gravatar said:

    wah.. aku teruja nak cuba!

    samdaddycools entri yang terkiniSumbangan Ikhlas Untuk Blogger Megat.Net

  24. al amin ahmadNo Gravatar said:

    salam sejahtera dari saya sahabat baru semua,
    saya dah mula mengguanakan minyak masak kelapa sawit hampir seminggu. saya menggunakan proton wira 1.5 auto.alhamdulillah berkesan. di sini saya huraikan kelebihan dan kelemahan minyak kelapa sawit sebagai minyak enjin.

    sebarang persoalan leh email dekat email saya : aiztech@streamyx.com
    -amin: alor setar

    ** En Amin, terima kasih. Saya telahpun menyalin semua testimonial En Amin di sini.

  25. […] Masih ingatkah kamu lagi pada catatan aku yang lepas berkenaan minyak masak sawit yang kini digunakan sebagai minyak hitam kereta? […]

  26. mdjohariNo Gravatar said:

    Saya baru mencuba pada motorsikal saya, memang berbeza. Nak tahu boleh cuba.

  27. rohaizadNo Gravatar said:

    Ceritalah sket pasal penemuan yang sungguh marvellous ini.

  28. dj atukNo Gravatar said:

    Salam semua…peminat2 minyak enjin kelapa sawit
    aku dah pun cuba pada keter bini aku guna minyak kelapa sawit ni dalam sebulan yg lepas…
    Apa yg aku nak syorkan kat sini pada semua yg baru atau teringin nak cuba…tak yah fikir panjang2 sangat sbb aku pun dulu takut juga tp bila dah cuba sampai skrg rasanya tak ada masalah lansung pada enjin keter bini aku.
    So tukar aje pd minyak masak kelapa sawit sbb minyak enjin ..murah …selamat…save budget..
    klu nak tukar minyak enjin sebulan sekali pun dah tak risau sgt sbb murah ajer baru RM10.00 sebulan..

  29. Anak SemutNo Gravatar said:

    Salam untuk semua…aku dah try guna minyak kelapa sawit ni pada keter camry 2.0 aku walaupun masih dalam warranty lg….hehehehe..aku hentam ajer sbb nk tahu cam mana performance keter ni…
    So far x ada masalah lansung

  30. Anak SemutNo Gravatar said:

    sepekara lg aku nk tambah kat sini pada mereka2 yg baru nak berjinak2 guna minyak enjin jenis kelapa sawit….bg keter baru pastikan minyak enjin anda sentiasa ditukar pada setiap bulan seperti kata dj atuk…sbb itu akan menjamin pretasi minyak itu pada tahap optimum…lg pun bukan mahal sangat. bagi keter lama …ermmm enjin pun munkin dah semput…sediri mau ingat la nk tukar atau tidak sbb klu enjin dah teruk ..pelasah ajer sbb mcm mana pun enjin dh mmg teruk bg yg sederhana teruk leh ler tukar 2 bulan sekali dan bagi yg beli keter 2nd hand ..buat cam biasa ajer dalam 3000km tukar sekali minyak dan pastikan oil filter jugat tukar jgn buat tak nampak lak kat oil filter tu.
    Lg satu petua buat semua..masa tukar oil filter suruh pomen masukkan sedikit minyak kat dalam filter tu…ckp ajer kat dia sbb itu antara aspaek penjagaan enjin keter…hehehehe-mcm pro lak aku ni