Otai kedekut ilmu !!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: November 19, 2008 online

otai.gif

Sebenarnya, sudah lama aku berhasrat hendak buat entri mengenai topik ini tapi selalu terlupa dan tertunda-tunda. Tiada alasan yang spesifik mengapa ianya tertunda-tunda kerana aku tidak mempunyai apa-apa desakan untuk menjadikannya sebagai satu catatan.

Tapi hari ini sudah tiba masanya untuk aku menghuraikan dengan lebih lanjut kerana saban hari, semakin banyak kekeliruan dan pendapat yang wujud. Ini sangatlah tidak best kerana silap haribulan, akan wujudlah istilah yang KAYA akan makin KAYA, yang MISKIN, akan jadi papa kedana.

Walaupun topik kedekut ilmu ini tidak banyak dibincangkan di forum-forum ataupun blog masing-masing, tapi apa yang boleh aku katakan ialah ianya masih WUJUD dalam hati dan fikiran kita.

Aku mengatakannya dengan hati yang jujur dan tulus. Jika ada yang tidak senang dengan kenyataan aku, terpulang. “I’ve been there and done that”. Iya, aku sendiri pernah mengatakan otai itu kedekut ilmu!

1. Kenapa otai ini kedekut ilmu?
2. Mentang-mentang dah berjaya, tidak mahu berkongsi rahsia kejayaan ya?
3. Kenapa si polan ini tidak mahu beritahu cara sebenar, step by step apakah yang dilakukan untuk menjana keuntungan yang tinggi? Memang dasat kedekut ilmu!

3 soalan ini pernah terdetik dalam hati aku sewaktu sedang kemaruk mencari jalan untuk menjana pendapatan secara online 3-4 tahun yang lepas. Pada waktu itu, aku rasa macam nak bunuh jer mereka yang suka memberikan “hint-hint” dalam menjana pendapatan tetapi tidak menerangkan step yang sebetulnya. Aku tunggu dan terus tunggu sampai fed-up.

Benar.. itulah bentuk pemikiran yang aku miliki pada waktu itu. Kalau kamu tidak pernah mengalaminya, mungkin kamuadalah seorang penipu yang besar di maya pada ini.

Sebenarnya, otai tidak kedekut seperti mana yang sesetengah dari kita fikirkan (aku bukanlah otai wehhh.. ). Malah aku merasakan istilah kedekut ilmu ini tidak wujud. Apa yang terjadi sebenarnya adalah cara kita berfikir. Jika kita berfikir secara positif, maka positiflah ia.

Jadilah orang yang suka pada RESULT.

- Dulu, kita pernah menjadi orang jenis ini. Ingatkah kita pada waktu kita kecil dahulu? Asal berlumba lari dengan rakan kita jer… kita mesti nak jadi nombor satu? Kita tidak mahu kalah.

- Sebenarnya, orang yang suka pada RESULT adalah jenis orang yang suka pada cabaran. Dia suka mencabar dirinya sendiri dalam mendapatkan result yang dia mahukan. Dia akan mencari dan terus mencari. Dia ada sedikit pemikiran seperti seorang USAHAWAN. Kalau dia dapat satu sumber, dia akan terus mendapatkan sumber yang lain sehinggalah dia berjaya. Dan akhirnya dia akan dapat RESULT.

- Orang jenis ini juga mempunyai sifat rasional dan berdikari. Dia tidak suka kepada “makan suap” yang mana semuanya telah tersedia di hadapan mata. Hendak menjadi seorang Usahawan Internet bukanlah senang. Kalau senang, dah ramai manager bank berhenti. Dan kalau semuanya nak senang, kalau semuanya nak FREE… baik duduk dalam hutan. Kita ni perlu berfikiran sebagai seorang usahawan.

- Kalau kita berfikir menjana pendapatan adalah seperti perkara main-main, maka itulah RESULT yang kita akan dapat. FAIR and SQUARE. Orang lain dapat menjana pendapatan sebulan RM5000, tapi kita RM500 pun tak sampai. Mengapa? Sebab kita tak “menerimanya” secara serious. Tapi malangnya, orang jenis ini masih banyak lagi. Di forum Wangcyber tu pun masih ada. Sedih sungguh.

- Kemiskinan janganlah dijadikan alasan. Aku dahulu pun miskin. Jangan kata nak beli ebook, nak pergi cyber cafe pun fikir banyak kali. Ini tidak, sikit-sikit nak FREE, sikit-sikit nak PERCUMA. Engkau tak payahlah anggap apa yang aku nyatakan di sini sebagai berlagak. Kalau engkau berasa begitu, maknanya engkau masih lagi tidak sedar. Kenapa? Sebab aku dulu dah pernah berkata begitu pada otai yang lain (dalam hati laaa…).

- Kalau ingin merasai nikmat dan pendapatan yang banyak seperti mereka yang sudah berjaya, jangan sampai langsung tidak berpijak di bumi yang nyata. Hendakkan pendapatan RM5000 sebulan, tapi bila ada di kalangan otai yang ingin menjual ebook/laporan … kita tidak sanggup hendak membelinya walaupun RM100. Macam-macam alasan yang diberikan. Itulah.. inilah.. dan yang paling perit sekali apabila kata-kata sebegini keluar dari mulut kita “macam ini ker orang Melayu, tak boleh tolong Melayu yang lain?” Sekarang aku memang cukup pantang bila ada orang cakap macam tu. Sepatutnya kita supportlah otai dengan membeli, bukan mengeji.

- Tolong ingat satu perkara. Sebelum seseorang otai itu menjual ebook/produk/service mereka, mereka telah dahulu mengeluarkan masa dan wang ringgit mereka untuk membuat trial & error. Banyak yang telah dipertaruhkan termasuklah waktu kualiti bersama keluarga. Sebaliknya pada waktu itu, kita hanya tahu berehat. Tapi bila mereka dah boleh menjana pendapatan dan ingin menjual semua pengalaman mereka, tetiba kita pulak yang berkata “itu pun nak kena bayar ker?”

Banyak cantik!!!
Semuanya nak FREE.. terhidang di hadapan mata. Kalau inilah senario yang melanda semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu, alamat makin LEMAK`lah orang kita. Mana tidaknya… orang lain yang bekerja keras, kita pulak yang nak hasilnya.

Kalau berbayar tidak mengapa, ini semuanya nak PERCUMA. Sebijik macam PARASIT. Ini pemikiran yang akan merugikan diri sendiri. Pada waktu orang lain sedang mengejar result, kita masih lagi menunggu peluang untuk disuap ke dalam mulut kita.

Tapi itu tidaklah bermakna semuanya harus berbayar.
Kita sendiri dapat melihat ramai di kalangan kita sendiri yang rajin memberikan tips-tips berguna + percuma dalam blog masing-masing. Cuma bila tiba bab berbayar, harap faham-fahamlah sendiri.

Aku sendiri mengenakan caj untuk personal coaching/seminar tapi dalam masa yang sama, banyak lagi info-info yang percuma aku berikan. Berniaga tetap berniaga. Ada ilmu yang boleh dijadikan sebagai amal jariah dan ada ilmu (lebih tepat lagi MASA) yang patut dijadikan sebagai sumber rezeki.

Takkan hendak berpegang pada fahaman “alaa… Melayu dengan Melayu pun nak berkira ke?” Kasi FREE je lah!

Kalau beginilah senarionya, alamat cikgu dan lecturer di Universiti itu nak makan apa kalau tidak dibayar gaji? Hotel tempat berseminar pula siapa nak bayar?

Bagi aku, hanya ada 2 jenis orang dalam dunia ini:
1. Orang yang suka pada result.
2. Orang yang suka pada reason.

Tanya diri sendiri, kita ini tergolong dalam jenis orang yang mana?

fikir.gif


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 40 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. nuaeman said:

    ahah walaupun aku bukan otai.. aku bersetuju sangat dengan entri ko nih.. secara jujur aku pun pernah terpikir camtu tetapi setelah melalui sendiri barulah aku mula faham.

    Err siapa yang otai..??

  2. rohaizad said:

    NUAEMAN – Siapa yang otai? Mereka yang menganggap dia otai`lah kot.

  3. samdaddycool said:

    Otai kedekut? Sifat kedekut (reasonable) kadang-kadang perlu ada untuk mengelakkan berlakunya situasi menjawab soalan yang sama 80 juta kali(PERCUMA).. maka terhasillah report atau ebook yang dijual dengan harga lebih kurang rm15 – rm 67.

    Percuma – manusia (terutama bangsa kita) jarang menghargai apa yang didapati secara percuma… contoh mudah, berapa ramai orang kita membiarkan kipas dan lampu surau/ masjid terbuka walaupun tiada orang di dalamnya berbanding kat rumah sendiri kalau takde orang?

    (Aku bukan OTAI) tapi kalau orang datang meminta nasihat / tips / petua secara baik serta bersungguh, Insyaallah akan ku lemparkan secebis dua. Aku tak lokek untuk berkongsi ilmu. Cuma aku malas nak buang air liur, brainwash kenalan, saudara-mara tentang beberapa perkara berkenaan internet dan duit…

    …bukan apa, seperti mencurah air ke daun keladi.

    samdaddycools entri yang terkiniBlogging Challenge… year end 2008

  4. rohaizad said:

    SAM – Satu komen yang amat bernas dan ringkas.

    * Kadang-kadang sound direct adalah lebih baik dari kiasan. Tak gitu?

  5. kita said:

    bab percuma ni memang susah nak dipisahkan dalam fikiran orang kita termasuk aku tp kita haru menilai yg mana sepatutnya percuma yg mana tidak sepatutnya percuma….takkan kereta ferari pun ko nak dengan percuma

  6. alongovtx said:

    hehe…2 hari lepas ada member tanya pasal adsense.Aku bagi kata dua “bayar aku ajar!tak bayar aku senyap!.”

    Padahal trick je sebab nak tengok kesungguhan dia.

    Senyap…!!!

  7. rohaizad said:

    ALONG – Satu percubaan yang baik. Kalau dia tak nak bayar, faham-faham sudah.

  8. KampungBoy said:

    post ko kali ini rohaizad, teringat aq kat komen pedas lagi berani daripada MR gobala kita, elakkan menteliti peminta sedekah….kebanyakan situasi seperti ini yang hanya berfikiran negetif dengan memaki para lagenda lagi otai IM, sebenarnya orang ini merupakan Instant IM….cepat naek, cepatl…turun. Sebabnya persediaan belom cukup mantap…..kerapkali mengambil mudah n singkat dalam segala hal.

    KampungBoys entri yang terkiniKuasa Networking Dalam Perniagaan

  9. rohaizad said:

    KampungBoy – Betul tu. Tapi itulah kenyataannya. Jadi tugas kitalah sekarang untuk membuat sedikit evolusi. Sedikit pun tidak mengapa, janji ada langkah pertama.

  10. megat said:

    setuju. setelah menerima pelbagai impak, aku sedar banyak kelemahan dalam membentuk sahsiah diri. dan ini diakui terjadi nyata dalam kalangan masyarakat kita, melayu.

    tahukah mereka? mereka yang senang ketika ini adalah golongan yang pandai mencarai peluang dan bekerja keras untuk capai kesatu tahap yang sudah pastilah bukan PERCUMA!

    nak ilmu percuma kena la pandai cari dan klu nak ilmu cepat bayarlah! ini juga dianggap sebagai modal.

    aku juga pernah alami beberapa situasi seperti tersebut dan terjebak dalam pembelian ebook. kenyataannya byk isu timbul apabila ada otai (otai yg bukan otai kot) yang mengambil peluang atas kelemahan orang lain. ini yang membuatkan orang kita bertambah jahanam!

    megats entri yang terkiniNuffnang, Maju Setapak lagi Ke Hadapan!

  11. topo said:

    hohohoh mantap sungguh penulisan kali ini.. terkesima aku.. hohohoho

    tapi aku memang amat bersyukur sebab ramai otai2 membantu aku tanpa jemu masa aku terkapai2 di alam maya dulu.. hohohohoh

    topos entri yang terkiniCommentLuv needs updating on this site. Please download the latest version and install it on your site. This message will apear during the first 10 minutes of each hour. This remote script will cease returning posts in 7 days

  12. thundercat said:

    otai?? kedekut ilmu??? aku setuju!!! (44kali) bukan apa, bangsa kita ni lebih kepada nak bersuap (x nak ikhtiar) dan percuma.. pantang ada yg percuma, semua nk disapunya. lepas tu x menghargai apa yg diberi percuma, camner nk maju!! aku sendiri ada anak buah (praktikal) masa bekerja, tidak tahu cam mana nak selesaikan kerja. kenalah tunggu aku ada depan mata baru nak buat kerja.. Ringan tulang jangan cakap lar, aku rasa peribahasa tu dah pupus kot kat budak2 sekarang (lagi ler ringan mulut nk bertanya).. Camner nk beri ilmu, itu yang diorang cakap otai kedekut

  13. rohaizad said:

    TOPO – Untung ko Topo. Zaman aku dulu, haram.. semua cari sendiri.

    En Waffa – Betul… betul…

  14. Eriyza said:

    Awat otai kedekut ilmu eh??
    Saham laa kubur tuh beb.
    Huhuhu!!! :)

  15. JK said:

    wah bagus2! :)
    tapi kadang2 saya suka bagi ilmu free je dkt orang hehe :D

  16. taukey said:

    hehehehe. kedekut ilmu? ada gak rasa macam tu. tapi aku buat alasan kalau mereka (otai) tak reply bermakna mereka sibuk.

  17. ezad said:

    Rasanya xde prasaan kedekut ilmu pd otai ni, yang penting budi bicara baik dan ikhlas masa nak mintak bantuan mungkin mereka mmg bz atau mmg mereka ego atau ada something yg nak kita tnjuk pd mereka utk tnjuk kepercayaan itu..tul x bro.

  18. rohaizad said:

    JK – Sebab ko belum jadikan aset itu sebagai satu perniagaan. Bila kita berniaga, perspektif kita lain. Macam Bro Alang, kalau dia bukan business minded, dia takkan charge untuk consultation session.

    TAUKEY – Tidak jugak. Kadang-kadang itu adalah rahsia perniagaan mereka. Tiada satu pun prinsip perniagaan di dunia ini yang menggalakkan seseorang itu membocorkan rahsia perniagaan mereka sendiri.

    EZAD – Soalan ini sama jawapannya dengan soalan Taukey.

  19. ImamKhalid said:

    Aku suka pada result, bukan reason. Aku belum lagi menjadi otai. Nanti aku jadi otai, aku akan tulis ebook banyak2! :twisted:

    P/s: Jadi otai baru tulis ebook banyak2 ker, tulis ebook banyak2 baru leh jadi otai?

    P/p/s: Ayam ngan telur, mana dulu?

    ImamKhalids entri yang terkiniPengertian Mufti menurut kacamata Islam

  20. taukey said:

    hahhhahaha….imamkhalid nyer komen buat aku gelak plak.

    a’ah mungkin sebab rahsia jugaklah mereka tak reply. hehehehe. tapi jarang juga aku email kepada otai otai nih

  21. |1f34|-|1r3 said:

    aku setuju dengan apa yg ko cakap…bg aku..jangan kita amik bulat2 dari otai2 tuh..elok gak kalau kita explore sendiri…mana tahu kita discover something yg baru ..yg lg gempak dari otai nyer skill…kita lak jadi otai lepas tuh !

  22. rohaizad said:

    IMAM KHALID – Itu masing-masing punya perspektif. Pada aku, ebook dan memberi ceramah sana sini pun bukanlah otai lagi. Cari dan galilah sendiri.

    TAUKEY – Ko ayam ke telur? Wahahaha…

    L4H – Haaa… itu baru business minded namanya.

  23. taukey said:

    aku manusia. hahahahaha….aku nak jadi ayam agak nya la

  24. rohaizad said:

    wahahahha..

  25. titan said:

    dah lama aku nak tulis pasal benda nih. Ada baiknya hang tulis. Hoho..yang aku tak tahan tu, ada orang yang aku anggap memang terer bab2 cari duit ni pun nak mintak report free dari aku. Itu belum yg mintak diskaun..

    yg paling best. Bila aku ada beli report tu. Ada plak yg sanggup beli dari aku. Tapi harga kurang dari half-price. Gila apa. Bila aku kata suh bila dengan owner, depa kata aku kedekut? takde hati perut? Kalau dia berniat untuk main2 sekalipun, takkan sampai macam tu..

    Banyak bende yg nak cite klu melibatkan report berbayar jadi report percuma dibelakang kita. Lum lagi cite report atau produk berbayar tu dikongsikan secara berjemaah dibelakang kita. Aku tahu sebab ramai yg dah kantoi terang-terang denga n aku baik otai, newbie, separa otai ataupun orang biasa cam aku nih.. ramai yg kantoi. Cuma aku malas nak bagitau sape je..

    Semua huruf yg ko gunakan untuk karangan diatas, aku sokong 100%. Hehe :)

  26. rohaizad said:

    TITAN – Aku pun sokong semua huruf yang ko tulis sebagai komen ni 100% !

  27. AmirMohamad said:

    Hehe..salah kot sangkaan bro.Mungkin ada tiga golongan kategori orang dalam dunia ini:

    1) Optimistik
    2) __________?
    3 __________?

    Tapi entri ini lebih kepada ketidakpuashatian. Hehe. Itulah adat dunia zaman sekarang. Usah pedulikan mereka, yang penting kita telah buat yang terbaik untuk diri kita dan orang lain.

  28. encikx said:

    memang ‘otai’ kedekut ilmu!

    tidak di nafikan perkara ini sbb mungkin mereka susah2 nak dapat ilmu tu, takkan senang2 mereka nak bagi camtu je, paling koman pun dapat email add pun jadilah kan.

    cuma tgk kat forum2, yg moderator ( biasa otai lah ) mana ada tulis byk sgt, asyik baca user lain tulis je. Kalau user langgar rule, baru le masuk tulias ayat sikit, ini tabiat kedekut gak nih.
    Camne org kita nak maju kalau tak nak turunkan ilmu yg ada tu.

    yg paling jelasnya, sapa2 yg buat seminar ( hahah.. sapa tu wei..) mmg sah le kedekut sbb seminar tu dah tentu bayar, kalau free, tak kedekut namanya.

    tak ke gitu tuan2 dan puan2?

    Utk makluman, ada forum yg open minded, apa pun boleh buat, nak komen pasal ebook/seminar/servis/IM lain…semua boleh, cuba cari2 kat mana tu. Ads pun free je.

    rohaizad Reply:

    Kalau semua nak FREE, pergilah belajar di universiti tapi tak yah bayar yuran semester. Tak di terajang keluar dari universiti?

    Dah betis, nak paha.. inilah sifat orang yang malas dan tidak mahu berguru. Lintah darat sebab nak MEMERAS keringat orang je. Ada ke tuan punya semianr di dunia ini PAKSA ko supaya bayar?

    Ko tak nak bayar, jangan sound orang lain. Semua nak FREE bagai bulan jatuh ke riba. Sedih betul… orang macam ni pun ada dalam dunia ni.

    wanmus Reply:

    hmmm macamana ek..sebenarnya benda kalau bagi free kekadang kita tak reti nak hargai..lagi2 ilmu. Kenapa Dr Fadzillah kamsah tu kalau panggil dia bagi talk sampai berpuluh ribu bayarannya? sebab dia cari makan dengan idea dan air liur dia. Tapi kalau sape2 rasa tak perlu nak dengar, baik tak payah pergi..betul x?

    so kes benda free ni kebanyakkannya jadi penyebab kenapa kita tak bertindak lagi. Contohnya baca ebook free, gerenti baca sambil lewa je. Cuba ebook tu berharga RM100 dan korang beli dengan titik peluh sendiri, gerenti korang akan baca sebaik2nya apa yang ditulis dalam ebook tu.

    So samalah dengan mana-mana seminar saya pergi..rasanya kalau bukan kerana seminar tu berbayar mahal, rasanya saya tak bersungguh pun nak praktikkan apa yang diajar..betul x?

    nuaeman Reply:

    Nak tanya sikitlaa pada encik X nih.. dulu masa sekolah belajar semua free yee.. atau mungkin juga encik X tak pernah sekolah sebab tu bagi pendapat macam orang tak pegi sekolah..

    Kita kenala logik sikit bila bagi pendapat.. encik x bagi contoh buat seminar tu maknanya kedekut ilmu.. otak encik ni letak kat lutut kee atau memang cakap tak pernah guna otak? Habis tu masa yang diperuntukkan oleh mereka yang buat seminar tu takde nilai ke? Ruang tempat yang disewa utk dibuat seminar tu ada sesapa nak bagi free ke? dan makanan-makanan yang disediakan utk peserta seminar semua tu.. agak encik x ada orang sedekah ke? Kelengkapan yang diguna semua tu kebajikan masyarakat tak bagi encik x oii..!!

    Tak guna sebenarnya membebel kepada orang yang hanya bercakap ikut sesedap rasa jee.. sebab merugikan masa kita.. Nabi pun galakkan kita supaya tak perlu bertegang leher dengan orang-orang bodoh sombong macam nih.

    Nak tanya sedikitlaa forum free tu forum encik x ke.. baguslah byk info free.. Nak promote forum sendiri tu agak-agak laa yee.. tapi ada kemusykilan sikit.. apa kerja-kerja plagiat bulat-bulat info dari forum lain tu tak salah ke encik x..?

    semoga berbahagialah dengan forum yang free tu..

    Ezad Reply:

    Wah ni tahun lepas punya post nih, hati busuk betul dan bersangka buruk betul nih, sy pun suka benda free tp telah belajar dari kesilapan lalu.

  29. Shaffik said:

    Mana ada semua benda yang free kat dunia nie. Even belajar di sekolah pun di kenakan Yuran Tahunan tau. Mengapalah pendek sangat akal ni. Semua nak free. Semua nak di suapkan. Kan ada kaki, tangan dan kepala otak yang boleh berfikir serta berkerja dengan tulang 4 kerat. Apa tak boleh berdiri dengan kaki sendiri kerr?

    Berusahalah untuk memajukan diri. Bukan setakat berusaha untuk benda yang free sahaja. Ilmu pengetahuan bukan semuanya free. Ingat. Mungkin kepala hotak kita di telah di sadurkan dengan benda-benda yang mudah. Tetapi kita tidak pernah menghadapi kesusahan. Tidak pernah merasakan bagaimana susahnya untuk menjadi senang. Jadi semuanya nak free.

    Sampai bila kita akan merasakan percuma semua. Sampai bila? Tidak terdetikkah di sudut hati kita untuk menjadi seperti orang lain. Orang-orang lain boleh survival sehingga berjaya. Mengapa kita tidak memikirkan bagaimana mereka boleh berjaya tanpa bantuan dan mengharapkan orang lain. Dengan kata lain mereka tidak mendapatkan semua itu dengan percuma sahaja. Mereka pasti berusaha memerah keringat dan wang untuk berjaya. Betul tak?

    Pada aku, sebenarnya orang yang sukakan benda-benda yang free ni biasa orang yang tidak sukakan cabaran. Orang yang selalu mengharapkan orang lain. Tetapi mahukan hasil yang lumayan.
    Biasanya orang-orang sebegini adalah orang yang yang sering mengharapkan bantuan. Dengan kata lain usaha nak sikit tapi nak pulangan yang banyak. Inilah penyakit orang-orang kita, yang masih berfikiran kuno seperti ini. Semua nak free. Tak kemana laa kalau semua nak free jer…huhuhhuuuhuh

    rohaizad Reply:

    Sedih kan bila ada orang berfikiran sempit macam ni. Lepas tu bukan nak tanya atau bagi salam, main maki orang suka-suki dia jer.

    Grow up!

  30. encikx said:

    as’kum ( walaupun org lain tak bg salam…aku sorang je yg kena sound..hukhukhuk)

    sabar..sabar..sabar…
    skrg terselahlah, terungkailah sifat2 sebenar seorang blogger yg di katakan berjaya. tgk le tuan2 dan puan2 sikap melenting dan tak boleh di komen mereka ini…dgn mereka inikah kita nak berguru?

    masa bg seminar, bukan main cantik…senyum tak sudah2 maklum lepas tu duit masuk poket, bila di komen tak boleh diterima plak. Pe kejadahnya semua ini? Inikah sifat2 org yg nak maju?

    to be cont…

    rohaizad Reply:

    Adehhh… aku ni tengah layan budak kecik ke orang dewasa ni?

    MuhdSyukri Reply:

    stop talking cock encikx.
    you deserve it for every words you said. haha.
    nak bagi komen gunakan fungsi otak.

    mr.eims @ perfume Reply:

    erm..encikx ni mesti blogger yg dah try banyak tapi tak juga berjaya2. =| saba2.. bukan mudah nk berjaya. yg dipanggil otai2 tu pun bukannye senang nk berjaya. derg pun dah berapa lama belajar. aku pasti derg pun dah berapa banyak wang keluar sebelum berjaya. mmg itu ler hakikatnya.

  31. Nabieel SR said:

    Ada rasa terkilan juga ler. Nak belajar dari otai tentang teknik marketing yang diajar. Bukan ambil secara free.

    Tapi jawapan otai tu ko kan dah otai, ko nak belajar apa dari aku. Bukan setiap orang mahir dalam semua bidang. Bukankah bagus dia mengambil saya sebagai anak murid. Boleh dapat RM$$$ senang-senang jer dari saya.

    Dia dapat duit, saya dapat ilmu. Tapi dia terlalu angkuh nak buat macam mana. Saya doakan dia bahagia dengan apa yang dia katakan (-_-)

  32. neslo beng said:

    yea…btl 2…rmai blogger otai skrg kedkt ilmu.tp lam mse yg sme,xley salahkan mereka (da perangai mereka cm2..hehe.)http://epolsoleh.wordpress.com/2010/05/13/3-bulan-tertidur/