Akismet bukan tidak stabil, tetapi terlebih stabil!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: November 19, 2008 online
Samdaddycool memberitahu aku perkara yang sama.
Nuaeman pun beritahu aku perkara yang sama!
Apa yang tidak kena sebenarnya?
Semalam dan hari ini, separuh dari komen yang dihantar ke blog ini hilang dan sesat entah ke mana. Samdaddycool mendakwa komennya tidak muncul. Nuaeman pagi tadi pun membuat dakwaan yang sama. Aku bingung dan agak keliru. Kenapa Akismet gagal dalam menjalankan tugasnya?
Aku bukanlah orang yang suka delete komen pembacanya. Baik ker.. buruk ker.. semua komen aku akan aku jawap seperti biasa. Sebenarnya, aku teramatlah risau bila ada pembaca blog ini yang terasa komen`nya di delete tapi percayalah, aku baru sahaja temui di mana silapnya!
Sebenarnya, aku menggunakan plugin Akismet sebagai pembantu dalam menangani spam komen. Dan setelah Nuaeman memberikan satu “hint” mengenai salah satu komen yang dia letakkan di blog ini hilang semalam, aku rasa ini betul-betul mencabar. Apalagi, aku terus membuat satu edisi siasat aku sendiri. Aku pergi membuat pemeriksaan mengejut di dalam Akisment sendiri dan hasilnya amat mengejutkan!
Inilah hasil dari siasatan itu:

- Rupa-rupanya semua komen Samdaddycool telah diasingkan kedalam folder spam oleh Akismet sendiri.

- Begitu juga dengan semua komen dari Nuaeman. Akismet terlalu berhati-hati dalam menjada keselamatan blog ini. Jadi sudah terbuktilah komen itu tidak hilang. Cuma Akismet terlebih stabil. Habis semua komen pembaca setia blog ini pun di -ISA- kan`nya.
Jadi untuk pembaca dan penunjung blog ini, jika anda rasa komen anda tidak muncul, tolonglah beritahu. Komen anda akan dipaparkan seperti sedia kala.
Terima kasih daun keladi







haha…ISA. Panas istilah itu…
KampungBoys entri yang terkiniKuasa Networking Dalam Perniagaan
ooo..bagus jugak nie eh…
chuckiesds entri yang terkiniSedapnya Teh Tarik
Ini mungkin disebabkan ada orang yang mark IP yang digunakan oleh samdaddy and nuaeman sebagai “spam” sebelum ini.
owhh ada rupanya.. tapi tulaa jad macam aku ngan sam ok jee.. cuma takut pelawat-pelawat baru yang akan berfikir ko tak terima komen mereka walaupun mereka tidak melakukan spam.
Itulah pasal. Takper, aku cuma harap diaorang bersangka baik je ler. Di luar kemampuanku.. cehhh.
…baru nak merajuk… hu hu hu.. nasib baik ada edisi siasat versi ISA ni…
..kalau tak mesti ada pengomen2 baru rasa terkeciwa tgk komen diaorang tak keluar.
samdaddycools entri yang terkiniBlogging Challenge… year end 2008
hehehe….kena ISA ke? hehehe.
benda ni selalu jadi kat aku time nak komen kt blog knizam..ntah ape yg akismet jaki sangat ngan aku ni…aku pn xtahu la..
Sama lah macam aku, Yam. Aku pun kalau komen kat KNizam sure jadi spam. Malas aku nak komen dah kat blog beliau.
Ijad, kalau yang tersesat ke menu Akismet spam takpe lagi, kalau yang hilang terus macam mana?
Kalau ko perasan, yang ada kat menu tu cuma yang dia tak pasti samada komen tu spam atau tidak. Selebihnya di-delete terus.
Tak caye cuba tengok jumlah caught spam, perhatikan baik2, pastu datang balik esoknya. Sure meningkat, walaupun takde sebarang komen under menu spam tu.
Rohaizad, aq berminat nak link xchange ngan blog ko. Aq dah pun kasi up link ko kat blog aq…
KampungBoys entri yang terkiniPercuma !!! Mudah Nak Promosi Kalau Guna Software Ini !!
KAMPUNGBOY – Aku dah khaskan satu page special untuk sesiapa yang ingin meletakkan link dia dalam blog ini. Sila pergi ke ruangan Kengkawan dan semuanya telah tersedia di situ.
Terima kasih.
life4hire – ko punya comment pun masuk dalam akismet spam folder.. wahahaha, nasib baik aku check
Hisyams entri yang terkiniStupid Ignorant Customers
Itulah pasal… demi untuk menjaga HAK MUTLAK pembaca setia blog ini, aku dah ada tugas tambahan sekarang. Ada masa jer, aku akan periksa AKISMET SPAM FOLDER.
*Takper, aku akan buat demi pembaca aku
kemungkinan komen derang pernah disepamkan oleh blog-blog lain. ye lah yang mana menggunakan plugin akismet!
blog aku byk juga komen yang ditahan di ISA tu tapi aku selalu jenguk kesana sebab dah pernah kena beberapa kali.
megats entri yang terkiniRSS Megat Dot Net, Sila Langgan Untuk Entri Yang Dikemaskini
MEGAT – Tak sangak Akismet pun boleh dijadikan satu catatan yang agak panas yea?
bro, xke bahaya tnjuk full ip address..
hehe
Mohd Nasris entri yang terkiniBerhati-hati Dengan Friendster
Apa yang nak ditakutkan. Semua orang boleh cek ip address orang lain. Pergi ke sini:
http://www.ip-address.com
[...] Dahulu, Akismet telah melakukan tugasnya dengan “baik sekali“. [...]
Diulas pada April 8th, 2009 at 11:57 am