10 sebab mengapa Dreamhost webhosting menjadi pilihan aku.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hosting - Tarikh diterbitkan: November 20, 2008 onlineSetiap seorang dari kita pastinya mempunyai pilihan termasuklah webhosting untuk blog/website masing-masing. Dan akhir-akhir ini aku ada menerima pertanyaan mengenai apakah webhosting yang aku gunakan selama ini.
Hari ini, aku akan berkongsi semuanya sekali.
Sebenarnya selama ini terdapat beberapa syarikat webhosting yang telah aku dan adik aku gunakan. Ada yang berpangkalan di Malaysia dan juga diluar negara. Tapi aku lebih selesa dengan webhosting aku yang satu ini kerana 10 sebab.
Bagi mereka yang * belum pernah menggunakan Dreamhost.com, inilah pendapat aku yang mungkin boleh membantu:
1. Team support yang sungguh bagus.
- Walaupun Dreamhost berpangkalan di luar negara, tetapi tiada satu pun masalah yang mengecewakan aku. Mereka mempunyai team support yang sungguh dedikasi. Asal aku hantar email jer, reply yang aku terima balik mesti menggembirakan aku.
Malah, Dreamhost juga ada Wiki sendiri di mana aku boleh mencari pelbagai maklumat yang sebelum ini aku rasakan tidak penting. Berlainan dengan sesetengah syarikat webhosting di dalam negara sendiri.
Pernah sekali blog aku “down” dan setelah aku menghantar email, mereka akan mendapatkan feedback aku semula. Mereka menghubungi aku kemudian untuk memberitahu bahawa mereka telah mengatasi masalah yang timbul dan selepas itu, aku menerima satu lagi survey mengenai tahap perkhidmatan.
Bukan itu sahaja, aku juga boleh trackbak semua support history yang telah dihantar. Sebagai seorang pengguna blog, tiada apa yang lebih menggembirakan dari mendapat sokongan dari pembekal webhosting setelah sesuatu masalah itu timbul. Lagipun, aku bayar untuk semua itu, betul? ![]()
2. Bandwith yang besar gedabak.
- Sehinggalah hari ini, aku belum pernah melihat atau mendengar mana-mana webhosting yang menawarkan 5 TB (terabytes!!) bandwith tiap-tiap bulan diikuti dengan pertambahan 40 GB setiap minggu! Ini baru tawaran standard.
Ada lagi yang lebih dahsyat dari itu (di akhir catatan ini, akan aku tunjukkan). Aku masih ingat lagi pada waktu dahulu semasa aku menggunakan khidmat webhosting yang berpangkalan di Malaysia, hampeh! Nak disebut nama syarikat itu, rasa macam tak baik pulak.
Apa-apa pun, BANDWIDTH sememangnya penting kerana kalau katakanlah kita menerima traffik Tsunami dari DIGG mahupun REDDIT, di sinilah peluang blog/website kita untuk mendapat perhatian antarabangsa.
3. Satu klik sahaja, semua settle!
- Dreamhost mempunyai satu ciri yang amat aku suka. Ibarat macam orang mengantuk disorongkan bantal. Ciri ini dikenali sebagai One Click Installs. PHP4 and PHP5 – WordPress, phpBB Forum, Gallery Image Album, ZenCart Store, Joomla (Mambo) CMS, activeCollab Collaboration, OpenX, MediaWiki Wiki, Advanced Poll dan WebCalendar Calendar. Semuanya di hujung jari aku.
Kita boleh membina forum, wiki and wordpress blog tak sampai 10 minit pun.Tekan ini, tekan itu .. siap! Aku tau syarikat webhosting lain juga ada menyediakan khidmat yang lebih kurang serupa macam ini (Fantastico katanya), tapi yang ini lebih sempoi siot.
4. Host unlimited domain dan subdomains.
- Bagi pemilik blog atau website, semua ini tidak ubah seperti syurga. Sebab apa aku katakan macam tu? Kerana banyak lagi webhosting company yang menghadkan domain dan subdomain untuk pemegang akaun mereka.
Berlainan dengan Dreamhost, kita nak host berapa ribu domain dalam satu akaun kita sendiri pun tak mengapa. Aiman tak kisah !!! Bayangkan berapa banyak domain yangkita boleh host di Dreamhost pada kadar bayaran yang sama.
* Ada 2 pilihan sama ada hendak membeli domain melalui Dreamhost ataupun sekadar hostkan domain kita di Dreamhost. Bagi aku yang suka menjual beli domain, semua domain yang aku host di Dreamhost sebenarnya berada di luar Dreamhost seperti di Godaddy.
Aku rekomenkan supaya membeli domain di luar webhosting company, manalah tau satu hari nanti kita nak jual domain itu, senang sket.
5. Buat duit dengan Dreamhost Rewards Program.
- Ini pulak bonus kerana ianya tidak diwajibkan. Jika kita hendak buat, dapatlah rezeki tambahan. Jika tidak, just gunakanlah hosting itu dengan sesuka hati.
Tapi jika kita tidak mahu membayar bayaran hosting tahunan, bukankah ini boleh membantu?
Caranya mudah sahaja iaitu dengan memberikan coupon code kepada rakan-rakan. Itu semua boleh di set di dalam dashboard akaun itu nanti.
6. Dashboard yang ringkas dan mudah.
- Sesiapa pun boleh menggunakan Dreamhost walaupun dia newbie. Menu yang tersusun di sebelah kiri sebenarnya memang memudahkan. Jika kita tersalah klik, jangan takut kerana amaran dari Dreamhost sentiasa bertugas tepat pada waktunya.
Ini semuanya penting bagi aku kerana aku bayar untuk kemudahan yang boleh menyenangkan, bukan menyusahkan aku. Aku selesa dengan Dreamhost.

7. Kemudahan Dreamhost Status.
- Bagi mereka yang sangat risaukan tentang Site Up- Site Down blog/website masing-masing, Dreamhost Status adalah penyelesaiannya. Jadi jika ada apa-apa yang menggangu keadaan blog, semua sebab-musabab ada dijelaskan di sana.
Jadi tidaklah kita termanggu macam orang bodoh menanti sesuatu yang tidak pasti. Yang paling baru, semua inf0 berkenaan status site boleh diikuti dengan Twitter (for emergency announcements). Sempoi gilerlah Dreamhost ni!
8. Dreamhost blog dan newsletter.
- Kita ada blog dan Dreamhost juga ada blog. Jadi kalau ada masa, aku akan membaca info mengenai hosting provider aku sendiri. Setidak-tidaknya, ianya akan memberikan aku kepuasan maksimum tentang apa yang aku beli.
Janganlah jadi orang yang hanya tahu membeli, tapi tidak tahu apakah yang kita beli. Tapi memang seronok baca blog Dreamhost ini sebab ianya dah menjadi sebahagian dari diri aku (keluarga di internet daaa.. bukan keluarga sebenar, aku belum kahwin wehhh..)
9. 97-day Money Back Guarantee untuk semua plan.
Senang jer. Kalau barang tak baik, berani ke orang bagi guarantee`kan?
Apa-apa pun, bacalah dahulu semua T.O.S yang ada.
10. PROMOSI YANG TAK MASUK AKAL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
- Dreamhost sekarang sedang membuat promosi yang tidak masuk akal:

Jadi, kalau katakanlah ada yang ingin menggunakan Dreamhost sebagai webhosting mereka, apalah salahnya menggunakan affiliate link aku. Guna tak guna, sama saja`kan?






bro,
nampak menarik..
tapi pakej nya berapa setahun ?
lankapos entri yang terkiniFriso Brings My Family Out
LANKAPO – Between $110-$130 kot. Lebih kurang macam tu. Tak ingat dah. Tapi projek besar mana pun, takdak hal.. memang berbaloi giler.
USD120 setahun memang aku tak mampu lg la beb…kalau ko kelik iklan aku bebanyak tak per la..muahahhhahhaha
Takper.. ikut keperluan. Kalau kita punya usage sket, buat apa nak pakai besar macam UNLIMITED tu. Tapi bagi orang macam aku, itu adalah ADVANTAGE!
Bayangkan kalau aku buat business dengan space yang macam gitu? Sampai mati pun takkan habis. Boleh buat JV (Join Venture) lagi dengan orang lain.. masyuk.. masyukkk.. lebat wehhhh !
wah.. aku sungguh tertarik menarik-narik.. nanati aku akan tanyakan lebih lanjut bila berkesempatan.. (sekarang kat petronas Merlimau)…
samdaddycools entri yang terkiniBlogging Challenge… year end 2008
aku ada periksa dreamhost ni. tapi aku rasa belum sesuai buat diri ku ini. hehehe. menarik dan best sebenarnya.
aku pun pakai dreamhost dah rasa 3 tahun kot. memang diorang bagi bandwidth and web storage banyak gila babi tapi diorang really fussy about the server load la.
Hisyams entri yang terkiniStupid Ignorant Customers
Haa… itu dlu. Aku pun kena gak. Tapi sejak diaorang dah upgrade ni, semuanya smooth sehhh.
Nampak cun gak plan yang diaorang kasi ni tapi space besar sgt.
menjs entri yang terkiniSesuatu yang misteri
Plan besar sangat? Aikk? Space kecik orang sibuk cari yang besar, tapi bila besar.. jadi masalah plak? Wahahaah.. pandai En Menj kita buat kelakar…
Bayaran bulanan brape zad? Aku pun tengah cari webhosting niee.. Kalau ni yang bagus aku sambar beb..
FADIL – Ada yang serendah $5.95. Tapi itu kalau amik pakej yang bertahun-tahun. Untuk kita yang biasa ni, $10.95 dan kira standard.
gedabak besar, best2..tp harga tu x mampu lagi.. skrang ni pun x terhabis pakai lagi 5GB space ngan 100GB bandwidth..huhu…
mmg dah lama usha dreamhost ni, tp yer la..ni pada ak agak advance untuk ak..nway, thanks for all the info.
menarik tu! tak pernah dengar pun!? [sambil bersiul]. klu macam tu boleh la angkat satu!
IZZAT – Takper .. macam yang aku cakapkan, ikut kemampuan dan penggunaan. Tapi satu jer yang pasti, peluang datang hanya sekali. Cuba lihat ini:
dreamhost.com/promotion
MEGAT – Cehhh .. bersiul plak. Siul ada makna tuh…
[...] untuk promosi akhir tahun mereka. Masih ingatkah anda lagi pada promosi yang dibuat oleh Dreamhost baru-baru [...]
Diulas pada November 28th, 2008 at 7:08 pm[...] seriousnya kamu dalam berblogging. Ini adalah kerana dengan mempunyai web/blog domain dot com dan hosting kamu sendiri, barulah kamu akan dipandang oleh [...]
Diulas pada December 15th, 2008 at 12:20 am[...] sebaik sahaja aku install WordPress melalui fungsi “One Click Install” di hosting Dreamhost aku yang [...]
Diulas pada April 27th, 2009 at 1:52 pm[...] Cerita pasal bab hosting ini, aku pun ada cerita untuk di kongsikan di sini. Sebenarnya aku mempunyai lebih dari 5 akaun hosting. Cuma dalam banyak-banyak hosting tu, hosting yang paling lama sekali aku gunakan ialah pakej hosting dari Dreamhost (untuk membaca artikel tersebut, sila klik di sini. [...]
Diulas pada February 18th, 2010 at 10:46 am