Multilevel marketing – MLM adalah satu perniagaan yang teruk?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: November 14, 2008 online
Pemasaran dan peluang sebenarnya mempunyai kaitan dan perbezaan yang tersendiri.
Aku lebih suka peluang dari pemasaran sebab di dalam peluang, ada pemasaran tetapi di dalam pemasaran, belum tentu ada peluang.
Kali ini, aku akan berkongsi satu video yang mungkin akan mengubah persepsi engkau mengenai MLM iaitu Multilevel marketing.
Aku adalah orang yang suka bercerita. Bila bercerita, bermakna kita kenalah bercakap. Bila kita mempunyai kebolehan untuk bercakap, ada satu perkara yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh kita sendiri. Senang cerita, semua salesman handal bercakap. Jika kita handal bercakap, bermakna mungkin dunia MLM akan menjadi lubuk duit.
Tapi itu tidak bermakna semua orang yang suka bercakap itu boleh menjadi seorang salesman/penjual yang handal. MLM memerlukan komitmen dan inisiatif yang tinggi. Aku pernah mencuba untuk menjadi seorang yang hebat dalam dunia MLM tetapi lama kelamaan, aku merasakan dunia MLM itu semakin tawar. Mungkin kerana produk MLM itu sendiri barangkali.
Sebagai cubaan yang seterusnya, aku cuba lagi mendaftar dan memperkenalkan beberapa produk MLM dari syarikat yang berlainan, tapi masih lagi tidak dapat merasa “manis”nya. Apa yang tidak kena sebenarnya? Produk, perkhidmatan atau orang yang menjualnya? Setahu aku semua produk MLM adalah bagus`bukan?
Sebenarnya, bukan kerana aku tiada downline ataupun komisyen tapi aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya. Cari punya cari, gali punya gali… lama-lama aku dapat tahu juga sebab mengapa aku tidak boleh sebati dengan dunia MLM. Jawapannya ada pada diri aku sendiri.
Aku orangnya tidak suka bekerja makan gaji. Akibatnya semangat bekerja untuk orang lain semakin pudar. Sehinggalah aku terjumpa video ini, barulah aku dapat jawapannya sedikit demi sedikit. Paling best apabila tiba pada minit ke-8. Berfikirlah secara terbuka kerana ini hanya pandangan peribadi mamat ni. Engkau nilaikanlah sendiri.
Sekali lagi, ini adalah pandangan peribadi. Kalau engkau menilai video di atas sebagai negatif, negatiflah jadinya. Kalau engkau nilaikan video itu dari sudut positif, maka positiflah jadinya. Aku akan jadikan video di atas sebagai satu perangsang dan semangat untuk aku berjaya di bidang yang lain (selain MLM). Bagi aku semuanya bergantung pada diri sendiri. Dan aku juga percaya pada rezeki yang Tuhan beri.
Masih ingatkah lagi engkau pada kata-kata Robert Kiyosaki?
Robert Kiyosaki: “orang terkaya di dunia membina network, tapi orang lain hanya mencari kerja.”
Harap rasional dengan catatan kali ini. Ini adalah pandangan peribadi aku mengenai dunia MLM, tiada kena mengena dengan video yang telah ditunjukkan. Bagi mereka yang sudah berjaya dalam dunia MLM, syabas aku ucapkan kerana engkau adalah orang yang handal dalam membina NETWORK.







aku masih ingat kata2 robert kiyosaki tuh..sbnrnya kebanyakan MLM adalah gagal dari design dia…sbb dia nk bg banyak duit utk org yg kat atas…sepatut nyer dia nyer design distributing wealth…bukan pushing wealth to top..
aku dah serik ngan MLM…
dan aku juga bukan anti-mlm…aku suka jer pegi MLM nyer talk kalau aku ada masa..banyak benda leh belajar beb…hehe…tp aku xmasuk memana MLM kerana cam aku ckp sblm ni..MLM tuh doomed by design …
siswaniaga Reply:
February 6th, 2010 at 1:42 pm
aku punsykajuga pergi dengar ceramah dan ‘table talk’ mereka. sebab apa? kita dapat meningkatkan semangat dan kemahiran masing-masing.
Ya ayat Robert T Kiyosaki tu memang popular dikalangan mereka-mereka yang terlibat ngan MLM.
Tapi Robert T Kiyosaki juga kata tak semua orang boleh berjaya dengan Network Marketing (Baca buku robert-Business School). Apapun dia memang menggalakkan dan mengakui Network Marketing adalah satu jalan untuk mendapat passive income.
Setelah menonton video tu sepertimana ko kata itu hanyalah pendapat peribadi. Ada juga yang aku kurang bersetuju. Bagi aku walau aku juga tak berjaya dengan MLM aku masih percaya ini adalah satu peluang bisnes yang baik bagi mereka yang kental. Dan yang penting bukan hanya duit semata-mata tapi ilmu dan motivasi dia memang bagus dan mantap. Aku lebih tertarik pada human value dalam MLM. Dari segi bisnes aku juga fail huhu..
nuaemans entri yang terkiniAntara Sajak Kematian dan Puaka Niyang Rapik
MLM ni boleh jalan tapi kena rajin. senang sikit nak cari duit dari blogging berbanding dengan MLM ni. Tapi kalau kena dengan caranya cepat jer boleh kaya dengan MLM
Setiap peluang yang datang kepadaku yang ada unsur2 MLM, akan kutolak jauh2 tanpa mengenali kawan atau sahabat atau saudara atau musuh atau pun yang takde kena mengena denganku.
Oleh itu, janganlah cuba mendekatiku untuk mempromosikan MLM.
Aku – Belia Benci MLM!
ImamKhalids entri yang terkiniDiberi betis nak peha!
Aku memang dah surrender dah MLM ni.
Aku tgk sistem MLM ni.. lebih pada sistem dari produk. Kalau nk jual produk rasenye lebih baik buka retail outlet. Kite x prlu bazir air liur dok promote.. tp buyer sendiri akan pilih. Mungkin ramai kurg berminat dgn cara bisnes tradisional cam bka outlet ni, jadi masuk MLM dengan tujuan utk kaya lebih cepat..
Pada pndangan aku la, nk kaya cepat ni perlukan high risk. as the saying goes “HIGH RISK HIGH RETURN” samada RETURN tu positif or vice versa xtau lagi la kn..
Kalo btul2 nk main MLM.. caranya ialah jadilah yang terawal. Just my opinion je.
“Jad petang ni ko ada hal tak? Jom laa datang umah aku.. ada bisnes baik aku nak share ngan ko nih.. member aku ada sekali.. jgn risau ko datang jee..”
Ayat pancing bagi yang baru berjinak-jinak..
nuaemans entri yang terkini5 Website yang sanggup membayar dari setiap hasil tulisan
STAR – Ada betulnya apa yang ko nyatakan. Apa pun, selamat datang ke rohaizad dot com
NUAEMAN – Email aku pasal projek ko tu. Nanti aku evaluate.
projek apa jad..? itu aku buat satu dialog jee laa.. bukan ke selalunya orang yang buat MLM guna ayat camtu.. bagi yang amaturla..bila dah sampai umah diorang.. cam dah takleh lari.. maka kena laa dengar sampai habis.. kekadang kerana kawan ada yang terpaksa join..
nuaemans entri yang terkini5 Website yang sanggup membayar dari setiap hasil tulisan
aku takdelah serik. cuma aku ada benda yg aku tak gemar. Betul. Ada orang pentingkan system banding produk. Senang cerita, sape yang kental dan tahan je leh berjaya dengan MLM. TErnyata, MLM bukan darah dagingku..
kalo bunyinya MLM…mmg awal2 dah tolak tepi dah..sebab apa aku fikir bila MLM ni..
MLM>downline>cari orang>ajak join
dua part yang terakhir tu yang ak x suka..xder keje eh nk g pujuk rayu orang suruh masuk, labur duit bla bla…kalo sikit x per…ni kalo ribu2?
huhu, pendapat ak je. tp ak tgk sekarang ni pun banyak gak program kat internet berunsur MLM, cuma dikaburi dengan produk ebook yang kononnya nk tutup mata orang ramai yang ini bukan MLM dan bukan skim cepat kaya. haih..ntah la.
NUAEMAN – Cehhh… ingatkan ada projek mega siot….ekekeke.
TITAN – Baru aku tau, ramai gak yang tidak berapa gemar pada MLM ni rupanya.
IZZAT – Ermmm… pasal ribu-ribu tu, aku mengaku. Tapi bila ko kata MLM secara online, rasanya menarik bunyinya. Takper, aku akan evaluate pasal MLM online ni dalam entri yang akan datang. Thanks geng!
MLM tak bersalahkan?
yang bersalah diri sendiri la…
Kalau dulu kita gagal dalam peperiksaan takkan nak salahkan cikgukan?
sesuai tak perumpamaan aku kat atas tu?
EMME – Yup betul MLM tidak bersalah. Tapi diri sendiri pun TIDAK BERSALAH sebab diri sendiri tidak melakukan apa-apa kesalahan pun. Cuma rezeki diri sendiri itu tidak sama.
** Aku rasa catatan ini semakin berkonflik sebab ramai silent reader blog ini yang buat MLM. Any more idea on this topic? Proceed !!!
System tak bersalah.. tapi orang yang melaksanakan kadangkala boleh dikatakan bersalah bila menyembunyikan tentang bisnes yang nak diperkenalkan ketika jemput kawan-kawan, adakala mengganggu masa orang lain bila lepak umah kita sampai jam 12 malam tak balik-balik selagi kita tak join.
Apapun aku masih setuju Network Marketing boleh beri pendapatan lumayan walau aku kurang aktif dengan biz nih.
nuaemans entri yang terkini5 Website yang sanggup membayar dari setiap hasil tulisan
video mamat ni tgh panas.. ramai yang join ? berjaya dengan MLM panas.. Pada aku,terpulang pada pembawaan masing-masing.
samdaddycools entri yang terkiniSumbangan Ikhlas Untuk Blogger Megat.Net
Salam.. thankz sbb tinggalkan komen kat blog aku fasal benda ni.
p/s: sampai gak video mamat ni kat sini. hehehe..
hehe..nasib bek sy tak tertipu…
thank 4 information okey..
salam.
MLM adalah salah satu cabang peniagaan yang pantas.cuma kita tewas bila nak cari orang..sebab apa kadang2 produk tu sendiri kita tak leh explain dnegan baik. sebab banyak sangat kita nak kena ingat.tapi klu produk tu pendidikan agak2 orang akan lari tak klu kita bgtau kat diorang..fikirlah sendiri..klu saudara berminat nak tau produk pendidikan tu boleh email pada saya..
Actually pada pandangan aku la kan aku dah meluat giler dengan benda nih. Sbb kebanyakkannya org melayu suka sangat melabur duit dengan banda mcm ni.
Sbb mula² waktu first time aku dengar pasal MLM ni aku mmg tertarik gila.
Pastu memandangkan tuhan dah anugerahkan aku dengan akal fikiran dan kecerdikan tntg komputer ni so aku pun buat la reserach.one by one aku selidik.Sistem MLM membosankan dan menyusahkan untuk org² yg berfikiran sama dengan aku dan mmg menguntungkan bagi org yg berfikiran kearah tu plak.
Aku bagi contoh yg paling senang la.Ni sistem kehidupan kita.
Sewaktu korang jadi sperma,terdapat lebih kurang 10,000 sperma per drop.Tp yg tu cuma per drop,bayangkan kalau secawan?.Lepasu andaikan yg korang tergolong dlm drop yg pertama,apa yg akan terjadi pada dropyg terakhir dan drop² yg lain?
Andaikan lagi yg korang berjaya sampai ke ovum,berapa ekor je yg boleh kelilingi ovum tu pastu berapa plak yg dapat masuk dlm ovum tu?
There’s only one.That’s U guys.So ur a hero,tp yg tu jika korang yg terpilih,bayangkan adik² korang yg tertinggal kat belakang tu,apajadi?.Faham2 je la eh.So aku ade 1 kata² hikmat.Read it and and understand it.
” Think of this way: If 10,000 people started swimming across the Atlantic ocean, how many people would get to the other side? Of the few that make it to egg, only 1 gets inside the egg. After which, the egg releases a chemical which destroys the rest of the sperm.” So yg tu jela yg aku dapat bantu pun, harap sape² jgn terasa or ambik hati.Sbb aku dah xde contoh lain dah untuk dijadikan sebagai contoh.Thx
keydeadss entri yang terkiniNiat aku Murni la~
ape2 pun.. bergantung pd niat kita. Bg aku.. semua da tahu 9/10 rezki dr perniagaan. MLM salah satu darinya. Tp perlu juga di ingat 9/10 jugak halangan n dugaan yg ada. so.. bergantung pd kekuatan diri sendiri. Tapi paling penting niat kita.. niat untuk kongsi peluang bisnez niat utk kongsi produk2 hebat ( utk sihat ) dan paling indah amal jariah… sama2 bantu membantu dalam mengembangkan bisnez.
Bagi aku… MLM ni beza dgn kerja / bisnez lain. Kalo aku ade syarikat.. gaji ribu2.. itu gaji aku.. aku xdpt bg gaji yg sama utk adikBeradik.. kawan2.. even org lain. Tapi dgn MLM… aku dpt bantu mereka2 ‘bergaji’ sama even lebih dari aku.
Kalo konvasional bisnez plak.. stakat dpt untung runcit.. tp dgn MLM… macam2 benefit spt CarFund..Pelancongan.. syer syarikat n mlm anugerah bagai.
Ape2 pun… bersama lah org yg berjaya dlm MLM.. bukan dok dengo org yg gagal.. paling teruk org yg xmasuk langsung pun tp sibuk crite keburukan MLM.
Nway… setelah berusaha.. doa… then tawakal pd Tuhan. Bukan Susah Nak Susah tp Menyusahkan… Bukan Senang Nak Senang Tp Akhirnya Menyenangkan.
Bro, aku setuju la MLM kadang-kala telah dicemari unsur penipuan. frust, member aku sendiri hina aku bila aku ingin habiskan diploma aku. semata-mata aku tak pergi seminar MLM depa kerana aku amik test Linux Program.
http://budakpensel.blogspot.com/2009/05/rilek-rilek-sudey.html
Yazids entri yang terkiniAh! Aku pandai sangat ni!
Minit ke 6 tu terjadi kat kawan aku. Bila dia masuk MLM, dia jadi buta sebab dia sibuk cari downline kerana duit. Sanggup bergaduh dengan member kerana terlalu materialistik.
Yazids entri yang terkiniAh! Aku pandai sangat ni!
x kisah ler bisnes aper pun…bisnes aper yg x cari orang..kalo ko jual goreng pisang pun..orang jugak yang akan beli..bukan nyer kucing..so…lu pikir la sendiri…
nasir Reply:
December 28th, 2009 at 3:59 pm
stuju 100%…!! xde urusan, perniagaan dlm dunia ni xberurusan dgn orang..hmmm…yg pnting kna tau caranya dan teknik..
tabik springg kt sajer nk share..
salam..apa pendapat korang plak pasal ads4bucks malaysia? program affiliat ngetop dimalaysia? ceo dia melayu..aku dah dengar talk die..kata diaorang ini bukan MLM lah sebab bila join RM170 dapat beberapa jenis produk..tapi salah satu cabangnya ialah sponsor rakan untuk jadi agen..nampak macam MLM tapi diorang kata bukan MLM…sapa bleh bagi komen sikit….
rohaizad Reply:
September 18th, 2009 at 12:24 pm
Tak sure pulak… kena tanya Fatin sebab dia ada join.
ads4bucks tu rasa aku mlm gak tu.. aku pon dapat flyer bersepah dalam mailbox.. paling besh tgk ada pelakon emma akma… dia ni dulu bukan wat uptrend ke? so mean dia tak berjaya le kat uptrend. kalu kat sana tak berjaya,cemana plak kat ads4bucks? bangga betul tanyang kete, tapi tu bkn hasil dari ads4bucks.. hurmmm muskil muyskil
rohaizad Reply:
September 18th, 2009 at 12:25 pm
Emma Akma?
Adehh… aku tak kenal dia tu…
MLM ni rasanya mula-mula ok tapi penghujung nya agak susah sikit,,,
aku dengar cerita..Emma Akma duta Lumiglow Uptrend yg GAH dah x mcm dulu…kete,umah dia dh nak kena jual. Tu la bisnes MLM x semuanya indah2 belaka.Dan rmi ribuan uptrenders pun dah surrender smpai nak jual kete BMW diorng. Sy katakan MLM is a good bisnes tapi org atas apabila dah kaya bt dekk aje. Yg jd mangsa org2 Melayu mcm kita…msk MLM dgn harapan blh ubah kehidupan tapi sebaliknya jd golongan miskiawan,dah la tu jadi hamba berhutang smpai 5 thn beb..Kan kes naya namanya.
Aku rasa mcm kena tipu ngan Ads4bucks ni. Serik. Dah bayar 2000+ lak tu. Aku menyesal sangat… kenapa la aku masuk…
rohaizad Reply:
January 21st, 2010 at 1:13 pm
Wan…
Betul ke?
Ini first time dengar orang tak puas hati dengan Ads2Bucks. pheewww….
Wan masuk rm2000 tak dapat apa? wow mesti tak buat kerja lah ni.. ads4bucks bukan skim cepat kaya masuk duit terus beranak.. kena buat kerja.. dan ads4bucks bukan MLM sebab Lu buat kerja.. org atas tak tak kaya pun.. lu sendiri yg kaya. Wak Dol masuk rm640je tapi teruk kerja keras nak cari org tapi itu Wak anggap sebagai kerja.. bila kerja kena adalah upahnya.. alhamdulillah dalam 1bulan minggu wak dapat RM3000.. syukurrr atas berkat usaha wak.. sekarang masih lagi aktif.