Ingin beriklan? Sila klik di sini


Strategi bagaimana Mudah.com.my menjana keuntungan secara online.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Buat duit - Tarikh diterbitkan: November 16, 2008 online

logo_index.gif

***Sebelum diteruskan, ingin penulis nyatakan bahawa kupasan/review ini tidak ditaja atau di`sponsored oleh Mudah.com.my. Catatan ini adalah berdasarkan pendapat yang dinilai melalui pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri.

Ini adalah catatan ke-2 dalam projek Cabaran Blogging Penghujung Tahun 2008. Kali ini aku akan mengupas sedikit rahsia mengenai bagaimana Mudah.com.my boleh menjana keuntungan secara online. Diharapkan kupasan yang akan dihuraikan ini akan dapat memberi sedikit info dan idea untuk pembaca dan pengunjung blog ini dalam menjana pendapatan secara online.

Boleh dikatakan, semua orang tahu laman web Mudah.com.my benar?
Mudah.com.my asalnya adalah satu laman web yang berkonsepkan pengiklanan. Jika dilihat betul-betul, sebelum Mudah.com.my dilancarkan, terdapat banyak syarikat dan laman web di Malaysia ini yang telah menjalankan perkhidmatan pengiklanan secara online sama seperti mereka sebelum ini. Cuma mungkin aku sahaja yang tidak nampak jelas arah dan tujuan perniagaan mereka.

Jadi apakah strategi yang Mudah.com.my gunakan?
Pada pendapat aku, cara yang digunakan oleh pemilik Mudah.com.my saling tak tumpah seperti apa yang pernah dilakukan oleh Larry Page dan Sergey Brin. Mula-mula memberi, lepas itu menerima. Lebih kurang macam gitulah. Konsepnya sama.

Dahulunya, aku pernah ditanya oleh salah seorang kawan aku:
“Aku tak fahamlah macam mana Mudah.com.my buat duit dari laman web diaorang. Ada ker dia senang-senang kasi orang yang tidak dikenali untuk buat business kat site diaorang sendiri? Diskspace, bandwith dan semuanya diaorang yang tanggung. Profit orang lain yang dapat. Lainlah kalau dia dapat komisyen dari setiap DEAL kan?”

Aku pun menjawab dengan alasan yang dia senang faham:
“Alaaaa.. mula-mula memanglah FREE, tapi manalah tau nanti bila dah establish, dia akan caj per advertisement…”.


Itulah jawapan yang selalu aku berikan pada orang yang tidak nampak permainan sebenar dunia pengiklanan internet. Jika engkau adalah orang yang sudah terbiasa mengenai dunia pengiklanan internet, adalah mudah bagi engkau untuk merealisasikannya.

Tapi jawapan sebenar bukanlah seperti apa yang aku katakan di atas. Aku percaya Mudah.com.my tidak akan meletakkan sebarang caj untuk perkhidmatan pengiklanan yang telah diberikannya sampai bila-bila pun. Ini adalah kerana perkhidmatan FREE dan PERCUMA sebegini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Macam-macam yang yang boleh dilakukan untuk menjana keuntungan dari laman web sebegini seperti program PPC dan juga CPM.

Jika kena pada caranya, memang Mudah.com.my akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Bunyi macam mudah tapi untuk mencapai tahap sebegitu, ianya tidaklah semudah yang di sangka.

larry_page.JPG
Dulu hampir semua rakan Larry Page kata dia gila. Asyik memberi secara percuma sahaja terutamanya tools-tools yang sememangnya diperlukan oleh pengguna internet. Dia sanggup tinggal dalam kontena bersama-sama idelogi dan hasil pemikirannya semata-mata untuk diberikan secara PERCUMA kepada orang lain.

Tapi lihatlah sekarang, tiada mereka, tiadalah Google. Google sudah menjadi terlalu sinonim dengan dunia internet. Malah tidak layak untuk aku berbicara tentang Google kerana Google terlalu besar untuk diceritakan dalam catatan ini. Ada juga yang mengibaratkan Google sebagai “religion”!

Iya.
Mereka berdua suka memberi. Memberi… memberi…dan memberi. Itu maknanya FREE ataupun PERCUMA. Tiba pada satu tahap, pengguna internet tidak boleh lari dari pemberian PERCUMA mereka melalui Google. Ramai yang seolah-olah tidak boleh dipisahkan dengan Google termasuklah aku. Google meletup, meletup dan terus meletup. Begitu juga dengan Mudah.com.my. Semua peniaga dan pembeli semakin serasi dan sebati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Mudah.com.my. Konsep beriklan secara percuma semakin digemari terutamanya bagi mereka yang arif mengenai costing pengiklanan.

Benar. Semua orang suka pada terminologi FREE ataupun PERCUMA.
Hampir semua manusia di bumi ini tidak ada yang tidak suka pada mende FREE. Inilah yang telah berlaku pada Mudah.com.my. Mereka semakin dikenali dek kerana memberikan peluang untuk berniaga secara PERCUMA melalui perkhidmatan yang disediakan di laman web Mudah.com.my. Hakikatnya, Mudah.com.my telahpun ada satu “marketplace” yang besar dan mantap.

Kalau engkau tidak percaya, cubalah engkau bukak laman web Mudah.com.my dan aku pasti engkau akan melihat setiap hari, ada sahaja pengguna baru yang mengiklankan produk/perkhidmatan mereka di situ. Begitu juga dengan pengguna lama yang sentiasa dahagakan “pendedahan” berulang setelah jualan sebelumnya berjaya dibuat dengan jaya.

Bila ada jualan yang berulang-ulang, bermakna memang wujudlah pembelian.
Di sini telah terbukti traffik ke laman web Mudah.com.my bagus. Inilah antara data mengenai Mudah.com.my:

Lihatlah ranking Alexa yang dimiliki oleh Mudah.com.my. Sekarang mari kita lihat pula graf traffik mereka. Semuanya menunjukkan PENINGKATAN. Bukan itu sahaja, pageviews yang tinggi juga akan memberikan pulangan yang besar pada mereka. Cuba lihat yang ini pula:

mudah_stats_2.JPG

Dan kini Mudah.com.my telahpun memulakan proses menjana pendapatan dari laman web mereka sendiri melalui Google ADSense. Sebelum ini, mana ada iklan Google ADSense di laman web mereka`kan? Yang pasti, konsep PERCUMA untuk perkhidmatan pengiklanan mereka masih lagi dikekalkan. Sama seperti Google yang masih memberikan kita 7 GIG dari diskspace mereka untuk setiap satu akaun email yang kita gunakan di GMail.

Mudah.com.my dah ada ADSense wehhhh …!

mudah.gif

Pendek cerita, kalau begitu punya tinggi pageviews yang diterima oleh Mudah.com.my setiap hari, adalah tidak mustahil bagi mereka mendapat ratusan, malahan ribuan klik satu hari bagi Google Adsense mereka. Itu dari PPC program. Bayangkan kalau dicampur dengan Direct Advertising, CPM dan macam-macam lagi. Aku sendiri berkeyakinan penuh bahawa klik di Mudah.com.my akan terus meningkat kerana pemasaran yang Mudah.com.my gunakan memang berkesan.

Adwashley_picture.JPGords memang pilihan yang tepat dalam menambah exposure dan traffik. Hari ini, kita boleh lihat iklan Mudah.com.my di merata dunia termasuklah di blog Ashley! (Minah USA yang mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! Minah ni dah pun berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari projek layout Myspace.com)

ashley.gif

Jadi di sini aku letakkan gambarajah strategi boleh digunakan oleh kita dalam menjana keuntungan selain dari online business/blogging:

strategi-mudahcommy-menjana-keuntungan.gif

1. Jika engkau adalah pemilik tunggal Mudah.com.my, apakah yang akan engkau lakukan sebagai langkah seterusnya?
2. Jika engkau bukan pemilik Mudah.com.my, adakah engkau dapat sedikit gambaran bagaimana untuk menjana keuntungan/pendapatan dari Google Adsense setelah membaca catatan ini sehingga akhir?

p/s: Apa-apa pun, aku menyokong penuh perkhidmatan yang disediakan oleh Mudah.com.my ini. Banyak business yang boleh dibuat di sana.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 41 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. kita said:

    woww…satu artikel yang menarik sekali….memang mudah.com.my cepat menempa nama di internet…aku rasa baru jer mudah.com.my di lunch….

  2. rohaizad said:

    Lunch?
    Taulah dah tengah hari, laparrr…belum lunch..sah mesti kes belum breakfast lagi ni… ekekeke.

    Apa-pun, mereka dah bertungkus lumus beberapa bulan untuk sampai ke tahap ni. Rasanya kita pun boleh buat kot. Cari team yang kuat, fokus dan tadaaa… akan muncullah seperti http://www.senang.com.my, http://www.senanggiler.com.my, http://www.terlalumudah.com.my, http://www.mudahbagainakrak.com.my dan seumpamanya… wahahaha!

    p/s: jangan meniru mudah.com.my okay, be creative. cari idea dan konsep yang lebih dahsyat dari mereka. itu baru KENTAL namanya :D

  3. megat said:

    tetiba aku ada idea berkonsepkan program seperti ini.

    boleh direalisasikan ni as a team!

    megats entri yang terkiniCuti Sekolah, Guna Peluang Dengan Kebijaksanaan

  4. rohaizad said:

    MEGAT – Ko ni KENTAL Megat!

  5. ImamKhalid said:

    Great post! Aku pun dulu pernah tertanya2 dari mana Mudah.com.my mendapat keuntungan. Kos pengiklanannya aku rasa mencapai puluhan ribu ringgit.

    P/s: Yang berpoket tebal bolehlah guna strategi ni. Yang sen kurang, kenalah pikir strategi lain. Mungkin gabungan Mudah, Air-Asia, dan Google???

    P/p/s: Tapi PERCUMA itu penting untuk menarik perhatian. This is the main point, isn’t it?

  6. rohaizad said:

    Betul. Yang penting PERCUMA :D

  7. affuan said:

    panjang lebar. aku yang dah lama main bisnes tenet ni pun pening kejap. ehe.

  8. rohaizad said:

    AFFUAN – Aku mintak maaplah banyak-banyak sebab membuatkan ko pening.

  9. Raja Kamil said:

    Hurm, dia telah menjadikan dirinya satu fenomena. Aku telah jelaskan teori ini di dalam blog aku 2 bulan yang lepas.
    Cuba lihat >>> http://rajakamil.com/fenomena-teori-aku-2008-08-27/

  10. rohaizad said:

    RAJA KAMIL - Terima kasih krana memberi komen tapi jelas terlihat bahawa TEORI FENOMENA yang ko ketengahkan terlalu banyak perbezaannya dengan catatan aku di atas.

    Aku petik satu ayat dari KESIMPULAN entri ko yang berbunyi: “Jadi, aku nasihatkan kau, bila jual sebarang produk, pastikan kualitinya dahulu. Baru harga. Kau fikirlah, bila orang beli produk kau, dan dia mengharapkan benefit dari produk tu.”

    Sebenarnya, catatan yang aku jelaskan di atas adalah berkenaan PERKHIDMATAN, bukannya PRODUK sepertimana yang engkau bawa melalui TEORI FENOMENA. Terlalu jauh sebenarnya kaitan TEORI itu dengan strategi yang aku ceritakan ini.

    Apa-pun, entri engkau itu adalah satu entri yang menarik untuk produk ebook. Tahniah :D

  11. fadil said:

    Strategi da bomb itu memberi idea kepada aku. Mengapa anakanda tak terpikir dari dulu lagi??? ekekeke.. :-)

  12. Raja Kamil said:

    Actually semua perkara boleh dijadikan “buah mulut”. Menrut kos ekonomi yang diambil, untuk produk (termasuklah service atau trends atau segala macam lagi), satu teknik yang berkesan ialah “Mass Promotion”. Mlsudnya promosi secara besar-besaran.

  13. rohaizad said:

    Itu TEORI EKONOMI. Aku tau tang tu sebab aku pun student business administration. Cuma seingat aku, perbincangan ini lebih kepada online income. ianya lebih kepada niche yang lebih mendalam.

    * teringat plak masa aku study kat Melaka dulu. tetiba plak muka “seseorang” itu terpacul dalam kepala hotak aku. cehhh.

  14. Mohd Ismail said:

    Monsun Biz patut jadi mcm ni dulu.. tp idak, awal2 da janji juta2.. mcm haram..

    *aku suka mudah, loading cepat.. konsep simple*

    Mohd Ismails entri yang terkiniSlinky Cat Goes Down The Stairs

  15. rohaizad said:

    Betul tu mael. Aku ingat lagi masa ko buat entri hentam diaorang. Macam haram jer Monsun Biz tu.

    *menjahanamkan orang melayu yang yang senang ditipu. memang longkang la diaorang tu.

  16. Faiz said:

    menarik br0…hehe..traffic yg standard bpe org dtg?

  17. rohaizad said:

    Faiz – traffic saper yang dimaksudkan tu?

  18. samdaddycool said:

    .. mudah..memangsangatmudahkonsep yang diketengahkan..
    ..aku ada idea yang nampak untuk diketengahkan, cuma ambil masa (idea muncul dalam sebulan kebelakangan ni)..

    cuma aku tak ada ‘main power’ + kapital…
    ..apa-apa pun, tu semua adalah cabaran!

    samdaddycools entri yang terkiniSumbangan Ikhlas Untuk Blogger Megat.Net

  19. RizalHardy said:

    kupasan yang menarik, mmg dah agak diorang akan
    generate income through PPC or CPM,
    kalo tengok listing sampai ke bawah, google ads
    yang keluar adalah custom made…perghhh…

    ganaz…

  20. rohaizad said:

    RIZAL – itu bukan custom made lagi dah.. itu dah kira adsense khas untuk elite publisher.

  21. Richie said:

    aku dah lama gila berbincang pasal isu ni..hehe.. dan jawapanku sama juga sperti ulasan kau di atas bro :)

  22. rohaizad said:

    Jangan jadi sampai giler wehh…

  23. [...] saudara Rohaizad tidak mengarahkan aku untuk menambah ulasan mengenai bagaimana mudah.com.my menambah keuntungan secara online.Aku dengan rela hati untuk menambah sedikit tapi bukan rahsia atau strategi mudah.com.my tetapi aku [...]

  24. rohaizad said:

    RICHIE – Baguslah tu.

  25. sendoh said:

    tq.banyak btul ilmu yg aku dpt.moga2 bertambah ilmu kita semua.amin

  26. zul said:

    ape2 pun aku tak kesah..kat mudah.com ni aku ade jgk untung dlm bisnes..sama2 blh cari makan beb..

  27. rohaizad said:

    Samalah ngan aku. Memang Mudah.com.my ni lubuk duit gak.

  28. zizou said:

    aku perlukan bantuan ko rohaizad..aku nak cuba buat duit tapi aku biol sikit bab adsense dan mcm2 lagi bagi bantuan sikit bro

  29. rohaizad said:

    Banyakkan membaca dan berforum. Itu je kuncinya.

  30. faisalhanim said:

    aku baru jumpa post nie..so harap x terlewat sedikit info pasal mudah.com.my nie…

    Mudah.com.my nie menurut member aku yg bekerja dgn company nie…sebnarnya yg free2 tue sbb tgh promotion…ye la baru nak bertapak..kalu letak charge sapa la nak join!

    pastu jgn hapi sgt..wlaupun tertera com.my..tp company nie asal nya dari luar negara…kalu tak silap dari sweeden..nie bukan company kecik..ada byk cawangan lain kat negara2 lain…so tak heran la promotion leh buat giler2..

    kat seblah Asia ni dikawal di singapore..dan diuruskan oleh sebuah company Malaysia.

    just sharing some info..kalu nak tau la..

    faisalhanims entri yang terkiniMenghadapi Pertengkaran Dalam Perkahwinan.

  31. kamal said:

    aku nak tnya ttg monsun ni….baru ni aku p tmpt dorang dngr tklimat…1 hari blh dpt Rm300…aku rasa mcm susah je….kalau ada orang masuk…baru dpt RM50….kalau tk…mcm mana….

  32. rohaizad said:

    KAMAL – RM300 sehari? Kalau sungguh bagai dikata, dah lama dah manager bank berhenti kerja :D

  33. mizie said:

    sorry aku mcm pening skit la ..yang nak gunakan you tube ni nak iklankan produk kite ke…kalu mudah.com tu just masuk kan gambar produk je…tp yang you tube ni…?macamana palk..

  34. rohaizad said:

    MIZIE – Kalau nak faham, lagi mudah jika dapatkan http://www.PakejVideo.com terlebih dahulu. Kalau tak, lagi pening pula nanti.

  35. [...] Untuk Kak Nadzrah, saya pernah menggunakan khidmat Mudah.com.my ini dan memang terbukti berkesan (percuma pula tu). Dengan insiatif yang tidak berapa sukar, iklan kita boleh disampaikan pada kadar yang sungguh [...]

  36. Melayu Boleh said:

    Info yg menarik..
    aku pun pernah terfikir sebelum ni mcm ne mudah.my buat duit..
    tp x mustahil dalam satu hari x de visitor yg klik iklan adsense diorang.. dgn rangking alexa yg mantap, pasti nilai perklik tinggi.. Rezeki diorang sebab bagi yang FREE..

    Melayu Bolehs entri yang terkiniPerdana Menteri Malaysia Pertama

    Admin: Dah menjadi lumrah alam semua manusia tak boleh lihat perkataan FREE :D

  37. lisa said:

    mudah.com aku rasa akan bid lelong.com nanti..
    tnggu dan lihat je

    lisas entri yang terkiniMalam Pertama

  38. Mohd Khairi bin Haji Abdul Karim said:

    Sila berikan maklumat lanjut untuk kita dapat merealisasikan program di atas. mcm nak buat dan berapa budget untuk buat satu program. tq

    rohaizad Reply:

    Hah?
    Buat projek apa ye?
    Program apa pulak yang dimaksudkan?

    Pening.. pening…

  39. [...] Klik SINI untuk mengetahui strategi bagaimana mudah.com.my menjana keuntungan secara online. (kredit kepada [...]

  40. avanza814/Myvi 586 said:

    Salam semua…. nampaknya MUDAH.COM.MY tidak boleh lg dipanggil ruangan IKLAN PERCUMA & ianya kini tidak SE MUDAH yg disangkakan hahaha aku yg suka menda FREE skrg terpaksa mencari ruangan iklan percuma yg lain, sejak seminggu ini mereka dh mulakan & arahkan para pengiklan mesti mendaftar ruangan PRO NIAGA yg akhirnya terjerat kena bayar gak hahaha…
    PERCUMA tetap ada tp mengikut T&C yg akhirnya kita mesti mengeluarkan sikit fee utk siarkan iklan semula.