Terlalu memilih - lelaki ke perempuan?
- Penulis: rohaizad - Kategori: Umum - Tarikh disiarkan: November 19, 2008 onlineAgak panjang catatan dibawah tapi ianya sudah diolah beberapa kali untuk keseronokan pembaca setia blog ini.
Zaman sekarang ini tidak macam zaman dahulu. Kalau dulu, setiap dari kita dinilaikan dari prestasi kaca mata orang lain. Maksudnya, recommendation ataupun pandangan orang lain akan melebihi segalanya.
Sering kali kita lihat dalam drama dulu-dulu, anak perempuan akan dikahwinkan atas pilihan mak bapak. Walaupun kadangkala cinta itu tidak berputik dengan si bakal suami, tapi si perempuan terpaksa juga mengikut kehendak orang tua mereka. Keputusan yang dibuat oleh orang tua umpama kuasa veto yang tidak boleh disangkal lagi meskipun si perempuan itu sudahpun mempunyai Mat Tahir`nya sendiri.
Mungkin ada yang mengatakan ini zalim. Tetapi inilah yang terjadi. Keputusan yang keluar dari mulut orang tua mereka sebenarnya dipengaruhi oleh pendapat orang lain dan juga bakal si besan. Lebih teruk lagi, niat si bapa terkadang agak terlampau apabila berjanji akan berbesan dengan kawannya pada ketika usia anak masing-masing kecil lagi. Tapi itulah adat yang pernah kita dengar dan lalui. Dipendekkan cerita, semua ini adalah berkait rapat dengan jodoh. Semua orang mahukan yang terbaik bukan?
Sehingga ke saat ini, sesekali aku terfikir jugak kesan dari adat yang sebegini. Aku tidak kata pilihan orang tua itu tidak bagus tetapi bila di ukur kembali strategi yang digunakan oleh mereka waktu zaman dahulu, rasanya macam tidak relevan lagi dengan zaman sekarang. Mana tidaknya lelaki sekarang pun rajin keluar MALAM, pergi ke tempat yang mak bapak diaorang sendiri tidak tahu. “Berjumpa” kawan katanya. Mak bapak mula risau akan masa hadapan anak-anak, apalagi soal jodoh.
Senarionya, bukan lelaki sahaja yang selalu keluar malam. Perempuan juga keluar malam. Hendak kata salah mak bapak, tak boleh jugak. Mak bapak kat kampung, anak-anak kat bandar. Kalau dulu sewaktu di kampung, anak perempuan dikawal macam emas, tapi di bandar nilai “emas” itu sedikit demi sedikit pudar dengan sendirinya dek ditenggelami sinaran lampu neon dan lampu disko.
Di sinilah pro dan kontranya bermula. Duduk di kampung lebih selamat kerana semuanya ada dan berlaku di hadapan mata. Tapi apabila keluar dari kepompong kampung, si anak ini mulalah memasang niat dan angan-angan untuk meneroka dunia malam yang dahulunya dimomok`kan dengan ayat sebegini “jangan keluar malam, nanti disorok oleh hantu”.
Akibat dari itu, kesannya mula menular di jiwa si anak (perempuan). Si anak tadi mula merasakan segala keputusan tidak perlulah mendapat izin dari orang tua mereka lagi atas dasar “berdikari” (kononnya). Tetapi yang terjadi sebenarnya adalah perbuatan men”belakang”kan mak bapak sendiri. Mereka mula mengikut naluri masing-masing. “Aku dah besar, aku tahulah apa yang terbaik untuk diri aku” kata mereka dalam hati. Itu yang menjadi-jadi istilah GRO dan kupu-kupu malam.
Pigi d
ahh…
Bercakap tentang lelaki pula, ini lagi menarik.
Kalau hendak diikutkan, lelaki zaman sekarang sebenarnya tidak ramai yang berpengetahuan tinggi. Tengok sahajalah purata pelajar lelaki dan perempuan di IPT. Ramai yang melahu ke sana ke sini. Asal ada duit, semua boleh jadi. Bawak RM300, pindah ke bandar, hidup sendiri.
Mana yang buat kerja betul`tu, betullah. Alhamdulillah. Sejuk perut mak dia masa mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari. Mana yang makin menyongsang, menggadai maruah (GAY), memalukan mak bapak dan yang paling sadis, menggadai nyawa di bahu jalan, sememangnya tidak boleh nak dinafikan lagi. Cuba bayangkan bila si ayah bertanya pada anak lelaki mereka di saat ini, memang tak masuk telinga punya. Hendak bercerita soal jodoh? Haram….. lagi haru birulah jawapannya.
Tiba pada satu saat, barulah si lelaki dan si perempuan ini tadi mula memikirkan soal jodoh masing-masing. Mereka tiada pilihan. Rasa macam dah terlambat sangat kerana dalam sedar tak sedar, usia semakin terlewat dan meningkat. Setiap kali pulang ke kampung, rakan sepermainan semuanya sudah berkeluarga. Perasaan cemburu mula menusuk ke jiwa.
Jikalau di kampung, perkara sebegini selalunya MUDAH. Si lelaki di kampung ada kedai sendiri, ada kebun sendiri, ada kolam ikan sendiri, semuanya ada di hadapan mata. Tak payahlah nak fikirkan mende yang lain. Bila tiba masa nak dikahwinkan, kahwinlah mereka dengan perempuan yang sedia ada di hadapan mata juga. Sebab tidak ada yang perlu digusarkan lagi. Dah sampai seru… katanya.
Balik kepada perihal si lelaki dan si perempuan di bandar tadi. Mereka pun sudah mula untuk mencari pasangan hidup yang sesuai. Si perempuan pulak tak habis-habis dengan kerjaya (kareer katanya). Untuk menegakkan kebenaran, masing masing memasang strategi yang entah apa-apa entah. Fikiran dan minda semuanya dah sampai tahap STEREOTAIP.
Si perempuan berkata pada teman serumahnya, “aku hendakkan lelaki yang ganteng, kacak, berkereta, ada contoh leader husband, ada banglo besar… bla…bla..bla… kalau tidak, rugilah aku belajar sampai Degree!”.
Dua kali lima.
Si lelaki pun mengatakan hal yang sama. Sambil duduk memetik gitar di rumah sewa “aku nakkan wanita yang solehah, yang boleh jaga anak-anak, tahu memasak, tahu mengambil hati orang tua, tahu menjaga hati aku”.
Masing-masing mula memilih kerana takut dapat calon isteri/suami yang tak guna. Biasalah bila dah hidup di bandar, semuanya open minded. Si lelaki yang bekerja di bandar sentiasa inginkan ciri-ciri perempuan KAMPUNG tapi dengan syarat, perempuan itu mestilah ada gaya bandarnya (baru ada kelas katanya). Si perempuan pula tetap menginginkan lelaki baik seperti lelaki KAMPUNG yang dengan syarat ada style lelaki moden.
Satu perkara yang mereka lupa, si lelaki dan si perempuan tadi asalnya dari kampung juga. Tapi apabila pemikiran dan minda mereka telah terarah kepada lifetyle terkini dan berlandaskan gaya hidup metropolitan, semuanya jadi semakin bercelaru. Lama-kelamaan, semuanya tak kahwin-kahwin jugak. Sifat terlalu memilih semakin menebal.
Jadi, siapa yang engkau fikir terlalu memilih sekarang ini?
Lelaki ataupun perempuan?




Aku sebagai seorang lelaki yang berasal dari kampung, membesar dalam suasan mandi ‘benteng’, main sawah, masuk kebun, panjat pokok dsb . Meneruskan hidup remaja dan dewasa di perantauan dan akhirnya bertemu jodoh di bandar.
Aku bercampur dan bergaul dengan pelbagai golongan lapisan masyarakat.
Apa yang aku ingin tekankan disini, taraf pelajaran, taraf ekonomi serta status seseorang lelaki atau wanita itu, belum tentu menjamin kebhagiaan rumahtangga. Yang perlu dijunjung adalah asas agama serta amalan seseorang yang menjadikan dia mulia kerana menjadi seorang yang mithali (suami / isteri).
samdaddycools entri yang terkinieBay..?? Haiwan apakah ituuu???
Diulas pada November 19th, 2008 at 2:19 amSAM - Fuhh.. mendalam… mendalam…
Diulas pada November 19th, 2008 at 2:20 amWalau ada yang kata zaman mak bapak yang pilihkan dah berlalu.. tetapi bila mengikut trend sekarang yang mana buat pilihan sendiri pun kadangkala ada yang rumahtangga bercelaru..
Zaman cyber ni lagilaa nak kena betul-betul memilih kerana Gay dan Pengkid dan makin berleluasa..
Jadi ada wajarnya juga jika kedua-duanya terlalu memilih
nuaemans entri yang terkiniBersedia untuk Bertindak??
Diulas pada November 19th, 2008 at 2:31 amHaha..tuan rumah mcm dah smpai seru jek..hehe
Diulas pada November 19th, 2008 at 9:45 amEZAD - Aku? Belum lagilah kot. Serik kena tipu ngan orang perempuan. Nanti-nantilah….
Diulas pada November 19th, 2008 at 10:55 amkomen aku panjang-panjang semalam tak keluar lak.. mana tersangkut nih
nuaemans entri yang terkiniCommentLuv needs updating on this site. Please download the latest version and install it on your site. This message will apear during the first 10 minutes of each hour. This remote script will cease returning posts in 7 days
Diulas pada November 19th, 2008 at 11:03 amYe ker?
Semalam SamDaddyCool pun cakap macam tu jugak. Tapi lepas lima minit, semua komen dia muncul. Berduyun-duyun komen dia… dekat 6 komen sekaligus!
* Adehhh.. mesti Akismet buat hal.
Diulas pada November 19th, 2008 at 11:06 amitulaa aku ingat dah kene banned dengan blog ni hahaha..
Diulas pada November 19th, 2008 at 12:26 pmNUAEMAN - Banned? Banyaklah ko!
Aku bukanlah orang yang suka delete komen pembaca. Komentar baik ker, buruk ke… aku akan face to face dengan komen tu.
Apalagi kalau itu komen pembacanya yang setia macam ko ni
* Arigato kozaimas !
Diulas pada November 19th, 2008 at 12:32 pmaku rasa ko dah patut kahwin dah?? nak tunggu apa lagi? kalau nak tunggu cukup itu dan ini, memang x cukup, atau kau yg terlalu memilih??? Mana ada orang kahwin terus nk cukup semuanya, org cina ckp man-man lar.. yang x cukup tu lar yg buat kita bekerja keras utk mencarinya. Kalau nk tunggu yg perfect sampai ke tua la ko bujang (bujang lapok), konon nk cari yg serasi pegi dah!! masa bercinta boleh lar sorok tu dan ini, lepas dok serumah semua perangai buruk pon kuar. Kau x sepatut nya terlalu memilih sgt, bukan suruh ko sebat makcik2 kt tepi jln tu.. kadang2 ada org yg bagus kt sebelah kita pon x nampak. fikir2kan lah ye, thn depan dh 30thn…
Diulas pada November 19th, 2008 at 12:45 pmWahhh… bersemangat betul abang kastam kita ni. Aku pulak yang dikata memilih… sedih la macam ni wehhh. Aku takde kena mengena dalam ini cerita daaa.
* Terima kasihlah sebab ambik berat pasal aku… ekekeke..
Dulu pasal aku tak memilih la aku kena tipu ngan pompuan… sebab tulah aku lebih berhati-hati sekarang ni wahai En Waffa.
Diulas pada November 19th, 2008 at 12:48 pmthundercat… kikiki.. fire dia. fire dia…
samdaddycools entri yang terkiniBlogging Challenge… year end 2008
Diulas pada November 19th, 2008 at 1:55 pmaku rasa dedua jantina sama-sama memilih! aku juga byk kali jumpa senario seperti yang ko alami.
dah la tak sedar diri, memilih pulak tu hoho. aku memang berdesing dengar ayat-ayat seperti yang kau sebutkan diatas.
memilih dan mengukur baju dibadan sendiri sesuatu yang berbeza, apatah lagi ia melibatkan hati kan zad :p
megats entri yang terkiniNuffnang, Maju Setapak lagi Ke Hadapan!
Diulas pada November 19th, 2008 at 4:00 pmbetul juga cakap awak..lelaki dah perempuan mmg masing2 memilih zaman sekarang ni..termasuklah saya..hehe tp kdg2 xkan nak main tangkap muat je..nak juga cari yg ada agama ..tp kat mana nak cari sumer tu..berapa kerat sgt la lelaki yg kuat pendirian agamanya..di mana nak jumpa lelaki yg menegakkan tiang agamanya..kalau ada pun yg bujang 3..tp terbukakah minda masyarakat kita utk menerima isu poligami..ish penin penin..
anyway salam perkenalan dari saya (”,)
noors entri yang terkiniMy Dissertation
Diulas pada November 20th, 2008 at 11:16 amHermmm… satu pandangan dari sudut yang menarik. Apa-apa pun, selamat datang ke rohaizad dot com
Diulas pada November 20th, 2008 at 11:25 ampergh kena fire ko erkk..wakakakaka. Aku pun memilih. Memang dah jadi lumrah manusia la agak nya benda macam ni. Biasa la tu. hhhehee
Diulas pada November 20th, 2008 at 11:37 ampeh! best giler artikel awak ni!
Diulas pada December 4th, 2008 at 9:33 amIZWA - Awak pun best jugak sebab membaca artikel yang best !!! ekekeke

Diulas pada December 4th, 2008 at 9:40 am* promosilah sket blog ini kat kengkawan, jiran, tok penghulu dan mak cik yang jual goreng pisang kat hujung jalan tue yea….